Anda di halaman 1dari 28

Elemen-Elemen Yang Mencabar Penghayatan Dan Amalan Nilai-nilai Murni

Elemen Dalam Sekolah

Elemen-elemen dalam Komuniti/Masyarakat Persekitaran

Elemen-elemen di peringkat Global

PENGENALAN

Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya standard-standard
tingkah laku yang betul.

Ia memberi peluang kepada pelajar mengahayati nilai-nilai moral supaya dapat mengenal, menerima,
mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai situasi dalam kehidupan
serta tidak melanggar elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti mementingkan
kebendaan, berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggungjawab, jurang generasi dan perbezaan
kelas dan status.
6.1 MEMENTINGKAN KEBENDAAN

Di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti negara kita, unsur kebendaan
kerap ditekankan.

Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan lebih dititikberatkan berbanding
dengan perkembangan rohani.

Oleh itu, sikap kebendaan atau materialistik anggota-anggota masyarakat juga semakin
bertambah.

Contohnya, seorang ayah yang bertugas sebagai seorang guru mungkin banyak mengendalikan
kelas-kelas bimbingan untuk menambahkan pendapatannya.

Di manakah masanya untuk bergaul serta berinteraksi dengan anak-anaknya?

Setelah selesai mengajar kelas-kelas bimbingan, dia akan merasa letih serta kurang berupaya
untuk melayani anak-anaknya dari segi sosio emosi dan intelek.

Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang cara-cara menambahkan
pendapatan dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling) seperti
Amway, CNI, Shaklee, Coasway dan lain-lain, pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.

Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan asuhan dan didikan sebaikbaiknya kepada anak-anaknya.

Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu
bapa yang amat sibuk itu.

Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak dapat memupuk nilai kejiranan.

Ini nyata dilihat di kalangan penghuni di kawasan perumahan di mana sapa-menyapa jarang
berlaku, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan pejabat. Produktiviti yang tinggi membawa
kepada pendapatan yang tinggi.

Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan tenaga buruh dengan jentera tanpa memikirkan
soal belas kasihan terhadap pekerja yang diberhentikan.

Pekedai runcit cuba memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba menggunakan beberapa


penipuan seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat yang tidak mencukupi,
mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik serta menyorokkan sesuatu barangan
yang dijangka harganya akan naik

Nyatalah pekedai itu tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak
jujur. Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya bersaing untuk memiliki rumah yang
lebih besar, jenis kereta yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.

Oleh itu, kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor yang mengenakan beribu-beribu ringgit setiap
kali mengendalikan kelahiran bayi, penguam yang menipu dan menyalahgunakan wang pelanggannya
serta pengurus-pengurus yang menyalahgunakan wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri di kalangan
orang miskin-miskin, kerani-kerani bank, akauntan-akauntan bank dan ahli-ahli politik menggelapkan
wang dan sebagainya.

Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan terhadap kebendaan telah menyebabkan nilai
moral dan keagamaan diketepikan.

6.2 SIKAP KETERLALUAN


Dalam sesebuah masyarakat, biasanya terdapat individu-individu yang berbeza dari segi
fizikal, mental, rohani dan sosio ekonomi

Keseimbangan setiap aspek tersebut mewujudkan individu yang hamonis serta bersopan

Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menanggu keseimbangan
tersebut lalu menyebabkan tingkah laku seseorang individu melanggar norma-norma masyarakat

Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa setengahsetengah kes itu berlaku kerana sifat keterlaluan.

Cuba kita ambil conoh seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan sebelah
tangannya kerana bergaduh dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan temenung

Jelas bahawa jiran yang mencederakan wanita itu memang kehilangan akal lalu
bertindak secara keterlaluan.

Segala unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu tidak dapat
dikawal.

Begitu juga keadaannya apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika menghukum
anaknya kerana-satu-satu kesalahan.

Dalam keadaan penuh emosi marah, ibu atau bapa mungkin akan merotan anaknya
sehingga menyebabkan keadaan menjadi parah

Ada bahagian yang bengkak selama berminggu-minggu dan ada pula bahagian tubuh
badan yang dibakar dengan punting pkok.

Nilai moral seperti belas kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah dulupakan apabila
siibu atau siayah berada dalam keadaan marah.

Sifat keterlaluan boleh juga menyebabkan seseorang perkerja itu mengabaikan


tanggungjawab terhadap rumahtangganya.

Miasalnya, seseorang yang terus bekerja dan hanya mementingkan produktiviti dirmanya
kerap kali balik lewat ke rumahnya. Setiba sahaja di rumah dia berasa letih lesu.

Lantaran itu, dia kurang berupaya menunjukkan kasih sayangnya serta perhatiannya
terhadap anak-anak serta isteri.

Dalam masyarakat yang materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan seperti lebih
mementingkan firma daripada keluarga telah mencabar nilai0nilai murni seperti kasih saying dan
bertimbang rasa. Ini pula akan meningkatkan lagi bilangan keretakan keluarga.

Seseorang ayah atau ibu yang terlalu saying kepada anaknya akan memberikan
anaknya seberapa banyak wang yang dikehendaki semasa ke sekolah.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai wang saku yang
banyak cenderung untuk menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan disko.
Pelajar-pelajar seperti ini lebih terdedah kepada nilai-nilai yang bertentangan dengan norma-norma
masyarakat seperti membazir dan tidak menggunakan masa dengan bijak. Ada pula yang
menyalahgunakan dadah. Dalam kes seperti ini, jelaskan bahawa sikap ayah dan ibu yang keterlaluan,
iaitu terlalu kasih saying kepada anak mereka telah menyebabkan kerunuhan akhlak anak mereka
sendiri. Daripada contoh-contoh di atas telah menunjukkan kepada kita bawaha sifat keterlaluan di dalam
satu-satu situasi boleh mencabar nilai-nilai moral seseorang itu.

6.3 TAMAK KUASA


Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu keputusan yang membawa kesan
kepada B, dan dihalang daripada mengambil apa-apa tindakan yang boleh menggugat keputusan A.

Dalam bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui pilihanraya
untuk mentadbir. Biasanya kuasa yang ada pada pemimpin digunakan dengan baik untuk kepentingan
rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka secara adil
untuk membangunkan negara.

Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi, pendendam,
tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan.

Untuk menjamin ia dapat terusa kekal sebagai pemimpin ia akan mengeksploitasi orang
lain dengan menggunakan segala kuasa yang masih ada padanya dengan berbagai cara. Untuk tujuan
ini seseorang pemimpin yang tamakkan kuasa sanggup membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau
undang-undang yang ada.

Ia akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orang-orang bawahan


supaya terus patuh kepadanya.

Walaubagaimanapun daripada pengalaman sejarah, pemimpin yang tamak kuasa dan


memerintah secara kuku besi tidak kekal lama dan akan disingkirkan.

Sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin negara telahmendatangkan


berbagai penderitaan kepada rakyat.

