Anda di halaman 1dari 14

A1001 / UNIT 1 / 1

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

..

UNIT
1

KONSEP ILMU

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

1.
2.
3.
4.

Mengetahui dan memahami definisi ilmu dan pembahagian ilmu.


Mengetahui dan memahami kewajipan menuntut ilmu.
Mengetahui dan memahami hiraki ilmu.
Wah..rupany
Mengetahui kelebihan ilmu dan ilmuan.
a banyak lagi
yang aku tak
tahu..

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:
1.
2.
3.
4.

menyatakan takrif ilmu.


membezakan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah.
menerangkan kelebihan ilmu dan ilmuan.
menyenaraikan matlamat ilmu dalam Islam.

A1001 / UNIT 1 / 2

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

INPUT

( KONSEP ILMU )

1.0

PENGENALAN.

Penekanan kepada ilmu jelas terdapat di dalam al Quran. Ini menunjukkan bahawa
Islam memberi perhatian yang serius terhadap ilmu. Pengiktirafan Allah SWT
terhadap ilmu sebagai sumber tertinggi dijadikan perkara awal yang diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW. Ilmu dianggap sebagai teras sistem nilai yang
tertinggi dalam Islam.

Siapa yang hendakkan dunia


mesti dengan ilmu. Siapa
yang hendakkan akhirat
mesti dengan ilmu dan siapa
yang hendakkan keduaduanya mesti dengan ilmu

1.1

KONSEP ILMU DAN PEMBAHAGIAN ILMU.

1.1.1

Takrif Ilmu.

Ilmu berasal daripada perkataan Arab iaitu alima (mengetahui). Kamus Dewan
pula mendefinisikan ilmu sebagai kepandaian @ pengetahuan.
Ibn Manzur di dalam Lisan al Arab, memberi empat huraian terhadap kata dasar
al ilm:
Merujuk kepada sifat Allah yang Maha Mengetahui.
Berlawanan dengan sifat al jahl (tidak tahu atau dungu).
Mengetahui sesuatu atau mengenalinya atau arafa.
Dengan pengertian al alam yang bermakna tanda atau alamat.

A1001 / UNIT 1 / 3

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

Al Qannuji mentakrif ilmu sebagai al-idrak dan al-tasdiq (pengetahuan dan


kebenaran).
Menurut Imam al Ghazali, ilmu adalah hakikat atau kebenaran semua perkara. Ilmu
juga merupakan keupayaan membuat generalisasi, kefahaman terhadap idea-idea
abstrak dan kebolehan untuk memperolehi kebenaran. Menurut beliau juga,
kebenaran sebenar adalah yang disandarkan kepada Allah SWT.
Rupanya ilmu itu mesti benar, tetapi
bagaimana mereka yang menggunakan ilmu
untuk perkara yang tidak benar?

1.1.2

Pembahagian Ilmu.

Dari aspek kewajipan hukum ke atas setiap muslim, ilmu dibahagikan kepada dua:
ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah.
1.1.2.1 Ilmu Fardhu Ain
Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang telah akil baligh untuk
mempelajari dan mengamalkannya, merangkumi ilmu akidah seperti perkara yang
berkaitan dengan solat, puasa dan sebagainya. Juga merangkumi ilmu akhlak
seperti adab dengan ibubapa dan seumpamanya. Kesemua ilmu ini adalah untuk
pembentukan peribadi muslim. Peribadi muslim hanya akan sempurna apabila
tercapainya kesempurnaan akidah, syariah, dan akhlak.
1.1.2.2 Ilmu Fardhu Kifayah
Ilmu-ilmu yang dipelajari oleh masyarakat secara kolektif dan bukannya sebagai
kewajipan ke atas individu, kecuali sekiranya hanya seorang sahaja yang
berkeahlian di dalam bidang tertentu dan tidak ada orang lain yang mempunyai
kemahiran tersebut dengan sendirinya ia akan menjadi Fardu Ain. Ilmu Fardu
Kifayah yang diwajibkan itu ialah ilmu yang diperlukan untuk kepentingan
kehidupan masyarakat Islam di dalam bidang kebendaan dan lain-lain yang
bertujuan untuk mencapai keselesaan, kestabilan dan keamanan dalam masyarakat,
contohnya seperti ilmu perubatan, ilmu matematik dan sebagainya.
Kalau aku
yang cipta
kereta itu,
banyaknya
pahala aku

A1001 / UNIT 1 / 4

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

1.2

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU.

