Anda di halaman 1dari 9

ASSIGNMENT 1

MAY SEMESTER 2014

SUBJECT CODE

ESS221

SUBJECT TITLE

SEKOLAH DAN MASYARAKAT

LEVEL

BACHELOR DEGREE

STUDENTS NAME

JUNAIMAH BINTI MAKON

MATRIC NO.

A30109130008

PROGRAMME

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

ACADEMIC
FACILITATOR

EN. NAZARIA BIN MOHD AMIN

LEARNING CENTRE

KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR

INSTRUCTIONS TO STUDENTS
1

This assignment consists of THREE (3) questions. Answer ALL questions.

Plagiarism in all forms is forbidden. Students who submit plagiarised


assignment will be penalised.

This assignment carries a 30% weightage towards your final grade.

1) The submission date of this assignment is BEFORE OR ON ....................


Please submit your assignment answer via myAeU PLS (online
submission).

THERE IS 2 PAGES OF QUESTIONS, EXCLUDING THIS PAGE.

TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 1

INSTRUCTION: Answer ALL questions/Jawab SEMUA soalan

Question 1/ Soalan 1:

Kanak-kanak di hantar ke sekolah kerana ibu bapa mahu anak-anak mereka


melalui proses sosialisasi dan enkulturasi melalui pendidikan. Apakah yang
dimaksudkan dengan proses sosialisasi dan enkulturasi melalui pendidikan ?

(10 marks/10
markah)

Question 2 / Soalan 2:

Sekolah-sekolah di Malaysia dikendalikan berdasarkan struktur birokratik.


Berikan sebab-sebab anda untuk menyokong pernyataan diatas.

(10 marks/10
markah)

Question 3 / Soalan 3:

Bagaimanakah Teori konflik mencorak dasar pendidikan diMalaysia ?


Jelaskan.
(10 marks/10
markah)

TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 2

END OF QUESTION/ SOALAN TAMAT

Soalan (1) :

Berdasarkan pengetahuan dalam sistem pendidikan, kehidupan itu merupakan suatu


proses yang terbentuk dan dibentuk melalui beberapa proses yang lengkap. Antara proses yang
dikenal pasti ialah proses sosialisasi dan enkulturasi. Bagi definisi sosialisasi ialah

proses

seorang individu dari masa anak-anak hingga masa tuanya di mana mereka akan belajar
mengenai pola-pola tindakan dalam interaksi dengan segala macam individu di sekeliling yang
menduduki beraneka macam peranan sosial yang mungkin ada dalam kehidupan seharian. Proses
sosialisasi juga, ianya terjadi dalam berbeza-beza satu sama lainnya. Golongan sosial yang satu
dengan lain atau dalam lingkungan sosial dari berbagai suku bangsa di Malaysia atau dalam
lingkungan sosial bangsa-bangsa lain di dunia.
Manakala bagi definisi enkulturasi pula, seorang individu mempelajari dan menyesuaikan
alam fikiran serta sikap mereka dengan adat istiadat, sistem norma dan peraturan yang hidup
dalam kehidupannya. Sejak kecil proses ini sudah mulai tertanam dalam alam fikiran warga
sesebuah masyarakat. Mula-mula dari orang-orang di dalam lingkungan keluarga mereka dan
kemudian teman-teman bermain mereka. Selain itu, seorang individu akan belajar meniru
berbagai macam tindakan. Dengan berkali-kali meniru maka tindakannya menjadi pola yang
mantap dan norma yang mengatur tindakan mereka yang dibudayakan.
Tambahan pula merujuk Redfield, Linton, dan Herskovits dalam penulisan mereka,
mereka mengemukakan bahawa akulturasi meliputi fenomena yang timbul sebagai hasil, jika
kelompok kelompok manusia yang mempunyai kebudayaan yang berbeza-beza bertemu dan
mengadakan perbincangan secara langsung dan terus-menerus, yang kemudian menimbulkan
perubahan dalam pola kebudayaan yang original dari salah satu kelompok atau pada keduaduanya seperti individu pelajar negeri Kelantan dengan individu pelajar negeri Johor yang di
tempatkan di MRSM Pulau Pinang.
Kesimpulannya, enkulturasi dan sosialisasi tampak berbeza-beza namun ianya tetap
sama. Meskipun cara proses itu berbeza, maka tujuan proses tetap sama iaitu membentuk
seorang manusia menjadi dewasa. Proses sosialisasi seorang individu berlangsung sejak kecil.
TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 3

Mula-mula mengenal dan menyesuaikan diri dengan individu-individu lain dalam lingkungan
terkecil seperti keluarga, kemudian dengan teman-teman sebaya atau sepermainan yang dekat,
dengan saudara sepupu, sekerabat, dan akhirnya dengan masyarakat luas. Maka secara singkat
perbezaan antara enkulturasi dan sosialisasi adalah dalam enkulturasi seorang individu
mempelajari dan menyesuaikan alam pikirannya dengan lingkungan kebudayaannya, sedangkan
sosialisaasi si individu melakukan proses penyesuaian diri dengan lingkungan sosial.

