Anda di halaman 1dari 2

Bahan 3D atau Tiga Dimensi ialah bahan-bahan yang mempunyai

bentuk, menyerupai bahan yang sebenar dan memiliki panjang, lebar, dan
tinggi. Bahan 3D yang saya gunakan ialah boneka (boneka arnab hitam,
boneka arnab putih dan boneka kambing).

Set induksi: Guru berkongsi cerita sendiri yang berkaitan dengan nilai
kerajinan dengan murid. Contohnya, guru membaca buku yang
berfaedah setiap hari sebelum tidur untuk menambah ilmu
pengetahuan agar dapat menyampaikan ilmu yang berguna
kepada muridnya. Guru menggalakkan murid untuk berkongsi
juga cerita mereka yang berkaitan dengan kerajinan. Guru
memuji murid yang berani untuk berkongsi.

Langkah pertama: Guru memainkan boneka sambil bercerita


Cerita Si Arnab Yang Rajin
Tuk Kambing mempunyai kebun yang amat luas. Si Arnab Putih dan Si
Arnab Hitam datang ke kebun Tuk kambing untuk menolongnya. Tuk Kambing
berasa gembira kerana Si Arnab Putih dan Si Arnab Hitam telah benyak
menolongnya. Jadi, dia ingin menghadiahkan sesuatu kepada kedua-dua
arnab. Hadiah tersebut boleh dipilih oleh mereka sendiri.
Si Arnab Hitam telah memilih sayur-sayuran di kebun sayur. Dia
membawa sayur-sayuran ke rumah dengan gembira. Si Arnab Putih pula
telah meminta biji-biji sayur daripada Tuk Kambing.
Si Arnab Hitam menghabiskan sayur-sayuran tersebut dengan cepat.
Si Arnab Putih pula menanam biji-biji sayur tersebut di hadapan rumahnya.
Dia menyiram dan membaja biji sayur-sayuran setiap hari. Biji-biji telah
tumbuh menjadi sayur-sayuran yang segar. Si Arnab Putih menghadiahkan
sebahagian sayur-sayuran kepada Tuk Kambing. Dia juga menjual sayursayuran tersebut di pasa dan mendapat banyak rezeki. Akhirnya. Si Arnab
Putih telah memiliki kebun sayur sendiri dan menjadi kaya.

Cerita ini memberitahu kita bahawa Kerajinan membawa kejayaan.

Langkah Kedua: Guru menanyakan soalan kepada murid dan murid


menjawab.
Contoh soalan:
1) Adakah Si Arnab Putih dan Si Arnab Hitam mempunyai sikap yang
sama?
2) Bagaimanakah sikap mereka?
3) Mengapakah Si Arnab Putih tidak meminta sayur-sayuran yang segar
tetapi biji sayur?
4) Cuba fikirkan, bagaimanakah keadaan Si Arnab Hitam pada akhirnya?

Langkah Ketiga: Murid melakonkan cerita tersebut dengan menggunakan


boneka mengikut kumpulan. Murid juga perlu melakonkan
keadaan Si Arnab Hitam pada akhir cerita dengan
menggunakan imaginasi sendiri dan rekaan sendiri.

Penutup: Guru mengimbas kembali nilai yang dipelajari oleh murid iaitu
kerajinan.

Bahan 3D boleh melibatkan murid dalam pengalaman konkrit dan juga


menarik minat murid dalam pembelajaran.