Anda di halaman 1dari 2

Hak Cipta

1. Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undangundang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya
untuk mengawal penggunaan karya mereka.
2. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada
Akta Hakcipta 1987.
3. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta.
4. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik
sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan
karya itu bersifat asli
ii) karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam
bentuk bahan
iii) penciptanya adalah orang yang berkelayakan
iv) karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan
pertama karya adalah di Malaysia.

ETIKA PENGGUNAAN KOMPUTER


etika pengguna komputer yang dicadangkan oleh Institut Etika
Komputer (Computer Ethics Institute)
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang
lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak membuka fail komputer orang lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli
secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa
kebenaran atau sebarang bayaran.
8. Tidak menggunakan tanpa kebenaran output intelektual
orang lain.
9. Memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang
dibangunkan.
10. Menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan
dan hormat kepada manusia lain.

Anda mungkin juga menyukai