Anda di halaman 1dari 2

Fonasi adalah aktiviti di mana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau

nyanyian. Ia melibatkan pergerakan kod vokal (vocal cords) dan mekanisme


pernafasan. Teknik nyanyian fonasi adalah teknik nyanyian yang menggunakan
bunyi fonasi untuk mengajar nyanyian. Sebagai contoh, bunyi vowel seperti a, e i, o
dan u digunakan untuk menyanyi not-not muzik. Dalam bahasa Inggeris, teknik ini
dikenali sebagai Phonetic Singing.

Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar.


Peringkat ini dikenali sebagai peringkat attack. Dalam nyanyian, perkataan yang
paling penting dalam sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang
memerlukan attack yang betul. Fonasi yang betul seharusnya bermula dengan
attack yang berlaku di apparatus pernafasan dan bukannya di kerongkong.

Bagi menghasilkan satu nyanyian baik, penggunaan teknik-teknik vokaldengan


betul menjadi faktor utama dan terpenting. Terdapat lebih dari 5 teknik yangpenting
di mana bermula dengan pernafasan, postur badan, fonasi, projek suara,sebutan,
register suara dan beberapa teknik yang lain.Selain pernafasan dan juga postur,
teknik fonasi merupakan salah satu teknikterpenting bagi mendapatkan kualiti
suara yang baik. Menurut sumber lamansesawang iaitu nukilan Paul Mason di
lamanVoice Training , fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang
terhasil daripada peti suara dan juga aliranudara.
Untuk lebih jelas lagi saya telah membaca satu artikel di laman sesawang Wikipedia
di bawah tajukVocal Pedagogy menyatakan fonasi adalah pembunyian yang
berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalam kata
lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang dimana ia
berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara
fisiologinya di panggil supra-glottal .

Gambar Peti Suara

Bagi mewujudkan hasil suara yang baik, penyelarasan nafas pengawalan petisuara
adalah penting bagi melancarkan aliran udara di bahagian peti suara atau kawasan
lipatan vokal. Perkara ini penting bagi menghasilkan suara atau kualitibunyi yang
bersih dan jelas. Melihat kepada cadangan Meribeth 2005, beliau mencadangkan

supaya melakukan aktiviti nyanyian dengan dua keadaan yangberbeza bagi


membanding bezakan hasil yang diperolehi. Keadaan yang pertama, menggunakan
satu frasa lagu dengan menyanyikan menggunakan teknik fonasi yang lemah dan
rakamkan. Keadaan yang kedua, menggunakan frasa lagu yangsama dan
menggunakan teknik fonasi dengan baik dan rakamkan. Kemudianbandingkan
kedua rakaman tersebut bagi mencari perbezaan kualiti suara.Terdapat beberapa
jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknikfonasi ini. Berikut adalah
jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagimenghasilkan kualiti suara yang
baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan fonasi dari buku
Basics of Singing karya Jan Schmidt danHeidi Counsell Schmidt dan seperti
yang tertera di bawah:
1. Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal
aktiviti,mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang
rendah.Semasa menguap gunakan bunyi vokal ah atau oh.Contoh notasi:

Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu
meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi:

2. Membuat aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuknyanyian


dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yangmempunyai not
yang tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:

Selain itu juga, latihan fonasi boleh dilakukan secara muzikal tetapi
menggunakanaktiviti berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyian alam
sekeliling. Antara contoh aktiviti tersebut ialah:
1. Animal Farma. The Donkeyi. Haiwan apa yang mempunyai dua suara? (suara
atas/tinggi dansuara bawah/rendah) Jawapannya adalah keldaiii. Kanak-kanak
disuruh mengimitasikan bunyi keldai (hee-haw )iii. Pastikan sebutan kedengaran
dengar jelasb. The Horsei. Kuda juga menggunakan gabungan dua jenis suara
(rendah dantinggiii. Kanak-kanak diajar membuat bunyi kuda (hyee)

Anda mungkin juga menyukai