Anda di halaman 1dari 23

KEBEBASAN BERSUARA DAN REALITINYA DI

MALAYSIA
NAMA PENSYARAH

:

PUAN ARISYAH BINTI ABDULLAH

KELAS

:

SEDBERGH

MUHAMMAD DANIAL BIN ZUHAIRINIZAM

1411170561

HAZIQ HAKEEM BIN AHMAD AFFANDI

1411170682

WAN ADZHAR FAIQ BIN BIN ADZLAN

1411170516

MUHAMMAD HAFIZ BIN MAT YANI

1411170568

0

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

i

Isi Kandungan

1

1

Pengenalan Kebebasan Bersuara

2-3

2

Akta-akta mengenai Kebebasan Bersuara di Malaysia

4-11

3

Sejarah dan perkembangan Kebebasan Bersuara

12-14

4

Falasi Kebebasan Bersuara

15-20

5

Penutup

21

6

Rujukan

22

1

kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal. Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). menerima dan menyebarkan maklumat atau idea. misalnya dalam konteks "kebencian".1. Dalam realiti. kebebasan bersuara diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah. Istilah yang bersinonim. dan Afrika.0 PENGENALAN KEBEBASAN BERSUARA Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. tetapi juga tindakan mencari. Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat". ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. benua-benua Amerika. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan. tetapi berasingan dengan. Di samping itu. dengan tidak mengira medium yang digunakan. konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan. 2 .

penulisan. hak kebebasan bersuara kini difahami sebagai hak yang beraneka muka yang termasuk tidak hanya hak untuk menyata. Piawaian antarabangsa. termasuk pertuturan.  Hak menyebarkan maklumat dan idea. 3 . Berdasarkan hujah John Stuart Mill. perantauan dan negara juga mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara termasuk sebarang medium. seperti Magna Carta British (1215) dan Peristiharan Hak-hak Manusia (1789). Perkara 10 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.  Hak mendapatkan maklumat dan idea. maklumat dan idea tetapi tiga aspek lainnya juga:  Hak mencari maklumat dan idea. Ini permaksud perlindungan kebebasan bersuara sebagai hak tidak termasuk hanya kandungan. dokumen penting Revolusi Perancis. atau menyebar. tetapi jenis medium penyataan. atau melalui Internet dan bentuk kesenian. Kebebasan bersuara boleh dijumpai dalam dokumen-dokumen hak asasi manusia awal. pencetakan.Kebebasan bersuara atau menyatakan pendapat diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia dunia dan perantauan. Perkara 13 Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia dan Perkara 9 Piagam Afrika mengenai Hak Asasi Manusia dan Rakyat. Hak ini digariskan dalam Perkara 19 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politikal.

Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.2. seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.1 MAKSUD AKTA Di dalam akta ini. Selepas 60 hari.0 AKTA-AKTA MENGENAI KEBEBASAN BERSUARA DI MALAYSIA 2. kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada tahun 1989. sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara atau manamana bahagian daripadanya. mahkamah hanya boleh melihat semula perkaraperkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA. iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya. 4 . aktivis politik. pemimpin pelajar. dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. golongan agama. Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan terus dan digantikan dengan undang-undang baru yang lebih bersesuaian dengan hak asasi manusia dan lebih berkesan di dalam menandingi masalah keganasan.1 AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA. Namun pada 15 September 2011. 2. Pada masa kini. Perdana Menteri Malaysia.1. aktivis hak buruh. ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan dan ada yang ditahan lebih dari sedekad. melibatkan beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja.

Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menahan sesiapa pun tanpa merujuk kepada mahkamah.2 PERUNDANGAN Seksyen-seksyen berkaitan Akta ini adalah seperti berikut: Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: "Mana-mana pegawai polis boleh tanpa waran menangkap. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. dan bahawa dia telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak mengikut apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya. 2. dan menahan sementara menunggu penyiasatan.1. ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ada alasan yang akan mewajarkan penahanannya di bawah seksyen 8. akan tetapi sejak itu. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam. Semasa akta itu mula digunakan. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R. ia membenarkan kajian semula. meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia." 5 . Hickling pada awalnya. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror). Sebaliknya tahanan mempunyai hak representasi di hadapan Lembaga Penasihat yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. ia amat ditakuti dan dibenci.H.

orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan. Penyeksaan Kononnya penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Jika tidak. penanggalan pakaian. 60 hari pertama Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. orang yang ditahan akan dibebaskan.Sek 8. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani. Kuasa untuk memerintahkan penahanan atau sekatan orang "(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa penahanan mana-mana orang perlu dengan tujuan untuk mencegahnya daripada bertindak dengan apa-apa cara yang memudaratkan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau penyenggaraan perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya. peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. soal 6 . Tambahan pula. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan. dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Menteri boleh membuat suatu perintah (kemudian daripada ini disebut perintah tahanan) yang mengarahkan supaya orang itu ditahan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun" Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dalam negara Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Islam Se-Malaysia [PAS]. ancaman bunuh.Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA.1. juga telah menekan kerajaan untuk memansuhkan Akta sungguhpun mereka memiliki akta yang serupa seperti Akta USA PATRIOT. Juga. Abdullah Ahmad Badawi. termasuk parti komponen terbesarnya.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA.Perdana Menteri Malaysia kelima.3 KRITIKAN Beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan parti pembangkang telah mengritik Akta ini dan menggesa pemansuhannya. 2. dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. terutama kerajaan Barat. Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional. tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara.siasat 24 jam. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka. ketidakbenaran tidur. Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR. ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti 7 . Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang. telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO. Kerajaan asing.

Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat.1 BAHAGIAN YANG MENIMBULKAN KONTROVERSI DAN TUJUAN AUKU DIGUBAL 8 . Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula. paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden.".Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum." dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri." Luar negara Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali." Tahun sebelumnnya. 2.2.0 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) DAN PENGGUBALNYA 2. dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot selepasnya.2. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada 2004 pula. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu.

Antara sebabnya ialah pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihan raya 9 . mana-mana persatuan. dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan. kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan. apabila disabitkan. boleh menjadi seorang ahli. Sebagai contoh: “Pelajar atau pertubuhan. kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan. (5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1). semasa menjadi seorang pelajar Universiti. parti politik. sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti. didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya ” Kita haruslah memahami mengapa AUKU digubal. (2). badan atau kumpulan orang lain. badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan. (1) Tiada sesiapa jua. sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang.Antara perkara yang melahirkan kontroversi ialah Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara. atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor. (3) atau (4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh. kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan. dsb. atau diluluskan oleh Naib Canselor 15.

Perarakan Keranda 152 berlaku pada 1967 . Tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). apabila kerajaan enggan mematuhi 'janji merdeka' untuk menukar bahasa pengantar Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu.umum Malaysia 1969 (ke-4) sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. Empat pelajar itu diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar. 2. Gerakan mahasiswa sangat berpotensi menggugat keselamatan serta menjatuhkan kerajaan. Wong King Chaì (exco).2 PENGGUBALAN AUKU Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober 2011 yang memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Tidak perlu sekatan kerana matlamat institut pengajian tinggi ialah membina minda dan keupayaan berfikir bagi pelajar. Keputusan majoriti 21.Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan kebebasan bersuara dan menyertai politik sebagai hak asasi manusia.2. Muhammad Ismail bin Aminuddin (naib presiden). demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Oktober 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) dan PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan. Mahasiswa dan pensyarahnya mempunyai kewarganegaraan yang sah sebagaimana rakyat Malaysia yang lain. Dua hakim lain ialah Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert. Azlin Shafina binti Mohamad Adzha (setiausaha agung). Ashok Kandiah dan Jenine 10 .Mahasiswa tersebut adalah ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM. iaitu Muhammad Hilman bin Idham (presiden).

Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Hulu Selangor. Pada 22 April 2010. Mahkamah Tinggi menolak saman pemula oleh empat pelajar jurusan sains politik UKM yang mencabar kesahihan kesalahan berkempen semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 pada April 2010.Gill. tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh. yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan. Pada 28 September 2010. 11 . Beliau berpendapat AUKU perlu mengelak ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah.kerajaan Malaysia. Empat pelajar ini telahpun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah pada majlis Konvensyen UKM pada September 2011. mereka ditahan oleh polis PDRM di Pekan Rasa dan Ampang Pecah. Mulanya Mahkamah Tinggi berpendapat AUKU tidak bercnggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Hanya Hakim Low menentang keputusan 2-1 itu.

