Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH-LANGKAH BERNAS YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH GURU

BAGI MENANGANI MASALAH PERBEZAAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID


Para guru memainkan peranan yang penting dalam menghadapi masalah
murid lemah supaya menjadi setanding dengan murid yang cerdik. Maka, guru- guru
perlu melaksanakan pelbagai langkah mengatasi yang bernas supaya jurang antara
pencapaian akademik murid yang lemah dengan murid yang cerdik menjadi kecil.
2.1 Memahami perbezaan murid
Setiap murid mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza dari segi
fizikal, emosi, intelek dan aspek-aspek lain yang akan menjadi factor perbezaan
pencapaian akademik antara murid. Oleh itu, selaku guru, beliau mesti mempunyai
sifat sabar dan mempelbagaikan pengetahuannya dalam psikologi pendidikan dan
perkembangan kanak-kanak. Guru hendak berusaha untuk memahami tingkah laku,
kebolehan dan potensi setiap murid dengan mewujudkan hubungan yang baik antara
murid dengannya. Contohnya, guru-guru perlu memahami perbezaan murid dari segi
gaya kognitif dan gaya belajarnya dengan berbincang dengannya atau melalui
pemerhatian dan sejurusnya melaksanakan aktiviti yang dapat melibatkan cara-cara
pembelajaran yang boleh murid terapkan dalamnya. Selain itu, guru boleh memilih
wakil yang berkemampuan untuk menyertai pertandingan. Dengan ini, potensi murid
dapat dicungkil dan murid akan berasa yakin terhadap kebolehan sendiri.
2.2 MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk
menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Perkembangan
setiap orang murid adalah berbeza. Guru kelas boleh mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik perhatian dan minat murid
untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, guru kelas boleh sentiasa merancang aktiviti
yang berkaitan dengan P&P seperti mengadakan quiz, lakonan berdasarkan petikan,
projek atau lawatan yang berkaitan dengan P & P dan sebagainya. Guru boleh
menggunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahappencapaian dan kebolehan
murid. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.Kadangkala, guru kelas juga boleh menggunakan
tayangan video untuk mengajar sesuatu supaya murid- murid mudah diingati.

13

2.3 Kaedah Kumpulan


Selain itu, sebagai seorang guru yang berdedikasi guru mestilah mengambil
langkah iaitu kaedah kumpulan. Menurut Sufean Hussin (1996), kaedah kumpulan
bermaksud guru menyampaikan pelajaran kepada kumpulan murid tertentu dalam
sesuatu masa dengan menggunakan teknik dan bahan yang sesuai dengan
kebolehan dan minat murid-murid. Maka guru boleh aplikasikan kaedah kumpulan ini
bagi membendung kekangan perbezaan pencapaian akademik yang berbeza.
Contohnya, guru boleh membahagikan murid-murid dalam beberapa kumpulan yang
termasuk pelajar lemah dan pelajar pandai. Melalui kaedah kumpulan ini sebegini
murid lemah dapat berbincang dengan murid pandai dan dapat memperbaiki
kelemahan diri. Ini merupakan salah satu langkah yang boleh diambil oleh guru
untuk menangani masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza.
2.4 Pembelajaran koperatif
Menurut Slavin (1982) pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid yang mempunyai kebolehan yang berlainan
bekerjasama untuk menjadikan satu kumpulan kecik bagai mencapai satu matlamat
yang sama. Di sekolah pula, biasanya kumpulan ini merangkumi murid yang lebih
cerdas dan lambat. Melalui pembelajaran koperatif ini, murid lemah berpeluang untuk
meminta tunjuk ajar daripada murid yang lebih pandai. Dan, murid yang cerdik akan
membantu murid yang lemah kerana markah kumpulan dikira oleh setiap markah
yang diperoleh oleh setiap ahli kumpulan. Secara tidak langsung, semangat
bekerjasama dapat dipupuk melalui daya saing yang kuat antara kumpulankumpulan. Sebagai contohnnya, guru boleh menjalankan pembelajaran koperatif
dengan menerapkan unsur-unsur pembelajaran mata pelajaran. Dengan ini, murid
yang lemah dapat lebih bersifat keterbukaan untuk menerima ilmu pengetahuan baru
serta. Hal ini kerana pembelajaran kandungan yang sukar dapat difahami oleh murid
yang lemah dengan bantuan rakan yang mempunyai pemikiran lateral.
2.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Guru

perlu

menggunakan

pelbagai

bahan

bantu

mengajar

seperti

penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet,


carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid
yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada
kinestetik. Melalui langkah ini dapat menghilangkan bosan murid dan mengatasi
masalah perbezaan murid dalam pencapaian akademik yang berbeza. Pembelajaran
14

melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh
merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh
didapati di dalam surat khabar tersebut.
Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid
untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada
yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat
menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran
berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemenelemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.
2. 6 PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF
Sifat seseorang murid- murid memang suka dipuji. Murid- murid akan berasa
gembira apabila dipuji oleh guru. Guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada
murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Contohnya, guru boleh memberi
hadiah kepada murid yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
sebagai pujian. Dengan ini, murid yang mempunyai keputusan yang lebih lemah
akan berusaha supaya pada peperiksaan yang akan datang dapat mendapat
keputusan yang baik dan mendapat hadiah atau pujian daripada guru. Tambahan
pula, guru juga boleh memberi simbol bintang kepada murid yang menyiapkan kerja
rumah dengan tulisan yang cantik dan kemas. Peneguhan negatif untuk
mengelakkan tingkah laku yang negatif. Contohnya, seseorang guru hendak
mengelakkan anak muridnya lewat menghadiri sekolah. Oleh itu, guru tersebut boleh
memberi hadiah kepada murid yang tidak pernah lewat menghadiri ke sekolah pada
setiap akhir bulan.
2.7 Penyediaan kelas tambahan
Kadangkala murid berprestasi lemah dalam pencapaian akademik berpunca
daripada ketidakdapatnya untuk menyerap ilmu pengetahuan yang disampaiak
dengan cepat atau dikenali sebagai slow learner. Ataupun mereka tidak
menumpukan perhatian dalam kelas. Pada masa ini, guru perlu mengawasi prestasi
mereka dalam pembelajaran dan menyediakan kelas tambahan bagi murid yang
lemah supaya jurang pencapaian akademik antara murid pandai dan murid lemah
tidak menjadi semakin besar. Misalnya, guru menyediakan bengkel ulangkaji bagi
murid yang tercicir dari pembelajaran. Dengan ini, murid yang lemah ini dapat
memperoleh ilmu pengetahuan sebagaimana yang diterima oleh murid yang cerdik.

15

Dan secara tidak langsung, perbezaan pemcapaian akdemik yang berbeza dapat
dikurangkan.
2.8 Hubungan Dan Interaksi Yang Positif Dengan Ibubapa
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru perlulah mempunyai
hubungan yang positif dengan ibubapa kepada murid-murid tersebut. Ibubapa juga
haruslah bekerjasama dengan guru dalam mendidik murid-murid yang lemah supaya
dapat

mengatasi

masalah

perbezaan

pencapaian

murid.

Dalam

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, soal pendidikan anak


khususnya yang berkaitan dengan aspek membaca, menulis, mengira dan
menaakul, memerlukan penggemblengan ibu bapa dan guru dalam usaha
menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa depan. Selain itu, guru mestilah
mengenal pasti adakah murid-murid tersebut mengulangkaji di rumah atau tidak.
Uswahnya, guru mestilah menelefon ibubapa dan mengetahui perkembangan muridmurid mereka dari semasa ke semasa untuk mengatasi masalah pencapaian
akademik yang berbeza. Maka untuk itu, guru hendaklah mempunyai hubungan
sosial yang positif dengan ibubapa murid-murid.

2. 9 MEMBERI BIMBINGAN DAN KAUNSELING KEPADA PELAJAR YANG


LEMAH
Bimbingan dan kauseling kepada pelajar yang lemah dapat memandu murid
untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran
membaca dan mengambil nota, pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran
mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan
dan menghadapi peperiksaan. Guru kaunseling sekolah boleh sentiasa memberi
nasihat yang bernas kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang
lebih lemah. Contohnya, guru kauseling sekolah atau guru kelas boleh mencari
peluang untuk lebih memahami murid yang pencapaian akademiknya lehih lemah
dan memahami masalah yang dihadapi olehnya supaya dapat menyelesaikannya
dan tidak akan menjejaskan akademik dan pembelajaran murid. Dengan langkah ini,
masalah perbezaan pencapaian akademik yang berbeza dapat ditangani.

16

2. 10 KASIH SAYANG
Maslow (1987) memperkenalkan hierarki keperluan. Dalam hiererki keperluan
ini termasuklah kasih sayang. Kasih sayang memang penting kepada seseorang
kanak- kanak terutamanya dalam pendidikan. Kanak- kanak haruslah diajar dengan
penuh kasih sayang, prihatin dan sabar supaya dapat menangani masalah
perbezaan pencapaian akademik yang berbeza. Contohnya, guru boleh mengajar
murid- murid dengan kasih sayang dan tidak begitu tegas terhadap murid- murid
supaya murid- murid berani untuk bertanya apabila mengahadapi masalah dalam
pembelajaran mereka. Guru juga haruslah sentiasa prihatin terhadap masalah yang
dihadapi oleh murid- murid terutamanya murid yang mempunyai pencapaian
akademik yang lebih lemah. Sabar dalam mendidik anak murid supaya mereka betulbetul faham maklumat yang ingin disampaikan oleh seorang guru.

17