Anda di halaman 1dari 27

1.

PENGENALAN

Personaliti merujuk kepada kesemua perlakuan individu yang berbeza


dengan individu yang lain. Ia juga merujuk kepada corak tingkah laku dan
cara berfikir seseorang yang akan membolehkannya menyesuaikan diri
dengan persekitarannya (Chisnall, 1995). Pakar psikologi mendapati
tindakan setiap individu terhadap kejadian tersebut agak konsisten. Mod
rangsangan dan tindakan individu itu digeneralisasikan dan dipanggil
personaliti.

Ciri-ciri

personaliti

merujuk

kepada

karektor

atau

aspek

tertentu

personaliti individu. Menurut Robbins (1995) terdapat lima ciri personaliti


individu. Ini termasuklah locos of control, self-esteem, self-monitoring,
machiavellianism dan risk taking. Ciri-ciri personaliti yang kongruen
dengan persekitaran belajar akan membawa kepada penghasilan yang
tinggi dari segi pencapaian akademik. Knox dan Schacht (1999) pula
mengatakan bahawa keluarga merupakan asas pembentukan sesuatu
budaya dan kehidupan personaliti. Nilai-nilai yang diamalkan dalam
sesebuah keluarga telah menyebabkan individu berkenaan dikatakan unik
kerana kepelbagaian latar belakang, prinsip kerahsiaan dalam keluarga
dan pendapatan keluarga turut mempengaruhi proses pembentukan
identiti sesebuah keluarga.

Masyarakat sekeliling dapat menilai seseorang dan seseorang juga dapat


menilai masyarakat mengikut kacamata pengukuran personaliti yang
1

dimilikinya. Kadangkala individu itu dapat merasakan dirinya sangat


berbeza dengan orang lain jika ia berfikiran rasional (kesedaran diri
sendiri). Gerald (2005) telah membezakan manusia kepada dua personaliti
iaitu personaliti Type A dan Type B.

Sifat-sifat personaliti Type A

adalah bercita-cita tinggi, inginkan kesempurnaan, tidak sabar, terburuburu, melakukan beberapa perkara dengan serentak, memburu masa,
bersaing dengan masa, cepat marah, cemas bila terlewat, berorientasikan
pencapaian

yang

mendorong

menyiapkan

tugasan

dan

mereka

bertutur

mengikut

dengan

date

cepat.

line

dalam

Mereka

yang

berpesonaliti jenis ini juga memiliki mulut yang berbisa bila marah serta
sifat busuk hati terhadap orang lain (Weiten & Llyod, 2000).

Manakala, Personaliti Type B pula yang secara relatifnya lebih relaks,


kurang bersaing, sabar, tenang, ramah dan easy-going.

Mereka yang

memiliki personaliti seperti ini akan melakukan sesuatu tugas atau kerja
dengan teratur dan rapi. Membuat sesuatu dalam keadaan yang tenang
dan selesa tanpa terlalu mengejar masa sehingga tugas yang dibuat boleh
terjejas (Weiten & Llyod, 2000).

Kedua-dua jenis personaliti yang

dinyatakan oleh Gerald,C. (2005) ini tidak terkecuali menjurus kearah


kemurungan. Dalam kajian ini pengkaji cuba melihat individu yang
memiliki personaliti sama ada Type A atau Type B yang mana satukah
lebih cenderung atau lebih menjurus mengalami kemurungan.

Justeru, dapat dilihat perkembangan personaliti yang seimbang mampu


melahirkan generasi yang mantap dari sudut jasmani
2

serta emosi agar

dapat meneraju negara pada masa akan datang.

Bagi memenuhi

keperluan negara menghadapi alaf baru tersebut, semua pihak perlulah


terlibat memainkan peranan yang penting ke arah mencapai matlamat
yang hendak di tuju. Pewaris negara iaitu golongan pelajar sekolah,
remaja haruslah dibentuk dan diasuh agar memiliki struktur personaliti
yang baik atau mantap serta terhindar dari kemurungan yang boleh
menjejaskan pencapaian kendiri mereka.

Pencapaian terbaik di dalam

peperiksaan khasnya dan memenuhi matlamat pendidikan di Malaysia,


pengkaji

merasakan perlu dibuat satu kajian yang teliti terhadap

hubungan kemurungan dengan

personaliti yang boleh mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Sejauh mana perhubungan di antara


kemurungan dengan personaliti Type A dan Type B dalam kalangan
pelajar dapatlah dilihat dalam hasil kajian yang akan dijalankan.
2.0

PENGERTIAN PERSONALITI

Setiap manusia mempunyai personaliti yang berbeza mengikut keadaan


persekitaran. Sanford (1970), telah mengumpulkan pelbagai definisi
personaliti. Antaranya ialah personaliti dalam organisasi yang dinamik
antara individu dengan sistem psiko-fizikal dalam menentukan satusatunya penyesuaian dengan persekitaran (Adler, 1945). Ahli-ahli psikologi
telah membuat persamaan tentang personaliti sebagai p = f (b), di mana
p = personaliti, f = fungsi dan b = behaviour atau tingkah laku. Oleh
kerana personaliti seseorang itu bersifat Person-Specific dan juga
Situation Specific, maka kesimpulan boleh dibuat bahawa kita berupaya
untuk membuat ramalan atau telahan tentang apa yang akan dilakukan
3

oleh

seseorang

didalam

keadaan-keadaan

tertentu,

berdasarkan

pemerhatian-pemerhatian ke atas individu itu pada masa-masa yang lalu.