Peperangan Dunia dan peperangan antara negara-negara berlaku akibat daripada sikap
pemimpin negara yang tamakkan kuasa. Orang-orang yang berkuasa dalam politik, pertubuhan,
persatuaan, syarikat atau institusi juga kadang-kadang tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa
memberikannya status, kekayaan dan kedudukan yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa,
mereka ingin terus memilikinya.

Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah menfitnah atau
memburuk-burukkan antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang serius perbuatan mencedera atau
membunuh kerap dilakukan oleh orang yang berkuasa demi mempertahankan kuasa yang dimilikinya.

Perebutan kuasa kerap berlaku antara pemimpin politik negara. Kadang-kadang


perbuatan yang melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin
atau orang yang berkuasa demi mengekalkan kedudukannya sebagai ketua, mereka yang belum
berkuasa dan ingin berkuasa juga sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa. Daripada
contoh-contoh di atas, nyata orang yang tamakkan kuasa tidak mengambil kira kebajikan dan kebaikan
orang lain.

Kebanyakan mereka membelakangkan nilai-nilai moral atau ajaran agama semata-mata


untuk menjaga temolok diri sendiri.

Mereka sanggup menggunakan apa saja cara dan menghalalkan apa saja cara hatta
sampai kepada mencederakan dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.

6.4 TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapati pelbagai situasi yang menonjolkan sikap
tidak bertanggungjawab. Telefon awam yang dicabut gagangnya serta membuang sampah sarap meratarata tempat jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab.

Amalan-amalan seperti ini juga dikaitkan dengan kegiatan pelajar-pelajar yang


bertingkah laku anti sosial. Di samping amalan tersebut, pelajar juga didapati menconteng dan menulis
tidak tentu arah di atas meja dan kerusi mereka.

Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji, menghina dan mengata guru dan pensyarah
kadangkala terdapat di dinding-dinding tandas. Kertas pembalut coklat, gula-gula dan keropok sentiasa
terdapat di bahagian bawah meja mereka.

Pelbagai garisan didapati di permukaan meja dan kerusi mereka. Sesetengah pelajar
tidak berusaha untuk memadamkan lampu dan kipas apabila bertukar kelas atau keluar daripada kelas.

Air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja tidak ditutup selepas digunakan.

Amalan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan membazirkan api dan air.

Ada pula pelajar yang meludah di merata-rata tempat atau mengesat hingus merka di
penjuru-penjuru atau dinding-dinding bilik kuliah

Satu amalan yang juga tidak bertanggungjawab dan kerap berlaku kepada pelajar ialah
cara di atas kerusi

Mereka gemar duduk secara menonggengkan kaki kerusi menyebabkan kaki kerusi
mudah rosak.

Kerja-kerja kursus yang disuruh oleh pensyarah adakalanya tidak dibuat atau disiapkan
dengan sempurna. Sesetengah pelajar gemar menghabiskan masa di kompleks-kompleks membeli belah
seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan Ipoh Parade daripada menghadiri kelas dan kuliah, dan masalah
ini jugalah yang menyebabkan mereka tidak membuat dan menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan
dengan sempurna.

6.5 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS


Dalam sesebuah negara yang sedang membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada golongan
individu yang memperoleh pendapatan yang lebih berbanding dengan golongan yang lain

Pendapatan yang diperoleh sebenarnya bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang
dikendalikan.

Lazimnya, para peniaga dan pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan berpendapatan
tinggi.

Ahli-ahli professional seperti doktor, penguam, arkitek dan akuantan yang mengendalikan firmafirma sendiri juga tergolong dalam kumpulan ini.

Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun penjaja kecil
digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah.

Dengan ini jelaslah terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan berpendapatan tinggi
dan kumpulan yang berpendapatan rendah.

Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi berupaya memakai kereta mewah, duduk di
kawasan perumahan yang eksklusif dan memakai pakaian yang berjenama dan mahal.

Kesemua ciri ini dikaitan dengan status yang tinggi. Dengan itu, teranglah bahawa individu yang
berpendapatan tinggi juga berstatus tinggi. Dalam kehidupan seharianm perbezaan kelas atau status
sentiasa ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan
ia boleh menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah
untuk mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-langkah membasmi kemiskinan dibahagikan
kepada dua kategori berikut:

Kemiskinan di luar bandar

Kemiskinan di bandar

Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan petani,


pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampong baru dan buruh kasar.

Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun seperti RISDA, FELDA,
MADA FELCRA dan KADA.

Selain badan-badan kanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.

Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah baru,


bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan
pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru. Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan
rakyat. Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan guna
tenaga yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas berhubung dengan
peluang-peluang pekerjaan serta memperbaiki untuk memperolehi kemudahan awam yang asas untuk
mempertingkatkan taraf hidup. Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status
sememangnya akan dapat dikurangkan. Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat negara kita
akan terus terjamin.

6.6 JURANG GENERASI (GENERATION GAP)


Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh
pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.

Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara ana-anak
dengan ibu bapa.

Tahukah anda apakah jurang generasi? Biasanya jurang generasi merujuk kepada perbezaan
pandangan dan idea yang wujud di antara generasi muda dengan generasi tua.

Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai seluar yang berfesyen baggy atau bokat.

Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya.

Dengan itu, perselisihan faham akan timbul di antara ayah dengan anaknya.

Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen rambut rakanrakannya ataupun rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut panjang ala penyanyi rock.

Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut agar panjangnya tidak melebihi kolar
baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau jenis instrumental
dan lagu lama seperti dedangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih meminati lagu berunsur pop
dan rock seperti Siti Nurhaliza dan Awie.

Begitu juga dengan program televisyen. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita
Dunia Jam 10 tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris.

Contoh-contoh di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan faham mudah


timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya.

Ia timbul kerana jurang generasi yang wujud itu.

Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini, maka timbullah situasi di mana
anak tidak ingin balik ke rumah lagi.

Mereka lebih gemar berfoya-foya di pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan.

Dengan itu, ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud.

Ia dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:

Menerangkan kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada pakaian, fesyen
rambut atau jenis lagu yang dipilih itu.

Cuba timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.

Tingkatkan lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.

Ambil tahu jenis rakan yang didampinginya.

Izinkan keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan untuk


menghadiri majlis keraian.

Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur,
monopoli, badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan hubungan diantara ayah dengan
anak-anak.

Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang dewasa yang lain, maka jurang
generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan ibu-bapa dengan anak yang mesra akan mewujudkan
suasana keluarga yang lebih harmonis. Lantaran itu masalah-masalah antisosial akan dapat dikurangkan

Isu-isu Moral dan Cabaran Penghayatan Nilai-nilai Moral


Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu moral dilaporkan dalam media yang melibatkan para
remaja seperti pembuangan bayi. Keadaan ini sering dikaitkan dengan beberapa elemen yang
mencabar penghayatan dan amalan nilai-nilai moral dalam kehidupan remaja. Lantaran itu,
sebagai guru pendidikan moral anda mempunyai tanggungjawab yang berat dalam membentuk
sahsiah dan jatidiri pelajar supaya terhindar dari melibatkan diri dalam isu-isu moral seperti
pembuangan bayi
Antara isu yang semakin menjadi-jadi yang melibatkan kanak-kanak dan remaja hari ini ialah,
isu jenayah bawah umur iaitu kesalahan Juvana.
Jenayah mempunyai pelbagai takrifan. Walaubagaimanapun secara umumnya ia bergantung
kepada dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud
dalam sesuatu budaya (Gan Kong Meng 2007). Menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong
Meng (2007) mendefinisikan jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan
niat hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan itu orang yang
bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana melakukan perkaraperkara yang salah disisi undang-undang.
Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang
membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya
di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman
denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan
masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa
mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah yang akan memberi impak
kerosakan kepada orang lain .
Pelbagai masalah sosial yang berlaku kini seiring dengan pembangunan pesat Negara, malah
ianya semakin membimbangkan terutamanya apabila melibatkan golongan remaja.
Peningkatan kes juvana di kalangan remaja bukanlah suatu isu yang boleh dipandang remeh
memandangkan jumlah pesalah laku juvana semakin meningkat saban tahun sehingga
memerlukan perhatian daripada semua pihak terutamanya ibu bapa pelajar yang terlibat dan
juga masyarakat sekeliling. Pelbagai kegiatan salah laku jenayah yang dilakukan iaitu mencuri,
terlibat dalam kes rogol, pelacuran, membunuh dan sebagainya.Kes kecurian motosikal
dikatakan jenayah yang paling popular dilakukan oleh golongan remaja.
Statistik ke Juvana di Malaysia 2000-2005
Negeri

2000

2001

2002

2003

2004

2005

Johor

585

568

381

558

751

1019

Kedah

315

358

342

443

334

930

Kelantan

307

366

347

432

325

280

Melaka

82

97

70

77

117

153

Negeri
Sembilan

479

319

263

153

246

225

Pahang

266

383

342

290

182

232

Perak

583

529

519

326

713

644

Perlis

40

78

124

106

100

134

Pulau
Pinang

512

471

351

317

317

291

Selangor

878

831

903

835

816

807

Terenggan 372
u

251

406

525

525

736

WP Kuala 296
Lumpur

528

777

581

874

904

WP
Labuan

16

10

Sabah

130

121

191

155

394

500

Sarawak

430

266

303

190

362

346

Jumlah

5284

5182

5319

4998

6056

7201

Daripada statistik di atas, kita boleh lihat perbezaan jumlah kes pada setiap tahun yang
melibatkan semua negeri. Bermula dari tahun 2000 hingga 2001 terdapat penurunan tetapi
meningkat sebanyak 137 kes dan menurun semula pada tahun 2003. Jumlah kes pada tahun
2004 pula terdapat peningkatan yang agak drastik daripada 4998 kes pada tahun 2003 telah
meningkat kepada 6056. Kes seterusnya meningkat kepada 7201 kes pada tahun 2005.

Statistik kes Juvana Malaysia 2006-2010


Statistik kes juvana yang dilaporkan 2006-2010
sumber: Harian Metro 8 mei 2011

Negeri

2006

2007

2008

2009

2010

Johor

851

972

489

617

454

Kedah

899

441

526

311

460

Kelantan

247

189

197

215

229

Melaka

284

293

159

196

162

Negeri Sembilan

308

197

170

181

214

Pahang

25

362

423

431

368

Perak

396

494

381

264

325

Perlis

140

159

125

158

92

Pulau Pinang

439

434

383

334

332

326

212

113

46

Sarawak

228

335

88

28

89

Selangor

911

1114

736

562

138

Terengganu

509

327

218

242

411

WP
Lumpur

718

1099

1424

192

158

21

34

18

5955

6763

5562

3862

3484

Sabah

Kuala

WP Labuan
Jumlah

Berdasarkan statistik diatas, telah berlaku penurunan kadar jenayah bagi 2006 hingga 2010.
Penurunanini dilihat baik dengan kerjasama semua pihak dalam usaha membanteras jenayah
dalam kalangan remaja. Tetapi masih tinggi bagi negeri -negeri seperti Kuala Lumpur, Perak,
Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah. Pastinya sukar untuk kita mencapai sifar
jenayah bagi pesalah juvana, kerana mereka adalah golongan yang masih baru menghadapi
cabaran dunia, apatah lagi sudah terjebak dengan pelbagai jenayah.

Remaja Dan Penyalahgunaan Dadah, Gam dan Inhalen


Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika
penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf.3 Penyalahgunaan dadah merupakan masalah
utama Negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi mengatasi
masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam. Menurut Agensi Dadah
Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang dikesan adalah dari kalangan
mereka yang berkelulusan PMR dan SPM.
Antara Januari hingga Jun 1997 menunjukkan peratus mereka yang mula menagih dadah
sebanyak 4% bagi mereka yang tidak bersekolah, 23.9% mereka yang bersekolah rendah,
48.6% dari mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR, 22% yang berkelulusan
SPM/MCE/SPVM, 0.7% yang berkelulusan STP/HSC/STPM, 0.7% yang mempunyai

diploma/ijazah dan 0.1% yang lain-lain. Mereka yang berkelulusan SRP/LCE/PMR merupakan
golongan yang terbesar sekali menagih dadah.
Statistik Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) menunjukkan sebanyak 4813 penagih baru dan
5778 kes berulang dicatatkan di seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2001.
Kemudiannya seramai 60 penagih baru dikesan setiap hari turut menggambarkan betapa
kritikalnya gejala penagihan dadah.
Perbandingan Penagih Yang Dikesan Mengikut Umur Bagi Januari 2009 Dan 2008
UMUR KETIKA DIKESAN JANUARI 2009
PERATUS JANUARI 2008
PERBEZAAN 2009/2008
< 13 tahun 0 0.00% 0 0.00%
13-15 tahun 13 13 15 tahun 1 0.12% 1 0.00%
16-18 tahun Remaja (2.39%) 19 2.27% 40 -52.50%
19-24 tahun 151 18.06% 237 -36.29%
25-29 tahun Belia (71.06%) 163 19.50% 336 -51.49%
30-34 tahun 165 19.74% 321 -48.60%
35-39 tahun 115 13.76% 237 -51.48%
40-44 tahun 101 12.08% 235 -57.02%
45-49 tahun Dewasa(26.56%) 62 7.42% 149 -58.39%
> 50 tahun 59 7.06% 148 -60.14%
Tiada maklumat umur 8 - 13 -38.46%
Jumlah 844 100.00% 1,717 -50.84% .
Bersumberkan statistik diatas, perbandingan penagih yang dikesan bermula pada umur 13
tahun, dalam Tingkatan 1, selepas UPSR, sudah mula menjinakkan diri dengan dadah. Sekali
mula terjebak dengan dadah, bagaimanakah masa depan anak-anak ini.
Dewasa ini, manusia remaja semakin bijak mencari jalan mudah untuk memusnahkan diri
sendiri, Penyalahgunaan inhalen, gam serta bahan hidu yang beracun dan berbahaya untuk
merosakkan otak mula dikesan. Kesukaran melakukan tugasan mudah seperti tidak mampu
mengikat tali kasut dan memakai sendiri pakaian, gagal dalam pelajaran terutama subjek
mengira, seakan-akan mengelamun, percakapan kurang jelas dan keupayaan mendengar
terhad adalah antara kesan negatif akibat ketagihan menghidu gam.Lebih parah lagi, ketagihan
menghidu gam juga akan menghadkan pergerakan fizikal, melemahkan daya pemikiran,
membantutkan kebolehan berkomunikasi, menjejaskan pembelajaran serta boleh membawa
maut kepada penagihnya.

Sehubungan itu, Pengarah Klinik Cure & Care 1Malaysia Sungai Besi, Hadijah Baba, berkata
ketagihan menghidu gam perlu dibendung kerana ia memberi pelbagai kesan amat buruk
kepada remaja.Amalan menagih gam ini juga menyebabkan kebanyakan penagihnya terjebak

dalam gejala sosial yang lebih serius antaranya menghisap dadah, melakukan seks bebas dan
membuat jenayah, katanya pada sidang media Rawatan dan Pemulihan Penagihan Ubat
Sedut (Inhalen) di Klinik Cure & Care, di sini. Beliau berkata, antara punca menyebabkan gejala
itu berleluasa dan berada pada tahap membimbangkan di kalangan remaja seawal usia 14
tahun di negara ini kerana ia mudah diperoleh, harga murah dan mampu memberi kesan khayal
dalam tempoh kurang 15 saat disamping tiada akta khas.

Katanya, ini terbukti apabila 54 kes remaja ketagihan menghidu gam didaftarkan di pusat
pemulihan itu dalam tempoh hanya empat bulan bermula Februari lalu.
Hadijah berkata, dalam usaha menangani tabiat menghidu gam, semua pihak seperti ibu bapa,
sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu
bekerjasama.

Remaja Dan Rokok


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi
bergantung kepada negara ) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau
yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar
asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok
yang bertapis dan tidak bertapis.
Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk
menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan
kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini,
bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang
memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru
atau serangan jantung.
Mengikut sejarah, manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di
Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad ke 16, ketika bangsa
Eropah menemui benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk
menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan
merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang
merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan sematamata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai
saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam. Di Malaysia, rokok mula dikomersialkan oleh
penjajah barat semasa perang dunia ke-2.

Tabiat merokok dikalangan remaja di Malaysia menunjukkan peningkatan. Ini jelas daripada
laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok
(2001), yang menunjukan 20 % perokok terdiri dikalangan remaja. Laporan tersebut turut

menjelaskan bahawa dianggarkan seramai 50 sehingga 60 orang remaja di Malaysia


memulakan tabiat merokok setiap hari. Manakala menurut WHO dalam Sufean (2004)
menunjukan bilangan perokok di dunia diangarkan satu bilion. Statistik juga menunjukkan
bahawa 49% daripada lelaki dewasa di negara ini merokok dan jumlah ini melebihi peratusan
perokok di negara maju seperti di Britain 38 %, Amerika Syarikat 35 % dan Sweden 30 %.
Justeru itu, keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa perokok yang terdiri di kalangan
remaja amat membimbangkan.

Di samping itu, pelbagai kajian ini turut mendapati sumbangan tabiat merokok kepada gejala
penagihan bahan. Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan penagih dadah terdiri
daripada kalangan perokok. Menurut beliau lagi, walaupun pelatih berada di dalam pusat
serenti tetapi mereka tidak putus bekalan tembakau. Ini di sokong oleh kajian Samsuddin dan
Herman dalam Modul Kempen Cara Hidup Sihat (2003) yang menyatakan bahawa 99%
penagih dadah di pusat serenti mengamalkan tabiat merokok dan 95% penagih dadah yang
telah bebas mengamalkan tabiat merokok. Pendapat ini turut disokong oleh Lee dalam Ahmad
(2004), berkata kajian sumbangan tabiat merokok kepada gejala penagihan dadah mendapati
99 % penagih dadah yang ditahan di semua Pusat Serenti mempunyai pengalaman menghisap
rokok ketika remaja.

Gangsterism, Buli Dan Remaja


Tidak kira di mana sahaja berada, para ibu pasti menginginkan suasana yang selamat dan
terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan.
Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah, gengsterisme dan pemilikan pistol
secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama
ini.. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya
mereka golongan yang naif. Kenyataan yang disuarakan oleh Michael Durso, Pengetua
Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997,
memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di
Amerika Syarikat.
Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana
Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi
budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk
menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun
manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri,
iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan
bahaya.
Kisah terkini yang menyambung dilema pendidikan negara dengan kematian seorang lagi
pelajar Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama
Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan seolah-olah memberi satu

lagi tekanan dalam menyelesaikan keadaan ini. Pelajar malang ini mengalami pendarahan otak,
usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras merupakan hasil terbaru
kesan gejala yang tidak dapat dibendung sepenuhnya. Lebih parah lagi, sekolah agama
kerajaan merupakan lokasi kejadian ini berlaku.
Para pelajar sekolah dikelompokkan kepada dua, kelompok kuat dan lemah. Sebagaimana
kebiasaan yang lemah tiada tempat bergantung melainkan hanya mampu mengadu apabila
ditindas yang kuat. Suasana sebegini berlaku sama ada di sekolah harian mahupun berasrama.
Ketika ini kita perlu sekali lagi menilai keberkesanan sistem dalam mendidik hati para pelajar
selain mempertingkatkan kemampuan mental pelajar dalam dunia akademik serta persiapan
kerjaya masa hadapan. Selagi rasa ego, senioriti, tuan-hamba berlegar dalam minda pelajar,
selepas ini kita bakal melihat satu lagi pelajar menjadi ganti Muhammad Farid Ibrahim kepada
kes yang mungkin dilupakan masyarakat sebulan dua ini.
Kebanyakan kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh mengakibatkan
kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya. Kes-kes mengenai gangsterisme ini
peratus tertingginya adalah melibatkan golongan remaja. Di Kuala Lumpur sekumpulan remaja
berusia 16-17 tahun yang tercicir daripada persekolahan telah menubuhkan kumpulan samun.
Kumpulan tersebut bergerak selepas jam 12 malam hingga awal pagi dengan menggunakan
motosikal dan membuat tinjauan di sesuatu kawasan perumahan dan tempat awam sebelum
meragut mangsa terutama mereka yang berjalan bersendirian di tempat sunyi.
Pada 6 Ogos 2004, Utusan Malaysia melaporkan seorang kerani wanita mati dilanggar selepas
bertengkar dalam nahas kecil. Dia mati dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja yang
menggunakan nombor pendaftaran motorsikal Modenas selepas dikatakan bertengkar dengan
pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki berusia dalam 20-an ekoran kemalangan kecil
tersebut. Kejadian ini merupakan satu contoh mudah bagaimana budaya samseng berleluasa
masa kini.

