Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga Di sekeliling tiga segi adalah motto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas. Bunga padi Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. Tapak Logo Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan *Logo ini digunakan sebagai crest pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan sebagainya.