Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT AJK PEMILIHAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SESI

2016
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN, JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
TEL & FAKS: 09-2667618
TARIKH
MASA
TEMPAT
KEHADIRAN

:
:
:
:

TURUT HADIR
Pentadbiran
TIDAK HADIR BERSEBAB

01 Oktober 2015
2.00 Petang
Bilik Gerakan, SK Kuala Tahan
En Ayub Bin Yusoff - Pengerusi
Pn Rohana Binti Abdul Hamid - Setiausaha
Pn Fadilah Binti Yahya - Guru Prasekolah
Pn Hazlinda Binti mohd Taha - Guru Tahap 2
Pn Norhalizah Binti Hussain - Guru Tahap 1
Pn Zanariah Binti Mat Hassan - Pencatat
Pn Rozian Binti Idris - PPM
En Razmi Bin Omar - Wakil Komuniti
En Nasiron Sallehudin - Wakil Komuniti
:
Pn Roziah Binti Abd Hamid - GPK

:
Pn Norliza Binti Ismail - GPK HEM
En Amir Hamzah Bin Sofhi @ Subhi- GPK
Kokurikulum

Agenda 1: Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Tuan pengerusi memulakan mesyuarat pemilihan murid prasekolah
dengan membaca surah Al- Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran ahli
mesyuarat pemilihan kali ini.
1.2 Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
hadir dan mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa pemilihan kerana
dapat merancang dan menjayakan mesyuarat ini.
1.3 Tuan pengerusi menjelaskan tujuan mesyuarat pemilhan diadakan adalah
untuk memutuskan senarai nama murid yang akan dipilih memasuki kelas
Prasekolah bagi sesi 2016.
1.4
Tuan pengerusi memaklumkan prasekolah SK Kuala Tahan masih
mempunyai 2 buah kelas dan memerlukan kapasiti murid berjumlah 50
orang. Kuota Setiap kelas masing-masing adalah seramai 25 orang murid.
1.5 Beliau juga memaklumkan sepintas lalu segala aktiviti yang disertai oleh
murid prasekolah di peringkat Daerah seperti Bola Jaring, futsal dan juga
Bijak Prasekolah. Segala aktiviti tersebut secara tidak langsung memberi
peluang kepada murid untuk mengasah bakat di samping memberi
pendedahan kepada mereka di peringkat awal.
1.6 Tuan pengerusi juga memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa
terdapat hakisan tanah berhampiran stor dan taman permainan kelas

Prasekolah Sinar.
lanjut.

Hal ini telah dimaklumkan kepada PPD untuk tindakan


Tindakan
Makluman

Agenda 2: Ucapan Pengerusi Pewaris En Razmi Bin Omar


2.1
En Razmi Bin Omar mengucapkan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa yang hadir dalam mesyuarat pemilihan tersebut.
2.2 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang terlibat
dalam menyediakan keperluan dan kelengkapan yang sesuai untuk
mesyuarat tersebut. Segala dokumen yang lengkap melancarkan perjalanan
mesyuarat yang dijalankan.
2.3 En Razmi juga berharap agar segala permasalahan yang timbul akan
cuba diselesaikan mengikut kesesuaian dan beliau mengharapkan
jawatankuasa yang terlibat akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk
meningkatkan kecemerlangan murid prasekolah.
Tindakan
:
Makluman
Agenda 3: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang
Lalu
Dibentang oleh
: Pn Rohana Binti Abdul Hamid
Cadangan Pengesahan : Pn Fadilah Binti Yahya
Disokong oleh
: Pn Norhalizah Binti Hussain
Agenda 4: Perkara-perkara Berbangkit
4.1 Pn Rohana menjelaskan logo bersulam pada baju yang dicadangkan oleh
penjaga sebelum ini tidak dapat disediakan. Sebaliknya hanya menggunakan
lencana sekolah yang ditampal atau dijahit sahaja kerana untuk
mengurangkan kos bagi baju tersebut.
4.2 Pn Rohana Binti Abdul Hamid menjelaskan pada tahun ini masih terdapat
masalah kelewatan untuk mengambil borang permohonan kemasukan murid
prasekolah atas alasan tertentu. Guru-guru prasekolah terpaksa meminta
kerjasama dari guru-guru tadika untuk menghubungi ibu bapa atau penjaga
yang terlibat bagi memaklumkan berkenaan iklan kemasukan tersebut.
4.3 En Razmi Bin Omar mencadangan bayaran dan sumbangan untuk murid
perlu dibincangkan dengan lebih terperinci dengan penjaga dalam
mesyuarat yang akan datang.

