Anda di halaman 1dari 11

CARA MENGETAHUI AL-NASKH

Nas yang berkaitan Nasikh dan Mansukh merupakan nas yang bertentangan.
Di mana ia dapat diketahui melalui salah satu daripada cara berikut :

Penegasan yang berbentuk lafaz yang memang menunjukkan alNaskh. Sebagaimana firman Allah :

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah


diwajibkan dahulu), kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada
kelemahan, oleh itu, jika ada di antara kamu seratus orang yang sabra,
nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika ada di
antara kamu seribu orang, nescaya dapat menewaskan dua ribu orang
dengan izin Allah SWT.
(Surah al-Anfal 8:66)
Ayat tersebut merupakan ayat yang menasakhkan atau menjadi nasikh
terhadap penetapan hukum terhadap orang Islam yang mesti menentang
atau melawan orang kafir yang nisbahnya 1:10. Ayat yang dinasakh itu
ialah firman Allah SWT :
Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka
dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan
jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.
(Surah al-Anfal 8:65)

Salah satu daripada dua nas Nasikh dan Mansukh itu terbukti datang
terkemudian di antara keduanya melalui kenyataan yang dibuat oleh
Nabi SAW, sebagaimana hadis :

Maksudnya : Sebelumnya aku menegah kamu menziarahi kubur, sekarang


ziarahilah.

Penegasan melalui Ijmak ulama bahawa salah satu daripada nas


Nasikh dan Mansukh itu memang dating kemudian di antara satu sama
lain.

Melalui perbuatan dan amalan Nabi SAW. Contohnya : Perbuatan Nabi


SAW merejam Maiz al-Aslami tanpa menyebatnya 100 kali telah
menasakhkan hukum mengenai lelaki dan perempuan telah berkahwin
yang melakukan zina. Nas yang dinasakhkan itu ialah sebagaimana
hadis bermaksud : Sebatan 100 kali dan rejam.

CARA BERLAKU AL-NASKH


Cara-cara berlaku al-Naskh dapat dibahagikan kepada dua kategori
utama, iaitu :
Al-Naskh Ada Ganti
Al-Nasakh bentuk atau cara ini ialah dengan menasakhkan hukum terdahulu
kemudian digantikan dengan hukum baru. Cara al-Naskh kategori ini dapat
dipecahkan pula kepada 3 bahagian, iaitu :
Ganti Hukum Sama
Iaitu menggantikan hukum sama dengan hukum yang dinasakhkan. Contoh
al-Naskh bentuk ini berlaku sebagaimana dinasakhkan hukum mengadap
kiblat ke Baitul Maqdis dan digantikan dengan mengadap kiblat ke Baitul
Allah (Kaabah) ketika sembahyang. Sebagaimana firman Allah SWT :
Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang
menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap
kiblat yang engkau sukai.
(Surah al-Baqarah 2:144)

Ganti Hukum Lebih Ringan


Iaitu dengan mengganti hukum lebih ringan daripada hukum yang
dinasakhkan. Al-Naskh bentuk ini ialah yang mana hukum awal dan
dahulu ada dalam nas Al-Quran. Contoh ayat yang menyatakan berlaku
al-Naskh jenis ini sebagaimana firman Allah SWT :
Jika ada diantara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka
dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan
jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat
menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir.

(Surah al-Anfal 8:65)


Ayat tersebut Allah mewajibkan orang Islam melawan musuh dan tidak
boleh meninggalkan medan peperangan apabila orang Islam 20 orang
dan musuh pula 200 orang.
Ia membawa maksud, orang-orang Islam tidak boleh lari daripada medan
peperangan sekiranya tentera Islam dalam nisbah 1:10. Hukum dalam
ayat tersebut kemudiannya dimansukhkan dengan hukum yang lebih
ringan. Iaitu dengan turunnya ayat lain, sebagaimana firman Allah SWT :
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah
diwajibkan dahulu), kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada
kelemahan, oleh itu, jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar,
nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika ada di
antara kamu seribu orang, nescaya dapat menewaskan dua ribu orang
dengan izin Allah SWT
(Surah al-Anfal 8:66)

