Anda di halaman 1dari 5

Soalan: Punca dan langkah mengatasi masalah disipilin pelajar

Pada era globalisasi ini, isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin
hangat menjadi polemik semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Kemelut
ini telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan ini jelas terpapar menerusi
siaran media massa yang menjadi isu ini sebagai tajuk utama mereka. Masalah disiplin
boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan
golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Isu pelajar bermasalah disiplin
bukanlah isu yang baru di negara kita malah isu ini setiap hari kita boleh lihat di akhbarakhbar dan televisyen tentang masalah disiplin pelajar seperti ponteng sekolah,
merokok, buli, vandalisme, gangsterisme, mencederakan cikgu, dan masalah-masalah
lain yang semakin meningkat. Menurut kamus dewan edisi kedua, disiplin boleh
didefinisikan sebagai perlakuan untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Bagi pelajar
yang tidak berdisiplin pula boleh dikatakan perlakuan yang tidak baik yang dilakukan
dan tidak mengikut arahan yang ditetapkan. Disiplin berkait rapat dengan tatatertib,
tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan
ketabahan hati seseorang megikut peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara
dan agama. Masyarakat Malaysia tidak sepatutnya menuding jari dan menyalahkan
guru di sekolah sahaja apabila golongan remaja pada zaman sekarang mempunyai
masalah disiplin yang teruk. Hal ini kerana banyak faktor dan punca seseorang pelajar
itu kurang berdisiplin terutama sekali dari segi peradaban akhlak. Dalam pada itu,
siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Semua pihaklah yang
bertanggungjawab untuk menjaga golongan remaja ini kerana anak watan ini yang akan
menjadi pewaris bangsa pada masa hadapan bak kata pepatah hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah. Mahukah kita melihat generasi muda pada hari ini
terus hanyut dalam kancah yang negatif dan primitif? Janganlah kita menyesal di
kemudian hari bak kata peribahasa Melayu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada guna dan sudah terhantuk baru tengadah. Sudah sewajarnya masalah disiplin
dalam kalangan pelajar ini perlu ditangani denga pendirian yang rasional dan disusuli
dengan tindakan yang pragmatik serta bijak bak kata pepatah ibarat menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Dalam pada itu, kita perlu
melihat dahulu faktor-faktor yang menyebabkan masalah disipilin pelajar ini terus
berlaku seakan-akan menjadi tokak yang terus bernanah.

Punca-punca berlakunya masalah disiplin pelajar inilah yang perlu dikenal pasti
dari akar umbi terlebih dahulu sebelum tindakan yang sewajarnya yang patut diambil
bak kata mutiara kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Punca utama
yang menyebabkan pelajar mempunyai masalah disipilin yang semakin meruncing ialah
sikap ibu bapa itu sendiri. Ini kerana ibu bapa kurang memberikan tumpuan dan
sepenuh perhatian terhadap kelakuan anak-anak mereka. Hal ini disebabkan mereka

menganggap anak-anak mereka yang telah menjadi remaja tidak perlu lagi diberikan
perhatian sepenuhnya kerana tidak mahu menggangu privasi mereka persis kata
peribahasa kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan.
Tambahan pula, dalam meniti arus kemodenan ini dimana ekonomi Malaysia tidak
begitu stabil, ibu bapa mengambil prakarsa untuk bekerja. Hal ini demikian kerana ibu
bapa dapat menampung segala keperluan dan perbelanjaan anak-anak dan juga halhal lain seperti cukai, hutang dan sebagainya. Oleh disebakan itu, ibu bapa kurang
mengambil tahu perihal anak-anak lantaran sibuk bekerja mencari nafkah. Mereka
menganggap guru di sekolah dapat membantu mendidik anak-anak mereka di sekolah
untuk membentuk menjadi insan yang berguna kepada bangsa, masyarakat dan
negara, sebagai akibatnya, anak-anak dapat bebas melakukan apa-apa sahaja yang
melampaui batasan misalnya melanggar disiplin di sekolah kerana mereka tahu
perbuatan mereka tidak dapat dihidu oleh ibu bapa mereka sendiri. Oleh hal yang
demikian, anak-anak tega menconteng arang di muka ibu bapa mereka. Berdasarkan
huraian tadi, jelaslah bahawa kurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak
merupakan faktor pendorong masalah disiplin dalam kalangan pelajar meningkat.

