Anda di halaman 1dari 13

EKSPERIMEN A

Tajuk
Untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap cahaya.
Teori
Teori gerak balas tumbuhan terhadap cahaya matahari menunjukkan bahawa pucuk
dan akar tumbuhan bergerak balas kepada cahaya matahari. Tumbuhan
memerlukan

cahaya

untuk

tumbesaran.

Gerak

balas

tumbuhan

terhadap

rangsangan disebut sebagai tropisme. Gerak balas terhadap rangsangan disebut


sebagai tropisme positif manakala gerak balas menjauhi rangsangan disebut
sebagai

tropisme

negatif.

Tumbuhan

melakukan

bergerak

balas

terhadap

rangsangan dengan adanya hormon. Hormon tumbuhan merupakan bahan organik


yang menggalakkan pertumbuhan atau menjalankan fungsi fsiologi lain dalam
tumbuhan. Auksin ialah hormon yang memainkan peranan penting dalam
fototropisme dan gravitropisme.
Auksin adalah jenis hormon yang ditemukan dalam tumbuhan. Hormon tumbuhan
adalah

molekul

yang

dihasilkan

oleh

tumbuhan

untuk

mempercepatkan,

melambatkan atau memodifikasikan pertumbuhannya. Pertumbuhan sesuatu


tumbuhan terjadi jika pembelahan sel, perpanjangan sel dan penceraian sel, dan
hormon dapat mempengaruhi salah satu atau semua proses ini yang berbeza pada
tumbuhan. Pergerakan auksin adalah secara lateral lalu terkumpul di hujung
koleoptil yang tidak disinari cahaya diikuti gerakan berpolar ke arah pangkal pucuk
yang mana menyebabkan pemanjangan lebih cepat berlaku. Oleh yang demikian,
koleoptil kacang membengkok ke arah cahaya.
Pernyataan masalah
Adakah anak benih kacang hijau bergerak balas terhadap rangsangan cahaya?
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimalarkan : Saiz biji benih kacang hijau
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kehadiran cahaya

Pemboleh ubah bergerak balas : Arah pertumbuhan pucuk


Rajah

Kaedah
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Sediakan satu bekas sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerak
balas terhadap rangsangan untuk setiap eksperimen dan dilabelkan bekas A.
3. Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 2 piring petri yang
disediakan.
4. Labelkan kedua-dua piring petri dengan label P dan Q. Piring petri P dibiarkan
terdedah kepada cahaya matahari manakala piring petri Q dimasukkan di
dalam kotak yang berlubang.
5. Letakkan kedua-dua set radas di tepi tingkap makmal selama lima hari.
6. Rekod pemerhatian mengenai gerak balas tumbuhan di dalam jadual.
Radas dan bahan
Biji benih kacang hijau yang bercambah, tisu basah, kertas label, kotak berlubang,
piring petri.
Cadangan merekod data
Radas

Pemerhatian

Pucuk

Akar

P
Q

Langkah keselamatan dan peringatan


1. Biji benih kacang hijau direndam selama 3 hari sebelum eksperimen
2.
3.
4.
5.

dijalankan
Pastikan biji kacang hijau adalah sama saiz.
Air direnjis sekata antara kedua-dua piring petri P dan Q.
Saiz piring petri yang digunakan adalah sama besar
Kuantiti tisu yang digunakan adalah sama.

EKSPERIMEN B
Tajuk
Untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap air.

Teori
Teori gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan air menunjukkan bahawa pucuk
dan akar tumbuhan bergerak balas kepada kehadiran air. Tumbuhan memerlukan air
untuk tumbesaran.

Akar dan pucuk tumbuhan akan tumbuh mengikut arah

kehadiran air. Akar tumbuhan menunjukkan hidrotropisme positif apabila tumbuh ke


arah air. Pucuk

tumbuhan pula akan mengalami hidrotropisme negatif apabila

menjauhi air. Biasanya akar tumbuh lurus ke arah bawah untuk memperoleh air dari
dalam tanah. Akan tetapi, jika pada arah ini tidak terdapat cukup air, maka akar akan
tumbuh membelok ke arah yang cukup air. Dengan demikian, arah pertumbuhan
mungkin tidak searah dengan gaya tarik bumi.
Pernyataan masalah
Adakah biji benih kacang hijau bergerak balas terhadap kehadiran air.
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimalarkan : Saiz biji benih kacang hijau
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kehadiran air
Pemboleh ubah bergerak balas : Arah gerakan tumbuhan

