Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

Amalan adat perkahwinan dan kematian dalam masyarakat Muslim Dusun Liwan yang
telah lama diamalkan dipengaruhi amalan khurafat dan bidaah. Pengamalan
kepercayaan Khurafat dan Bidaah dalam sesebuah masyarakat merupakan satu
manifestasi pertentangan antara kemunduran dan kemajuan sesebuah masyarakat.
Sebagai contoh dalam masyarakat Muslim Dusun Liwan Kampung Tanah Merah
Keningau, kepercayaan dan amalan ini muncul menyebabkan kefahaman sebenar Islam
masyarakat Muslim Dusun Liwan sukar difahami.Adat adat ini telah memberikan
kesan kepada pemahaman akidah tanpa disedari oleh masyarakat kerana amalan ini
bercanggah dengan amalan ajaran Islam . Kepercayaan dan amalan yang berkait dengan
amalan Khurafat dan Bidaah dalam amalan perkahwinan dan kematian mengakibatkan
timbulnya amalan yang bercangah dengan ajaran Islam. Kertas kerja ini meninjau
tentang pengamalan khurafat dan bidaah dalam aspek agama yang wujud dalam
masyarakat Muslim Dusun Liwan dan usaha dakwah intra agama yang boleh
dilakukan dalam usaha memurnikan akidah umat Islam. Kajian yang dilakukan
menerusi pendekatan kualitatif ini telah menemubual seramai 10 orang tokoh dan orang
perseorangan berpengaruh dan mempunyai latar pendidikan pelbagai bidang. Dalam
pada itu, kajian ini turut disokong dengan analisa kandungan menerusi kajian
perpustakaan dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa masih ada amalan
Khurafat dan Bidaah yang diamalkan dalam masyarakat Muslim Dusun Liwan.Namun
demikian pengamalan tersebut semakin berkurangan disebabkan peningkatan
kefahaman beragama dan arus modenasasi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
amalan khurafat dan bidaah masih diamalkan dalam adat perkahwinan dan pengurusan
jenazah.Justeru itu, adat resam dan budaya masyarakat Muslim Dusun Liwan sering
berkait rapat dalam amalan beragama. Justeru itu kajian ini diharapkan dapat
memantapkan lagi pembangunan duniawi dan ukhrawi umat Islam di Kampung Tanah
Merah Keningau khususnya masyarakat Muslim Dusun Liwan.

Kata kunci : Asal usul Dusun Liwan, Bidaah , Khurafat, Perkahwinan,Kematian,Kesan