Boleh dikatakan personaliti adalah tingkah laku seseorang individu apabila
berhadapan dengan keadaan persekitaran.

Personaliti ialah tingkah laku seseorang itu mengikut keadaan atau situasi
yang terdahulu dan telah membentuk tingkah lakunya pada masa kini.
Persekitaran atau hubungan dengan individu lain boleh membentuk
personaliti atau cara penampilan seseorang.

2.1

Pergertian Personaliti Dalam Konteks Islam

Menurut Mohd Asri Abu Bakar (2005), moral, akhlak dan budi pekerti
dalam pandangan agama Islam mempunyai kedudukan yang mulia dan
tempat yang tinggi. Al-Quran memberi pujian kepada Rasulullah SAW
dengan menyebut beliau mempunyai budi pekerti yang mulia.
Dan Engkau (Muhammad) sesungguhnya mempunyai budi pekerti yang
mulia
(Al-Qalam:4)
Dalam Islam, keperibadian orang Islam adalah sesuatu yang ditanamkan
ke dalam dirinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Bahawa

sesungguhnya

Aku

diutuskan

untuk

menyempurnakan

kemuliaan budi pekerti

Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik budi pekertinya, dan sabdaNya lagi:
4

Anak-anak itu dilahirkan seumpama sehelai kain putih. Kedua ibu


bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi

Ini bermaksud pembentukkan keperibadian Islam terletak ditangan kedua


ibu bapa. Menurut Mohd Asri Abu Bakar (2005), dalam Islam, pelajar
universiti dapatlah diletakkan dalam kategori yang dikenali sebagai
Mukhallaf, iaitu golongan yang telah diberi tanggungjawab. Maksudnya,
pelajar universiti telah diterima sebagai kelompok yang mempunyai
peranan dalam masyarakat.

Justeru itu, amatlah wajar usaha atau program pelajar universiti tidak
bertumpu kepada sesuatu golongan sahaja. Usaha permurnian jiwa perlu
diberikan kepada mereka ini dengan menerapkan nilai-nilai agama yang
hakiki. Masyarakat perlu mengambil peduli terhadap perlakuan-perlakuan
pelajar universiti masa kini kerana Allah SWT berfirman:

Berilah peringatan kerana tugasmu adalah sebagai pemberi


peringatan
(AlGhasyiyah:21)

3.0

KEPENTINGAN TEORI PERSONALITI KEPADA KAUNSELOR


5

Semenjak Sigmund Freud memperkenalkan teori Psikoanalisis, pelbagai


teori kaunseling telah dikemukakan.Teori Psikoanalisis merupakan kuasa
pertama dalam ilmu psikologi kaunseling. Teori-teori yang menumpu
kepada perlakuan seperti yang dikemukakan oleh tokoh seperti Pavlov dan
Skinner

mengambil tempat yang tersendiri dalam bidang psikologi

kaunseling. Teori Pemusatan Perorangan oleh Carl R. Rogers pula telah


dikenali sebagai kuasa ketiga dalam alam psikologi kaunseling. Manakala
teori terapi rasional Emotif Perlakuan oleh Albert Ellis dan teori Perlakuan
Kognitif oleh John Krumboltz telah banyak menggabungkan ciri kognitif
dan emosi dalam teknik asasnya.Hal ini dapat membantu kaunselor dalam
meleraikan sesi kaunseling.

Penjelmaan teori-teori baru seperti teori Gestalt, teori Pengawalan Realiti,


teori saling Hubung dan teori Terapi Pelbagai Modal telah membawa
kaunseling kepada satu tahap pembaharuan pendekatan, sebaik-baiknya
merentas penggunaan pelbagai teknik baru bagi menjayakan rawatan
pemulihan klien. Teori-teori tersebut banyak menerap pemikiran ahli-ahli
falsafah serta prisip yang berkaitan dengan pendekatan pemikiran
kognitif, perlakuan, emosi afektif, wawasan psikologikal dan spiritual.
Kefahaman tentang teori penting kerana apa sahaja penerapan teknik
yang hendak diguna wajar bersesuaian dengan pendekatan dan mengikut
aliran falsafah teori yang dipilih. Sekiranya teori yang dipilih tidak difahami
secara

mendalam,

maka

teknik

kaunseling

yang

diguna

mungkin

bercanggah dan tidak seiring dengan falsafah asal teori. Keadaan seperti
6

ini boleh meruncingkan proses serta hasil kaunseling. Kaunselor mungkin


telah melakukan satu kesalahan dari segi salah praktis dan boleh didakwa
(Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah, 2003) .

