Anda di halaman 1dari 10

Bahasa Inggeris adalah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap

sukar oleh murid-murid terutama di kawasan luar bandar. Ramai yang


beranggapan bahawa mata pelajaran ini amat sukar untuk dipelajari.Mereka
terlalu takut dan tidak mahu mencuba untuk mempelajari pelajaran tersebut.
Jadi, ramai yang mengambil jalan mudah, mengabaikan mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Akibatnya ramai yang gagal menguasai Bahasa Inggeris
disebabkan terlalu fobia dan malu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris
kerana takut tersalah sebutan dan diejek oleh rakan-rakan sebaya. Tinjauan
awal telah dijalankan dengan menganalisa keputusan Bahasa Inggeris Ujian
Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
2011. Begitu juga dengan analisa Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi
tahun 2008-2010. Tahun 2008 (85%), 2009(89%), 2010(87%) manakala
pelunjuran bagi tahun 2011 adalah (
92%). Penguasaan Bahasa Inggeris
yang terlalu lemah menyebabkan prestasi murid-murid lemah. Murid-murid
gagal menjawab soalan yang dikemukakan malah ada yang membiarkan
kertas soalan kosong tidak berjawab terutama kertas subjektif.
Aktiviti-ativiti yang dijalankan untuk meningkatkan kecemerlangan muridmurid adalah seperti kelas Cergas Minda, kelas Stayback, kelas Hujung
Minggu, klinik Bahasa Inggeris, kelas Halus, kelas Elit dan sebagainya.
REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU
Bagi kebanyakkan pelajar, terutamanya bagi murid-murud luar bandar,
mereka fobia terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mereka
merasakan bahawa mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah merupakan
mata pelajaran pembunuh dan sukar untuk dipelajari. Ramai juga yang
tidak mahu belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mahu membuat
latihan. Alasan yang diberikan amat mudah, tidak tahu hendak buat!
Latarbelakang para waris yang kebanyakkan peniaga ,penoreh getah ,
pekerja kilang , kerja sendiri dan hanya segelintir yang berpendidikan tinggi.

Mereka juga kebanyakkan tidak menguasai Bahasa Inggeris. Mereka tidak


dapat membantu anak-anak membuat latihan sama ada membaca atau
menjawab soalan. Alasannya sama, tidak faham.
Apa yang menyedihkan lagi , ada segelintir guru Bahasa Inggeris yang
mengajar sambil lewa, tidak pro-aktif, selalu ponteng sekolah, bergayut
dengan telefon bimbit waktu pengajaran dan pembelajaran sepatutnya
dijalankan dan menyuruh murid membuat latihan tanpa dibimbing.
Program Cergas minda dijalankan disekolah ini bertujuan untuk
mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid kelas
Rancangan Khas dan peratus lulus dalam PMR. Program ini menekankan
aspek ulangkaji dan latihan latihtubi soalan- soalan yang berkaitan dengan
peperiksaan itu.
FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Berdasarkan tinjauan, pemerhatian, laporan pengawas bertugas dan guruguru, didapati murid-murid tingkatan 3 Epsilon dan 3 Delta dari Kelas
Rancangan Khas sering datang lewat ke program Cergas Minda ini.
Program ini bermula pada pukul 7.20 hingga 7.40 pagi. Ini menyebabkan
mereka tidak dapat mengikuti program tersebut dan dikuatiri program ini
tidak mencapai objektif yang diharapkan. Kemungkinan juga peratus
Bahasa Inggeris dalam PMR akan merosot.
Masalah-masalah puncak lewatan murid-murid adalah
disebabkan oleh,

Keluarga.
Ibubapa yang tidak prihatin terhadap anak-anak adalah punca masalah ini.
Mereka tidak mengambil berat tentang waktu persekolahan anak-anak dan
program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Ada waris yang tidak menitikberatkan pendidikan anak-anak dan bagi mereka apa yang lebih penting
adalah mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Sebab itu ada ibu
bapa yang melibatkan anak-anak untuk mencari rezeki biarpun anak
mereka terpaksa ponteng sekolah.
Kurang Pendidikan
Ada juga di kalangan para waris menganggap pendidikan atau pelajaran
tidak penting. Bagi mereka, orang yang tidak berpelajaran atau yang tidak
mempunyai kelulusan yang tinggi pun boleh hidup.Contohnya, mereka
sendiri. Bagi mereka mengeluarkan belanja untuk pendidikan anak-anak
adalah membazir kerana kebanyakkan anak-anak jiran mereka juga gagal
dalam pelajaran. Sebab itu mereka mengabaikan pendidikan anak-anak
mereka.

Masalah Displin
Habit atau kebiasaan bangun lambat telah menjadi lumrah dalam hidup
mereka. Mereka adalah dalam golongan yang tidak berdisiplin dan gagal
menguruskan masa dengan baik.
Tindakan daripada Pentadbir
Pihak pentadbir sekolah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap
murid-murid yang lewat ke program ini. Oleh sebab itu, ada murid yang
memandang remeh terhadap program tersebut.
Tak minat Bahasa Inggeris
Keadaan murid-murid yang tak minat dalam subjek ini mendorong
kegagalan mereka untuk menghadiri program ini tepat pada masa.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum:
Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid ke program Cergas minda
dengan membuat latihan yang dibekalkan oleh guru dengan lancar serta
membuat latihan latihtubi soalan-soalan peperiksaan PMR.
Objektif Khusus :

Dapat melaksanakan program Cergas Minda dengan lebih berkesan.


Penyertaan murid secara menyeluruh dalam program ini dapat membantu
murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan perbualan harian (public
speaking)
Pemahaman dan Penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid
dapat ditingkatkan. Latih-tubi yang dijalankan setiap hari membantu muridmurid lebih yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana mereka
akan menduduki PMR tak lama lagi.
Peratus keputusan Bahasa Inggeris dalam PMR dapat ditingkatkan. Muridmurid mudah faham kehendak soalan kerana telah diberi latihtubi dalam
program ini.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran Kajian Tindakan ini adalah murid-murid tingkatan
3 Epsilon Sekolah Menengah Kebangsaan Salor, Kota Bharu, Kelantan
seramai 34 orang. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 20
orang murid perempuan. Tingkatan 3 Epsilon merupakan kelas yang
menempatkan murid-murid yang agak lemah dalam akademik
keseluruhannya.
MELAKSANAKAN TINDAKAN
Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah saya dapati daripada Data HEM, pemerhatian,
perjumpaan dan perbincangan dengan waris, rekod prestasi pelajar dan
semakan daripada fail disiplin.
Analisa Tinjauan Masalah

Berdasarkan data murid yang diperolehi dari Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (PK Hem), 22 orang atau 47.7% daripada waris Tingkatan 3 Epsilon
merupakan peniaga, 10 orang atau 2.17% bekerja sendiri dan 2 orang
adalah terdiri daripada waris yang bekerja dengan sektor awam dan swasta.
Rata-rata waris mempunyai pendidikan hanya setakat sekolah rendah atau
sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Ini menyebabkan kebanyakkan
para waris mengabaikan pendidikan anak-anak mereka apatah lagi untuk
memotivasikan anak-anak.
Tinjauan dan pemerhatian yang dibuat melalui perjumpaan waris dan
perbincangan rekod prestasi murid, sewaktu pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dan melalui tingkahlaku murid,saya dapati :

Penguasaan Bahasa Inggeris para waris berada di tahap


yang lemah. Ini diikuti oleh anak-anak kerana mereka tidak
ditekankan tentang pentingya Bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa.

Murid-murid fobia dengan Bahasa Inggeris. Mereka


beranggapan bahawa bahasa ini terlalu sukar untuk difahami.
Mereka malu untuk cuba menyebut beberapa perkataan
kerana takut salah dan akan diejek oleh rakan sekelas. Sikap
mudah mengaku kalah dan tidak mahu berusaha
menyebabkan mereka tidak berminat dan ketinggalan dalam
Bahasa Inggeris.

Data-data yang diperolehi daripada analisa ujian Bulanan,


Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
2010, didapati ramai murid yang gagal. 5 orang murid atau
10.85% yang gagal. (Markah minimum sepatutnya untuk
murid KRK adalah C )

Semakan daripada fail disiplin, didapati ramai murid yang


gagal menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru Bahasa

Inggeris. Waris juga gagal membantu.Malah pengajaran dan


pembelajaran (P&P) dalam kelas juga nampak hambar. Muridmurid gagal memberikan respon.
Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan maklumat dan data yang saya perolehi, saya telah membuat
beberapa rancangan dan tindakan yang telah dilaksanakan. Segala aktiviti
dan tindakan yang telah diambil dapat meningkatkan peratus kedatangan
murid ke Program Cergas minda. Aktiviti dan program yang dijalankan
adalah:
Aktiviti 1

