Anda di halaman 1dari 2

Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

Bahasa Malaysia Tahun 4 / 2014


Tema: Kesihatan dan Kebersihan
TEMA
TAHUN
TAJUK
MASA
STANDARD
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF

AKTIVITI

PENGISIAN
KURIKULUM

KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


4 Sinar
Alam Ceria Kita Selesa
9.30 10.30 PAGI
1.5.2Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditonton
dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
menggunakan ayat yang mengandungi wacana.
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan
keterangan dengan betul mengikut konteks.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan ayat yang mengandungi wacana, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat
tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
1. Murid-murid diperdengarkan sebuah lagu Hijau nyanyian penyanyi
Zainal Abidin (set induksi)
2. Kaitkan lirik lagu dengan tajuk pengajaran hari ini.
3. Murid ditunjukkan beberapa contoh gambar tentang alam sekitar yang
berlainan suasana.
4. Murid bercerita secara umum tentang apa yang terdapat dalam gambar
tersebut.
5. Guru menerangkan tentang contoh kata hubung berdasarkan gambar.
6. Murid bersoaljawab dengan guru tentang gambar yang ditunjukkan
serta perbezaannya.
7. Guru membentuk kumpulan mengikut aras sederhana dan tinggi dan
murid diminta berbincang untuk menyampaikan cerita perihal gambar
yang diberikan dengan gaya tersendiri menggunakan kata hubung
yang disenaraikan.
8. Ketua kumpulan dilantik dan bercerita tentang gambar.
9. Ahli-ahli dalam kumpulan pula dipilih secara rawak untuk
menyatakan cara-cara menjaga kebersihan tempat tersebut.
10. Aktiviti membina ayat majmuk sebagai pengukuhan iaitu murid aras
sederhana membina 5 ayat majmuk dan murid aras tinggi membina 8
ayat majmuk.
11. Rumusan: Murid diminta beri pengajaran dan nilai murni
tentang pelajaran hari ini dan murid dan guru nyanyi bersama-sama
lagu Hijau.
Ilmu: Pendidikan Kesihatan , Pendidikan Sivik, DSV
Nilai: Kebersihan, tanggungjawab,mencintai alam sekitar,bekerjasama

BBM
PENILAIAN P d P
REFLEKSI

EMK: Pendidikan Alam Sekitar, Kemahiran Berfikir


KB: Menjana idea, membanding beza
BCB: Mekanis
Video lagu dan gambar
Murid dapat bercerita dengan gaya bahasa yang sesuai menggunakan
kata hubung dan penanda wacana yang betul.
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan