Anda di halaman 1dari 11

Akauntan

vs
auditor

Apakah itu akauntan??


Akauntan merancang, mengatur, dan mentadbir
sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta
individu. Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di
sini memeriksa dan menganalisis rekod
perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan,
syarikat serta individu untuk memastikan
ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur
yang ditetapkan.

Tugasan seorang akauntan???


-Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan
memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan
membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan
penjualan perniagaan
-Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos
projek dan analisis risiko
-Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak
pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain
-Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah
penjimatan/kawalan kos
-Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan
percukaian
-Memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan,

Kelayakan Am Pengajian
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik
Tambahan ATAU lulus STPM gred E dalam Kertas
Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.
Selepas SPM perlu sambung ke diploma
perakaunan/ setaraf atau mengikuti terus ke
ijazah sarjana muda perakaunan /setaraf.

Pekerjaan yang setaraf yang dimohon??


-

juruaudit
akauntan kos
Bendahari
akauntan cukai
setiausaha syarikat
setiausaha industri atau peribadi
kerani akaun
penolong akauntan serta juru runding.

Anggaran Gaji
Sektor Awam (RM) : 2500- 3500
Sektor Swasta (RM) : 3,000 4,300

Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Apakah itu auditor???


Juruaudit berperanan memeriksa, mengaudit akaun
syarikat dan menyediakan laporan audit pada akhir
tahun atau pada satu-satu masa. Mereka juga
terlibat dalam menilai prestasi sesuatu projek atau
jabatan meliputi hal-hal berkaitan kos, kualiti
bahan dan perkhidmatan atau perkembangan
projek-projek tertentu.

Tugasan seorang auditor???


-Menyemak baucar bayaran, jurnal, penyata pemungut yang dibuat setiap bulan
-Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar serta sistem belanjawan, kawalan
akaun dan perakaunan lain
-Mengesahkan penyata kewangan yang telah disemak untuk dibentangkan kepada pihak
pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau organisasi lain
-Mengesahkan penyata cukai, memberi nasihat tentang masalah percukaian
-Menilai laporan berkaitan ramalan keuntungan dan belanjawan
-Menilai prestasi sesuatau projek atau sesuatu jabatan pengurusan kewangan dan
menyemak kos projek serta analisis risiko
-Mengenalpasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan atau
kawalan kos

Anggaran Gaji
Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 RM3,000.00

Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/setaraf
Menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan atau Ahli
Penuh Institut Akauntan Malaysia

Di sed iakan ol eh :
S yed
H an if
Ais ya h

Anda mungkin juga menyukai