Anda di halaman 1dari 15

Soalan ( a ) Berdasarkan FPK, nyatakan peranan FPK dan huraikan ciri ciri insan

yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam FPK.


Falsafah pendidikan yang menjadi panduan kepada semua aktiviti pendidikan di
Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang pada asalnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara
merupakan cerminan sistem pendidikan Malaysia yang pada hari ini, dilihat semakin
berkembang dan akan terus memacu kemajuan negara terutamanya dalam bidang
pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat menjadi cermin cita cita dan
keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat Malaysia. FPK adalah sebuah
pegangan yang sememangnya menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk
seseorang individu dan negara. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan
negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan paling hadapan dengan
mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari serta
membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah
hingga ke peringkat yang paling tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal secara rapi dan teliti oleh pakar pakar pendidikan dengan mengambil kira
seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan keperluan individu, masyarakat
dan negara. Jelas di sini bahawa negara kita, Malaysia berniat besar dan murni
dalam usaha menyediakan sebuah sistem pendidikan yang sempurna kepada
rakyatnya agar rakyat rakyat Malaysia memiliki ilmu pendidikan yang mampu
mengubah mereka menjadi insan yang baik, seimbang dan bersepadu dalam
semua aspek kehidupan. Sesungguhnya, FPK memainkan peranan yang sangat
penting untuk memastikan sistem pendidikan negara dapat mecapai arah tujuannya

dengan berjaya. Jadi, sebagai seorang guru, kita tidak seharusnya memandang
tidak serius mengenai falsafah yang telah dicipta sebagai panduan utama sistem
pendidikan

Malaysia.

Sebagai

seorang

guru,

tanggungjawab

kita

untuk

menghormatinya adalah sangat besar dan amat penting untuk kita berpegang teguh
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar kita tidak terpesong dalam
menurunkan ilmu pengetahuan kepada anak anak murid kita nanti. Jika diteliti
secara mendalam, FPK mempunyai pelbagai peranan yang sangat penting dalam
sistem pendidikan Malaysia. Peranan FPK adalah seperti berikut :
Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju
kepada segala usaha mengembang dan memajukan
pendidikan

Menjadi dasar dan pertimbangan asas


menentukan Matlamat Pendidikan Negara

untuk

Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik


memahami sistem pendidikan negara
Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa
mereka melaksanakan tugas - tugas pendidikan
Sebagai dasar dan perimbangan
menentukan kurikulum, bahan - bahan
strategi pengajaran dan pembelajaran

asas untuk
pelajaran dan

Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti


daripada dasar pendidikan
Menghapuskan
salah
faham,
keraguan
atau
pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan
tugas ataupun aktiviti pendidikan

Rajah 1 : Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan kepada peranan peranan yang disenaraikan di atas, jelas bahawa


Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah falsafah yang paling penting dan utama
dalam sistem pendidikan Malaysia. Tiada falsafah lain yang boleh digunakan untuk
menggantikan falsafah ini. Sudah terbukti sejak tahun 1988, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang digubal daripada Falsafah Pendidikan Negara memacu
perkembangan pendidikan negara kepada satu tahap yang boleh kita banggakan
sekarang. Sudah bertahun tahun kita mengecapi kejayaan dalam bidang
pendidikan. Ini membuktikan falsafah yang telah dicipta ini sememangnya mantap
dan bukan hanya sekadar penulisan falsafah biasa, malahan falsafah ini mampu
mengorak langkah dan corak perkembangan sistem pendidikan kita. Kita
seharusnya berasa berbangga kerana memiliki sebuah falsafah pendidikan yang
sangat baik dan diyakini oleh seluruh rakyat.
Jika diamati, peranan FPK yang pertama adalah sebagai suluh yang memberi
panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan
pendidikan. Ini bermakna FPK merupakan komponen yang paling utama dalam
usaha memajukan sistem pendidikan. Segala apa yang perlu dicapai dalam
pendidikan sudah sedia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menyenaraikan elemen elemen penting yang mesti dipenuhi. FPK berperanan
sebagai panduan utama yang digunakan untuk memastikan segala hasrat dan
matlamat pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga berperanan menjadi dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan negara. FPK digunakan
sebagai rujukan untuk menentukan matlamat pendidikan negara. Selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan negara adalah untuk


melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai nilai yang murni
seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada
negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk
perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Oleh yang demikian, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan harus digunakan sebaik mungkin untuk membantu
merealisasikan matlamat pendidikan negara.
Seterusnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting
sebagai rujukan atau panduan untuk membantu para pendidik memahami sistem
pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberikan banyak kesan
kepada para pendidik yang betul betul memahaminya. Sikap pendidik dan
profesional mereka akan berubah untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar FPK. Oleh yang demikian, guru atau pendidik harus menjadi orang
pertama yang benar benar mendalami serta memahami keinginan dan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam merealisasikan cita cita pendidikan
negara. Jika difahami dan dihayati dengan baik, FPK dapat mengubah sikap
peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugas
mereka untuk mencapai tujuan dan cita FPK. FPk juga dapat mengubah profesional
dengan mengubah strategi serta teknik pengajaran yang sesuai untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia. Apabila
FPK

dihayati,

guru

harus

sedar

bahawa

mereka

sebenarnya

memikul

tanggungjawab yang amat berat. Namun begitu, sekarang, kebanyakkan warga


pendidik tidak benar benar memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan

Kebangsaan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab


mereka dengan sebaik mungkin. Sebagai seorang guru ataupun warga pendidik,
kita mestilah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pegangan
utama kita dalam bidang pendidikan. FPK harus dihormati dan disanjung tinggi serta
kita harus mengambil serius mengenai peranan FPK yang dijadikan sebagai rujukan
untuk kita memahami sistem pendidikan negara.
Tambahan lagi, peranan FPK yang keempat adalah sebagai bimbingan untuk
para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas tugas pendidikan. Seperti
yang kita sedia maklum, para pendidik mempunyai pelbagai tugas atau
tanggungjawab dalam pendidikan. Tugas seorang guru bukan hanya tertumpu pada
mengajar anak anak murid, malah guru dikatakan sebagai sebuah profesion yang
di dalamnya mengandungi pelbagai pekerjaan lain. Contohnya, guru juga adalah
seorang penghibur kerana tugas guru juga adalah untuk mendalami emosi anak
anak murid mereka lalu menghiburkan mereka ketika mereka sedih. Oleh yang
demikian, FPK akan membantu dan memimpin para pendidik semasa mereka
menjalankan tugas tugas mereka.
Seterusnya, peranan FPK juga dapat dilihat sebagai dasar dan pertimbangan
asas untuk menentukan kurikulum, bahan bahan pelajaran dan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Sejak diperkenalkan, FPK telah menjadi rujukan
utama oleh pihak bertanggungjawab untuk menggubal dan menentukan kurikulum
bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekarang, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah ( KSSR ) telah pun diperkenalkan bagi menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) yang telah bertahun tahun digunapakai.

Kurikulum ini telah digubal berdasarkan kepada tujuan, dasar dan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan kurikulum yang dicipta tidak
terpesong daripada intipati FPK. Kandungan kurikulum sekolah terbahagi kepada
dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta semua
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, unit
beruniform, permainan, kelab dan persatuan ( Abdullah Sani : 2005 ). Semua
sekolah yang terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah wajib
menggunakan Kurikulum Kebangsaan yang secara tidak langsung menjadikan FPK
sebagai teras dan panduan untuk melaksanakan rancangan tersebut.
Selain itu, FPK juga berperanan sebagai pengawal ke atas penyelewengan
aktiviti daripada dasar pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun adanya
undang undang dan peraturan dalam sistem pendidikan negara, perkara perkara
kurang elok seperti penyelewengan, penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab
turut juga berlaku sehingga ke hari ini. Kes kes seperti guru tidak berdisiplin dan
guru membuat masalah di khalayak ramai antara penyelewengan yang jauh
terkeluar daripada landasan sebenar dasar pendidikan. Jadi, jika berlaku perkara
perkara seperti ini, FPK merupakan rujukan utama sebagai pengawal kepada
penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut berperanan untuk menghapuskan salah
faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas
ataupun aktiviti pendidikan. FPK sememangnya sebuah falsafah yang sudah
lengkap untuk dirujuk dan mampu menyelesaikan apa apa sahaja masalah yang
timbul. FPK akan dirujuk sepenuhnya sekiranya terdapat percanggahan pendapat

atau keraguan dalam menjalankan kerja kerja pendidikan. FPK dapat


menghuraikan segala permasalahan yang dibangkitkan dan pastinya FPK mampu
menyelesaikannya.
Kesimpulannya,

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

seharusnya

diangkat

martabatnya dengan tinggi kerana peranannya yang begitu penting dalam sistem
pendidikan negara. FPK bukan hanya sekadar cakap cakap kosong ataupun
mainan politik, FPK adalah suatu pegangan yang mesti dipegang teguh oleh semua
warga pendidikan negara terutamanya para guru dan pendidik. Demi memastikan
segala hasrat, matlamat, cita cita dan impian pendidikan negara dapat dikecapi,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan harus diperkasakan lagi peranannya dan tidak
diabaikan oleh kita semua.