Ayat kedua ini, hukum wajib menghadapi musuh yang berjumlah 200
orang dan tentera Islam 20 orang dimansukhkan serta digantikan dengan
hukum baru yang lebih ringan. Iaitu tentera Islam wajib menghadapi
musuh dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan apabila mereka
berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang, dengan nisbah 1:2.
Ganti Hukum Lebih Berat
Iaitu menggantikan dengan hukum lebih berat daripada hukum yang
dinasakhkan. Al-Naskh bentuk ini berlaku sebagaimana firman Allah
tentang hukum pengharaman arak. Iaitu konsep pengharaman arak yang
diturunkan dalam 3 peringkat. Penjelasannya sebagaimana berikut :

Peringkat Pertama : Arak tidak diharamkan secara pasti lagi,


namun sudah dinyatakan bahawa bahayanya lebih besar daripada
faedahnya. Sebagaimana firman Allah SWT :
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan
judi. Katakanlah : Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya.
(Surah al-Baqarah 2:219)

Peringkat Kedua : Arak ditegah meminumnya ketika hendak


mendirikan sembahyang. Hal itu kerana terdapat kalangan sahabat
menunaikan sembahyang dalam keadaan mabuk. Ia menyebabkan
bacaan ayat Al-Quran tersilap. Sebagaimana firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghampiri
sembahyang (mengerjakan) sedang kamu dalam keadaan mabuk,
hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.
(Surah al-Nisa 4:42)

Peringkat Ketiga : Arak diharamkan terus. Sebagaimana firman


Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi,
pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang anak panah
adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah al-Maidah 5:90)

Al-Naskh Tiada Ganti


Al-Naskh tidak ada ganti ialah ayat-ayat atau nas yang telah dimansukhkan
sudut hukumnya dan tidak ada apa-apa gantian dengan hukum baru.
Contohnya ialah sebagaimana firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap
Rasulullah (mengenai sesuatu perkara), maka hendaklah kamu bersedekah
(kepada fakir miskin) sebelum kamu memulakan pengadapan itu.
(Surah al-Mujahadah 58:12)

Ayat ini Allah menyebutkan hukum bagi sahabat yang hendak menemui
Rasulullah SAW perlulah membawa buah tangan. Ayat tersebut dan
hukumnya dimansukhkan melalui ayat berikutnya. Sebagaimana firman Allah
SWT :
Adakah kamu takut (akan kemiskinan) disebabkan kerapkali kamu memberi
sedekah sebelum memulakan pengadapan kamu itu? Kalau kamu tidak
melakukan (perintah) itu, dan Allah SWT pun memaafkan kamu (kerana
kamu tidak mampu).
(Surah al-Mujahadah 58:13)
Ayat ini menyatakan mereka yang ingin menemui Rasulullah SAW tidak perlu
membawa sebarang buah tangan. Hukum dalam ayat sebelumnya
dinasakhkan tanpa ada sebarang gantian dengan hukum lain.

MASA BERLAKU AL-NASKH DAN HIKMATNYA


Jumhur Ulama sepakat mengatakan al-Naskh hanya berlaku semasa Nabi
SAW masih hidup sahaja. Dimana al-Naskh tidak harus berlaku kecuali
melalui wahyu sahaja dan wahyu berkemungkinan turun pada masa hayat
Nabi SAW sahaja.
Selepas kewafatan Nabi, pembatalan hukum tidak berlaku sama sekali
kerana wahyu tiada lagi. Justeru, semua hukum yang diamalkan pada masa
hayat Nabi SAW dan tidak lahir daripada Baginda SAW sesuatu yang
menasakhkannya, maka hukum itu adalah tetap walaupun selepas
kewafatan Baginda SAW.
Hal itu kerana Baginda SAW adalah rasul terakhir. Sebagaimana firman Allah
SWT :

Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi
bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah
Rasulullah SAW dan kesudahan segala Nabi-Nabi.
(Surah al-Ahzab 33:40)

Nas Tidak Boleh Dinasakh

Tidak semua hukum syarak boleh dinasakhkan. Dimana ada antaranya yang
menerima pembatalan da nada pula yang tidak boleh dibatalkan.