Isu Remaja Lari Dari Rumah


Berita Harian, Rabu , 11 Ogos 2010, Pihak Polis mendedahkan:
2540 Remaja Perempuan lari untuk bersama teman lelaki
1857 Lari kerana pengaruh rakan sebaya
1592 Lari kerana masalah keluarga
1371 Lari kerana mahukan kebebasan.
Daripada jumlah tersebut, remaja melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10,489 kes
Bagi remaja melayu, faktor paling banyak ialah pengaruh rakan, tetapi bagi remaja Cina,
disebabkan faktor masalah keluarga.
Masalah anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam
mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar untuk

mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering terkongkong akibat
persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau dimarahi ibu bapa. Tidak kurang
juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan keluarga, pergaduhan ibu bapa, pengaruh
filem dan lain-lain. Satu petunjuk yang mengejutkan telah menunjukkan bahawa bilangan
remaja Melayu lari dari rumah adalah lebih tinggi jika dibandingkan daripada kaum-kaum yang
lain.

Remaja dan Gejala Bohsia, Pelacuran, Bersekedudukan dan Kelahiran anak Luar Nikah
Perkataan bohsia berasal dari perkataan Hokkien yang bererti tanpa bunyi. Oleh kerana aktiviti
maksiat itu berlaku dalam gelap dan sunyi maka ia disebut awek bohsia. Mereka ini terdiri
daripada gadis-gadis belasan tahun yang berumur dalam lingkungan 13-17 tahun. Asalnya
aktiviti mereka ialah menggoda remaja mat-mat motor untuk berseronok-seronok. Mereka
bergaul bebas sesama mereka untuk bersuka-suka dan melakukan hubungan seks atau minum
arak. Ada antara mereka yang berkongsi lebih dari seorang lelaki bagi memenuhi kepuasan
yang diingini. Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 1994-1995, mendapati 24% remaja
berusia 13 tahun hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks. 18% pernah melakukan
hubungan seks pada peringkat umur 15 hingga 18 tahun.
Pelacuran merupakan penyakit sosial yang tertua dalam sejarah peradaban manusia.
Masyarakat moden pada hari ini seolah-olah boleh menerima hakikat bahawa terlalu mustahil
gejala ini dihapuskan. Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap pelacur telah menjadi
pemangkin kepada merebaknya gejala ini secara sukarela mahupun paksaan.
Keadaan ini , membawa kepada kehadiran anak luar nikah. Di Malaysia, anak luar nikah dalam
maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan
ibubapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar adan sijil Kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat dibawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil lazimnya
tertera dibahagian kanan dokumen , dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa
pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih
257,000, sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga Julai 2008. Ini
Bermakna secara purata, 2500 kes anak luar nika direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada
setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17
saat.
Amat menyedihkan kerana menurut staristik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun
sahaja( 1999- 2003), 30,978 dari 70430 ( 44%) adalah anak orang islam.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang


Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur= 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Statistik pembuangan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan
bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam.
Menurut statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 mengikut laporan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoritinya 92% iaitu
532 kes adalah bayi yang baru lahir sementara 8% iaitu sebanyak 48 kes adalah janin. Menurut
laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula terdapat peningkatan
yang ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan seperti yang ditunjukkan oleh jadual
di bawah.

Manakala bagi statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tahun 2005 sehingga 2009, jumlah
kes pembuangan bayi mengikut negeri adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor
mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan
Sabah dengan 65 kes. Selain itu, Sarawak 34 kes, Pulau Pinang22 kes, Perak 19 kes, Pahang

dan Kedah 17 kes, Kelantan 10 kes, Terengganu 5 kes, Melaka 3 kes, Kuala Lumpur 2 kes dan
Perlis 1 kes. Manakala Negeri Sembilan tidak mempunyai catatan. Tetapi pada tahun 2010
untuk kes pembuangan bayi iaitu dari bulan Januari dan Februari mencatat sebanyak 12 kes.

Statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk
tahun 2009 seramai 17,303 orang iaitu di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna tidak
kurang 47 orang bayi berketurunan melayu dilahirkan setiap sepanjang tahun 2009. Statistik ini
tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat
pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi
yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya iaitu bayi yang dibuang dan tidak dijumpai.

Manakala mengikut kronologi kes pembuangan bayi pula ialah pada 26 Mac 2010 mayat bayi
yang masih bertali pusat dibuang di jalan padang Tembak, Kampung Melayu Subang dengan
sebelah tangannya bercerai dari badan dan digonggong anjing dari sekawanan anjing. 21 Mac
2010 pula seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui basah
kuyup dan tersangat lemah di Ipoh. Pada 15 Mac 2010 mayat bayi lelaki ditemui di dalam
plastik sampah berhampiran surau sebuah stesen minyak di Klang. 6 Mac 2010, mayat bayi
perempuan ditemui dalam sebatang longkang berdekatan pasar di Kuching. Mayat bayi yang
masih terlekat dengan uri dan tali pusat ditemui dibuang dan dibakar dalam sebuah tong
sampah di Kelantan iaitu pada 13 Februari 2010.
10 Februari 2010 pula mayat bayi perempuan yang dihurung semut ditemui di masjid di Melaka.
8 februari 2010, mayat bayi perempuan berbungkus plastik ditemui ditanam di belakang sebuah
kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada 26 November 2009, mayat bayi perempuan
ditemui di tempat pembuangan sampah di Hulu Selangor. 4 November 2009 pula kepala bayi
tanpa badan yang telah berulat dijumpai di tempat pembuangan sampah di setiu, dipercayai
telah menjadi santapan binatang. Pada 18 Oktober 2009, mayat bayi perempuan ditemui di
asrama kosong di Pontian, Johor. 5 Oktober 2009 pula mayat bayi cukup sifat ditemui terapung
di Sungai Pinang, Georgetown.
13 Ogos 2009, mayat bayi lelaki yang disangka bangkai kucing ditemui dalam mangkuk
pengepam tandas di tandas sekolah Menengah Sains Pokok Sena. 16 Jun 2009, mayat bayi
perempuan dikerumuni ulat ditemui dalam plastik sampah di sebuah surau, Kajang. 17 mei
2009, mayat bayi dalam tong sampah, Kuala Lumpur. 21 Mac 2009, seorang bayi lelaki ditemui
di kawasan pembuangan sampah dekat Mersing, Johor. 15 Mac 2009, satu mayat bayi lelaki
dan satu janin yang belum cukup sifat ditemui dalam dua beg plastik yang dibuang di Taman
Keramat, Kuala Lumpur dan pada 8 Januari 2009, mayat bayi lelaki yang berbungkus surat
khabar ditemui di Kg Raja, Cameron Highlands.

Remaja dan Homoseksual, Lesbian , LGBT


Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah
tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa
Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Lihatlah kesan kemusnahan dan
bencana alam yang ditinggalkann untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.
Namun kini, manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi
tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti
homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu
angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia
bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada
pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.
Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi
pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang
menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan
agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat,
yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya
membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)
Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk
golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia,
memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini
tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50
tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat
generasi anak dan cucu kita?
Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar
berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.
Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah
urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan
gayunderground. Terbaru terdapat pengumuman yang dengan mengaku saya gay, saya ok
dari seorang melayu islam di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?
Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya
golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa
memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh
dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii.
Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk

menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi
apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?
Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal
homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian
tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan
kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.
Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita
tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih
menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa
banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. Kehidupan anak-anak kita di asrama,
bagaimanakah kita rasa kita dapat mendengar ceritanya seharian. Apakah bila semuanya
sudah terlambat baru kita akan bertindak ?kebanyakan kes yang berlaku melibatkan asrama
penuh yang muridnya terdiri daripada anak-anak cerdik pandai yang berjaya memperoleh
kesemua A dalam peperiksaan. Murid terpilih ini diasingkan dan berada dalam kumpulannya .
Bagaimana kita dirumah melihat situasi ini semakin membimbangkan.

Menganalisis peranan agen moral dalam proses sosiolisasi individu.


Peranan Ibubapa/ keluarga
Sikap ibubapa serta penjaga. Kita tahu, ibubapa merupakan pembentuk dan acuan kepada
anak-anak. Anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih yang hanya menanti untuk dicorakkan.
Semenjak bayi lagi, sebagai ibubapa kita perlu mendidik dengan berhemah, menegur dengan
bertegas memanjakan supaya jangan lupa, memujuk agar diri disayangi.Menurut perspektif
Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan
jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat
serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan Insan Rabbani yang beriman,
bertakwa dan beramal soleh.
Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang
pentingnya kehidupan beretika.Antara caranya ialah mencurahkan kasih dan sayang kepada
anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang
terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anakanak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran
mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga
anak masing-masing bagaimenatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anakanak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa
sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anakanak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri.

Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan
tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai
sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu
bapa.
Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut
mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian.
Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala
tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek
kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk
seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan
tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi.
Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak
mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga
berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti
yang dinyatakan di atas.
Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat
membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh
ibu bapa. Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa
patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan
pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anakanak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sama. Dengan itu, anak-anak sedar akan
kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan
dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan
perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan
cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anakanak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan
hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan
yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama
dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar
sebagai insan bijaksana dan beretika.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah
terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan
dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap
pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana
dikhuatiri akan terpengaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan
dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah
mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial

anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah
langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan
kebaikan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi
seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak
umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih
sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.Begitu juga dengan pendidikan
anak-anak . Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat
kesilapan. Peribahasa melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan
isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak
yang keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
Rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membentuk sahsiah dan sikap individu itu.
Siapa yang kita pilih, itulah gambaran diri kita. Rakan sebaya merujuk kepada remaja yang
sama umur atau sama paras kematangan . Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan mereka. Rakan sebaya sangat memberikan pengaruh
yang besar dalam perkembangan peribadi diri, sahsiah dan jatidiri mereka. Ada remaja yang
bersikap baik , tetapi akan berubah sikapnya, apabila, berada dalam kumpulan yang tidak baik.
Inilah yang dikatakan pengaruh negatif yang telah diserap.
Berada dalam kalangan rakan sebaya akan memperlihatkan diri untuk berusaha diterima dalam
kumpulan. Inilah yang akan mencetuskan tindakan luar kawalan yang hanya bermotifkan
penerimaan dan sanggup melakukan apa sahaja. Contohnya merokok untuk diterima,
berpakaian tidak menutup aurat, bergaul bebas. Inilah antara agen moral yang berperanan
merosakkan nilai diri individu. Bagaimana kita sebagai guru melihat betapa seriusnya peranan
yang dimainkan oleh rakan sebaya. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu memandang serius
kewujudan kumpulan kecil disekolah. Ibubapa juga perlu memantau anak dan rakan mereka
bagi menjaga kebajikan anak mereka. Biarlah anak mengadu masalah nya dengan kita sebagai
ibu dan bapa. Bukan mencari rakan lain.
Peranan Masyarakat. Masyarakat memainkan peranan kerana kita hidup dalam ruang lingkup
yang sama. Sentiasa ada jiran tetangga, saudara mara, ketua kampung, semuanya sepatutnya
memberikan peranan dalam proses sosiolisasi remaja hari ini. Islam memandang masyarakat
sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama serta interaksi di
antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap
sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk
memperbaiki keadaan yang ada sekarang.Kita perlu peka, tidak kira siapa serta ikhlas menegur
tanpa mengira kaum , agama dan bangsa. Sikap masyarakat prihatin ini akan membawa
kepada kesejahteraan sekeliling. Jangan jadi seperti Enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.

Peranan seterusnya ialah NGO kerana NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam
menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghalatujukan kehidupan
mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi
menangani permasalahan remaja melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan
Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktivitiaktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai
remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan
teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya
disalurkan kepada mereka secara optima.
Peranan kelima pula ialah peranan daripada guru-guru dan pihak sekolah kerana guru-guru dan
sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan
tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program
pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan
generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa akan
datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan
disalurkan kepada program pemulihan atau penambaikan secara sistematik. Guru sebagai
penunjukcara serta 'Role Model', akan menjadi saluran murid untuk mengadu dan membantu.
Sekolah Penyayang harus menjadi medan ilmu yang selamat dan selesa bagi remaja sebagai
penambah bekalan sebelum menjejaki alam dewasa yang bertambah mencabar.
Peranan agen moral berikutnya ialah melalui Kementerian Pelajaran. Usaha Kementerian
Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial Kebangsaan (GPPKRSK) dengan peruntukan berjuta- juta bagi menangani masalah
terbabit adalah sangat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang
positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Pengenalan
Pendidikan Seks kepada murid awal persekolahan dilihat sebagai cadangan yang baik . Namun
begitu, tanpa penglibatan aktif ibubapa objektif nya akan sukar dicapai. . Penglibatan para ibu
bapa dalam memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu
keberkesanannya. Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak
hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan
juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah kepimpinan remaja.

Peranan agen moral seterusnya ialah melalui media. Media memainkan peranan yang sangat
penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Hiburan antara medium
utama kepada remaja untuk membesar. Media hari ini dilihat begitu sekular menayangkan aksi
ganas, berunsurkan seksual, umpanya mengagungkan budaya ' asal boleh' dari barat. Remaja
begitu mudah terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis
samada dari dalam atau luar negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap
semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk
menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa
segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini.begitu juga

dengan lagu barat yang langsung tidak sesuai dengan norma dan budaya masyarakat di
Malaysia. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah
disegerakan.

Membincangkan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amali nilai-nilai murni


dalam sekolah.
Impak globalisasi teknologi maklumat dunia tanpa sempadan.
Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa termasuklah internet banyak
memberikan perkembangan dan maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan
hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara. Namun,
media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan peranan utamanya
sebagai agen pengubah tidak berlaku dengan berkesan sehingga banyak perkara-perkara
negatif berlaku. Internet sememangnya telah mengubah pemikiran setiap golongan manusia di
seluruh dunia. Termasuk yang sedang diubah adalah pemikiran para remaja. Golongan remaja
yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruhnya.
Apa yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain
adalah sifatnya yang dapat menembusi sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan
dihalang tidak seperti media massa lain. Maka dengan itu, bahan-bahan lucah seperti
pornografi dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang
kemasukannya. Kandungan filem atau lagu dari artis luar negara yang berunsur ganas, lucah
dan bertentangan dengan moral turut berleluasa dan meninggalkan kesan negatif kepada para
remaja dan seterusnya boleh membawa kepada masalah keruntuhan akhlak. Remaja juga
mudah terpengaruh dengan budaya hidup artis barat menerusi paparan dalam blog, berita
hiburan dan sebagainya. Begitu juga dengan bahan-bahan subversif termasuklah tulisan yang
bersifat menentang agama. Ini sangat berbahaya kepada masyarakat. Setakat ini tidak ada
negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini termasuk Malaysia. Selama ini
kerajaan dapat membendung kemasukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui
internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.

Pengaruh Media Massa.


Remaja sukakan hiburan. Namun begitu, kadangkala hiburan yang ditayangkan dimedia massa
hari ini, tidak mencerminkan ke arah pembentukan nilai murni. Banyak pihak terlupa bahawa
dengan adanya media massa yang serba canggih dan berteknologi sebenarnya merupakan
salah satu faktor yang boleh mempengaruhi budaya, nilai, sikap dan kelakuan sesebuah
masyarakat.
Mereka semakin terdedah kepada dunia yang menjadi makin kecil, terpengaruh kepada media
massa melalui paparan adegan vandelisme di dalam majalah, televisyen dan internet.
Rancangan Tv hari ini, sudah maju ke depan. Cerita luar, filem barat yang bercumbuan

dikatakan romantik, berperang dan berbunuhan dijadikan bahan lawak, cerita korea, Thailand,
semuanya boleh disaksikan pada bila-bila masa.Setelah masyarakat negara ini banyak
terdedah kepada media massa yang menayangkan program tidak sopan, generasi baru negara
telah bersedia melalui kehidupan baru yang bergaya dan berteraskan hawa nafsu. Mereka telah
bersedia untuk hidup di kelilingi muzik liar, konsert rock dan gaya hidup artis. Mereka telah
bersedia meniru artis bersubang satu dalam Akademi Fantasia. Mereka bergelut menguji bakat
dalam Malaysia Idol dan lain-lain. Mereka rela berpelukan dengan artis Korea yang diagungkan.
Berdasarkan kenyataan ini, apakah ibubapa dirumah boleh memantau keadaan ini 24 jam
sehari. Ibubapa perlu memantau kegiatan anak dirumah, disekolah, dan dimana sahaja. Jangan
terlalu mempercayai anak kita 100%.
Limpahan Kemewahan hidup.
Ibubapa pada hari ini, dilihat begitu memanjakan anak-anak dengan kebendaan yang
melampau. Anak-anak akan dibelikan apa sahaja yang diingininya. Bayangkan, saya pernah
melihat sebuah keluarga dengan 5 orang anak dan masing-masing telah dibelikan sebuah
telefon pintar dengan internet. Mereka menghadiri kenduri saudara terdekat. 4 anak bersekolah
rendah dan seorang bayi yang diletakkan sepenuhnya dalam jagaan orang gaji dari Indonesia.
Sepanjang kenduri, semua ahli keluarga begitu sibuk dengan telefon pintar masing-masing,
tanpa ,memperdulikan saudara mara yang hadir disekeliling. Saya membayangkan , bagaimana
situasi dirumah mereka. Dengan internet sebegitu, alangkah bebasnya mereka. Harapan saya
agar mereka menggunakan kemudahan dan kemewahan yang diberikan untuk kebaikan .
Bukan sebaliknya.
Sebagai ibubapa, kita perlu bersikap menapis dan berfikir jangka panjang sebelum
memanjakan anak. Fikirkan dengan betul, berikan anak-anak ruang dan pengalaman yang
sesuai sebagai bekalan mereka untuk hari depan. Sesekali kita perlu melihat kesukaran dan
kesusahan dalam kehidupan sebagai agenda pendidikan secara tidak langsung kepada anakanak. Bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian... sejarah tidak akan bermakna tanpa
penghayatan yang betul. Perbanyakkan latihan fizikal yang menyumbang kepada badan yang sihat,
fikiran yang cergas dan cerdas. Bermain , bergaul sesama rakan, berkomunikasi,bergelak ketawa
sesama rakan. Itu semua adalah suatu pembelajaran yang paling berkesan dalam mendidikan.

Elemen Sikap yang tidak bertanggungjawab.


Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya
dekadensi atau kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab
membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh
dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab
terhadap harta benda.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan sikap
mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang guru mengabaikan sesi pengajarannya
semata-mata kerana mahu minum di kedai yang terletak di luar sekolah. Guru ini telah
meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa dengan ilmu pengetahuan yang amat
dinanti-nantikan oleh murid-muridnya.

Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat dengan
merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah. Gejala-gejala seperti menconteng
kerusi dan meja, membuang sampah merata-rata, merosakkan telefon awam dan merosakkan
apa sahaja yang berada di depan mata mereka sudah menjadi lumrah dalam masalah-masalah
moral remaja sekolah.
Kesan sikap tidak bertanggungjawab ini terhadap penghayatan nilai murni dan amalan nilai
moral adalah daripada segi individu itu sendiri. Individu yang tidak bertanggungjawab akan
terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial jika tidak dibentuk dengan betul. Sikap tidak
bertanggungjawab ini akan menghancurkan diri individu itu sendiri tanpa ada sebarang tolak
ansur. Orang yang boleh mengubah situasi ini adalah individu itu sendiri namun sejauh mana
keinginan individu itu untuk berubah ? jelaslah sudah bahawa sikap tidak bertanggungjawab
hanya akan membawa keburukan kepada individu.
Elemen pembangunan negara dari sudut sosio-ekonomi.
Tidak dinafikan pembangunan adalah sesuatu yang amat penting bagi mewujudkan masyarakat
dan negara yang maju. Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian
untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan
antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari pembangunan yang pesat telah
menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari
luar bandar ke bandar.
Kesan positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya tetap ada,
antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam masyarakat. Krisis moral ini berlaku
apabila sesetengah pihak hanya melihat pembangunan itu dari perspektif kebendaan sematamata atau bertujuan untuk memaksimakan keuntungan. Mereka yang didorong dengan motif
mencari keuntungan tidak langsung peka kepada soal pembentukan akhlak masyarakat.. Apa
tidaknya, peniaga yang dahagakan keuntungan yang berlipat kali ganda telah mengadaikan
prinsip moral menjual VCD lucah dan membuka kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak
secara berleluasa, wanita GRO dan tempat pengedaran pil ekstasi. Akibatnya, ia menjadi pusat
keruntuhan akhlak. Ia telah meruntuhkan usaha-usaha pihak lain termasuk kerajaan untuk
membina masyarakat yang berakhlak mulia.
Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep pembangunan Islam
yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material. Pembangunan harus
berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia sampai ke tingkat yang setinggitingginya dalam semua dimensi. Aspek-aspek moral dan material, ekonomi dan sosial serta
spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Yang menjadi fokus utama
dalam pembangunan adalah manusianya bukan hanya dinilai dari sudut peningkatan kadar
pertumbuhan ekonomi sebagai indikator pembangunan (Khurshid Ahmad, 1982). Melalui
pendekatan pembangunan Islam yang holistik, berorientasikan nilai dan pelbagai dimensi itu

diharapkan ia mampu membentuk akhlak masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut
materialnya tetapi turut maju dalam aspek akhlaknya.
Kemajuan yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang tempang, yang
akhirnya akan merosakkan kemajuan kebendaan. Penumpuan yang keterlaluan kepada aspek
kebendaan hanya menjadikan manusia sebagai binatang ekonomi seperti mana yang wujud
dalam kapitalisme. Ekonomisme merupakan dasar falsafah kapitalis Barat yang membawa
manusia menyembah kebendaan.
Keruntuhan Institusi Kekeluargaan
Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran utama
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan
mendatangkan masalah yang besar kepada amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada
orang yang akan memberitahu dan mengajar mereka apa yang baik dan apa yang buruk.
Umum mengetahui peranan pembentukan akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada
institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi keluarga. Institusi keluarga
yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan peranan yang utama dalam membentuk
akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat sebenarnya adalah jelmaan dari set-set keluarga.
Keruntuhan akhlak masyarakat Barat umpamanya berpunca dari runtuhnya institusi keluarga
mereka yang telah gagal melahirkan manusia yang beradab. Hakikat ini dinyatakan oleh
Ferdinand Lundberg apabila beliau membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga sekarang
mendekati titik kemusnahan yang menyeluruh (Tofler, 1970).
Kalau di Barat institusi keluarga mereka sudah tidak dapat diharapkan lagi untuk melahirkan
manusia yang berakhlak, bagaimana pula realiti institusi keluarga di negara ini?. Satu
kesimpulan yang umum dapat dibuat ialah institusi keluarga di negara ini sedang bergerak
mengikut trend di Barat. Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya kesan dari
pembangunan kebendaan dan pengaruh globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak
mengambil berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang
tidak menghiraukan sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.
Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup.
Justeru itu, mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan mempunyai sedikit
masa dengan anak-anak. Anak-anak yang terabai ini kemudiannya mencari keseronokan di luar
rumah, lebih mendampingi rakan sebaya mereka lantas dipengaruhi oleh persekitarannya yang
dominan dan akhirnya terjebak dalam krisis moral. Kadar penceraian yang semakin meningkat,
bertambahnya kes-kes penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari
rumah, penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat. Kesemua gejala tersebut
adalah di antara indikator-indikator berlakunya keruntuhan dalam institusi keluarga di negara ini.
Rumah tangga sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi keluarga untuk menikmati
kebahagiaan dan kedamaian hidup. Rumah tangga tidak lagi menjadi syurga tetapi neraka
yang akhirnya melahirkan gejala sosial yang telah disebutkan.

Keharmonian rumah tangga terletak di atas tanggungjawab kaum lelaki, tetapi malangnya kaum
lelaki yang sepatutnya berperanan sebagai ketua rumah tangga sedang mengalami krisis
kredibiliti, ramai yang dirosakkan oleh najis dadah, suka berfoya-foya, kaki pukul dan dilanda
dengan krisis moral yang lain. Apakah lelaki begini mampu mengetuai sebuah rumah tangga
yang berperanan sebagai bapa dan suami bagi mendidik anak dan isterinya menjadi seorang
yang berakhlak? Bagi melahirkan generasi yang berakhlak, peranan institusi keluarga amat
penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Institusi keluarga perlu diperkasa semula melalui
pelbagai strategi sama ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan agama
dan sosial.
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi
mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah
tangga. Di Malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak ada satu pun pusat
latihan yang khusus ditubuhkan untuk memberi latihan bagi memperkasa pengurusan rumah
tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan rumah tangga atau sudah
berumahtangga. Latihan ini amat penting dilakukan bagi menyediakan suasana rumah tangga
yang mampu membentuk keperibadian manusia unggul.
Golongan wanita juga perlu membuat muhasabah peranan mereka yang utama pada hari ini
sama ada untuk berpartisipasi secara aktif dalam kegiatan luar rumah dengan mengabaikan
tanggungjawab asasi mereka sebagai ibu dan isteri atau mengutamakan kedua-duanya atau
menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga bagi mendidik anak-anak menjadi
manusia yang berguna. Apa pun zamannya, golongan wanita tidak boleh melupakan hakikat
bahawa mereka adalah mahaguru pertama kepada anak-anaknya. Tanggungjawab mereka
yang asasi adalah membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.
Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan
datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu
bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan cerminan
peribadi bagi diri seseorang individu.
Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu
itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan
kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.Pelbagai langkah boleh diambil dan
dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan
tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata
lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu
bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Sebagai guru yang turut sama terlibat secara langsung dengan anak-anak kita, kita perlu terus
berusaha mendidik dan membentuk sikap, akhlak dan moral murid kita. Jangan bosan dan jemu
kerana Allah akan sentiasa Mengetahui usaha kita. Berdoalah semoga anak-anak murid kita
terhindar dari perlakuan dan sikap yang tidak elok. Semoga Allah memakbulkan doa kita ,
InsyaAllah.............
Semua orang sayangkan anak dan dek kerana sayang itulah kita perlu memilih mana yang
sesuai untuk anak kita dan mana yang tidak sesuai. Hiduplah dengan panduan Al- Quran dan
Sunnah. Pasti kita akan berjaya.