Tindakan
Makluman

Agenda 5: Kriteria Murid Yang Layak Dipilih ke Prasekolah


5.1 Pn Rohana Binti Abdul Hamid mengalu-alukan AJK pemilihan dan
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada
petang ini.
5.2 Pn Rohana Binti Abdul Hamid turut menjelaskan syarat-syarat dan
kaedah pemarkahan yang terkini yang mana mempunyai sedikit perubahan
berbanding tahun sebelumnya.
5.3 Pn Rohana Binti Abdul Hamid juga menerangkan syarat utamapemilihan
murid prasekolah mengikut garis panduan pemilihan prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Syarat utama pemilihan adalah warganegara
Malaysia. Bukan warganegara tidak layak untuk dipilih masuk ke kelas
prasekolah.
5.4 Pn Rohana Binti Abdul Hamid turut menerangkan kaedah pemarkahan
terkini seperti yang terdapat dalam lampiran yang telah diedarkan.
5.5 Murid yang layak dipilih adalah mereka yang lahir pada 02.01.2010 01.01.2011 (6 tahun) dan 02.01.2011 - 01.01.2012 (5 tahun).
5.6 Pn Rohana Binti Abdul Hamid turut menjelaskan kaedah pemarkahan
mengikut item pemarkahan adalah seperti mana yang telah dilampirkan.
Beliau meminta semua ahli mesyuarat untuk merujuk jadual pemarkahan
yang telah disediakan.
5.7 Beliau turut menjelaskan murid yang mendapat markah tertinggi akan
dipilih masuk ke kelas prasekolah. Sekiranya markah tersebut sama, peluang
akan diberikan kepada murid yang keluarganya berpendapatan paling
rendah. Ahli mesyuarat bersetuju dan akur dengan kaedah pemarkahan
tersebut.
Tindakan
:
Guru
Prasekolah
5.8 Pn Rohana Binti Abdul Hamid menjelaskan bahawa iklan kemasukan ke
prasekolah telah dibuka selama sebulan bermula 01 Julai 2015 sehingga 01
Ogos 2015. Pihak prasekolah telah mengeluarkan sebanyak 61 borang
permohonan. Sebanyak 46 borang dikeluarkan untuk murid yang berumur 6
tahun manakala 15 borang lagi untuk murid berumur 5 tahun. Daripada
jumlah tersebut permohonan salah seorang murid berumur 6 tahun telah
ditangguhkan buat sementara waktu kerana murid tersebut bukan
warganegara. Masalah tersebut telah dirujuk kepada PPD dan keputusan
akan diberitahu kemudian.