Seorang kaunselor yang hebat sudah pasti ia dapat menyelesaikan isu dan
permasalahan kliennya dengan penuh sistematik dan teratur serta
mencapai tujuan sebenar sesi kaunseling dijalankan. Pendekatan teori
personaliti juga amat penting kerana ia dapat membantu kaunselor dalam
mengendalikan sesi dengan lebih mudah serta teratur untuk mencapai
tujuan sesi kaunseling dijalankan. Antara kepentingan teori personaliti
kepada kaunselor ialah:

3.1

Mengetahui

Tentang

Pandangan

Dan

Sikap

Manusia

Keseluruhannya

Dengan adanya pengetahuan serta kemahiran teori personaliti seorang


kaunselor mampu mengetahui tentang pesepsi serta sikap tingkah laku
manusia secara keseluruhannya. Sikap dan tingkah laku seseorang
manusia berbeza-beza dan berubah-ubah mengikut persekitaran serta
taraf ekonomi sesuatu kelompok, justeru itu seseorang kaunselor perlu
memahami dan menyelami sikap manusia untuk dikaitkan dengan teori
personaliti agar difahami serta dipelajari (Marof Redzuan dan Haslinda
Abdullah, 2003).

3.2

Mengetahui Bagaimana Manusia Belajar


7

Dengan menguasai teori personaliti juga, kaunselor dapat mengetahui


bagaimana manusia belajar dan mempelajari sesuatu, sama ada melalui
peniruan, ganjaran, penerokaan ataupun semula jadi. Setiap yang berlaku
dalam proses belajar ia memerlukan sesuatu untuk dijadikan peneguhan
agar apa yang dipelajari itu dijadikan amalan serta pengukuhan. Bandura
juga menyatakan, peniruan yang berterusan juga boleh mengekalkan
personaliti seseorang yang akan dipamerkan dalam kehidupan harian
mereka (Halley dan Linzey, 1978).

3.3

Mengetahui Perkembangan

Personaliti

Sama Ada Diwarisi

atau Dipelajari

Teori

personaliti

juga

dapat

membantu

kaunselor

untuk

melihat

perkembangan seseorang klien berkembang secara normal atau tidak


dalam proses pembesaran. Personaliti keluarga juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi penampilan seseorang.Terdapat juga perbezaan
kematangan disebabkan faktor baka, persekitaran, keluarga, masyarakat
serta persekitaran semasa.Persekitaran kehidupam masyarakat Bandar
berbeza dengan kampong yang turut mempamerkan personaliti seseorang
yang berbeza dari sikap tingkah laku serta sosial budaya.

3.4

Mengetahui Bolehkah Manusia Berubah Dan Bagaimana

Mereka Berubah
8

Perkembangan teori personaliti juga dapat membantu manusia untuk


berubah serta memikirkan cara yang terbaik untuk ditempohi berdasarkan
penerimaan masyarakat kini dan bukanya masa lampau. Kaunselor juga
dapat membantu kliennya untuk mengubah sikap yang tidak diterima
dalam populasinya dengan sikap yang positif dan diterima umum agar
kehidupan lebih bermakna dan sempurna.

3.5

Mengetahui Perlakuan Luar Biasa Seseorang Boleh Diterima

Atau Tidak

Sikap dan cara hidup seseorang terlalu unik. Sesetengah masyarakat


dapat menerimanya secara minoriti dan ada pula menerimanya secara
majoriti. Namun, ia juga perlu melihat tentang penerimaan masyarakat
sekeliling tentang personaliti yang unik serta berbeza itu tadi. Berdasarkan
dengan teori personaliti, kaunselor boleh merujuk serta melihat kewujudan
sikap yang luar biasa itu diterima umum atau sebaliknya. Ianya akan
menjadi kesalahan disisi undang-undang jika perkara yang luar biasa itu
diamalkan dan masyarakat persekitaran sukar menerimanya. Hal ini
sebenarnya

amat

membantu

pihak

kaunselor

dalam

menyedarkan

kliennya yang tersasar ke arah personaliti negetif dan tidak diterima


masyarakat sekeliling.

4.0

PENTAKSIRAN PERSONALITI

Kefahaman personaliti seorang individu perlu dibuat secara keseluruhan.


Apabila konsep perkembangan menyeluruh ini diketengahkan, sewajarnya
kefahaman ini merangkumi aspek kesinambungan, dan tidak terhad
kepada sesuatu bidang dan pengetahuan semata-mata, Penilaian bukan
kognitif lebih tertumpu pada aspek personaliti. Konsep personaliti itu
sendiri adalah kompleks dan definisinya yang dimajukan oleh para
psikologi juga berbeza. Maka tidak dapat dinafikan bahawa dalam bidang
penyelidikan personaliti terdapat banyak pembolehubah, dan setiap
pengkaji cuba meneroka, serta mengkaji pembolehubah yang tertentu
sahaja ( Lewis, 1993).

Oleh itu setiap pengkaji mempunyai persepsi masing-masing berkaitan


dengan pemboleh ubah seperti minat, nilai, sikap, kepercayaan, kejujuran,
keikhlasan , penipuan, emosi, autonomi, persandaran, dan sebagainya.
Perbezaan

ini

tidak

bermakna

bahawa

penilaian

personaliti

tidak

mempunyai kredibiliti yang sah.Sebaliknya, perkara yang penting adalah


kebolehan seorang profesional itu memahami apakah yang boleh dinilai
daripada ujian personaliti ini. Di samping itu, seorang

kaunselor juga

wajar berkebolehan mentafsir ujian personaliti. Namun begitu, para


kaunselor tidak pula wajar mentafsir ujian yang khas direka bentuk bagi
mengenal pasti personaliti bilazim, melainkan mereka sudah terlibat
menjalani latihan pengujian dan penilaian secara praktik berkaitan dengan
ujian-ujian tersebut. Biasanya, latihan praktik ini melibatkan praktikum
atau latihan internship dengan penyeliaan yang intensif oleh seorang ahli
psikologi

atau kaunselor yang bertauliah. Sehubungan ini seorang ahli


10

profesional

yang

menjalankan

pentadbiran

dan

pentafsiran

ujian

personaliti, wajib patuh kepada tatasusila dan etika persatuan profesional


yang berkaitan dengan bidang psikologi, kaunseling, pengukuran dan
penilaian (Othman Mohamad, 2000).

Penyelidikan dan amalan dalam psikologi bergantung kepada prosedur


penilaian yang berkesan, sama ada prosedur ini formal atau tidak formal,
berstruktur atau tidak berstruktur. Pemilihan atau pembangunan ujian
atau teknik lain untuk menilai ciri-ciri tingkah laku dan personaliti bermula
dengan soalan bagaimanaseseorang itu berfikir dan bertindak dengan
cara-cara tertentu dan apa yang mereka mungkin lakukan pada masa
pada masa hadapan (Halley and Linzey, 1978).

5.0

TEKNIK DAN KAEDAH PENTAKSIRAN PERSONALITI

Pemilihan

atau

pembinaan

sesuatu

instrumen

penilaian

personaliti

bergantung kepada tujuan tertentu penilaian, ia merangkumi ciri-ciri


individu yang hendak dinilai (kronologi) umur, jantina, pendidikan, kelas
sosial, sikap, kebolehan mental, termasuklah kemahiran dan orientasi teori
penilai. Setiap ahli psikologi mempunyai beberapa set idea atau kerangka
teori yang berfungsi sebagai alat untuk mengumpul dan mentafsir data
berkaitan dengan personaliti. Sama ada orientasi yang Psikodinamik,
Psikometrik, Tingkah laku, atau lain-lain, Pemilihan alat dan analisis data
dicapai dengan lebih berkesan berkenaan dengan satu set andaian yang
jelas mengenai tingkah laku manusia dan sifat personaliti. Penganut Teori
11

Psikodinamik, memberi penekanan yang lebih kepada pertimbangan yang


subjektif penilai dalam koleksi dan interpretasi data, manakala penilai
dengan

orientasi

psikometrik

menekankan

pentadbiran

dan

penterjemahan skala kedudukan dan inventori personaliti (Lewis, 1993).

5.1

Pemerhatian

Sama ada mereka bekerja untuk tujuan kajian dan penilaian, pemerhatian
dan temu bual adalah teknik yang paling biasa untuk mendapatkan
maklumat mengenai tingkah laku dan personaliti. Populariti kaedah
pemerhatian dan temuramah ini

adalah daripada beberapa faktor,

termasuk kelangsungan mereka tanpa bergantung kepada langkah fungsi


tingkah laku dan mental, kesediaan mereka dan keupayaan menyesuaikan
diri kepada pelbagai konteks, dan kekayaan data yang disediakan oleh
mereka. Memerhatikan apa yang orang lakukan dan apa yang mereka
katakan, sama ada rasmi atau tidak rasmi, Kaedah Pemerhatian atau
temubual, boleh menyediakan pelbagai data mengenai gaya seseorang itu
bertindak balas dengan orang lain dan alam sekitarnya (Lewis, 1993).

5.2

Temubual

Antara cara lain untuk mengukur personaliti adalah melalui kaedah


Temubual.

Melalui teknik ini, orang yang ditemubual akan dapat

mengeluarkan perasaan dan buah fikirannya kepada orang bertanya.


Melalui hubungan secara langsung itu, penemu bual dapat meneliti
12

perkara atau masalah yang ditanyakan dengan lebih mendalam serta


memberikan penilaian mengenai personaliti individu tertentu semasa soal
jawab

tersebut

berlangsung.Tujuan

temubual

diadakan

ialah

bagi

mendapat gambaran personaliti individu secara keseluruhan, selain


daripada memberi peluang kepada individu berkenaan kebebasan untuk
menyatakan pendapatnya berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan
yang ada padanya.Temubual menjadi lebih realistik apabila dilakukan
secara lisan tanpa melakukan banyak catatan pada ketika itu (Sidek Mohd
Noah, 2005).