Faktor prima berlakunya masalah disipiln dalam kalangan pelajar ialah pengaruh
media massa yang tidak terkawal dan maju umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Pada era globalisasi ini. kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonoh yang mereka saksikan telah
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan filem-filem di
Malaysia tidak ada penyampaian mesej yang jelas untuk penontonnya. Pembikinan
filem-filem yang berunsur keganasan hanya untuk menarik minat penonton. Tambahan
pula, kini wujud pula satu saluran maklumat yang canggih dan sistematik iaitu Internet
disusuli pula dengan penubuhan pusat kafe siber. Pusat maklumat kafe siber menjadi
sarang kepada golongan belia untuk melihat bahan-bahan negatif dan meneroka
laman-laman web pornografi yang mempunyai bahan-bahan lucah dan unsur-unsur
yang bertentangan dengan syariat Islam dan budaya masyarakat Malaysia. Pusat-pusat
Internet menjadi tempat untuk para pelajar melepak. Ditambah lagi dengan sistem langit
terbuka dan dunia tanpa sempadan yang diwara-warakan oleh sesetengah pihak
semakin menarik minat mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar sanggup berada di hadapan
skrin atau monitor komputer berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan masa untuk
sekolah hanya sekadar untuk mencari hiburan di kafe siber. Perkara seperti ini perlulah
ditangani dengan langkah yang primitif oleh semua pihak agar tidak menjadi
penghalang untuk negara Malaysia merealisasikan impian untuk mencapai wawasan
2020 agar negara kita mendapat status maju seperti negara-negara maju yang lain
persis kata peribahasa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negaranegara maju. Eksplisitnya, pengaruh media massa dalam kalangan pelajar merupakan
salah satu faktor tahap disiplin pelajar semakin menurun.

Faktor ketiga ialah pengaruh rakan sebaya terhadap pelajar itu sendiri memberi
kesan kepada tindak-tanduk mereka. Rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat
sama ada mengajak mereka kepada perkara yang baik atau buruk. Pada zaman remaja
inilah mereka mempunyai semangat ingin mencuba sesuatu. Masalah disiplin yang
berlaku dalam kalangan pelajar boleh wujud apabila mereka tersalah pilih rakan yang
membawa pengaruh yang negatif kepada mereka. Masakan tidak kerana golongan
remaja kini banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli
keluarga. Didorong atas sifat ingin tahu, mereka pasti akan mencuba sesuatu yang
baharu dalam hidup mereka yang mungkin boleh menggelapkan masa depan sendiri.
Dalam hal ini, pelajar yang terpengaruh dengan rakan yang negatif akan terdorong
melakukan aktiviti yang tidak sihat dan juga melanggar disipil sekolah misalnya
mencuri, bergaduh sesama sendiri, membuli, merokok dan ponteng sekolah. Pelajar
atau anak-anak ini umpama kain putih maka kitalah yang mencorakkan mereka menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Corak yang bagus
melahirkan anak-anak yang bagus dan corak yang kurang baik melahirkan anak-anak
yang kurang baik. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai orang
yang paling rapat dan selalu berada di sisi. Rakan yang selalu mendengar dan sanggup
berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka atas alasan sibuk bekerja. Sebagai akibatnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Guru-guru di
sekolah memainkan peranan penting supaya para pelajar mematuhi disiplin yang
ditetapkan di sekolah dan selalu menasihati mereka tanpa jemu bak kata pepatah enak
lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. Rentetan itu, jelaslah bahawa
pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin
dalam kalangan pelajar.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor-faktor yang dinyatakan merupakan


puncanya pelajar mempunyai tahap disiplin yang rendah. Oleh hal yang demikian,
faktor-faktor ini perlulah diambil prakarsa-prakarsa yang berkesan untuk para pelajar.
Memang tidak dapat dinafikan, mereka merupakan modal insan yang berharga kepada
nusa dan bangsa persis mutiara kata pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Dengan itu, pelbagai langkah yang komprehensif dan drastik perlu diambil untuk
menangani masalah ini antaranya ialah ibu bapa seharusnya meluangkan masa sebaik
mungkin dengan anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa dapat mengetahui aktiviti
anak-anak dan menunujuk contoh yang baik kepada mereka bak kata orang tua-tua
dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi dan bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Selain itu, ibu bapa dapat mengeratkan ikatan tali silturahim dengan anak-anak supaya
mereka lebih mudah berinteraksi dengan ibu bapa mereka sendiri. Ibu bapa tidak
sepatutnya mementingkan kerjaya sahaja tetapi nilai kasih sayang dalam keluarga tidak
wujud dalam setiap ahli keluarga. Perkara ini amat memimbangkan kerana anak-anak
akan berasa jauh hati dan tidak suka dengan keluarga sendiri. Sejajar dengan itu, ibu
bapa perlulah merancang aktiviti yang berfaedah dan dapat dilakukan oleh seluruh ahli

keluarga contohnya beriadah pada waktu petang, melancong ke tempat-tempat yang


menarik dan berkelah di tepi pantai. Selain daripada itu, ibu bapa perlu sentiasa
mendekati anak-anak dengan berbual-bual dan berkongsi cerita dan masalah. Usaha
ini akan membawa impak kepada anak-anak kerana mereka berasa diri mereka lebih
dihargai dan dapat mengelakkan mereka terpengaruh dengan perlakuan yang negatif
yang boleh membawa kesan yang buruk kepada mereka. Kesannya, anak-anak lebih
mematuhi disiplin kerana adanya nilai-nilai murni yang diajar oleh ibu bapa di rumah.
Secara ringkasnya, ibu bapa hendaklah meluangkan masa dengan anak-anak lebih dari
segalanya supaya masalah disiplin alam kalangan dapat ditangani dan dikurangkan
kerana masa itu emas.