Rujukan:
Melalui internet - http://ms.shvoong.com/social-sciences/sociology/2315403-pengertian
Melalui risalah / artikal - Koentjaraningrat. 2005. Pengantar Antropologi jilid 1. Jakarta:
PT Asdi Mahasatya.

TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 4

Soalan (2) :
Ungkapan "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang

berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara " . Berdasarkan ungkapan itu, kita dapat lihat bahawa
pendidikan Di Malaysia memiliki sebuah tatacara dan penyusunan yang teratur dan
bersistematik.
Justeru itu, sistem pendidikan di Malaysia boleh dikatakan menggunakan konsep
birokratik dalam merealisasikan ungkapan di atas agar pengurusan dan pentadbiran yang mudah
dan berkesan. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, perkataan birokratik merujuk pada
sifat birokrasi iaini berkonsepkan amalan pengurusan yang berbentuk autokratik. Hal ini
menyebabkan sekolah - sekolah di Malaysia dikendalikan dengan cara penstrukturan birokratik.
Justeru dengan adanya dasar penstrukturan birokratik maka sistem birokrasi dapat dilaksanakan
dengan cara yang lebih berorganisasi bersistematik dengan kata lain bahawa sekolah sekolah di
Malaysia merupakan sebuah organisasi yang teratur. Hal ini kerana organisasi didefinisikan
sebagai satu unit sosial yang sengaja dibentuk atau boleh dikatakan pengelompokan manusia
untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Apabila bercakap mengenai organisasi, kita tidak
boleh lari daripada membicarakan mengenai teori-teori organisasi yang ada. Salah satu teori yang
paling berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah teori birokrasi. Teori ini
diasaskan oleh Max weber yang merupakan seorang ahli sosiologi dan ekonomi berpengaruh
Jerman. Hasil kerja yang dilakukan olehnya adalah sezaman dengan Frederick W. Taylor dan
Henri Fayol, namun beliau bekerja mengikut jalannya yang tersendiri.
Oleh itu, struktur birokrasi menjadi tulang belakang kepada birokratik antara sebab yang
pertama ialah suatu susunan fungsi pejabat yang tetap dan terikat dengan peraturan. Sistem
TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 5

peraturan adalah merupakan prinsip utama dalam sebuah sistem pendidikan. Fungsi utama
peraturan yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi ialah untuk mempermudahkan
standardisasi, dengan adanya proses ini banyak perkara dan permasalaha boleh diselesaikan
secara seragam. Sebagai contohnya jika seseorang guru dikenakan potongan gaji sebagai
hukuman kerana bercuti tanpa makluman pihak sekolah maka hukuman tersebut mestilah sama
dengan guru lain yang melakukan kesalahan yang sama. Sistem peraturan yang distandardkan ini
juga dirancang untuk menjamin adanya keseragaman dalam menjalankan setiap tugas, dimana
peraturan tersebut menentukan tanggungjawab, peranan dan bidang tugas bagi setiap guru dan
hubungan diantara mereka.

Sebab yang kedua ialah adanya bidang kecekapan khusus. Hal ini berkaitan dengan
bidang kewajipan tugas yang ada pada seorang guru, tujuannya adalah untuk menjalankan
pelbagai fungsi yang merupakan satu bahagian daripada proses pembahagian atau pengkhususan
kerja yang sistematik. Dalam menjalankan tugas yang pelbagai, organisasi birokrasi
membahagikan kegiatan-kegiatan pentadbiran menjadi bahagian-bahagian yang masing-masing
mempunyai fungsi khusus dan berbeza dengan fungsi bahagian lain. Sebagai contoh dalam
Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ), biro kewangan secara khususnya berfungsi untuk
membuat ramalan keperluan dana, mendapatkan dana untuk organisasi tersebut, menguruskan
dana tersebut dan memastikan dana digunakan dengan cara terbaik, manakala bagi biro sumber
manusia pula fungsi khususnya ialah untuk melakukan pengambilan ahli persatuan,
melaksanakan latihan dan pembangunan, membuat penilaian prestasi dan sebagainya lagi yang
berkaitan dengan sumber manusia.