5.3

Senarai Semak

Jisim data yang disediakan oleh pemerhatian dan temu bual sering
direkodkan dan diringkaskan dalam senarai semak atau format skala
perkadaran. Dalam kes pemerhatian objektif, terutamanya, pemerhati
nota

kekerapan

dan

keamatan

tindakan

tingkah

laku

tertentu.

Sebagaimana yang terpakai bagi pentaksiran personaliti, senarai semak


adalah senarai kata-kata, frasa, atau pernyataan yang menerangkan ciriciri peribadi tertentu atau tingkah laku orang yang sedang dinilai. Senarai
Semak agak mudah dibina dan boleh dipercayai.Tindak balas yang dikenali
sebagai frekuensi set-kecenderungan sesetengah individu dengan individu
yang lain. Namun, fleksibiliti dan kecekapan dalam senarai semak diambil
kira,

senarai semak adalah satu-satunya alat yang ditadbir dalam

personaliti atau penilaian tingkah laku. Satu kelebihan senarai semak ialah

13

ia boleh ditadbir berulang kali untuk menilai perubahan dari semasa ke


semasa (Lewis, 1993).

5.4

Penilaian Skala

Diperkenalkan ke dalam penyiasatan saintifik oleh Francis Galton pada


abad kesembilan belas, senarai semak sebenarnya adalah salah satu skala
penarafan. Penilaian skala biasanya lebih tepat mengenai pengukuran dan
kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Bagaimana pun penilaian skala,
secara

amnya

dianggap

sebagai

kurang

tepat

daripada

inventori

personaliti dan lebih rendah daripada teknik unjuran dalam apa yang
mereka ukur.

5.5

Inventori Personaliti

Kekuatan dan kelemahan sesuatu inventori itu sangat bergantung kepada


beberapa ciri yang terdapat dalamnya. Ciri yang berkaitan meliputi cara
menjawab, dan cara pembentukan penerimaan jawapan yang sesuai. Ciri
asas ini sangat penting dalam penentuan kejituan sesuatu alat ukuran
atau inventori. Alat ukuran yang ditadbir juga wajar dapat menepati
budaya sasaran subjek yang akan menerima penggunaan inventori
tersebut.

5.5.1 Cara Menjawab

14

Cara seseorang individu menjawab sesuatu inventori penilaian juga akan


mempengaruhi data yang dipengaruhi hasil daripada penilaian tersebut.
Kesemua penilaian yang bukan kognitif memang tidak dapat dielakkan
daripada pengaruh ini. Biasanya dalam penilaian bukan kognitif jawapan
berbentuk benar atau salah atau pun responden akan diberi peluang
menjawab satu peringkat dalam skala kontinum, tidak bersetuju
bersetuju . Antara jawapan benar atau salah, kemungkinan seorang
responden akan hanya menjawab benar bagi semua item, ataupun hanya
meneka kesemua item yang tidak dapat dipastikan jawapannya. Manakala
dalam kontinum tidak bersetuju, responden boleh memilih skala
peingkat neutral sebagai kategori pemilihannya (Lewis, 1993).

Pemilihan jawapan bercorak yang ekstrim dalam pengukuran boleh


menimbulkan masalah kesahihan jumlah skor keseluruhan bagi sesuatu
alat inventori. Keadaan ini menjadi lebih ketara apabila

responden

mempunyai respon yang serupa hingga kemungkinan besar boleh


mendatangkan masalah tidak terhadap varian dalam pengiraan statistik
deskriptif bagi kajian yang dijalankan.
5.5.2 Aspek Penipuan

Aspek

penipuan

juga

tidak

dapat

dielakkan.

Anastasi,

A.(1990)

menyatakan selagi individu itu berpengetahuan dan boleh memahami


serta menjawab satu inventori penilaian, kemungkinan ia akan cuba untuk
menjawab ke arah yang difikirkan sesuai bagi dirinya. Tidak semua
jawapan tipu itu berasal daripada
15

dalaman semula jadi responden.

Kebanyakan jawapan seperti ini lebih merupakan satu rasional atau


modifikasi pemikiran yang tidak disedari oleh responden sendiri.

Faktor suasana juga boleh diambil kira dalam aspek penipuan . Ini kerana
responden

mungkin

mengetahui

bahawa

jenis

jawapannya

akan

mempengaruhi sama ada ia berjaya atau tidak dalam sesuatu jawatan.


Individu seperti ini mempunyai persepsi bahawa dengan dikenal pasti
sebagai berpesonaliti bilazim lebih menguntungkan dirinya dalam keadaan
serba kekurangan suasana tersebut.

