Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN XXX

XXX KOTA BELUD, SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM CUTI SEKOLAH
SK XXX 2015

TARIKH:
1 & 2 DISEMBER 2015

TEMPAT:
DEWAN GABUNGAN,
SEKOLAH KEBANGSAAN XXX,
KOTA BELUD, SABAH

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING (UBK)
SEKOLAH KEBANGSAAN XXX,
KOTA BELUD, SABAH

Prepared By AS 2015

KERTAS KERJA PROGRAM CUTI SEKOLAH SK XXX 2015


1.0 Pendahuluan
Masa cuti merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid. Namun begitu, tidak
semua murid mempunyai kesedaran untuk mempergunakan masa tersebut dengan
melakukan aktiviti yang berfaedah dan memberikan manfaat kepada diri mahupun
keluarga dan masyarakat.Sebagai inisiatif ke arah memberikan kesedaran tersebut, pihak
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK XXX, bercadang untuk menganjurkan
Program Cuti Sekolah SK XXX 2015 (PCS-SKX 2015). Melalui aktiviti yang dirancang,
UBK percaya bahawa ia akan dapat membantu murid untuk meluangkan masa cuti
mereka dengan lebih bermakna.
PCS SKX 2015 ini merangkumi slot disiplin memberikan kesedaran kepada murid
untuk sentiasa mengekalkan sikap dan disiplin yang baik semasa berada di luar sekolah
agar tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat, slot kaunseling memberikan
bimbingan kepada murid dalam memilih aktiviti yang berfaedah dan rakan yang
mempunyai pengaruh positif, slot Pusat Sumber membimbing murid untuk tidak
membuang masa semasa cuti sekolah dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat
dan slot Tokoh Tempatan sebagai penggerak motivasi murid untuk berjaya. Selain itu ,
PCS SKX 2015 juga memberi ruang untuk slot khas murid Tahun 6 demi menyediakan
mereka untuk alam sekolah menengah. Pada masa yang sama, aktiviti yang menarik iaitu
Cuti Berfaedah juga dirangka untuk murid Tahun 3-Tahun 5.
2.0 Rasional
Cuti yang diluangkan secara tidak bermakna boleh mengakibatkan kegagalan murid
dalam menentukan arah kehidupan mereka, terutamanya jika mereka terjerumus dalam
gejala sosial yang tidak sihat. Oleh itu, murid perlu dibimbing bagaimana untuk
meluangkan masa cuti dengan lebih bermakna dan berfaedah kepada diri, keluarga dan
juga masyarakat setempat.
3.0 Matlamat
Untuk memberikan kesedaran kepada murid perihal pentingnya meluangkan masa cuti
sekolah dengan aktiviti yang bermakna dan berfaedah
4.0 Objektif
Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti yang berikut:

Prepared By AS 2015

1. Menyedarkan murid betapa pentingnya meluangkan masa cuti sekolah dengan aktiviti
yang berfaedah dan bermakna;
2. Memberikan kesedaran kepada murid untuk sentiasa mengekalkan sikap dan disiplin
yang baik semasa berada di luar sekolah agar tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak
sihat;
3. Memberikan bimbingan kepada murid dalam memilih aktiviti yang berfaedah dan
rakan yang mempunyai pengaruh positif;
4. Membimbing murid untuk tidak membuang masa semasa cuti sekolah dengan
melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat;
5. Meningkatkan motivasi murid untuk berjaya;
6. Menyediakan Murid Tahun 6 ke arah persekolahan di sekolah menengah;
5.0 Kumpulan Sasaran
Murid Tahun 3 Tahun 6 2015 (XX orang)
6.0 Butiran Aktiviti
Tarikh
: 1 & 2 Disember 2015 (Selasa & Rabu)
Masa
: 7.30 pagi 5.00 petang
Tempat
: Dewan Gabungan SK XXX
7.0 Jawatankuasa
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Ahli-ahli Jawatankuasa

: Encik
: Encik
: Puan
:
Persiapan tempat

: Encik
Pekerja Pembersihan Sekolah
Siaraya/PA System
: Encik
Pengacara Majlis
: Puan
Jurufoto/dokumentasi : Encik
Puan
Cenderahati/hadiah : Cik
Kawalan Murid dan Kebersihan
: Semua guru kelas
Makanan /Jamuan Ringan
:
8.0 Bidang Tugas
8.1 Pengerusi
Mengadakan perbincangan dengan GPK HEM dan Guru Besar.
Mengadakan mesyuarat dan memastikan program berjalan lancar.
8.2 Setiausaha
Menyediakan kertas kerja program.
Menguruskan makluman kepada murid.
Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.
Menguruskan makluman kepada penceramah jemputan.
8.3 Persiapan tempat
Menyediakan dan menyusun tempat untuk program.
8.4 Siaraya/PA System
Prepared By AS 2015

Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di dewan.


Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan.
8.5 Pengacara Majlis
Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis.
Mempengerusikan majlis/perjalanan aktiviti hingga tamat.
8.6 Jurufoto/dokumentasi
Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk didokumentasikan.
Menyediakan laporan program.
8.7 Cenderahati/Hadiah
Menyediakan cenderahati untuk penceramah
Menyediakan hadiah untuk murid
8.8 Kawalan Murid dan Kebersihan
Memastikan disiplin murid terkawal sepanjang program berlangsung.
Memastikan kebersihan dewan/sekolah semasa dan selepas program.
8.9 Makanan Murid/Guru/Jamuan Ringan
Menguruskan makanan murid/guru semasa program
Menguruskan jamuan ringan pada akhir program

9.0 Jadual Pelaksanaan dan Tentatif Program


Tarikh

Masa
7.00-7.30
7.30-8.00
8.00-8.30

8.30-9.30
9.30-11.00
1/12/2015
(Selasa)

11.00-12.00
12.00-2.00
2.00-3.30
3.30-4.30
4.30-5.00

2/12/12015 7.30-8.00
(Rabu
8.00-9.30
9.30-10.30
10.30-12.00

Prepared By AS 2015

Tempat
Kelas Tahun
1
Kantin
Dewan
Gabungan
Dewan
Gabungan
Dewan
Gabungan
Dewan
Gabungan
Kantin
Dewan
Gabungan
Dewan
Gabungan
Kantin
Kantin
Dewan
Gabungan
Dewan
Gabungan
Dewan

Aktiviti
Pendaftaran
Sarapan pagi
Ucapan Guru Besar
Pembentukan Kumpulan
Taklimat
Ice-Breaking
Slot 1: Slot Disiplin
Aktiviti Kumpulan (Disiplin)
Rehat
Makan tengahari
Slot 2: Slot Bimbingan & Kaunseling
Aktiviti Kumpulan (Bimbingan & Kaunseling)
Minum Petang
Bersurai
Sarapan pagi
Slot 3: Slot Pusat Sumber
Aktiviti Kumpulan (Pusat Sumber)
Slot 4: Slot Tokoh Tempatan (Pelajar Contoh)

12.00-2.00
2.00-3.00

Pusat
Sumber/
Dewan
Gabungan

3.00-4.00

Dewan
Gabungan
Kantin

4.00- 5.00
10.0

Gabungan
Kantin

Rehat
Makan Tengahari
Slot Khas:
Murid Tahun 6 2015 Melangkah ke Sekolah
Menengah (UBK)
Murid Tahun 3-Tahun 5 Cuti Berfaedah
(UBK)
Perasmian Penutupan
Jamuan ringan
Bersurai

Kewangan
Sumber kewangan untuk mengadakan aktiviti ini adalah daripada PCG Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK XXX, Kota Belud. Anggaran perbelanjaan aktiviti
adalah seperti yang berikut:

Perkara
Makanan Murid
Makanan Guru/Penceramah
Cenderahati Penceramah
Cenderahati Perasmi
Hadiah Kumpulan Terbaik
Cenderahati Peserta
Hadiah Peserta Terbaik

Kuantiti/kos
44 orang x RM 7 x 2 hari
10 orang x RM 8 x 2 hari
4 orang x RM 24
1 orang x RM 18
1 kumpulan x RM 20
44 orang x RM 1.50
1 orang x RM 4
Jumlah Keseluruhan

Jumlah
RM 616
RM 160
RM 96
RM 18
RM 20
RM 66
RM 4
RM 980

Ulasan Kewangan:
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
11.0

Penutup
Program Cuti Sekolah SK XXX 2015 ini diharapkan agar dapat menyedarkan dan
membimbing murid ke arah cuti sekolah yang lebih berfaedah dan bermakna. Adalah
diharapkan juga program ini dapat berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua
pihak yang terlibat.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.
(XXXXXXXXXXXXX)

.
(XXXXXXXXXXXXX)

Prepared By AS 2015

Ketua,
Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SK XXX, Kota Belud.

Prepared By AS 2015

Guru Besar,
SK XXX, Kota Belud.