Salah satu langkah dominan yang seterusnya ialah peranan media massa yang
berkembang pesat pada waktu ini digunakan ke arah yang lebih baik. Hal ini
bersangkut-paut dengan kemunculan gajet-gajet terkini yang menjadi trend kepada
pelajar-pelajar. Peluang ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin kerana banyak
perkara dapat disampaikan melalui media massa. Sejajar dengan itu, televisyen
perlulah memainkan peranan untuk menayangkan iklan dan drama yang bermesej
untuk menyedarkan para pelajar tentang kepentingan menjaga disiplin. Seterusnya,
radio juga berperanan menyampaikan nasihat dan juga peringatan kepada para pelajar
untuk lebih berdisiplin dalam apa jua perkara yang dilakukan. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, media sosial yang memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan
pelajar perlulah digunakan untuk menyampaikan artikel-artikel berkaitan dengan disiplin
untuk para pelajar. Media massa perlulah bekerjasama dalam usaha untuk
meningkatkan disiplin para pelajar dan bukan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Hal ini membawa konotasi bahawa pelajar lebih terpengaruh dengan peringatan dan
nasihat yang diberikan melaui media massa kerana golongan remaja lebih cenderung
untuk megikuti perkembangan terkini. Kesannya, pelajar lebih berdisiplin dalam aktiviti
harian mereka. Sesungguhnya, sudah terang lagi bersuluh peranan media massa
dalam kalngan pelajar dapat memberi kesan untuk para pelajar lebih berdisiplin
seterusnya mengurangkan kerisauan pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang
berkualiti yang dapat menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Langkah yang tidak kurang pentingnya untuk diusulkan adalah dari segi
pemilihan rakan yang baik. Hal ini merupakan inisiatif yang perlu dilakukan oleh pelajar
itu sendiri. Umumnya, remaja banyak menghabiskan masa di sekolah bersama rakanrakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh
dengan unsur-unsur yang salah dan negatif. Rakan yang baik adalah rakan yang
mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri
daripada orang yang sebaya bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus
berhati-hati dalam memilih rakan. Sejajar dengan itu, pelajar perlu mengenal pasti
pelajar yang membawa unsur yang negatif dan berusaha untuk menjauhi mereka.

Salah satu prakarsa yang harus dilakukan kepada pelajar yang membawa negative di
sekolah dengan memberi aduan kepada guru disiplin dan juga guru kaunseling. Hal ini
menyebabkan pelajar itu akan diberikan nasihat dan dikaunselingkan. Selain itu,
mereka akan diberikan hukuman yang setimpal seiring dengan kesalahan yang
dilakukan. Kesannya, mereka akan menyesal akan kelakuan mereka bak kata pepatah
sudah terhantuk baru tengadah. Pelajar juga dapat melibatkan aktiviti kokurikulum di
sekolah dan menjawat jawatan yang dapat mengelakkan kita terdorong melakukan
kesalahan disiplin misalnya dengan menjadi pengawas sekolah persis kata peribahasa
mencegah lebih baik dari mengubati. Deduksinya, pemilihan rakan yang baik dapat
mengatasi masalah disiplin pelajar yang berlaku di sekolah.

Sebagai akhirulkalam, banyak punca dan langkah yang kita ketahui dapat
mengatasi masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing pada abad ini. Semua
pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG serta masyarakat sekeliling harus
menggembling tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan masalah disiplin para
pelajar ini agar masa depan generasi baharu ini tidak harus hanyut dibuai mimpi ngeri.
Oleh itu, kita harus yakin kepada peribahasa iaitu kesepakatan akan bisa membawa
keberkatan dalam apa-apa jua perkara yang kita lakukan demi melahirkan generasi
yang berguna dan bermakna kepada negara lantaran pemuda itu merupakan harapan
bangsa dan pemudi itu tiang negara. Generasi muda juga perlu menacri usaha dan
alternative sendiri bagi mengalih persepsi negative terhadap melalui wahana yang
disebutkan tadi ke posisi yang lebih berkeyakinan. Sama-samalah kita semai, kita bajai
dan kita hasilkan buah yang bermutu malah pada masa yang sama pokoknya masih
segar, masih kuat tunjangnya dan masih gah berdiri. Jika hasrat tersebut berjaya
dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini, negara kita
mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.

Anda mungkin juga menyukai