tidak boleh dipercayai. Menurut George Makdisi dan Hugh Goddard. Satu pertahanan awal Barat mengenai kebebasan bersuara adalah karya Areopagitica (1644) oleh penyajak dan penulis politik Inggeris John Milton. tidak wajar dan tidak dibenarkan". Milton menulis sebagai reaksi kepada parlimen republik England pada masa itu untuk menghalang "risalah-risalah yang menghasut. Frederick II pada tahun 1224.3. Pengaruh Islam "semestinya jelas pada asas universiti yang dirancangkan di Eropah. kebenaran akan menjuarai kepalsuan. bahawa kebolehan mencari dalam pelbagai idea tentang satu isu adalah penting untuk proses pembelajaran dan kebenaran tidak boleh didapati sekiranya semua pandangan dipertimbangkan. Milton menamakan beberapa hujah untuk melindungi kebebasan bersuara: perpaduan negara dibentuk melalui pencampuran perbezaan individu-individu berbanding memaksa penyatuan dari atas.1 DUNIA Kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat mempunyai sejarah panjang sebelum instrumen hak asasi manusia antarabangsa kini. dan dengan menimbangkan kebebasan berfikir. Pada zaman khulafah Abbasid. Milton juga berhujah bahawa sekiranya fakta-fakta diketengahkan. menapis adalah pertentangan dengan kemajuan material. tetapi ini tidak boleh didasarkan mana12 .0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KEBEBASAN BERSUARA 3. kebebasan bersuara juga diistiharkan oleh al-Hashimi (sepupu Kalifah al-Ma'mun) dalam satu surat perutusan kepada pesaing agamanya yang hendak diserunya memasuki Islam melalui penggunaan kewajaran. Dalam etika Islam kebebasan bersuara mula diisytiharkan dalam khulafah A-Rashidin iaitu oleh kalifah Umar pada abad ke-7. "idea kebebasan akademik" di universiti "didasarkan piawaian Islam" sebagaimana dilakukan pada sistem Madrasah" pada kurun ke-9. iaitu Universiti Naples Federico II yang diasaskan oleh Maharaja Rom Suci.

13 ." Prinsip kebebasan bersuara ditinggalkan dengan harapan "membentuk karakter intelek masyarakat". Mengikut kata Milton. tetapi saya pertahan sampai mati hak anda untuk mengatakannya. Goebbels menyokong kebebasan bersuara untuk pandangan yang disukainya. Tetapi pengkritik menyatakan bahawa masyarakat tidak perlu toleransi dengan mereka yang tidak sendirinya mengamalkan toleransi. Toleransi sedemikian menjadi modal yang menggalakkan toleransi yang lebih melalui masyarakat. Mengikut kata Bollinger. itu bermakna anda menyokong kebebasan bersuara untuk pandangan yang anda benci." Satu peribahasa yang sering kedengaran mengenai kebebasan bersuara berasal dari Evelyn Beatrice Hall (sering disalahertikan sebagai dari Voltaire) "Saya membangkang apa yang anda katakan. kalau tidak keperluan. Begitu juga Stalin. dan melindungi suara yang tidak popular adalah sendirinya perbuatan toleransi. ia haruslah diputuskan oleh individu masing-masing untuk mencari kebenaran mereka sendiri.mana satu individu tertentu. Profesor Lee Bollinger berhujah bahawa "prinsip kebebasan bersuara termasuk tindakan khas menyediakan satu kawasan interaksi sosial untuk halangan diri luar biasa. Noam Chomsky menyatakan bahawa "sekiranya anda percayakan kebebasan bersuara. but I will defend to the death your right to say it)" sebagai ilustrasi kepercayaan Voltaire. tiada siapa pun yang cukup pengalaman untuk menapis bagi semua pihak. (I disapprove of what you say. Sekiranya anda menyetujui kebebasan bersuara. seperti mereka yang menyokong pembunuhan beramai-ramai dan sebagainya. anda haruslah percayakan kebebasan bersuara untuk pandangan yang anda tidak suka. Mencegah perbuatanperbuatan yang berbahaya seperti itu dikatakan lebih penting daripada bertoleransi terhadap mereka yang bersikap begitu. toleransi adalah nilai kemahuan. dengan tujuan mengembangkan dan mendemonstrasikan kebolehan sosial untuk mengawal emosi yang dibarakkan oleh pelbagai faktor sosial.