Rajah

Kaedah
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Sediakan satu bekas sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerak
balas terhadap rangsangan untuk setiap eksperimen dan dilabelkan bekas A.
3. Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 2 bekas plastik yang
disediakan.
4. Labelkan kedua-dua bekas plastik R dan S. Bekas plastik R mengandungi air
manakala bekas plastik S mengandungi gel silica.
5. Di dasar bekas plastik S diletakkan gel silica manakala di dasar bekas plastik
R diletakkan air.
6. Kedua-dua bekas plastik diletakkan kasa dawai di atasnya dan diikat
menggunakan getah pengikat.
7. Biarkan radas di dalam makmal selama lima hari.
8. Rekod pemerhatian mengenai gerak balas tumbuhan di dalam jadual.
Radas dan bahan
Biji benih kacang hijau yang bercambah, gel silica(atau kalsium klorida kontang), tisu
basah, kertas label, kasa dawai, bekas plastik, air dan getah pengikat.
Cadangan merekod data
Radas
Pucuk

Arah gerak balas


Akar

R
S

Langkah keselamatan dan peringatan


1. Biji benih kacang hijau direndam selama 3 hari sebelum eksperimen
2.
3.
4.
5.

dijalankan
Pastikan biji kacang hijau adalah sama saiz.
Air direnjis sekata antara kedua-dua bekas plastik R dan S.
Saiz bekas plastik yang digunakan adalah sama besar
Kuantiti tisu yang digunakan adalah sama.

EKSPERIMEN C
Tajuk
Untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap udara.
Teori

Teori gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan udara menunjukkan bahawa


pucuk dan akar tumbuhan bergerak balas kepada kehadiran udara. Kehadiran
karbon dioksida dalam udara menyebabkan tumbuhan dapat hidup dan membesar.
Akar dan pucuk tumbuhan akan tumbuh mengikut kehadiran udara tersebut.
Pernyataan masalah
Adakah biji benih kacang hijau bergerak balas terhadap rangsangan udara?
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimalarkan : Saiz biji benih kacang hijau
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kehadiran udara
Pemboleh ubah bergerak balas : Arah gerakan tumbuhan
Rajah

Kaedah
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Sediakan satu bekas sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerak
balas terhadap rangsangan untuk setiap eksperimen dan dilabelkan bekas A.

3. Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 2 piring petri yang


disediakan.
4. Labelkan kedua-dua piring petri dengan label T dan U. Piring petri T dibiarkan
dalam keadaan yang normal manakala piring petri U ditutup dengan plastik
jernih.
5. Biarkan radas di dalam makmal selama lima hari.
6. Rekod pemerhatian mengenai gerak balas tumbuhan di dalam jadual.
Radas dan bahan
Biji benih kacang hijau yang bercambah, tisu basah, kertas label, plastik jernih, piring
petri.
Cadangan merekod data
Radas
Pucuk

Pemerhatian
Akar

T
U

Langkah keselamatan dan peringatan


1. Biji benih kacang hijau direndam selama 3 hari sebelum eksperimen
2.
3.
4.
5.

dijalankan
Pastikan biji kacang hijau adalah sama saiz.
Air direnjis sekata antara kedua-dua piring petri T dan U.
Saiz piring petri yang digunakan adalah sama besar
Kuantiti tisu yang digunakan adalah sama.

EKSPERIMEN D
Tajuk
Untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap graviti.
Teori
Teori gerak balas tumbuhan terhadap graviti menunjukkan bahawa pucuk dan akar
tumbuhan bergerak balas kepada graviti. Tumbuhan bergerak balas terhadap
rangsangan graviti. Rangsangan graviti juga dikenali sebagai geotropisme. Dalam

ransangan graviti, akar tumbuhan akan sentiasa tumbuh ke bawah mengikut arah
graviti. Akar dikatakan menunjukkan geotropisme positif. Gerak balas ini
membolehkan akar tumbuh jauh ke dalam tanah bertujuan untuk mencengkam dan
menstabilkan kedudukan tumbuhan kepada tanah. Pertumbuhan akar ke arah
bawah mengikut graviti adalah disebabkan oleh terdapatnya hormon auksin pada
koleoriza yakni hujung akar.
Apabila cahaya yang dibekalkan dari satu arah, lebih banyak auksin akan
dikumpulkan di bahagian akar yang tidak menerima cahaya. Hormon auksin yang
terkumpul membantu mempercepatkan pemanjangan akar ke arah bawah mengikut
tarikan graviti. Manakalan, pucuk tumbuhan pula sentiasa tumbuh

ke atas dan

menentang arah graviti. Jadi, pucuk dikatakan menunjukkan geotropisme negatif.


