Anda di halaman 1dari 1

Halangan-halangan dalam proses komunikasi.

1. Halangan suasana sekeliling/ alam sekitar.


Keadaan persekitaran yang bising, tidak selesa, berbau dan kotor atau
jarak antara penyampai dan penerima jauh apabila proses komunikasi
yang diadakan.
Halangan ini akan menjadi sebab-sebab penerima tidak dapat
menumpukan perhatian semasa penyampai sedang menyampaikan
maklumat.
2. Halangan bahasa.
Penggunaan bahasa, perkataan atau istilah yang susah serta tidak dapat
difahami oleh orang lain.
Penggunaan sesuatu perkataan yang mungkin mempunyai pelbagai
makna atau taksiran .
3. Kebolehan untuk memahami sesuatu dengan cepat
Bukan semua orang mempunyai kebolehan untuk memahami sesuatu
dengan cepat.
Setiap orang mempunyai tahap intelektual yang tidak sama, ada punya
orang perlu memikir sesuatu perkara secara beberapa kali baru dapat
memahaminya, sebaliknya ada orang dapat memahaminya dengan
hanya satu kali saja.
4. Cara penyampai menyampaikan maklumat.
Sesetengah penyampai menyampaikan maklumat dengan menggunakan
cara yang kasar, ada yang menggunakan cara yang lemah-lembut.
Jika seseorang penyampai menyampaikan maklumat dengan cara yang
kasar, perlakuan ini hanya akan mengurangkan rasa keinginan penerima
untuk mendengarnya.
5. Sikap penerima yang tidak berfikiran terbuka.
Bukan setiap orang akan menerima apa-apa informasi atau maklumat
yang disampaikan. Mereka selalunya akan memilih maklumat yang
dianggap betul bagi dia kerana tidak berfikiran terbuka.
Sebahagian penerima juga mempunyai sikap prejudis/ prasangka
terhadap sesuatu perkara atau orang. Mereka juga suka merumus atau
menyimpul sesuatu terlalu awal.

Anda mungkin juga menyukai