Menyediakan saluran betul untuk rakyat) namun turut dari sudut penerimaan ideologi rakyat. 14 . Malaysia menduduki tangga ke-147 daripada 180 buah negara dalam ‘2015 World Media Freedom Index’. Malaysia merupakan negara membangun paling teruk prestasi dari segi kebebasan media dan kebebesan bersuara. ekonomi negara. ianya menjadi satu kepayahan untuk kita naikkan indeks Malaysia di mata antarabangsa.2 MALAYSIA Hak kebebasan bersuara di Malaysia adalah kurang signifikan jika ingin dibandingkan dengan negara-negara lain. seperti isu pilihanraya. kebebasan bersuara di Malaysia masih belum kuat untuk diperjuangkan. Berikutan pelbagai perkara berbangkit tentang masalah negara. di laman sosial seperti Twitter mahupun Facebook. Namun begitu. Selain daripada itu. terdapat banyak platform terbuka bagi rakyat untuk bersuara seperti melalui debat terbuka ataupun forum bersama kerajaan. Oleh itu. Ini jelas menunjukkan bahawa. Demonstrasi jalanan dan kempen bantah kerajaan acapkali dilakukan namun masih belum ada jalan penyelesaian oleh mana-mana pihak bertanggungjawab. kerajaan dan pembangkang tidak berjaya mendapat kata sepakat. Namun begitu. Kebebasan bersuara di Malaysia bukan sahaja bermasalah dari sudut pelaksanaan (cth. masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai ruang untuk menyampaikan pendapat mereka. disebabkan oleh polisi keterbukaan Internet di Malaysia. Misalnya melalui Internet. rakyat terpaksa bergelut dengan masalah ekonomi dan sosiopolitik yang tidak menentu. tidak semua perkara yang dilontarkan oleh rakyat diterima umum dan mahu dipandang oleh kerajaan.3. kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia dan masalah dalaman politik negara yang boleh mengugat kedudukan Malaysia di mata antarabangsa. Berikutan polisi kerajaan yang sedia ada. Pada tahun 2015.

hak ini juga menafikan kredibiliti seseorang. mampu memberikan pendapat yang menyeleweng. berdasarkan konsep hak bersuara secara sama rata. tiada seorang pun memiliki kelebihan atau pendapatnya mampu mengatasai pendapat yang lain. disebabkan hak bersuara ini. Sebagai contoh.0 FALASI HAK KEBEBASAN BERSUARA 4.1 MENCABUL KEHORMATAN DUNIA KEILMUAN Kebebasan bersuara sering dikaitkan dengan setiap masyarakat memiliki hak untuk memberikan sebarang pendapat. dengan tanpa memiliki kefahaman dalam Islam yang meluas dan pengetahuan yang elok. masyarakat berhak menolak pandangan ahli agama sebagai rujukan asas dan memilih mana-mana pendapat yang lain. iaitu melalui hak bersuara yang sama rata. seseorang yang berkelayakan kehilangan autoriti untuk pendapatnya dijadikan rujukan asas. Oleh yang demikian. Namun. Di samping itu. disebabkan hak bersuara ini digunapakai oleh seluruh masyarakat (applicable to all members of society). Oleh sebab hak bersuara ini menyatakan bahawa tiada suatu pendapat pun mampu mengatasi pendapat yang lain (everything goes) atau setiap pendapat itu subjektif. Orang yang sedemikian.4. Hal ini memberikan kesan yang signifikan kepada taraf dan kelayakan seseorang. Sebagai contoh dalam kes isuisu agama Islam tadi. Hal ini seolah-olah mengatakan bahawa hak bersuara itu diberikan secara sama rata (equal). 15 . dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam. hal ini membawa kepada hilangnya keperluan kepada kredbiliti dan kelayakan dalam bidang yang dipersoalkan. pendapatnya diterima (legit) dan boleh digunakan untuk menolak Islam. seseorang yang bukan beragama islam berhak untuk memberikan pendapat berkaitan apa yang dia sangkakan sebagai sebuah ketidakadilan atau penindasan dalam agama islam.