Gerak balas ini membolehkan tumbuhan tumbuh tegak ke atas untuk mendapatkan
cahaya matahari bagi proses fotosintesisnya.
Pucuk tumbuhan menunjukkan geotropisme positif apabila tumbuh ke arah graviti.
Akar tumbuhan pula akan mengalami geotropisme negatif apabila menjauhi arah
graviti.
Pernyataan masalah
Adakah biji benih kacang hijau bergerak balas terhadap graviti?
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimalarkan : Saiz biji benih kacang hijau
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Kehadiran air
Pemboleh ubah bergerak balas : Arah gerakan tumbuhan
Rajah

Kaedah
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Sediakan satu bekas sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerak
balas terhadap rangsangan untuk setiap eksperimen dan dilabelkan bekas A.
3. Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 2 piring petri yang
disediakan.
4. Labelkan kedua-dua piring petri dengan label V dan W. Piring petri V
diletakkan mengikut kedudukan normal manakala piring petri W diletakkan
mengikut kedudukan yang menegak dengan disokong oleh plasticin.
5. Biarkan radas di dalam makmal selama lima hari.
6. Rekod pemerhatian mengenai gerak balas tumbuhan di dalam jadual.
Radas dan bahan
Biji benih kacang hijau yang bercambah, tisu basah, kertas label, plastisin, piring
petri.

Cadangan merekod data


Radas
Pucuk
V
W

Pemerhatian
Akar

Langkah keselamatan dan peringatan


1. Biji benih kacang hijau direndam selama 3 hari sebelum eksperimen
2.
3.
4.
5.

dijalankan
Pastikan biji kacang hijau adalah sama saiz.
Air direnjis sekata antara kedua-dua piring petri V dan W.
Saiz piring petri yang digunakan adalah sama besar
Kuantiti tisu yang digunakan adalah sama.

EKSPERIMEN E
Tajuk
Untuk menyiasat gerak balas tumbuhan terhadap ruang.
Teori

Teori gerak balas tumbuhan terhadap ruang menunjukkan bahawa tumbuhan


memerlukan ruang untuk tumbesaran. Segala rangsangan seperti air dan cahaya
terpaksa dikongsi oleh tumbuhan tersebut jika dicambah dalam kuantiti yang
banyak. Nutrisi yang diterima juga sedikit berbanding tumbuhan yang dicambah
dalam kuantiti yang sedikit. Ruang yang sempit boleh menghadkan tumbesaran
akar dan mengganggu tumbuhan untuk terus membesar.
Pernyataan masalah
Adakah ruang mempengaruhi pertumbuhan anak benih kacang ?
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimalarkan : Saiz biji benih kacang hijau
Pemboleh ubah dimanipulasikan : Bilangan biji benih bagi setiap piring petri
Pemboleh ubah bergerak balas : Pemanjangan biji benih kacang hijau
Radas

Kaedah
1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.
2. Sediakan satu bekas sebagai bekas kawalan bagi kajian terhadap gerak
balas terhadap rangsangan untuk setiap eksperimen dan dilabelkan bekas A.

3. Anak-anak benih kacang hijau dicambahkan di dalam 2 piring petri yang


disediakan.
4. Labelkan kedua-dua piring dengan label X dan Y. Piring X hanya diletakkan
tiga biji benih kacang hijau yang bercambah manakala piring Y diletakkan
sepuluh biji benih kacang hijau yang bercambah.
5. Biarkan radas di makmal selama lima hari.
6. Rekod pemerhatian mengenai tumbesaran tumbuhan di dalam jadual.
Radas dan bahan
Biji benih kacang hijau yang bercambah, tisu basah, kertas label, piring petri,
pembaris.
Cadangan merekod data
Radas

Panjang (cm)

X
Y
Langkah keselamatan dan peringatan
1. Biji benih kacang hijau direndam selama 3 hari sebelum eksperimen
2.
3.
4.
5.

dijalankan
Pastikan biji kacang hijau adalah sama saiz.
Air direnjis sekata antara kedua-dua piring petri X dan Y.
Saiz piring petri yang digunakan adalah sama besar
Kuantiti tisu yang digunakan adalah sama.