Anda di halaman 1dari 9

TAMADUN ISLAM

NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama Pelajar : Muhammad Aiman Bin Ari


No IC : 970528-01-7001
Program : 2 DTPPU
Pensyarah : Shazana Binti Sulaiman

Biografi Ringkas Nabi Muhammad


S.A.W
1) Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.
2) Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan ( 16 Ogos 610M ) iaitu srah
Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan.
3) Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah secara sulit
selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara terbuka tetapi mendapat
tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin sehingga baginda berasa sungguh
kecewa dan berhijrah ke kota Madinah serta berjaya membina sebuah Negara yang
berdaulat dan disegani.
4) Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam alQuran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin
masyarakat dan Negara yang disegani.

Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W


Sebagai Pemimpin Agama :

1) Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah ( beri contoh
untuk setiap sifat terpuji ).
2) Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia
3) Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai seorang
pendakwah, nabi menunjukkan sifat sifat sebenar iaitu lemah lembut, toleransi, tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama aspek akidah.
Contohnya, baginda tetap bersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah
kemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi.
4) Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh
Allah SWT
5) Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin kesejahteraan
masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain), nikah kahwin, jenayah dan
ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa yang bersumberkan al Quran dan hadis.
6) Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia berpegang kepada al
Quran dan hadis

Sebagai Pemimpin Politik :

1) mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah Madinah.


2) Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi apabila berjaya
menyelesaikan pertelingkahan antara ketua ketua suku Arab Mekah yang hampir
menumpahkan darah iaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru
Kaabah.
3) Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah melalui
perjanjian Aqabah satu dan dua
4) Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah
5) Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan islam ke Habsyah
dan Mesir.
6) Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat keputusan dalam
semua bidang secara kolektif.

Sebagai Pemimpin Tentera :

1) menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan


2) menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang disertai oleh
baginda
3) akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan baginda dalam
bidang ketenteraan.
4) Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWt

5) Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam menghadapi
musuh.
6) Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya membahagikan
harta rampasan perang secara adil kepada kawan kawan yang menyertai peperangan
dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang
atau kaum kaum yang lemah.
7) Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada
pasukan tentera Islanm.

8) Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:

Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya

Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar Jizyah dan
berperang

Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, musuh yang
telah mati.

Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan orang tua.

Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang
awam.

Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.

Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.

Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.

Patuh kepada ketua.

Tidak boleh lari dari medan peperangan.

Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

Sebagai Pemimpin Masyarakat :

1) berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.

2) Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar berdasarkan
konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah kebaikan.
3) Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang terkandung dalam
Piagam Madinah.
4) Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
5) Menaikkan taraf wanita .
6) Menghapuskan batas batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah contohnya
menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat awal tetapi akhirnya Yahudi
disingkirkan kerana melanggar Sahifah Madinah ).
7) Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan mengamalkan adat
masing masing.
8) Ketua-ketua suku diberikan peranan masing-masing menyelesaikan masalah anggota
suku masing-masing contohnya Sad bin Ubadah , ketua suku Khazraj dan Sad bin
Muadz, ketua suku Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani
Quraizah, Sad bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai
kedudukan bani Quraizah.

Ketua Hakim :

1) Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.


2) Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
3) Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan bahawa hukuman
memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan walaupun pencuri tersebut
adalah Fatimah anak yang paling baginda sayangi.

Sebagai Perancang Ekonomi :

1) Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman


jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat dalam bidang
perniagaan dan pertanian.
2) Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada orang Yahudi

Kesimpulan :

1) Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan
baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik,
social, ekonomi dan pertahanan.
2) Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam kepada
kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Iktibar/Pengajaran

Pemimpin kerajaan Islam sentiasa menekankan perpaduan dalam kalangan penduduk


Islam untuk memastikan perkembangan Islam berterusan.

Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan


perkembangan Islam di Makkah.

Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan untuk kita dalam
melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa untuk mencapai
kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi

Menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu orang ramai mudah
tertarik kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub (berpegang teguh)
dengan amalan tradisi masyarakat mereka.

Dalam menyebarkan Islam, Nabi Muhammad s.a.w menanamkan keimanan yang kuat
kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi
kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam.

Rujukan
1) https://fastnote.wordpress.com/kepimpinan-nabi-muhammad-s-a-w/
2) http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pemerintahan-dan-kepemimpinanrasulullah-s-a-w-dan-khulafa-al-rasyidin/
3) https://sanggapramana.wordpress.com/2011/02/20/biografi-singkat-nabi-muhammadsaw/
4) https://www.scribd.com/doc/97626652/Koleksi-Iktibar-Dan-Pengajaran#download

Anda mungkin juga menyukai