setiap perkara memerlukan protokol atau etika bagi memastikan keadaan menjadi stabil.2 KECELARUAN PADA PANDANGAN ALAM BARAT Sebahagian besar masyarakat menyatakan bahawa dunia sekarang sudah terlalu maju untuk didominasi oleh sebuah fahaman atau ideologi. Oleh yang demikian. dengan wujudnya hak kebebasan 16 . Oleh sebab itu. Ambil sahaja analogi seorang doktor dan seorang pesakit. hal ini secara tidak langsung meletakkan halangan dalam kebebasan bersuara. Logik akal akan menolak padangan seorang pesakit sekiranya pesakit tersebut mengeluarkan preskripsi ubat sendiri tanpa memiliki kepakaran dalam bidang perubatan. sesuatu itu mampu dirumuskan menjadi sebuah keilmuan (knowledge) hanya setelah dilihat melalui sudut epistemologi. adalah menjadi suatu kemahiran survival (surviving skill) buat manusia kerana setiap hidupan itu berevolusi dan evolusi memerlukan perubahan atau adaptasi kepada dunia yang baru. yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara menyatakan bahawa idea yang telah wujud dan bertapak dalam kehidupan manusia pada hari ini tidak boleh lagi terus diterima tanpa sebarang pengkajian semula atau kritikan. Namun.Sikap sedemikian rupa bukan sahaja mampu merosakkan struktur keilmuan. Bahkan. 4. golongan liberal ini. sudah wujud beberapa karya yang menyatakan bahawa pasca Zaman Pencerahan. Oleh yang demikian. Oleh yang demikian. bahkan ia mampu mencipta satu ruang ke arah kemusnahan sikap dan tatacara ilmuwan. logik akal akan mewajibkan hanya doktor sahaja yang layak mengeluarkan preskripsi ubat. Hal ini kerana. penilain terhadap suatu keilmuan itu harus diukur berdasarkan kaedah dan kajian yang beretika serta kompeten dan objektif. kebebasan bersuara ternyata membawa kepada keburukan sekiranya diguna pakai dalam setiap perkara. Dalam bidang keilmuan. Oleh itu. etika ini dicerobohi dengan alasan bahawa semua pendapat adalah pada tahap yang sama. Perkara yang sama jugalah sepatutnya diterima pakai dalam hal-hal yang lain. Manakala. dengan wujudnya kebebasan bersuara.

Menurut Dworkin. sesuatu perkara itu boleh dilakukan secara persendirian. oleh sebab pornografi mampu mengganggu hak atau sensitiviti sebahagian pihak. Contoh yang diberikan Dworkin ini dapat diaplikasikan 17 . wujud sedikit ketidakadilan dalam implikasi hak kebebasan bersuara ini. Untuk mengetahui korupsi dan falasi yang wujud dalam hak kebebasan bersuara. semangat humanisme masyarakat eropah yang dicetuskan oleh Francisco Petrach telah mendesak masyarakat eropah untuk melawan doktrinasi gereja dan penguasaan mereka terhadap maklumat serta fakta. Hak kebebasan bersuara ini makin jelas kelihatan ketika wujud gerakan pencerahan oleh tamadun barat. Perkara yang dijadikan contoh oleh Dworkin untuk menjelaskan konsep yang ingin beliau sampainkan ialah pornografi.bersuara. golongan liberal ini mula mempersoalkan setiap perkara yang telah berakar umbi dalam kehidupan manusia. Dworkin membangkitkan isu umum dan persendirian (public vs private). mengatakan bahawa sesuatu perkara itu. maka pornografi wajar untuk diberi sekatan (restriction) daripada dipaparkan secara umum namun tidak wajar untuk dilakukan pengharaman (prohibition) secara langsung. selagai tidak mengganggu hak atau kesejahteraan orang lain. yang menjadi persoalannya. Desakan ini membangkitkan lagi semangat untuk menyatakan pendapat ditambah pula dengan kisah-kisah dan pengalaman-pengalaman pemikir yang dihukum kerana memiliki pendapat yang berbeza seperti Aristotle dan Nicholas Copernicus mempercepatkan lagi penyebaran fahaman kebebasan bersuara ke seluruh eropah. kita harus melihat bagaimana wujudnya atau pencetus kepada hak kebebasan bersuara ini. atau dengan nama lainnya tidak mencetuskan gangguan (harassment). Disebabkan tekanan yang diberikan oleh gereja dalam menghalang masyarakat eropah daripada berfikir. Namun. Beliau menggunakan beberapa contoh mudah untuk menyatakan konsep tersebut. termasuklah masyarakat melayu. Ronald Dworkins. Zaman Reinassance menjadi suatu kayu ukur betapa megah dan pentingnya (crucial) hak kebebasan untuk bersuara. di dalam karyanya.