Menuntut ilmu adalah wajib kepada semua individu muslim. Ini berdasarkan hadis
Rasulallah SAW ( Terjemahannya ) :
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim
Berdasarkan hadis di atas, kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada kaum
lelaki muslim sahaja, tetapi juga kepada perempuan muslim. Malah tuntutan ini
berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini adalah
bertambah besar kepada individu yang jahil sedangkan dia berkemampuan dan
berpeluang untuk mempelajarinya.
Kalau aku tahu malas tu
berdosa, pasti dari dulu
lagi aku dah belajar
bersungguhsungguh !!!!

AKTIVITI
1A
Arahan :
Jawab semua soalan di bawah.

A1001 / UNIT 1 / 5

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

1.1

1.2

1.3

Semua penyataan berikut adalah berkenaan dengan ilmu.


Nyatakan sama ada pernyataan tersebut benar (B) atau salah (S):
i

Allah pemilik dan punca segala ilmu yang wujud di


muka bumi ini.

B/S

ii

Lelaki diwajibkan menuntut ilmu, manakala wanita


adalah sunat.

B/S

iii

Ilmu yang benar akan dapat membangunkan insan


secara seimbang.

B/S

iv

Kewajipan menuntut ilmu lebih besar ke atas orang


yang jahil.

B/S

Berikan definisi berikut:


i.
Ilmu.
ii.
Ilmu Fardhu Ain.
iii.
Ilmu Fardhu Kifayah.
Penyataan berikut adalah berkenaan dengan hukum menuntut ilmu.
Nyatakan sama ada hukumnya Fardhu Ain (FA) atau Fardhu Kifayah (FK):
i
Saya sedang belajar dalam bidang kejuruteraan awam
FA/FK
ii
Saya hendak belajar ilmu kedoktoran
FA/FK
iii Saya tidak dapat membaca al Quran dengan betul,
FA/FK
apa hukumnya saya belajar Tajwid
iv Saya berkursus haji untuk menunaikan haji pada tahun
FA/FK
ini
v
Saya belajar memasak untuk menjadi tukang masak
FA/FK

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 1A
1.1.

i
ii
iii
iv

:
:
:
:

Betul.
Salah.
Betul.
Betul.

KONSEP ILMU

A1001 / UNIT 1 / 6

_______________________________________________________________
_

1.2.

i.

Berasal daripada perkataan Arab iaitu alima (mengetahui).


Kamus Dewan pula mendefinisikan ilmu sebagai kepandaian @
pengetahuan.
Atau,
Mengikut Ibn Manzur di dalam Lisan al Arab, memberi empat
huraian terhadap kata dasar al ilm:
Merujuk kepada sifat Allah yang Maha Mengetahui.
Berlawanan dengan sifat al jahl (tidak tahu atau dungu).
Mengetahui sesuatu atau mengenalinya atau arafa.
Dengan pengertian al-alam yang bermakna tanda atau alamat.
Atau,
Mengikut Al Qannuji mentakrif ilmu sebagai al-idrak dan al-tasdiq
(pengetahuan dan kebenaran).
Atau,
Menurut Imam al Ghazali, ilmu adalah hakikat atau kebenaran semua
perkara.

1.3

ii.

Ilmu Fardu Ain ialah :


Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang telah akil
baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya. Contohnya, ilmu
tentang cara bersembahyang.

iii.

Ilmu Fardu Kifayah ialah ilmu yang diperlukan untuk kepentingan


kehidupan masyarakat Islam bertujuan untuk mencapai keselesaan,
kestabilan dan keamanan dalam masyarakat, contohnya seperti ilmu
perubatan, ilmu matematik dan sebagainya. Sekiranya hanya seorang
sahaja yang berkeahlian di dalam bidang tertentu dan tidak ada orang
lain yang mempunyai kemahiran tersebut dengan sendirinya ia akan
menjadi Fardu Ain.

i.
ii.
iii.
iv.

Fardhu Ain
Fardhu Kifayah
Fardhu Kifayah
Fardhu Ain

A1001 / UNIT 1 / 7

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

v.

Fardhu Kifayah

Dah siap pun,


Bolehlah saya
teruskan ke unit
seterusnya.

INPUT

(KONSEP ILMU : SAMBUNGAN)

1.3

KELEBIHAN ILMU DAN ILMUAN.

Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang berilmu. Persiapan keilmuan


dilihat sebagai persiapan yang asasi dalam amanah kerasulan Nabi Muhammad
SAW berdasarkan surah al alaq 1-5. Perlantikan Nabi Adam AS sebagai khalifah
Allah di muka bumi serta tunduknya para malaikat adalah kerana kelebihan Nabi
Adam dari segi ilmu dan bukan kerana asal kejadiannya. Saidina Ali menegaskan
ilmu itu lebih baik dari harta, ilmu menjaga manakala harta dijaga. Ilmu
menghukum manakala harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanjakan
manakala ilmu pula bertambah apabila diberikan.

Bukan senang
nak jadi orang
berilmu

KONSEP ILMU

A1001 / UNIT 1 / 8

_______________________________________________________________
_

1.3.1

Ilmuan.

Ilmuan merupakan golongan yang mendapat kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
di sisi Allah dan seluruh makhluk. Islam menyatakan dengan jelas tidak sama
kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Mereka yang
takut kepada Allah adalah dari kalangan ulamak. Tidak sama di antara orang yang
alim dengan orang yang jahil kerana yang ingat kepada Allah hanyalah orang-orang
berilmu. Para ulamak juga diiktiraf sebagai pewaris Nabi yang meneruskan tugas
dan amanah kepada masyarakat sekelilingnya. Rasulallah SAW memberi amaran
keselamatan dan keruntuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada dua
kelompok manusia iaitu para pemimpin dan ilmuan.
1.3.2 Matlamat Ilmu.
Antara matlamat ilmu Islam ialah :
Ilmu sebagai pelita yang mampu memberi cahaya kepada manusia
dalam kehidupan mereka. Ilmu dalam Islam hendaklah digunakan
hanya untuk mencari keredaan Allah dan memanfaatkan ilmu yang
dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan masyarakat manusia
dan alam seluruhnya.
Untuk melahirkan insan yang kamil ( insan yang baik lagi
sempurna ) yang dapat mempertahankan kedudukan sebagai
manusia yang sebenarnya menurut ajaran Islam.
Melahirkan insan yang bertakwa ( takut kepada Allah ) .
1.3.3 Sumber Ilmu.

Al Quran
Al Quran merupakan sumber ilmu yang pertama dan wajib diterima
secara qartie oleh setiap umat Islam. Sumber ilmu Islam
berasaskan kepada Al Quran mempunyai kemutlakan autoriti yang
tidak boleh disangkal. Al Quran ialah kalam Allah SWT yang
bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang
termaktub di dalam mashaf, dipetik dari riwayat yang mutawatir,
membacanya dikira ibadah, diturunkan kepada Nabi Muhammad

A1001 / UNIT 1 / 9

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

SAW secara beransur-ansur dengan lafaz dan makna dari Allah SWT
dalam bahasa arab.
Hayatilah al Quran
dan Sunnah dalam
kehidupan harian
kita. Insya Allah kita
akan berjaya dunia
dan akhirat

Al Sunnah.
Merupakan sumber ilmu yang kedua selepas al Quran. Al Sunnah
ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama
ada perkataan, perbuatan atau pengakuan ( persetujuan ) ataupun
sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum atau sesudah
dilantik sebagai Rasul. Berperanan sebagai penjelas, penghurai,
penguat kepada al Quran.

Sumber-sumber Lain.
Sumber lain berdasarkan kajian dan orientasi yang benar diterima
asalkan tidak bercanggah dengan prinsip Islam, misalnya akal
fikiran, psikologi manusia, sejarah dan sebagainya. Sumber
tambahan ini perlulah selaras dan tidak bertentangan dengan isi
kandungan al Quran dan al Sunnah. Sumber ini merupakan ruang
lingkup yang membuka peluang untuk manusia melakukan ijtihad.

Saya nak jadi orang


berilmu !!!!

A1001 / UNIT 1 / 10

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

AKTIVITI
1B

Arahan :
Jawab semua soalan di bawah.
1.4.

Berdasarkan pemerhatian anda, nyatakan kelebihan:


i.
ii.

Ilmu.
Orang yang berilmu.

1.5.

Nyatakan satu nas dari al Quran atau Hadis mengenai kelebihan orang
yang berilmu.

1.6.

Antara yang berikut yang manakah matlamat utama ilmu?


A)
B)
C)
D)

1.7.

Mendapat manfaat di dunia dan akhirat.


Mendapat keredhaan Allah.
Melahirkan insan kamil.
Melahirkan insan bertaqwa.

Berikut adalah sumber-sumber ilmu dalam Islam.


Susun mengikut keutamaan:
i.
ii.
iii.
iv.

Akal.
Al Quran.
Al Sunnah.
Pengalaman.

Mudah betul soalan-soalan ini! Saya


nak cuba bandingkan la jawapan
saya dengan jawapan di ruangan
MAKLUM BALAS AKTIVITI.

A1001 / UNIT 1 / 11

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

A.
B.
C.
D.

i, ii, iii, dan iv.


ii, iii, iv, dan i.
i, iii, iv, dan ii.
ii, iii, i, dan iv.

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 1B
1.4.

i. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu akan menjaga manusia
manakala
harta dijaga oleh manusia. Ilmu menghukum manakala harta
terhukum. Ilmu akan bertambah apabila diberikan kepada orang lain, tetapi
harta akan berkurangan apabila diberi kepada orang. Manusia mulia kerana
ilmu yang dimiliki. Ilmu akan membezakan di antara manusia dan haiwan.
ii. Ilmuan merupakan golongan yang mendapat kemuliaan dan kedudukan
yang tinggi di sisi Allah dan seluruh makhluk. Islam menyatakan dengan
jelas tidak sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.
Mereka yang takut kepada Allah adalah dari kalangan ulamak. Para Ulama
juga diiktiraf sebagai pewaris Nabi yang akan meneruskan tugas dan
amanah kepada masyarakat sekelilingnya.

1.5.

Al Quran :
Maksudnya: Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dengan
orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat
mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna.
(Al-Zumar:9)
Hadis : Manusia yang terbaik ialah mukmin yang berilmu. Jika diperlukan
dia berguna dan jika tidak diperlukan dia dapat menguruskan dirinya
sendiri.

A1001 / UNIT 1 / 12

KONSEP ILMU

_______________________________________________________________
_

Atau hadis-hadis lain yang sesuai.


1.6.

1.7.

PENILAIAN
KENDIRI
1.

Nyatakan pengertian al Quran dan al Sunnah.

2.

Senaraikan matlamat ilmu.

3.

Kenyataan di bawah merujuk kepada pandangan Ibnu Manzur di dalam


Lisan Al-Arab mengenai pengertian ilmu, kecuali:
A.
B.
C.
D.

4.

Merujuk kepada sifat Allah yang Maha Mengetahui.


Berlawanan dengan sifat al-jahl (tidak tahu atau dungu).
Kefahaman terhadap idea-idea yang abstrak.
Mengetahui sesuatu atau mengenalinya atau arafa.

Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim.


Berdasarkan hadis di atas , huraikan kefahaman anda .

Sabda Nabi SAW :


Carilah ilmu sampai ke negeri China
Aku baru nak keluar dari kampungAku
mesti berusaha tambah ilmu di dalam
dadaku

KONSEP ILMU

A1001 / UNIT 1 / 13

_______________________________________________________________
_

MAKLUM
BALAS
PENILAIAN
KENDIRI
1.

Al Quran : Al Quran ialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan


kepada Nabi Muhammad SAW yang termaktub di dalam mashaf, dipetik
dari riwayat yang mutawatir, membacanya dikira ibadah, diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dengan lafaz dan makna dari
Allah SWT dalam bahasa Arab.
Al Sunnah : Merupakan sumber ilmu yang kedua selepas al Quran. Al
Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW
sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan ( persetujuan ) ataupun
sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum atau sesudah dilantik
sebagai Rasul. Berperanan sebagai penjelas, penghurai, penguat kepada al
Quran.

2.

Antara matlamat ilmu Islam ialah :


Ilmu sebagai pelita yang mampu memberi cahaya kepada manusia dalam
kehidupan mereka. Ilmu dalam Islam hendaklah digunakan hanya untuk
mencari keredaan Allah dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk
faedah diri dan kepentingan masyarakat manusia dan alam seluruhnya.
Untuk melahirkan insan yang kamil ( insan yang baik lagi sempurna )
yang dapat mempertahankan kedudukan sebagai manusia yang
sebenarnya menurut ajaran Islam
Melahirkan insan yang bertakwa ( takut kepada Allah ) .

3.

KONSEP ILMU

A1001 / UNIT 1 / 14

_______________________________________________________________
_

4.

Berdasarkan hadis di atas, kewajipan menuntut ilmu bukan sahaja kepada


kaum lelaki muslim sahaja, tetapi juga kepada perempuan muslim. Malah
tuntutan ini berterusan sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad.
Kewajipan ini adalah bertambah besar kepada individu yang jahil sedangkan
dia berkemampuan dan berpeluang untuk mempelajarinya.

Setelah dapat menguasai Unit 1 dan


dapat menjawab dengan betul, anda
bolehlah berpindah ke Unit 2 pula.