5.9 Tuan pengerusi mencadangkan agar nama murid tersebut dikeluarkan


terlebih dahulu dan sebarang keputusan akan dibuat selepas perbincangan
lanjut dengan pihak PPD. Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan
tersebut.
Tindakan : Guru
Besar
Agenda 6: Pemilihan Murid Prasekolah
6.1
Pn Rohana Binti Abdul Hamid membentangkan senarai nama
permohonan mrid bagi sesi 2016. Seramai 45 orang murid berumur 6 tahun
yang layak dipilih masuk ke kelas prasekolah. Majlis sebulat suara menerima
permohonan tersebut.
6.2 Pn Rohana turut membentangkan senarai nama pemohon yang berumur
5 tahun. sebanyak 15 permohonan telah dikeluarkan dan diproses. Daripada
jumlah tersebut satu daripada permohonan tidak mengemukakan dokumen
yang lengkap. Oleh yang demikian permohonan tersebut tidak dapat
diproses.
6.3 Pn Rohana Binti Abdul Hamid turut menyerahkan kepada ahli mesyuarat
untuk menentukan pelajar berumur 5 tahun yang akan dipilih untuk masuk
ke kelas prasekolah. Seramai 5 orang murid perlu dipilih bagi memenuhi
kuota murid yang diperlukan.
6.4 En Nasiron Bin Sallehudin mencadangkan agar keputusan pemilihan bagi
murid berumur 5 tahun diserahkan kepada puhak sekolah. Beliau juga
mencadangkan agar pihak sekolah menerangkan kepada AJK PIBG dan
Pewaris berkenaan keputusan yang telah dibuat supaya masyarakat faham
kehendak dan keperluan sekolah. Cadangan En Nasiron Bin Sallehudin
mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat.
6.5 En Ayub Bin Yusoff mencadangkan agar keutamaan tersebut diberi
kepada anak guru memandangkan terdapat 5 permohonan yang melibatkan
anak guru-guru di sekolah tersebut. Keutamaan ini diberikan bagi
mengurangkan masa keluar guru-guru untuk menghantar dan mengambil
anak di tadika dan taska. Keadaan ini juga secara tidak langsung dapat
mengelak daripada guru terpaksa meninggalkan kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis sebulat suara bersetuju
dengan cadangan tersebut.
Tindakan : Guru Besar & Guru
Prasekolah
Agenda 7: Cadangan Bayaran Keperluan 2016
7.1 Pn Rohana Binti Abdul Hamid menyentuh berkenaan bayaran keperluan
murid bagi sesi 2015. Bayaran tersebut digunakan untuk menampung

keperluan aktiviti murid sepanjang tahun. Antaranya ialah program graduasi


yang akan dijalankan di Xcape Resort Kuala Tahan. Cadangan bayaran
tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat Pewaris yang akan
datang. Majlis bersetuju supaya perbincangan tersebut dibincangkan dalam
mesyuarat Pewaris yang akan datang.
Tindakan
:
Makluman
Agenda 8: Hal-hal lain
8.1
Pn Fadilah Binti Yahya menerangkan berkenaan majlis graduasi
prasekolah yang akan dijalankan pada 17 Oktober 2015 di Xcape Resort.
Beliau turut memaklumkan bayaran yang akan dikenakan kepada murid dan
penjaga yang ingin menghadiri majlis tersebut. Surat berkenaan program
tersebut akan diedarkan dalam tempoh terdekat.
8.2 En Nasiron Bin Sallehudin meminta supaya ahli mesyuarat dapat
memperjelaskan kepada penjaga berkenaan hal yang melibatkan prasekolah.
Sebarang permasalahan dan kemusykilan harus merujuk kepada pentadbir
atau guru prasekolah itu sendiri bagi mengelak daripada berlakunya
kekeliruan dari penjaga atau pihak tertentu.
8.3 En Ayub Bin Yusoff merakamkan ucapan Terima Kasih kepada AJK
mesyuarat atas kelancaran Mesyuarat pemilihan yang telah berlangsung.
Beliau mengharapkan supaya ahli mesyuarat dapat memantapkan lagi halhal berkaitan prasekolah.
8.4 Beliau juga berharap agar kecemerlangan anak-anak prasekolah dapat
dipertingkatkan dan hubungan baik AJK dapat diteruskan lagi pada masa
akan datang.
Tindakan : Makluman
Agenda 9: Ucapan Penangguhan
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.25 petang dengan bacaan surah AlAsr

Anda mungkin juga menyukai