Anda di halaman 1dari 3

PELAN BILIK DARJAH

Papan Putih

Meja Guru

Meja murid

Papan kenyataan

Meja kumpulan

Pintu

Bilik darjah yang saya pantau semasa menjalani tugasan Pengalaman


Berasaskan Sekolah (PBS) ialah kelas Tahun 6. Dalam kelas tersebut terdapat
pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan yang
sesuai dengan kurikulum pembelajaran mereka.
Yang pertama adalah, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
dipaparkan di papan kenyataan yang terdapat di belakang bilik darjah. Papan
kenyataan tersebut dibahagikan kepada beberapa sudut. Antara sudut-sudut itu ialah
sudut Bahasa Tamil, sudut Matematik, sudut Bahasa Melayu, sudut Bahasa Inggeris,
sudut jasmani, sudut pengetahuan am dan sebagainya. Bahan pengajaran dan
pembelajaran ini digunakan secara berkesan dengan guru mendedahkan muridmurid dengan bertanya soalan secara rawak sekalisekala. Oleh sebab itu, muridmurid dapat mencari jawapannya dari bahan pengajaran dan pembelajaran yang
terdapat di papan kenyataan tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga bahan dan sumber pengajaran dan
pembelajaran dipaparkan dengan menggantungkannya di siling dan di dinding kelas.
Apabila pelajar sentiasa melihatnya setiap hari secara automatiknya mereka akan
menghafalnya. Tambahan pula, alat bantu mengajar tersebut dihasilkan dengan
kreatif

serta

berwarna-warni.

Ini

membuatkannya

kelihatan

menarik

serta

memnudahkan para pelajar mengingatinya memandangkan mereka melihatnya


setiap hari.
Terdapat juga carta-carta yang mengandungi peribahasa, simpulan bahasa dan
ungkapan-ungkapan menarik yang disampaikan oleh tokoh-tokoh. Terdapat juga
bahan dan sumber pengajaran yang menggunakan teknik belajar sambil bermain.
Untuk teknik ini terdapat kemudahan-kemudahan seperti alatalat reka cipta
permainan yang diberbuat daripada plastik dan tanah liat. Guru akan membenarkan
murid-murid bermain alatalat reka cipta tersebut pada waktu rehat atau selepas
tamat sesi pembelajaran.
Selain itu, terdapat juga gambar-gambar yang di tampal di atas meja semua
murid. Apabila murid-murid melihatnya settiap hari ia akan terpaku dalam minda
mereka. Ia terdiri daripada gambar rajah yang penting, peta minda dan formulaformula matematik.

Seterusnya, guru juga mempunyai kad imbas yang mengandungi gambar-gambar


warna serta nama benda tersebut. Ini dapat memudahkan para guru untuk mengajar
murid-murid tentang sesuatu objek yang baru serta tidak pernah dilihat oleh murid
sebelum sesi pengajaran. Kad-kad imbas tersebut juga dipamerkan di sudut belajar
kendiri di penjuru kelas di mana murid-murid diberi peluang untuk menerokanya
sendiri semasa waktu rehat. Dengan menggunakan teknik ini pembelajaran bukan
hanya berlaku semasa pengajaran malahan berlaku sepanjang masa.
Terdapat juga beberapa naskah dan buku-buku yang berkaitan dengan
pembelajaran sebagai rujukan kepada murid. Majalah bulanan yang berkaitan
bahasa juga dibeli dan dipamerkan di sudut belajar kendiri. Majalah-majalah ini terdiri
daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris serta bahasa Tamil. Surat khabar
tempatan yang menyediakan latihan tambahan kepada pelajar sekolah rendah turut
dipamerkan di ruang tersebut. Latihan- latihan tersebut harus dilengkapkan oleh
murid-murid dan guru akan menyemaknya. Dengan adanya bahan-bahan seperti ini,
pelajar dapat menggunakannya untuk mengisi masa lapang pada waktu rehat.

Anda mungkin juga menyukai