5.5.3 Kebolehpercayaan Dan Kesahan

Kebolehpercayaan menumpukan sejauh mana sesuatu inventori penilaian


secara tulen dapat mengukur faktor yang sebenarnya. Terdapat pelbagai
cara

dan kaedah untuk mendapat kepastian kebolehpercayaan. Antara

yang paling biasa digunakan ialah cara uji dan uji semula untuk
menentukan stabilnya sesuatu pekali yang diperolehi. Contohnya dengan
menggunakan tahap pekali Cronbath Alpha (Norusis, 1988). Kaedah
bahagi dua Kuder-Richardson juga kerap digunakan bertujuan menentukan
ketekalan

dalaman

internal-consistencyse

sesuatu

inventori

penilaian.Adalah dipersetujui secara sejagat bahawa tidak ada kriteria


yang tetap bagi tahap pekali yang paling baik. Walaupun begitu, secara
umumnya

kebanyakan inventori

penilaian yang piawai mempunyai

kebolehpercayaan sekurang-kurangnya.85, bagi ujian yang memfokus


membantu seseorang individu membuat sesuatu kata putus (Mehrens &
16

Lehmann,1973 ). Apabila kata putus itu melibatkan secara kelompok,


maka kebolehpercayaan sekurang-kurangnya 65 adalah memadai.

5.5.4 Kesahan

Ciri paling penting sesuatu ujian ialah kesahan. Kesahan merujuk kepada
sejauh mana ujian itu mengukur apa yang sepatutnya yang dikehendaki.
Tanpa bukti kesahan sesuatu ujian, kita tidak pasti apakah ciri-ciri yang
diukur oleh ujian itu dan dengan itu keputusan yang diperolehi tidak dapat
ditafsirkan.

Bagaimana

bergantung kepada

untuk

menentukan

kesahan

sesuatu

ujian

sesuatu yang hendak diukur dan kegunaan ujian.

Kaedah untuk menentukan kebolehpercayaan terbahagi kepada tiga kelas


yang besar iaitu kesahan kandungan,

kesahan gagasan dan kesahan

kriteria. Kesahan kandungan melibatkan penentuan sama ada ujian


mewakili bidang yang hendak diukur. Kesahan kriteria melibatkan kita
dalam melibatkan hubungan empirical antara markah ujian yang diperoleh
dengan kriteria luaran yang telah dikenal pasti. Kesahan gagasan pula
melibatkan pengumpulan bukti yang membolehkan kita mendefinisikan
dengan lebih baik gagasan yang diukur oleh sesuatu ujian.

5.5.5 Pentafsiran

Inventori penilaian sama ada kognitif atau bukan kognitif memerlukan cara
pentafsiran yang tersendiri. Aspek pengaruh silang budaya perlu diambil
kira apabila membuat pentafsiran tentang sesuatu hasil yang diperolehi
17

dari inventori penilaian. Perakuan yang dimajukan kepada klien hendaklah


mengambil kira latar belakang klien tersebut supaya pentafsiran itu benarbenar dapat menggambarkan aspek yang hendak diuji. Dalam masyarakat
majmuk,

pengaruh

latar

belakang

seperti

keturunan

etnik

serta

budayanya dan status sosioekonomi memainkan peranan penting dalam


memberi perbezaan pentafsiran inventori penilaian.

5.5.6 Pembentukan Penerimaan Jawapan

Dalam penilaian kognitif, sebenarnya tidak ada satu jawapan yang betul.
Keadaan ini mungkin berbeza dengan penilaian kognitif yang mana hanya
satu jawapan sahaja yang dianggap betul.Terdapat tiga kaedah yang biasa
digunakan

dalam

pembentukan

penerimaan

jawapan.

Pembentukan

secara emperikal mementingkan pencerapan tentang keadaan aspek yang


hendak diuji. Biasanya kaedah ini cuba membezakan antara jantina
berkaitan dengan aspek yang diuji. Perkara yang terdapat dalam inventori
seperti ini akan dikaitkan dengan aspek yang biasanya berlaku dalam
keadaan

sebenar.

Pembentukan

penerimaan

secara

homogan

homogeneous pula mementingkan keseragaman suatu rumpun item.


Antara inventori personaliti yang biasa digunakan ialah :

i.

Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI-2)

MMPI-2 asalnya dicipta oleh S.R Hathaway dan JC Mc Kinley.Ia merupakan


inventori personaliti yang paling luas penggunaannya. Ia dibentuk
18

berdasarkan kepada suatu senarai tanda-tanda kecelaruan psikiatrik.


Penggunaannya lebih bertujuan untuk menilai dan mendiagnosis penyakit
mental

(Lewis,

dikembangkan

1993)..
daripada

Namun
MMPI

demikian,

untuk

lebih

penggunaan

200

skala

dalam

telah

pemilihan

pekerjaan, kaunseling dan penyelidikan psikologi. MMPI-2 mengandungi


567 item dan soalannya memerlukan jawapan benar atau salah. MMPI-2
memiliki 10 skala iaitu :Hs ( Hypochondriasis )
D ( Depression )
Hy ( Hysteria )
Pd ( Psycopatic Deviate )
Mf ( Masculinity Feminity )
Pa ( Paranoia )
Pt ( Psychasthenia )
Sc ( Schizophrenia )
Ma ( Hyepomania ) dan
Si (Social Introversion )

Item-item di dalamnya meliputi berbagai-bagai perkara, bermula dari


keadaan fizikal subjek hingga kepada moral, sikap dan sosial. Selain itu,
MMPI-2 mempunyai 4 skala pengesahan , iaitu :
Cannot Say
Lie
F ( Infrequency ) dan
K ( Defensive )
19

ii.