:Warisku Prihatin

Surat maklumat kepada waris tentang program Cergas Minda telah saya
edarkan kepada para waris Tingkatan 3 Epsilon. Para waris juga
dikehendaki prihatin terhadap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
dan pastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam setiap program
yang dijalankan.
Aktiviti 2

: Pagi Masih Segar

Mengenalpasti murid yang datang lewat. Sekiranya didapati murid-murid


datang lewat mereka akan didenda. Denda yang dikenakan adalah dalam
bentuk mendidik. Kali pertama mereka datang lewat, mereka diarah
berjumpa denganPenolong Kanan Hem. Lewat kali ke dua, mereka
dikehendaki berjumpa dengan Pengetua. Seterusnya, sekiranya mereka
masih lewat, kali ini hukuman rotan akan diambil.
Aktiviti 3

: Sabarlah

Kelas Tahanan (Detention Class). Sekiranya terdapat murid yang tegar


lewat dan terus tidak berubah, mereka dikehendaki menghadiri kelas
Tahanan. Kelas ini diadakan selepas waktu sekolah iaitu pukul 1.20-2.00

tengahari. Mereka dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh


guru seperti membaca petikan dalam Bahasa Inggeris dan mencari
maknanya sekali dengan bantuan guru. Tujuan kelas ini dijalankan adalah
supaya murid tersebut tidak ketinggalan.
Aktiviti 4

: Selamat Datang Warisku

Jaya waris. Perjumpaan dengan waris sebulan sekali bagi membincangkan


tentang prestasi anak-anak keseluruhannya. Para waris juga diberi peluang
bersoaljawab, memberikan idea dan berkongsi maklumat dengan guruguru. Para waris juga dimaklumkan tentang anak-anak yang sering datang
lewat dan tindakan yang dikenakan.
Aktiviti 5

: Muridku cemerlang

Mencatat kedatangan murid. Murid yang tidak pernah gagal menghadiri dan
tidak pernah gagal menghadiri datang lewat ke program ini akan diberi
cenderahati di hari Anugerah Kecemerlangan sekolah. Murid yang selalu
ponteng dan gagal menghadiri program ini akan disenaraihitamkan dan
nama mereka dipamirkan di papan kenyataan dan disebut dalam
perhimpunan mingguan.
Penilaian
Daripada maklum balas yang saya terima melalui kehadiran waris ke
program Warisku Prihatin, Pagi Masih Segar,Sabarlah, Selamat
Datang Warisku dan Muridku Cemerlang, saya dapati berlakunya
perubahan tingkahlaku yang positif. Kedatangan waris ke program Jaya
Waris membanggakan di mana 56 orang daripada 68 orang waris
Tingkatan 3 Epsilon hadir dalam perjumpaan pada 13 Mei 2011 (Ahad) dan
60 orang pada 17 Jun 2011 (Selasa). Malah para waris juga telah
melontarkan idea-idea yang bernas.

Kehadiran murid-murid ke program Cergas Minda meningkat dan kurang


murid yang didenda kerana datang lewat.
Refleksi Kajian
Alhamdullillah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana Kajian Tindakan yang
saya buat mendatangkan hasil. Perubahan tingkahlaku murid nampak nyata
melalui rekod kedatangan. Murid-murid juga bertambah rajin menghadiri
program Cergas Minda. Para Waris lebih prihatin terhadap prestasi anakanak dan sanggup berkongsi idea untuk meningkatkan prestasi anak-anak.
Perasaan saya pada mulanya amat risau dengan keputusan Bahasa
Inggeris dalam PKBS 1 dan PKBS 2, berasa lega sedikit kerana berlakunya
perubahan sikap dalam Peperiksaan Percubaan PMR 2011. Gred E
berkurangan dan diharap gred D dapat melompat ke Gred C.
PMR/Gred

PKBS 1

20

PKBS 2

14

10

Keputusan Bahasa Inggeris dan Gred dalam PMR Tingkatan 3 Epsilon


(PKBS 1 & PKBS 2) 2011
CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kejayaan kajian ini, saya mencadangkan supaya guru Bahasa
Inggeris lebih proaktif dalam membimbing murid-murid. Pihak pentadbir juga
perlu bertegas agar murid-murid hadir ke program ini tanpa gagal. Aktiviti

pengukuhan, juga perlu diperbanyakkan untuk meningkatkan penguasaan


murid-murid terhadap Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai