Anda di halaman 1dari 27

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2014

MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE

2014

Week 1

Definisi etika & moral

Hubungan & perbezaan etika dengan undang-undang

Keperluan Kepada Etika

Perkembangan Teori Etika

Penyataan dalam Teori Etika

Teori dan Aliran Pemikiran

Soalan-soalan pengukuhan

Pengenalan

KEBEBASAN

telah

menjadi

lumrah

sebagai

keinginan

manusia.

Bagaimanapun

untuk

menyekat perbuatan manusia daripada bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada norma kemanusian, perlu ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman. Dengan kata lain manusia perlu pendedahan tentang moral atau akhlak untuk mengawal perilaku dalam aspek kehidupan atau juga dikenali sebagai ETIKA.

Melihat suasana dunia hari ini, bentuk kehidupan manusia semakin mencabar, masalah kehidupan akan lebih rumit kerana lebih bersifat global. Masa kini fikiran manusia bukan sahaja lebih tertumpu dalam menyelesaikan satu atau dua masalah seperti ekonomi dan politik, malahan pelbagai masalah peradaban yang disebabkan juga oleh karenah manusia yang hampir terlupa tentang tanggungjawab dan hilang pertimbangan nilai.

Oleh hal yang demikian, setiap manusia perlu mengamalkan nilai-nilai dan amalan baik untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai. Kita tidak dapat nafikan bahawa dengan amalan kebaikkan yang diamalkan oleh setiap insan akan mengwujudkan keamanan sejagat.

Dari sudut agama, etika tidak pernah terpisah daripada ajaran agama. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, terdapat empat agama yang besar iaitu Islam, Buddha, Hindu dan Kristian yang berkait tentang etika keagamaan. Kita akan menghuraikan hubungan antara etika dengan agama. Setiap agama menganjurkan penganutnya menuju kepada kebaikan dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat balasan yang baik daripada yang Maha berkuasa.

Agama adalah kepercayaan kepada Tuhan. Penganut agama yang tulen akan patuh pada suruhan agama dan meninggalkan perkara yang dilarang. Jelas bahawa, agama merupakan alat kawalan sosial yang sangat berkesan. Ia mendidik manusia supaya memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup. Agama memainkan peranan dalam membentuk peraturan hidup manusia. Secara tidak langsung, agama telah menentukan etika penganutnya. Jelas kepada kita bahawa etika dalam kehidupan tidak dapat dipisahkan dengan ajaran keagamaan.

Apa itu Etika?

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan.

Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia.

Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,prinsip moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.

Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu ;

  • 1. Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan

dengan tingkahlaku yang baik dan jahat.

  • 2. Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan

dengan

menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal

yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain

perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Definisi Etika

Etika menurut French dan Granrose (1995)

adalah

:

"A

set

of

normative guidelines directed towards resolving conflicts of interest,so

as to enhance societal well-being".

Untuk membentuk etika yang baik,tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu.

Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: "…… is a systematical attempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct and the values worth pursuing in life".

Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistem yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna.

White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang, keagamaan, budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.

Sidi Gazalba dalam buku beliau Sistematika Filsafat merumuskan bahawa etika ialah teori mengenai lakuperbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal.

Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk.

Apa itu Moral?

Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan jagat dan budaya sesuatu masyarakat.

Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza. Dalam aspek ini kerap moral disamakan dengan etika.

Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.”

Berdasarkan kenyataan Peter Baelz, moral dan etika mempunyai persamaan.

Moral

bersifat

praktikal

kerana

ia

merupakan

disiplin

yang

memberitahu

apakah

sistem

moral

yang

dihayati

oleh

sesuatu

masyarakat.

Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.

= Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Moral memandu manusia tentang cara bagaimana manusia harus bertingkah laku (tingkah laku baik) manakala etika pula mengenai mengapakah manusia mesti mengikuti arahan moral tersebut.

Adakah Etika dan Moral Itu Sama?

Etika dan moral sering disalahfahami.

Misalnya, penggodaman bukan masalah etika tetapi adalah kesalahan moral untuk mendapatkan capaian yang tidak mendapat kebenaran.

Masalah etika adalah berkaitan dengan sesuatu yang membuahkan hasil yang salah atau sesuatu yang tidak adil.

Ruang lingkup perbincangan etika adalah lebih luas berbanding dengan moral.

Fokus etika lebih luas mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Etika mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip tanggungjawab dan menilai tindakan yang berkaitan dengan kemanusiaan.

Moral merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak, manakala etika adalah falsafah moral berkaitan dengan masalah betul atau salah.

Moral adalah sebahagian daripada etika.

HUBUNGAN KEADAAN ETIKA DENGAN UNDANG- UNDANG

 

SAH

TIDAK SAH

 

I

II

BERE

TIKA

Menamatkan perkhidmatan seseorang

Menyalin fail penting milik syarikat

TIDA

III

IV

K

BERE

Tidak menyatakan sumber

Membocorkan rahsia

TIKA

rujukan

pelanggan

Perbezaan Etika & Undang- undang ETIKA

 

UNDANG-UNDANG

 

Dikuatkuasakan oleh

hati

sendiri.

