Anda di halaman 1dari 1

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Buli Di Sekolah

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang
akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan
kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang
boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.
lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anakanak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan
masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama
juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di
samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan
negatif sejak kecil lagi
Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan
pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal
lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar
sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita
keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar
tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.
Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung
gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan
undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan
amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli
hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar
berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan
pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.
Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh
mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan
sebaya yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal
dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.
Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah buli di sekolah
menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut
dicapai.

Anda mungkin juga menyukai