Tennessee Self-Concept Scale ( TSCS )

Alat ukuran Tennessee Self-Concept Scale (TSCS) telah dibentuk oleh


William H. Fitts. Menurut Fitts, alat ini sesuai digunakan terhadap individu
berusia 12 tahun ke atas.

TSCS boleh digunakan terhadap orang yang

mengalami kecelaruan (maladjusted). Lewis (1993), Inventori ini dikatakan


mudah digunakan, luas penggunaannya dan memberi penerangan secara
multi-dimensional tentang konsep kendiri. Ia mengandungi 100 item yang
memerlukan jawapan yang berbentuk Skala Likert lima mata iaitu
daripada sangat benar kepada tidak benar sama sekali. Alat ukuran TSCS
dapat mengesan 8 komponen yang membentuk konsep kendiri, iaitu:a. Identiti Kendiri,
b. Kepuasan Kendiri,
c. Tingkah laku Kendiri,
d. Kendiri Fizikal,
e. Kendiri Moral dan Etika,
f. Kendiri Sosial,
g. Kendiri Peribadi, dan
h. Kendiri Keluarga.

iii.

Inventori Personaliti Eyesenck Junior (JEPI)

Inventori Personaliti Eyesenck Junior (JEPI) telah diperkenalkan oleh Hans


Jurgan

Eysenck

menggunakan

pendekatan
20

faktorial.

Dalam

usaha

pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada
tahun 1947 melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pemboleh ubah
ke atas 700 orang yang mengalami neurotik. Dua faktor yang diberi fokus
utama

ialah

faktor

Neurotisme

(N)

dan

Neurotisme/Stabiliti terdiri daripada kontinum

faktor

Ekstroversi

(E).

bipolar yang skornya

melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor
kurang daripada

12

mewakili

keadaan yang stabil.

Begitu juga

keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi atau Introversi


yang skornya melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan
skor kurang daripada 12 termasuk dalam golongan yang introvert (Lewis,
1993).
Sekiranya skor yang diperolehi individu untuk skala N ialah 12, individu
berkenaan berkecenderungan untuk menunjukkan kedua-dua ciri tersebut
iaitu kadang-kadang stabil dan kadang-kadang menunjukkan ciri-ciri
neurotik yang lemah. Begitu juga jika skor yang diperolehi untuk skala E
ialah 12, individu akan menunjukkan ciri-ciri yang tidak terlalu ekstrovert
(Halley dan Linzey, 1978).

5.6

Teknik Projektif

Alat ini berpandukan kepada konsep projektif (dalam Mekanisme Bela-diri)


Freud. Alat ini, lazimnya, digunakan untuk mengkaji personaliti peribadi
bawah sedar seseorang individu.Konsep ini menyebut bahawa manusia
sering menunjukkan niat, kehendak, keperluan dan sifat-sifat lain dalam
pelbagai bentuk pada Tahap Bawah Sedar.Personaliti ini boleh diketahui
21

jika ransangan yang boleh mengeluarkan tindak balas yang diperlukan itu
cukup

untuk

meningkatkan

tahap

kebimbangan

individu

itu

dan

menyebabkan motif pada Tahap Bawah Sedar itu dapat dibawa ke


peringkat Sedar.Terdapat dua (2) alat yang amat popular dan sering
digunakan oleh pakar-pakar psikologi iaitu Thematic Apperception Test
(TAT) dan alat Rorshach (Lewis, 1993).

5.6.1 Alat Thematic Apperception Test (TAT)

Othman Mohamed (2001), Alat Thematic Apperception Test (TAT) direka


oleh Henry Murray. TAT mengandungi lebih daripada 20 keping gambar
lukisan. Setiap keping gambar membawa maksud yang berlainan dan satu
individu ke individu lain. Subjek perlu bercerita berdasarkan gambargambar yang ditunjukkan kepadanya dan ahli terapi akan menganalisis
cerita tersebut mengenai apakah bentuk motif, atau konflik, yang dihadapi
oleh subjek tersebut.TAT mengandaikan manusia sentiasa meluahkan
perasaan,pengalaman dan fantasi secara berselindung. Jika mesej yang
sama dapat diperoleh daripada beberapa cerita di atas kad- kad yang
berlainan, maka ahli terapi dapat menggambarkan personaliti individu
berkenaan.

5.6.2 Alat Rorshach ( Inkblots)

Lewis (1993), menyatakan bahawa alat ini berupa tompok-tompok dakwat


berwarna-warni yang simetri di atas kertas putih. Penyelidik akan
22

menunjukkan kad bertompok-tompok itu satu demi satu mengikut


susunan yang betul.