Dikuatkuasakan oleh Mahkamah.

Hukuman melanggar etika ialah rasa

Hukuman melanggar undang-undang

bersalah dalam diri

 

adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis negara .

Menentukan

batas,

adat,

idealisme

Penentuan batas perlakuan adalah jelas .

keyakinan

dan

nilai.

Batas

tersebut

Dianggap melakukan jenayah

jika

bersifat

relatif

dan

abstrak mengikut

melampaui batas tersebut. Bentuk

masyarakat.

 

perlakuan

boleh bersifat global.

 

Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam

semua masyarakat

 

Mematuhi

nilai

dan

kod

etika

dapat

Mematuhi

undang-undang

tidak

menghindari

perlanggaran

undang-

bermakna mematuhi etika

 

undang

 

Bersifat lebih umum dalam mengawal

Merupakan

peraturan

minimum

untuk

jenayah

mengawal jenayah

 
 

Etika

Undang- Undang

 

Membatasi perlakuan baik dan jahat sama ada individu atau kelompok

Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu dan masyarakat yang rencam

Mengambilkira faktor rohaniah seperti hasad dengki dan lain-lain penyakit jiwa

Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan akibat kesan daripada perlakuan hasad dengki yang dizahirkan

Mengambilkira

semua

faktor

termasuk

Tidak

mengambilkira

perkara

yang

yang

abstrak seperti

engkar,

khianat

dan

abstrak

sebagainya

Keperluan Kepada Etika

Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul.

Ahli falsafah mendapati ia adalah subjek yang rumit.

 

Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan.

Teori

etika

sebenarnya

cuba

meningkatkan

maruah,

keamanan,

kegembiraan dan kesejahteraan manusia.

 

Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat.

Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang- undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita.

Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Kepentingan Beretika

1) Fitrah 2) Keamanan 3) Status manusia 4) Survival tamadun dunia 5) Kesempurnaan peribadi 6) Penggalak kebaikan 7) Penghalang kejahatan

Pengenalan : Teori Etika

Greek : ethos

French dan Granrose (1995) : set panduan/peraturan bertingkahlaku- menyelesaikan konflik terhadap keinginan.

Buchnolz (1989) : sistem –panduan tingkahlaku.

Shea (1988 : 17) : prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkahlaku.

Perkembangan Teori Etika

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral.

Socrates (469-399 B.C.)

Menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan- rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh.

Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia.

Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperoleh tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan psikologi yang tidak sihat.

Plato (428-348B.C.)

Mengkaji hubungan etika dan personaliti manusia. Kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh. Kebaikan moral sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai.

Mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman intelektual.

Aristotle (384-322B.C.)

pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti.

Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat.

Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itubergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan seseorang itu.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan.

Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu :

  • 1. tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status

moral daripada akibat (consequences) yang dibuat.

  • 2. tindakan itu sama ada betul atau salah.

Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontologikal iaitu pendekatan kepada etika.

Penyataan dalam Teori Etika

1. Etika deskriptif. Merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral.

Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya.

Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat dan berbagai sistem moral yang bersifat relatif di muka bumi ini : etika Kristian, Buddha, Islam, Yahudi, Hindu etc

Etika deskriptif menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada

tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap sistem tersebut.

2. Etika normatif.

Merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat.

Ianya juga menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul.

Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada di samping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia diterima.

Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada.

Etika normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan.

Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya berkait rapat dengan agama.

Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain.

Teori dan Aliran Pemikiran

1. Teologi :

Teori ini melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan Sesuatu perbuatan itu tidak diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya.

Vs

2. Deontologi atau non consequentialist :

Teori deontologi ini berasaskan kepada prinsip asas iaitu kewajipan manusia. Teori ini berasal daripada perkataan Greek, deon iaitu duty yang merujuk kepada kewajipan individu.

3. Subjektif. Penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri sendiri. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan.

Vs

4. Objektif. Kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidak bersandar kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya.

5. Naturalisme. Sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung kepada pengalaman keseronokan. ‘Baik’ perlu dijelaskan dalam bentuk kualiti fakta alam seperti memenuhi keperluan manusia, mendatangkan kebahagiaan, kenikmatan dan sebagainya kepada manusia.

Vs

6. Non Naturalisme. Moral adalah sesuatu yang unik dan tidak boleh dikelaskan. Sesuatu perlakuan itu baik kerana ianya memang baik.

7. Relativisme.

Sesuatu

yang

dianggap

baik

oleh

satu

masyarakat tidak mungkin dianggap sedemikian oleh masyarakat yang lain. (barat-timur) Ini bererti masyarakat yang berlainan memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkahlaku yang serupa.

 

Vs

8. Absolutisme. Prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain. Bagaimanapun prinsip asas sejagat adalah sama. Misalnya, semua masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepad.a kebaikan

Sekian Terima Kasih End of week 1

Sekian Terima Kasih