Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015
Pekeliling Dasar&Prosedur Kemasukan SPM TEVTILKA 2016 07.12.2015
UPUOnline KEMASUKAN KE
UNIVERSITI AWAM (UA),
POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI
DAN INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Sijil dan Diploma Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti &
Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Bagi Lepasan SPM Ambilan 2016
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
07 Disember 2015
ISI KANDUNGAN
1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2
Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera ............. 2
Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 3
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID .............................................................. 4
3. e-PANDUAN ............................................................................................. 5
Syarat Am Kemasukan ................................................................................. 5
Syarat Khas .................................................................................................. 5
4. PERMOHONAN ........................................................................................ 6
Kategori Permohonan .................................................................................. 6
Sah & Hantar ................................................................................................ 7
Semakan Permohonan ................................................................................. 8
Kemaskini Permohonan ............................................................................... 8
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN .............................................................. 9
Dasar & Kriteria Pemilihan ........................................................................... 9
Markah Kokurikulum ..................................................................................... 9
Pengiraan Merit .......................................................................................... 10
Proses Pemilihan Jaya ............................................................................... 12
6. HEBAHAN .............................................................................................. 13
Surat Tawaran ............................................................................................ 13
7. RAYUAN ................................................................................................. 14
8. TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 14
9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 ................... 15
10. SOALAN LAZIM (FAQ) .......................................................................... 16
CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT .................................................... 24
1. PENYELARASAN PENGAMBILAN
1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan
kemasukan ke Program Pengajian Sijil dan Diploma Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA Bagi Lepasan SPM di 7
Agensi/ Institusi bagi Ambilan Jun sahaja seperti berikut :Agensi
Institusi
IKBN/ IKTBN
CIAST
Kolej Komuniti
Politeknik Konvensional/
METrO
NATC
IKM, KKTM
Penyelarasan Penawaran
1.4 Melaksanakan tawaran terbuka dengan Bahagian Matrikulasi KPM,
Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Penaja. Pemohon boleh memilih
mana-mana tawaran berdasarkan minat pemohon ke atas program
pengajian yang ditawarkan.
1.5 Melaksanakan penyelarasan penawaran bersama agensi yang
mengendalikan program TVET bagi Lepasan SPM untuk kemasukan ke
Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan
Kemahiran Awam (ILKA). Pemohon yang berjaya ditawarkan tempat di
UA dan Politeknik Premier TIDAK akan ditawarkan dengan program
pengajian Sijil/ Diploma di Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej
Komuniti dan ILKA kecuali bagi Program Diploma Kejuruteraan
Penyenggaraan Pesawat di Politeknik Banting.
1.6 Bagi pemohon yang tidak mendapat tawaran UA dan berjaya
ditawarkan ke program Diploma Politeknik Konvensional/METrO, Kolej
Komuniti & ILKA, pemohon tidak dibenarkan mengemukakan rayuan
ke UA.
3. e-PANDUAN
3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Ambilan Tahun 2016
boleh didapati dalam e-Panduan dengan melayari pautan URL seperti
berikut :https://online.mohe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php
3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
SPM Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan maklumat
program pengajian yang ditawarkan mengikut Agensi/ Institusi.
3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon
juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan
khas yang telah ditetapkan.
Syarat Am Kemasukan
3.4 Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja
yang layak mengemukakan permohonan.
3.5 Pemohon boleh membaca, menulis dan mengira.
Syarat Khas
3.6 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti
yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej
Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM.
4. PERMOHONAN
4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej
Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun
2016 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada
17 Januari 2016 dan 06 Mac 2016.
4.2 Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah
hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang.
4.3 Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonan
kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA
melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di
http://upu.mohe.gov.my.
4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon
dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak
melepasi syarat khas program.
Kategori Permohonan
4.5 Permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej
Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun
2016 hanya dibuka untuk kategori berikut :Kategori A
Kategori B
Kategori C
Kategori D
4.6 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login berikut untuk
mengemukakan permohonan kali pertama :a) No. Kad Pengenalan/ My Kad;
b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan
SPM
c) No. Unik ID;
d) Kata Laluan (alphanumeric - 6 hingga 8 aksara);
e) Pengesahan Kata Laluan;
f) Nama Ibu;
g) Kategori; dan
h) Kod Imej
6
Login
Isi Maklumat
Peribadi
Isi Maklumat
Keluarga
Isi Maklumat
Kokurikulum (jika
berkaitan)
Isi Maklumat
Akademik
Semak semua
maklumat yang
dimasukkan adalah
betul
Paparan Slip
Permohonan dalam
format PDF
Semakan Permohonan
4.13 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika
mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap
permohonan boleh dicetak melalui pautan SEMAKAN. Sekiranya
pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan
memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan
cetakan.
4.14 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkan
No. Kad Pengenalan/ MyKad sekiranya ingin membuat semakan/
cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon.
Kemaskini Permohonan
4.15 Proses kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon
selepas berjaya mengemukakan permohonan.
4.16 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon
tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang
pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
4.17 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa
mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon
boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan Lupa Kata Laluan.
Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Markah Kokurikulum
5.5 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian
Seni dan Ko-Kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
5.6 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan
maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
5.7 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 3 bidang yang
terbaik dengan markah 10%.