Subjek pula dikehendaki memberitahu apa yang

dilihatnya pada tompok-tompok tersebut. Jawapan yang diberi biasanya


berbeza-beza berdasarkan apa yang dilihat oleh subjek. Ada yang nampak
gambar kupu-kupu, kelawar, rusa, lipas dan sebagainya yang mungkin
terdapat unsur - unsur fantasi di dalamnya. Jawapan-jawapan ini akan
dikelaskan oleh Rorshach kepada tiga kategori utama iaitu kategori lokasi
sama ada subjek memberi jawapan terhadap seluruh tompok dakwat yang
dilihatnya atau sebahagian sahaja. Kategori Penentu iaitu jawapan
mengenai rupa bentuk, warna atau ciri terperinci tompok itu. Kategori
kandungan iaitu apa yang dapat tersirat di sebalik tompok-tompok itu
pada amnya, alat Rorshach berguna dalam psikologi.

Ahli terapi perlu

menginterpretasi cerita yang diutarakan oleh subjek, dan seterusnya,


mengesan masalah yang dihadapi subjek berkenaan (Halley dan Linzey,
1978).

6.0

KESIMPULAN

Personaliti adalah organisasi dinamis sistem-sistem psikofizikal dalam diri


individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan pemikirannya. Tret-tret
personaliti lazimnya dapat dikenal pasti melalui kecenderungan individu
23

terhadap subjek sekolah, aktiviviti aktiviti rekreasi, hobi dan kerja


sementara minat vokasional boleh diertikan sebagai ekspresi personaliti
( Brown & Brooks, 1984).

Pentaksiran Personaliti adalah prosedur yang sistematik untuk memerhati


tingkah

laku

manusia.

Selain

digunakan

untuk

tujuan

deskriptif,

Pentaksiran ini juga boleh digunakan untuk tujuan membuat keputusan


yang meliputi pemilihan, penempatan, penilaian, pangkatan, diagnosis
dan menentukan tahap kemahiran seseorang individu, malah turut
membantu individu, malah turut membantu individu memperkembang
teori atau penjelasan mengenai sesuatu kontruks psikologi. Pentaksiran
ini berperanan dalam pembinaan hipotesis dan boleh diguna untuk tujuan
memberi motivasi, meningkatkan minat individu, dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh klien.

Setiap

manusia

mempunyai

personalitinya

tersendiri,

yang

membezakannya daripada manusia yang lain. Perbezaan personaliti ini


berlaku kerana personaliti manusia adalah dipengaruhi oleh faktor genetik
dan juga persekitaran di mana manusia berada. Malahan personaliti
manusia adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri biologi. Beberapa teori cuba
menerangkan tentang personaliti. Teori trait lebih menumpukan kepada
jenis-jenis

trait

Psikodinamik

pula

yang

mempengaruhi

menerangkan

personaliti

bagaimana

manusia.

faktor

bawah

Teori
sedar

memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti ( Marof


Redzuan & Haslinda Abdullah, 2003).
24

BIBLIOGRAFI

Anastasi, A. (1990). Psychological Testing. New York: Macmillan Publishing


Company.

Brown, D.& L. Brooks. (1984). Career Choice and Development. San


Francisco: Jossey-Bass
Publisher.

Chisnall, P.M.(1995). Consumer behavior, third edition.New York: Mc Graw


Hill Book Company.

Gerald,C.(2005). Theory And Practice Of Counseling & Psychotherapy .


Seven Edition:
United States of Amerika: Thomson Learning.

Halley, G, C.s. and Linzey, G. (1978). Theories of Personality. (3rd Ed). New
York: Wiley

Knox, D., & Schacht, C. (1999). Marriage and the family: A brief
introduction.
New York: Wadsworth Publishing Company.

Lewis, R.A. (1993 ). Personality Theories, Research, And Applications:


Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall Inc.
25

Marof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2003). Psikologi. (2nd ed). Universiti
Putra Malaysia.
Shah Alam: McGraw Hill.

Mehrens, W.A. dan I.J. Lehmann. 1973. Measurement and Evaluation In


Education and
Pcychology. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Mohd Asri Abu Bakar.(2005, Ogos). Mendidik remaja dalam acuan masjid.
Al Islam, ms. 34-37.

Norusis, M.J. 1988. SPSS/PC+ Base Manual, Chicago, Illinois: SPSS Inc.

Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi Dan Pengurusan Dalam


Kaunseling:
Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Robbins, S. P. (1995). Organizational behavior. New Jersey: Prentice Hall


Inc.

Sanford, N. (1970). Issues in personality theory. San Francisco: Jossey-Bass


Inc.
Publishers.
26

Sidek Mohd Noah. (2005) Pengujian & Penilaian Dalam Kaunseling Teori
Dan Aplikasi:
Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Siti Azura Bahadin. ( 2009) . InventoriPersonaliti :


http://www.scribd.com/doc/24399325/8-personaliti ( 10 /7/2014 )

Weiten, W., & Llyod, M. A. (2000). Psychology Applied to Modern Life


Adjustment. United States: Wadworth. Hal. 402.

27