Antara hukum yang tidak boleh dinasakhkan ialah:

Ayat Al-Quran yang menyentuh tentang akidah dan iman, sebagai


contohnya: Sifat-sifat Allah, kekuasaan-Nya, perkara-perkara Samiyyat
yang telah tetap dan jelas, seperti; Alam barzakh, syurga dan neraka.

Ayat Al-Quran berkaitan sejarah, perkara yang menyentuh tentang


para nabi dan umat silam yang diterima oleh nabi Muhammad SAW
melalui wahyu. Sebagai contohnya : Kisah tentang Ashab al-Kahfi, Zul

al-Qarnain, Nabi Musa dan Firaun juga Nabi Nuh dan kaumnya.
Hukum-hukum syarak yang telah diputuskan selepas kewafatan Nabi

Muhammad SAW serta melalui Ijmak ulama.


Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan
berubah dengan sebab perubahan zaman, suasana dan umat. Sebagai

contohnya: Adil, benar, amanah, zalim, dusta dan lainnya.


Hukum-hukum furu atau masalah cabang syarak yang telah dijelaskan
berkekalan hukumnya oleh syarak. Contohnya: Hukum kewajipan
berjihad berterusan hingga Kiamat.

Hikmat Al-Naskh

Jumhur ulama sepakat mengatakan al-Naskh memang berlaku dalam hukum


syarak. Antara hikmat al-Naskh ialah :
Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan umat manusia. Di
mana sesetengah kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.
Salah satu prinsip Islam tidak membebankan umatnya dan sesetengah
hukum itu diturunkan secara beransur-ansur. Iaitu supaya manusia
tidak dibebani sekaligus dapat menerima pembinaan hukum yang
dibawa oleh Islam penuh ikhlas.

Sebagai contohnya: Hukum pengharaman riba datang dalam 4 peringkat :

Peringkat Pertama : Allah menerangkan perbezaan di antara riba


dan zakat.
Sebagaimana firman Allah SWT:
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu
berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia
maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan
kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah (zakat) yang kamu
berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah SWT sematamata, maka mereka yang melakukan itulah orang-orang yang beroleh
pahala berganda-ganda.
(Surah al-Rum 30:39)

Peringkat Kedua : Allah SWT menerangkan riba itu suatu perbuatan


zalim. Sebagaimana firman Allah SWT :
Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orangorang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang
pernah dihalalkan bagi mereka dan disebabkan mereka banyak
menghalang manusia dari jalan Allah SWT. Dan juga (disebabkan) mereka
mengambil riba, pada hal mereka telah dilarang melakukannya.
(Surah al-Nisa 4:160 dan 161)
Peringkat Ketiga : Allah melarang mengambil riba dengan gambaran
yang tidak baik. Sebagaimana Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan


(mengambil) riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah SWT, supaya kamu berjaya.
(Surah Ali Imran 3:130)

Peringkat Keempat : Allah mengharamkan riba secara mutlak.


Sebagaimana firman Allah SWT :
Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan
mengharamkan riba.
(Surah al-Baqarah 2:275)

Untuk mengemaskini hukum syarak dan mengembangkan


perundangan Islam. Hal itu memandangkan ada sesetengah hukumhukum Islam yang diturunkan pada peringkat permulaan Islam hanya

sesuai untuk zaman dan masyarakat waktu itu sahaja.


Konsep al-Naskh serta penurunan Al-Quran secara beransur-ansur
bertepatan dengan sifat manusia yang lemah. Iaitu untuk
memudahkan mereka memahami juga melaksanakan segala tuntutan

dan pelaksanaan syariat dengan lebih tenteram.


Untuk memudahkan dan memberi kesempatan kepada umat Islam
khususnya masyarakat Arab awal Islam yang bergelumang dengan
adat Jahiliyyah meninggalkan kefahaman mereka secara beransuransur.