haruslah kita membincangkan perkara tersebut berdasarkan neraca pertimbangan antara absolutism dan relativism. kebenaran itu suatu yang subjektif. Pada perenggan yang sebelumnya. harus kita lihat dua jenis ideologi atau fahaman yang berkaitan dengan kebenaran (truth). Hak kebebasan bersuara. hanya terdapat satu sahaja rujukan asas dan setiap ahli dalam perdebatan tersebut haruslah menyandarkan setiap pendapat mereka berdasarkan satu sahaja kebenaran yang disepakati iaitu kebenaran mutlak (absolute truth). beliau menjelaskan tentang peranan reflective equilibrium (persamaan yang memberi refleksi) dalam mencari kebenaran 18 . Kebenaran ini merujuk kepada kenyataan bahawa sesuatu perdebatan itu atau perbincangan itu. Oleh yang demikian. perkara sensitif itu berbeza mengikut setiap fahaman dan ideologi. Menurut John Rawls. sesuatu pendapat itu hanya layak dan boleh dinyatakan hanya dalam lingkungan persendirian (private) dan bukan umum (public) jika pendapat tersebut mampu menyinggung sensitiviti sebahagian manusia. terdapat beberapa perkara yang muktamad berkaitan dengan jenis-jenis perkara yang sensitif manakala menurut relativism pula. Oleh yang demikian. Menurut absolutism. di dalam suatu perbincangan atau perdebatan. dalam bukunya Theory of Justice. menurut relativism pula. Namun. dapat kita katakan bahawa menurut absolutism. Untuk mengulas tentang pekara yang menyentuh sensitiviti ini. memiliki suatu rujukan asas. jika dilihat berdasarkan penerangan Dworkin. boleh dirumuskan bahawa sekatan merupakan suatu tindakan yang wajar dalam hak kebebasan bersuara ini. di sini muncul masalah utama dalam kebebasan bersuara. telah disepakati bahawa sesuatu pendapat yang mampu menyinggung sebahagian manusia wajar disekat daripada tatapan umum. setiap ahli berhak memiliki rujukan asas masing-masing. pertama sekali.dalam isu kebebasan bersuara. Manakala. persoalannya. yakni dalam sebuah perdebatan. apakah garis sempadan (border line) untuk menentukan perkara apakah pula yang disepakati menyinggung sensitiviti dan perkara apa pula yang tidak menyinggung sensitiviti sebahagian yang lain? Untuk menjawab persoalan ini.

daripada persamaan yang sedemikian rupa. Manakala. Namun. manusia masih lagi berevolusi untuk memenuhi kekosongan dan kelemahan yang wujud dari segi ketamadunan dan juga kemasyarakatan. di situa wujudnya falasi kebebasan bersuara. inilah apa yang dinamakan sebagai reflective equilibirum atau overlapping consesus. Maka. dalam hal ini ialah agama.. Menurut beliau. mempunya persamaan terhadap perbuatan mencuri. mencuri itu sebuah kesalahan jenayah. 4. hingga ke hari ni. Sebagai contoh. Oleh sebab itu. menurut ajaran Kristian. mencuri juga dianggap sebagai suatu jenayah. Oleh yang demikian. manusia boleh mengharmonikan doktrin-doktrin yang berbeza dan mencipta sebuah rujukan asas atau doktrin baru yang disepakati. terdapat beberapa perkara dalam setiap doktrin yang tidak boleh ditoleransi untuk disatukan menjadi sebuah doktrin yang sama. menurut Rawls. persoalan tentang sejauh manakah kebebasan bersuara ini dapat diaplikasikan di sebuah dunia yang memiliki pelbagai doktrin yang berbeza masih belum dapat dirumuskan kepada sebuah rumusan yang tetap. menurut Rawls.3 PENYELESAIAN KEPADA FALASI KEBEBASAN BERSUARA Kegagalan dalam menentukan garis sempadan ini secara tidak langsung berbalik semula kepada persoalan kebebasan bersuara.mutlak. Oleh yang demikian. iaitu kegagalan dalam menjumpai rumusan yang konkrit untuk menggariskan sebuah perlembagaan kemanusiaan yang mampu diaplikasikan kepada seluruh manusia. disebabkan setiap foundationalist memiliki doktrin yang tersendiri. Berhakkah suatu pihak itu menafikan pemberian pandangan pihak yang lain berhubung perkara apa yang sensitif dan perkara apa yang tidak? Sehinga ke hari ini. berdasarkan pegangan foundationalist yang lebih menggemari kaedah absolutism. pasti wujud suatu persamaan. mereka memiliki suatu doktrin yang tersendiri (distinctive) dalam menggariskan asas kepada rujukan mereka. menurut agama islam. Disebabkan kedua-dua doktrin. menurut Dworkins. Rawls berpendapat bahawa pada setiap doktrin itu. harus diingatkan. Namun. di situ hadirnya sebuah badan yang berautoriti 19 .