Kesimpulannya menunjukkan bahawa birokrasi merupakan nadi utama kepada


penstrukturan birokratik terhadap atmosfera sekolah sekolah di Malaysia. Di samping itu,
Penstrukturan birokratik yang bersulamkan birokrasi mampu memberikan destini terhadap
system pentadbiran dan pengurusan sekolah sekolah di Malaysia dengan lebih maksimum
positif.

TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 6

Rujukan :

- Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.


- Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: \Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. KualaLumpur: Longman.
Soalan (3) :
Secara dasarnya, falsafah pendidikan Negara mempunyai kesan yang maksimum ke arah
mewujudkan pembentukan kurikulum Malaysia. Dengan adanya konsep KBSR dan juga KBSM,
konsep ini bertujuan menjadi formula utama dalam melahirkan Falsafah Pendidikan Negara.
Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah sukatan
pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh
itu konsep-konsep seperti penggabung jalinan iaini penyatuan kemahiran-kemahiran dan
penyerapan atau

dikenali sebagai penyatuan isi yang sentiasa dititik beratkan. Selain itu,

penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam
setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Di samping itu, program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Berdasarkan kenyataan dan huraian mengenai falsafah ini, pendidikan
di Malaysia mengalami sebuah cabaran yang memberi impaak yang begitu jelas dan ketara yang
dikenali sebagai teori konflik. Hal ini demikian kerana teori konflik merupakan teori yang di
ambil kira berdasarkan perubahan senario sosial yang tidak terjadi melalui proses penyesuaian
nilai - nilai yang membawa perubahan tetapi terjadi akibat adanya konflik yang menghasilkan
pemudah cara yang berbeza dengan keadaan kesemula jadian. Contohnya di dalam sebuah kelas
terdapat 7 orang pelajar pintar dan 23 orang pelajar yang lemah dalam semua mata pelajaran.
Oleh sebab itu, guru terpaksa menghadapi situasi yang cukup menyukarkan itu memikir
bagaimana 23 orang pelajar itu mampu menjadi seperti 7 orang pelajar pintar tersebut. Maka
disitulah berlakunya konflik dan stress terhap guru dan juga pelajar.
TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 7

Lantaran itu, konflik ini merupakan proses yang bersifat instrumental dalam
pembentukan, penyatuan dan pemeliharaan struktur sosial. Di samping itu, konflik dapat
menempatkan dan menjaga garis batas antara dua atau lebih kelompok atau kumpulan.
Tambahan pula, konflik dengan kelompok atau kumpulan lain dapat memperkuat kembali
identiti dan melindungi agar tidak lebur ke dalam dunia sosial sekeliling. Contohnya badan
pengawas sekolah atau panitia persatuan Bahasa Melayu. Lembaga tersebut membuat kegerahan
yang berasal dari situasi konflik tersalur tanpa menghancurkan sistem pentadbiran dalaman
persatuan tersebut.
Maka kita dapat melihat perubahan melalui konflik tersebut seperti sistem STPM telah
berubah kepada system semesta. Jika dahulunya Silibus STPM dihabiskan 1 tahun lebih di ambil
masa yang terus menerus yang memberi bebanan terhadap para pelajar menduduki peperiksaan
STPM yang semaksima mungkin. Akan tetapi sekarang silibus STPM telah dibahagikan
mengikut peringkat dan semesta.
Kesimpulannya peningkatan konflik individu atau kumpulan dapat dihubungkan dengan
peningkatan interaksi dengan manusia secara keseluruhan. Hal ini disebabkan apabila konflik
dalam individu atau kumpulan tidak ada bererti menunjukkan lemahnya integrasi kelompok
tersebut dengan masyarakat. Dalam struktur besar atau kecil konflik in-group merupakan
indikator adanya suatu hubungan yang sehat. Pada pendangan saya, saya sangat menentang para
ahli sosiologi yang selalu melihat konflik hanya dalam pandangan negatif saja. Hal ini kerana
perbezaan merupakan peristiwa normal yang sebenarnya dapat memperkuat struktur sosial.
Dengan demikian saya menolak pandangan bahawa ketiadaan konflik sebagai indikator dari
kekuatan dan kestabilan suatu hubungan.

TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 8

Rujukan :
Bernard Raho,Teori Sosiologi Modern. Jakarta: Prestasi Pustaka Publisher, 2007.
Fred. Schwarz, 1960. You Can Trust the Communists. New Jersey: Prentice-Hall, Inc, Englewood
Cliffs.
Tom Bottomore, dkk. 1979. Karl Marx: Selected Writings in Sociology and Social Philosphy.
Victoria: Penguin Books.

TUGASAN 1 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

Muka 9