Anda di halaman 1dari 6

TAJUK: KERUNTUHAN AKHLAK DI KALANGAN REMAJA

Pengenalan
Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke
arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju.
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk
ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan
prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama
Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja
Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur
ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat
definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda
1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10
hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur
21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara
umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah
yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak dan moral remaja pada
masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas.
Isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu
berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah
bergantung kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan
mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajaama.
Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja
Samseng Jalanan
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang
tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai mat rempit bukanlah merupakan satu isu yang
baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu
contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal
daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya
(litar).'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan
pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul
Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan
pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti
keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan
itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan
filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral

di kalangan belia negara ini.Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat
dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter.

Buli
Buli adalah merupakan satu fenomena yang kompleks. Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam
pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli
diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu
masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi
masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama atau gelaran
yang tidak baik misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat
gurauan. Pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap
orang lain secara individu atau secara berkumpulan. Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi
sosial dimana individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang
cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah (mangsa
buli). Tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi
oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam
mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli.
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah
mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli
bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara
berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram
dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta
boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan
kepada orang lain.
Seks Bebas
Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari
digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan
pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti
Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang
berkerja sebagai pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000
melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah
Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita
dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja
wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan
seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah
begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia
khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu
diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan

Zina, sutera bagi lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan. Zina adalah perlakuan seks
diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah
berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang
peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam,
sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan yang buruk (Al-Israk:32)
Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks
ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa
nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan
pernikahan.
Punca Keruntuhan Akhlak
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka
akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan
mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika
perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi
automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu
sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada
guide line dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan
sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan
tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing
mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada
perkara-perkarayang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial,
kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan
rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang
dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam
keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.Pengaruh di sekolah juga penting
dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana
tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani
masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar
daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh
kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja
hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.
Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam
kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat

hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak
pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup
yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan
mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini
mudah diperolehi.
Sikap Keluarga
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial.
Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja
tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu
bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan
sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu
berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya
mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu
bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan
lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan
terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan
mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan
ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh
just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan
hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak
remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke
rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa
agar anaperkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting
untuk kesejahteraan hidup anak-anak.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan
akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh
ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Antara
punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah
tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta
tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada
kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab,
kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak,
memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang
masak-anak mereka terhindar dari
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi
mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

Peranan ibu bapa


Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara
bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi
role model
kepada anak.

Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan
separa akademik seperti kegiatanko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan
teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.
Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.Penguatkuasaan
undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan
secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis.Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah
diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan
dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih
kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.

Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan
lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI

Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu
besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga
akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri
sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa
yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh
mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Anda mungkin juga menyukai