Anda di halaman 1dari 21

PERKEMBANGAN

KAUNSELING
KERJAYA:
HARI INI DAN
MASA HADAPAN

MEMBUAT PILIHAN
KERJAYA YANG BETUL.
Menyumbang, sedikit sebanyak, kepada
kesejahteraan individu, dari segi kebajikan
mahupun aspek psikologi dirinya.
Bilangan Kaunselor Kerjaya yang terlatih dari
aspek metod-metod psikologikal serta
vokasional dalam membantu klien adalah
terhad dari segi bilangannya.

Peringkat-peringkat dalam proses


Kaunseling Kerjaya, sebenarnya, bermula
daripada seawal suatu temuduga kerja
sehinggalah kepada, akhirnya, penempatan
kerja.
Klien akan dibantu dalam
mempertimbangkan faktor-faktor peribadi,
persekitaran, psikologi serta ekonomi,
semasa membuat pilihan bidang kerjaya
yang sesuai dengan gaya hidup serta
kemampuan dirinya sendiri. Seterusnya, klien
wajar diberitahu untuk berusaha bagi memiliki
beberapa kemahiran mencari kerja (jobsearch).

Sesuatu kerja yang dilakukan


akan ..
Mendatangkan manfaat kepada dirinya dan
juga kepada orang lain.
Menjadi kerjaya yang kekal.
Dikatakan mempunyai hidup yang sempurna.
Oleh itu, perancangan kerjaya hendaklah
dilakukan dengan baik dan berhati-hati, di
samping wajar diberikan perhatian yang
tinggi. Ini kerana ia akan memberi implikasi
kepada kesejahteraan dan psikologi
seseorang itu.

Isu pilihan salah-arah dalam bidang


kerjaya yang ingin diceburi mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor .
1.

Paksaan keluarga dalam memilih aliran akademik /


pelajaran di sekolah.

2.

Ikatan kontrak biasiswa.

3.

Program streaming di peringkat sekolah.

4.

Konflik antara keinginan dan pemilihan.

5.

Kurangnya maklumat kerjaya.

Beberapa Istilah Yang Relevan..


1. Perkembangan Kerjaya
Merupakan suatu gugusan secara menyeluruh
faktor-faktor seperti psikologi, sosiologi, pendidikan,
fizikal, ekonomi serta peluang, yang bergabung
bagi mempengaruhi keadaan serta kesignifikanan
sesuatu kerja itu di sepanjang hayat seseorang
individu yang berkenaaan.

2. Vokasion, Pekerjaan, Kerja dan


Kerjaya
(i) Vokasion, Pekerjaan dan Kerja
Ia sering digunakan silih berganti bagi menggambarkan
aktiviti-aktiviti serta kedudukan sesuatu pekerjaan itu.

(ii) Kerjaya
Aktiviti-aktiviti serta kedudukan yang terlibat di dalam
vokasion, pekerjaan dan kerja, selain daripada sebarang aktiviti
yang berkaitan dengan jangka masa kerja seseorang individu
itu.

3. Kaunseling Kerjaya
Termasuk semua aktiviti kaunseling yang ada
hubung-kait dengan pilihan-pilihan kerjaya di
sepanjang hayat.
Dalam proses kaunseling kerjaya, semua
aspek keperluan individu, iaitu keluarga, kerja
serta beristirehat, adalah diiktiraf sebagai
sebahagian daripada proses perancangan
dan membuat keputusan mengenai sesuatu
bidang kerjaya yang ingin diceburi.

4. Bimbingan Kerjaya
Semua komponen perkhidmatan dan aktiviti
terdapat di dalam institusi institusi
pendidikan, agensi, dan lainlain organisasi yang menawarkan perkhidmatan kaunseling
serta program-program pendidikan yang
berkaitan dengan kerjaya.

Kaunseling Kerjaya Hari Ini.


Perhatian dan tumpuan yang diberikan
mempunyai skop yang luas. Ia meliputi :1. Isu-isu kesihatan mental yang menghadkan pilihan kerjaya.
2. Perubahan-perubahan yang berlaku di tempat kerja.
3. Memenuhi keperluan-keperluan para pekerja di dalam
ekonomi dunia yang begitu kompetitif.
4. Bagaimana untuk mengstrukturkan semula prosedurprosedur kaunseling dalam memenuhi keperluan kelompokkelompok individu yang berbagai budaya.