Pengiraan Merit
5.8 Markah Akademik
Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti
berikut:
GRED
MARKAH
A+/0
10
A/1A
A-/2A
B+/3B
B/4B
C+/5C
C/6C
D/7D
E/8E
G/9G
10
Markah
Akademik
Markah
Akademik
--------------
(75%)
75
50
Markah
Merit
Markah
Akademik
(75%)
Markah
Kokurikulum
(10%)
Markah
SES
(15%)
11
Pil1
Pil2
Pil3
Pil4
Pil5
Jaya
000101
PIL2
Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga
000102
PIL3
000103
PIL5
000104
Tidak
Berjaya
12
6. HEBAHAN
6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk
memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan
kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti &
ILKA.
6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan
pada Minggu Ke-4 Mei 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan seperti
berikut:
a) Internet
http://upu.mohe.gov.my
b)
c)
d)
e)
f)
6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di
alamat dan talian seperti berikut :Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya
(03) 8870 6767, (03) 8870 6777
upu@mohe.gov.my
Surat Tawaran
6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh Politeknik Konvensional/
METrO, Kolej Komuniti & ILKA mulai sehari selepas keputusan
permohonan diumumkan melalui laman web Politeknik Konvensional/
METrO, Kolej Komuniti & ILKA masing-masing.
6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran
melalui Laman Web Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti &
ILKA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan
diumumkan.
6.6 Tawaran adalah muktamad.
13
7. RAYUAN
7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik
Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh
mengemukakan permohonan rayuan.
7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan
permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, & ILKA
diumumkan.
7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program
pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon
dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga
tarikh tutup permohonan rayuan.
7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan
tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
8. TARIKH-TARIKH PENTING
8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan
kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun 2016 :Tarikh
Siaran Iklan
Permohonan
Hebahan Keputusan
Permohonan Rayuan
14
ii.
iii.
iv.
ZON
TARIKH
NEGERI
30-31
Jan.
2016
Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak (Utara)
13-14
Feb.
2016
Terengganu
Kelantan
Pahang
Johor
Melaka
PERSADA
Johor Bahru, Johor
Sabah
WP Labuan
20-21
Feb.
2016
5-6
Mac
2016
19-20
Mac
2016
Sarawak
2-3
Apr.
2016
Selangor
Perak (Selatan)
WP (KL & Putrajaya)
Negeri Sembilan
LOKASI
Perkarangan Stadium Darul
Aman, Alor Setar, Kedah
15
10.
SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)
dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan
UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke
Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan
STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej
Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan
pelajar ke Universiti Awam?
JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),
Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah
selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan
Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam
pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.
SOALAN 3:
KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas
maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi
Negara (KPTN), Jom Masuk IPT pada setiap tahun. Bagaimanakah program
ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya
mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di
tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada
Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan
bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur
permohonan.
Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan
proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama
16
SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh
dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my
SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di
mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan.
SOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat
kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih
diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan
kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870
6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.
SOALAN 7:
Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum?
JAWAPAN 7:
Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan
17
SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 8:
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA,
Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah
terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus
kepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan
Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA
berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh
memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my
SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran
atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.
SOALAN 10:
Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10:
Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had
dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan.
SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama
dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan?
JAWAPAN 11:
Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar
18
SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program
Pengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di epanduan
kemasukan
di
http://upu.mohe.gov.my
dan
IMASCU
http://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan mereka
memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa
menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon
program pengajian aliran sains.
SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM
tahun semasa (tahun 2015)?
JAWAPAN 13:
Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti
berikut:
Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.
Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau
2014.
Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil
ulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau,
SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.
SOALAN 14:
Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA?
JAWAPAN 14:
Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantung
kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah
warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma,
pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk
matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil,
19
SOALAN 15:
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan
kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan
SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA
melalui 3 kaedah berikut :
Internet :
http://upu.mohe.gov.my
http://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
Telefon :
Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870
6767
SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan
tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan
setiap permohonan perlu Klik Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap
pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.
SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa
mengemukakan permohonan?
JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).
20
SOALAN 18:
Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luar
pilihan sekiranya pemohon menyatakan tidak di ruangan penyataan khas
untuk menerima tawaran luar pilihan?
JAWAPAN 18:
Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan Tidak.
Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my .
SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang
sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian
tersebut?
JAWAPAN 19:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan
tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga
dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam programprogram kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah
sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik,
Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.
SOALAN 20:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal
mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?
JAWAPAN 20:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon
di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA
berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang
memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA.
Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang
pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut
tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan setuju terima
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon
yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan
rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke
mana-mana UA adalah kerana:
21
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
SOALAN 21:
Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan
kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus
lain?
JAWAPAN 21:
Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran
ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran
kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.
SOALAN 22:
Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat
tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh membuat
rayuan melalui BPKP, JPT?
JAWAPAN 22:
Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP
pada permohonan kali pertama.
SOALAN 23:
Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP.
Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP?
JAWAPAN 23:
Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran
ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.
SOALAN 24:
Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya
menolak dua daripada tawaran tersebut?
JAWAPAN 24:
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja
dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.
22
SOALAN 25:
Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yang
tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidang
perubatan/pergigian/farmasi?
JAWAPAN 25:
Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya
akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP,
JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.
23
LAMPIRAN A
ii.
MATA PELAJARAN
GRED
Bahasa Melayu
A-
Bahasa Inggeris
A-
Pendidikan Islam
B+
Sejarah
B+
Matematik
Sains
Perdagangan
Ekonomi Asas
B+
Prinsip Perakaunan
MATA PELAJARAN
GRED
NILAI
MARKAH
Bahasa Melayu
A-
Matematik
Ekonomi Asas
B+
Bahasa Inggeris
A-
Pendidikan Islam
B+
JUMLAH
39
24
iii.
x 75%
b) Markah Kokurikulum = 8
c) Markah SES
d) Markah Merit
= 10
58.5
76.5%
10
25