kegagalan hak kebebasan bersuara ini dalam mengambil kira faktor kelayakan dalan memberi pendapat seperti yang dijelaskan pada awal bahagian ini turut membuktikan kelemahan yang wujud dalam hak tersebut. 20 . Tambahan lagi.yang dinamakan sebagai kerjaan yang memiliki kuasa dalam kontrak sosial untuk mengisi ruang kekosongan yang dimaksudkan oleh Dworkin sementara menanti manusia ‘menyempurnakan’ penciptaan mereka.

bangsa dan taraf. Nabi Muhammad mengambil keputusan untuk menggali parit di sekeliling kota Madinah. Maka. kerajaan haruslah sedar bahawa kedaulatan sesebuah negara itu terletak kepada rakyat. Oleh yang demikian. ‘The people hold the sovereignty’. sekatan dilakukan dalam kebebasan bersuara bagi memastikan hak tersebut tidak dieksploit dan disalah gunakan untuk kepentingan yang bersifat duniawi.0 PENUTUP Kebebasan bersuara umpama sebatang pedang. menjadi tangguangjawab kerajaan. Maka. maka baiklah ia. Oleh itu. Namun. Salman Al-Farisi. menjadi suatu kewajipan bagi kerajaan untuk prihatin terhadap setiap sudut pandangan yang dilontakan oleh rakyat Malaysia. kedaulatannya akan terus dikekalkan. bahkan turut diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mahir menggunakan senajat. selagi sesebuah undang-undang itu masih diamalkan secara adil.5. untuk menafikan suara rakyat yang menjadi ahli daripada sistem demokrasi di Malaysia merupakan sebuah tindakan yang tidak bermoral. demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara Malaysia ini secara tidak langsung menyatakan bahawa kekuasaan sesebuah kerajaan itu adalah hasil daripada undian dan sokongan daripada rakyat. jika pedang itu diberikan kepada sesiapa sahaja secara sewenangwenangnya. Ambik sahaja kisah para sahabat Nabi Muhammad. pasti pedang itu akan membawa padah. Oleh sebab pendapat beliaulah. Walau bagaimanapun. untuk memastikan bahawa setiap akta yang digariskan dalam hal kebebasan bersuara ini. jika baik cara penggunaannya. 21 . tanpa mengira umur. berfungsi sebagai garis sempadan dalam mengekalkan kedaulatan undang-undang dan kestabilan negara. Bukan setiap orang layak diberikan hak untuk memberi pendapat.

muka surat 18. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2. (1981). edisi yang diperbaharui. John Rawls (1999). 5.6. Ronald Dworkin.0 RUJUKAN 1. Oxford: Oxford University Press. 6. Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn Bhd. 22 . Mass: Harvard University Press. Cambridge. Jabatan Perdana Menteri (2010). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Travelog Minda Tajdid: Jumud Mengundang Kebangkitan Liar. muka surat 23. A Theory of Justice. 7. 1Malaysia-Program Transformsi Kerajaan : Pelan Hala Tuju 3. Ibu Pejabat Barisan Nasional (2012). Jabatan Penerangan Malaysia (2010). (2012). (2007) Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat. Oxford Journal of Legal Studies. No 2. Vol 1. Mohd Asri Zainul Abidin. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). 1Malaysia. Is There a Right to Pornography. Produk-Produk Dahulukan Rakyat 1Malaysia 4.