Kaunseling Kerjaya Di Malaysia.


Cabaran masa kini : Perkembangan teknologi yang begitu pesat.
Perubahan strata hidup masyarakat moden di
Malaysia.
Keperluan terhadap bimbingan kerjaya mula
mendapat perhatian.

Perkembangan Bimbingan
Kerjaya..
1939 terbit sebuah buku berjodol A Guide to
Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils.
Namun, hanya digunakan oleh para pegawai dan
pentadbir semata-mata.
1961 Kementerian Buruh terbitkan buku berjodol
Handbook Facilities in the Federation of Malaya
panduan pekerjaan dan kerjaya.

1962 Skim Rancangan Colombo


UNESCO menghantar pakar perundingnya
dalam bidang bimbingan dan vokasional R.
K. MacKenzie (Kanada).
Mengajar serta membimbing sebelas (11)
orang pegawai pelajaran dari seluruh negara
selama satu (1) tahun di MPIK Cheras.

Peranan MARA pula..


Menubuhkan sebuah unit khas bertujuan
memberi bimbingan kerjaya kepada pelajarpelajar tajaan MARA serta ibu bapa mereka.
Seterusnya, khidmat bimbingan kerjaya di
MRSM serta ITM (sekarang UiTM).
MRSM mempunyai jawatan Kaunselor
(hakiki), tidak seperti yang terdapat di
sekolah-sekolah mahupun di IPT.

Bimbingan dan Kauseling Kerjaya


telah dijadikan satu mata pelajaran
elektif

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.


Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,
UKM.
Jabatan Psikologi, FSKK, UKM (diploma)
Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Bimbingan dan
Kaunseling) UPM.
Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kursus
kaunseling dan bimbingan (sijil).

Hasrat ingin menjadikan bidang


pengajian bertaraf profesional..
Ditubuhkan beberapa badan sukarela yang
berkaitan dengan kaunseling kerjaya,
seperti : MAVOGA
SVOGA
PERKAMA

Ia ditubuhkan semata-mata untuk mengiktiraf


profesion Kaunselor Kerjaya sebagai bidang
profesional.

Beberapa Penyelidikan dan


Kajian yang telah dijalankan
1968 (Iran Herman) pelajar yang datang
dari keluarga berpendapatan rendah, akan
memilih jenis kerja yang berpendapatan
rendah; dari keluarga yang senang pula
memilih kerja yang tinggi tarafnya.
1976 (Mohd Rosli Omar) 90% drpd murid
yang keluarganya berpendapatan rendah,
tinggal jauh di luar bandar memilih jenis
kerja yang berpendapatan rendah.

1979 (Aminuddin Yusof) gambaran yang


kurang jelas tentang kehidupan keguruan
oleh pelamar-pelamar pekerjaan terhadap
kerjaya sebagai seorang guru. Persepsi
terhadap profesion guru berprestij, ada
penghormatan masyarakat, mudah naik
pangkat, ada jaminan masa depan, dan
banyak cuti tahunan.

1986 (Rohany Nasir) bidang kerjaya yang


paling diminati ialah bidang Sastera, selain
dari bidang Perniagaan. Mengikut jantina
pula, pelajar wanita lebih cenderung
mengikuti bidang Sastera, manakala pelajar
lelaki pula bidang Perniagaan.
Pengetahuan terhadap minat sahaja belum
cukup bagi merancang masa depan
seseorang individu itu.

1987 (Habibah Mohd Sood) minat kerjaya


dan hubungannya dengan kepuasan kerja.
Kajian dibuat ke atas sekelompok pekerja
berjawatan kerani (pembantu tadbir). 56%
ingin mencari kerja lain, manakala 44% pula
sanggup terus kekal. Dari segi kepuasan
pula, 34% tidak mendapat kepuasan,
manakala 66 % dapat kepuasan walaupun
tiada minat terhadap pekerjaan tersebut.

TERIMA KASIH