Ciri ciri Insan yang Seimbang dan Harmonis


Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu landasan terbaik yang dimilik
oleh Malaysia untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang seimbang dan
masyhur. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi
kepada semua rangka ke arah pembangunan pendidikan ini sebenarnya
mempunyai beberapa unsur unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli
masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci
melalui analisis yang menghuraikan FPK kepada 15 elemen. Antara 15 elemen yang
terkandung dalam FPK, elemen yang keempat iaitu insan yang seimbang dan

harmonis adalah merupakan elemen yang paling penting untuk dicapai. Walaupun
diakui elemen ini merupakan suatu usaha yang sukar untuk direalisasikan, namun
adalah keperluan untuk seseorang individu tersebut menjadi seorang insan yang
seimbang dan harmonis dalam semua aspek.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ), seimbang bermaksud
setimbang, sama berat dan tidak berat sebelah. Manakala, harmonis pula membawa
makna selaras, seimbang, sepadan, sesuai atau bersesuaian antara satu sama lain.
Insan yang seimbang dan harmonis dalam FPK menekankan bahawa adalah amat
penting bagi seseorang individu memiliki ilmu ( intelek ), sahsiah yang baik ( emosi ),
percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik ( rohani ) dan kesihatan
yang baik ( jasmani ). Keseimbangan antara keempat empat aspek ini akan
melahirkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan dirinya sendiri dan
orang di sekelilingnya. Individu seperti inilah yang memiliki ketahanan untuk
menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua
masalah yang timbul.
Insan yang seimbang dan harmonis juga adalah individu yang mempunyai ciri
ciri seperti berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menghayati dan memiliki ilmu dan berakhlak mulia


Mempunyai kepercayaan yang teguh dan patuh kepada Tuhan
Mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram serta bersikap positif
Mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas
Sentiasa riang gembira dan mempunyai sahabat yang suka bergaul

vi.

dengannya
Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi

vii.

Memiliki semangat juang dan berani menghadapi segala masalah serta


rintangan yang datang

Insan yang seimbang dan harmonis dihuraikan dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan seperti yang berikut :
..Insan ini juga akan menjadi warganegara yang baik. Mereka seharusnya
hendaklah memiliki ciri ciri berikut :
Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan
negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan
negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990 )
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1990 ) kini Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan jelas menyatakan ciri ciri akhlak mulia iaitu insan yang mempunyai
pengetahuan mengenai nilai nilai baik dan buruk, mempunyai kesedaran terhadap
kesan daripada perbuatan baik dan buruk, yakin terhadap nilai murni, mengamalkan
perbuatan yang baik, menghindari perlakuan yang buruk, dan menghayati nilai
nilai mulia yang merangkumi nilai nilai kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan. Insan yang seimbang dan harmonis mempunyai jasmani, emosi,
rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu. Hal
ini dapat dilihat dalam kehidupan harian atau tingkah laku individu yang
bertanggungjawab, menghormati orang lain, mempunyai kesedaran kendiri yang
tinggi dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan

pantas. Bagi membentuk insan yang seimbang dan harmonis, setiap individu
tersebut memilik pencapaian yang tinggi dalam empat unsur utama iaitu unsur
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Keempat empat unsur ini adalah sangat
penting untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Unsur yang pertama adalah unsur intelek. Unsur intelek adalah unsur yang
merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran
yang inovatif, logikal, analitis, dan ilmu yang bermanfaat. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat ( 2007 ), intelek bermaksud kemampuan berfikir dan memahami.
Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu. Akal
merupakan alat peneroka serta penyelidik ilmu dan maklumat kepada manusia. Akal
yang waras secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini
agar sejajar dengan tuntutan semasa. Antara otak dan akal sememangnya
mempunyai perkaitan yang amat rapat, akal tidak sihat tanpa adanya otak.
Unsur yang kedua adalah unsur rohani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
( 2007 ), rohani bermaksud batin, yang berkaitan dengan jiwa, lawan jasmani.
Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang
bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Imam Al
Ghazali ( 1058 1111 ) mengatakan bahawa rohani sebagai perkara yang terdiri
daripada akal, nafsu, jiwa dan roh. Bagi meningkatkan perkembangan rohani,
pendidikan agam harus ditekankan dengan lebih tegas terutamanya pada masa
sekarang yang lebih terjebak dengan masalah masalah sosial. Kesedaran
mengenai Tuhan sebagai pencipta alam semesta dan benda benda sekeliling
harus ditegaskan. Melalui pendidikan agama, semangat sayang kepada Tuhan serta

sifat sifat yang taat kepada Tuhan tetap akan diperkukuhkan. Maka, dengan ini,
prinsip dalam FPK iaitu kepercayaan kepada Tuhan akan tercapai.
Unsur yang ketiga pula adalah unsur emosi. Emosi bermaksud perasaan jiwa
yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain lain. Emosi juga ditafsirkan
sebagai perasaan jiwa yang kuat meliputi ciri ciri seperti perasaan tenang dan
tingkah laku terkawal, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, memiliki
semangat kekitaan dan perpaduan, dan menghargai serta menilai keindahan dan
kesenian. Sejajar dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seseorang
pendidik atau guru harus mengetahui emosi dan rohani pelajar mengikut peringkat
perkembangannya. Pendidik sewajarnya bersifat penyayang dan membantu pelajar
serta membimbing mereka agar menyelesaikan masalah rohani mereka dengan
cara yang bersesuaian di samping menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada
pelajar.
Unsur yang terakhir adalah unsur jasmani. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat ( 2007 ), jasmani membawa makna badan dan tubuh. Insan yang
seimbang dan harmonis harus menitiberatkan unsur jasmani dalam kehidupan
mereka. Insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani adalah mereka yang
menjaga kesihatan tubuh badan dan diri, melakukan riadah dengan sempurna,
mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulative, memanfaatkan
tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya
pengeluaran demi memberi sumbangan terhadap kemajuan negara.

Bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan terlebih dahulu
kerana empat elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan
modal insan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur


kepada Allah Yang Maha Esa kerana akhirnya saya dan rakan sekumpulan saya
iaitu saudara Nurul Azmee bin Othman berjaya juga menyelesaikan kerja kursus
pendek subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ini dengan sepenuhnya. Saya
akui bahawa subjek ini agak sukar untuk difahami kerana melibatkan banyak inipati
yang terkandung dalam sistem pendidikan negara. Selain itu, dalam subjek ini juga
banyak diselitkan unsur unsur sejarah dan falsafah yang sedikit sukar untuk
difahami dan dihayati.
Semasa menyempurnakan tugasan ini, saya mengalami sedikit kesukaran untuk
mencari sumber rujukan daripada buku mahupun jurnal kerana tidak banyak buku
yang dapat saya cari kerana kesuntukan masa. Saya juga cuba menyiapkan
tugasan ini dengan kadar yang segera kerana saya terlibat dengan program Kem
Biro Tatanegara selama seminggu. Saya berasa simpati kepada rakan sekumpulan
saya kerana dia terpaksa bekerja secara bersendirian semasa ketiadaan saya.
Melalui tugasan ini, saya dapati pemahaman saya terhadap Falsafah Pendidikan
Kebangsaan lebih meningkat terutamanya mengenai peranan FPK dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Melalui tugasan ini juga saya semakin mempercayai
bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang begitu penting
dalam sistem pendidikan negara. Sebelum ini, saya tidak langsung mengambil
peduli mengenai falsafah tersebut walaupun saya sedar bahawa falsafah inilah yang
akan memandu saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan
datang.

Tugasan ini memang banyak membantu saya memahami Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, namun saya merasakan saya masih belum benar benar menghayati
falsafah tersebut. Mungkin saya memerlukan masa yang lebih lama untuk
mendalami dan cuba menghayati FPK secara teliti.
Saya berharap tugasan yang telah saya dan rakan saya selesaikan ini
memenuhi kehendak dan kriteria yang diinginkan oleh pihak puan. Sesungguhnya,
yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, dan yang buruk itu datang daripada
kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.