Anda di halaman 1dari 2

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989

LAPORAN REFLEKSI
Salam sejahtera, keberkatannya dapatlah saya menyiapkan kerja
kursus yang diberikan oleh pensyarah saya, EN. HJ. AZMAN BIN ARIFFIN.
Sesungguhnya saya tidak akan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan
tanpa semangat gigih dan kerjasama dari ahli kumpulan saya serta tunjuk ajar
pensyarah pembimbing. Bukan sahaja itu, tugasan projek ini merupakan satu
cabaran baru kepada saya walaupun tugasan yang diberikan mungkin
kelihatan mudah. Ini disebabkan saya perlulah mengenalpasti satu tempat
ibadat di negara kita dan menghuraikan sejarah kewujudan, kesan dan
sumbangannya kepada perkembangan tamadun.
Sebelum tugasan ini diberikan, saya tidak mengetahui apakah kesan
dan sumbangan tempat ibadat kepada perkembangan tamadun.
Semasa menjalankan tugasan ini pula, saya menghadapi masalah
untuk mengenalpasti tempat ibadat sama ada pergi ke masjid, gereja, pura
ataupun wihara. Walau bagaimanapun, saya mendengar nasihat rakan saya
dengan memilih Masjid Lama Arau sebagai tempat ibadat kerana masjid
tersebut senang untuk mendapat matlumatnya. Saya juga bimbang saya tidak
boleh menyiapkan tugasan dalam mengikut tempoh yang diberikan. Hal ini
kerana saya perlu menyiapkan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata
pelajaran lain. Selain itu, saya juga mencari informasi daripada pelbagai
sumber seperti buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan dan juga
menggunakan sumber internet. Tidak dinafikan bahawa cara ini, saya mula
mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah kewujudan Masjid Lama Arau
dan jugalah kesan dan sumbangannya kepada perkembangan tamadun.
Bukan itu sahaja, saya juga pergi ke tempat itu untuk mengambil gambar dan
bertanya pengurusan masjid tersebut tentang apa-apa matlumat yang
berkaitan dengan masjid itu. Mereka juga memberi kerjasama kepada saya
dengan memberikan matlumat yang lengkapnya tentang Masjid Lama Arau.
Dengan segala maklumat yang saya dapat ini telah saya aplikasikan bagi
menyempurnakan tugasan saya.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan
ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan.

NAMA: ERIC SIAH JUN FENG

NO.IC: 940904-01-6989

Justeru, virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam
menyiapkan kerja dengan komputer.
Dalam menyiapkan tugasan ini juga, banyak ilmu dan pengetahuan
baru yang telah saya dapat. Hal ini menjadikan saya lebih faham terhadap
subjek ini. Selain itu, saya dapat simpulkan bahawa tempat yang saya pilih
iaitu Masjid Lama Arau amat menarik. Saya mengetahui bahawa masjid
berperanan sebagai pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul bagi
tujuan ibadat, iaitu pengabdian kepada Allah s.a.w. Selain sebagai tempat
ibadat, masjid tersebut digunakan umat Islam untuk pelbagai keperluan
misalnya di bidang pendidikan, kegiatan sosial, ekonomi dan tempat
pemerintahan. Selanjutnya, saya percaya masjid tersebut dapat menyatukan
umat Islam dan jugalah akan memperkukuh akidah umat.
Selepas saya menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa semangat
kerjasama di kalangan rakan-rakan adalah sangat penting. Disiplin diri adalah
nilai-nilai teras bagi mana-mana tugas yang disiapkan.
Jika saya boleh membuat tugasan projek ini sekali lagi, saya
mempercayai bahawa saya boleh mengendalikan lebih baik. Saya mungkin
akan memilih tempat ibadat yang lain seperti gereja supaya memperoleh ilmu
pengetahuan yang baru tentang matlumatnya.
Kesimpulannya, saya telah berusaha untuk menyiapkan tugasan ini
dengan baik dan saya berharap usaha gigih saya akan diberikan ganjaran
yang setimpal oleh pensyarah saya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai