Anda di halaman 1dari 4

KESAN AMALAN BIDAAH

Antara kesan yang berlaku akibat daripada pengamalan bidaah


adalah seperti berikut:
A-

Pengamal dan pencipta boleh terjerumus dalam menyekutukan

Allah swt.
B-

Membuatkan masyarakat ragu-ragu terhadap Islam.

C-

Membuatkan masyarakat berpecah belah.

D-

Menjauhkan umat Islam untuk mencapai kejayaan.

E-

Pencipta dan pengamal bidah tidak mendapat apa-apa

ganjaran, malah terhapus ganjaran amalan-amalannya yang lain.


F-

Merosakkan kesucian Islam. Buang masa kerana melakukan

perkara yang sia- sia. Akan dikenakan azab neraka.


Oleh hal demikian, pengaruh amalan bidaah ini hanya dapat
dikekang dengan sentiasa berpegang kepada al-Quran dan al-Sunah
di samping sentiasa berdamping dengan para ulamak. Sentiasa hadir
dalam majlis-majlis ilmu yang dijalankan dan belajar ilmu agama.
Lantaran itu, membuat dan melaksanakan apa yang disuruh dalam
agama dan meninggalkan apa yangdilarang dalam agama.
Sebab-sebab mengapa amalan bidaah berlaku kerana adanya
golongan orang merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah.
Setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang
diamalkan orang alim itu adalah benar. Selain itu, adat resam yang
diwarisi sebelum kedatangan Islam masih dilakukan sebagai satu
amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung, urusan
kematian, perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru
dan mendiamkannya. Perbuatan ini (mendiamkan diri) dianggap
membenarkan perbuatan bidaah. Ada juga orang yang cuba
menegakkan sunah dan menafikan bidaah tetapi dianggap mengajar

ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab


Syafii. Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah
remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian.

Menurut Almarhum Drs.Abdul Ghani Azmi Haji Idris(2000) Langkahlangkah mencegah untuk Bidaah daripada Berleluasa menyarankan
langkah-langkah berikut:
1. Menubuhkan jawatankuasa dan mengharamkan buku-buku yang
mengandungi perkara-perkara bidaah daripada disebarkan atau dijual
di kalangan masyarakat, atau sekurang-kurangnya memberitahu
kepada orang ramai mengenai perkara-perkara bidaah yang
terkandung dalam buku-buku tersebut.
2. Memberi penerangan kepada masyarakat mengenai perkaraperkara bidaah dan bahayanya kepada iman dan Islam melalui
khutbah-khutbah jumaat, risalah-risalah, ceramah-ceramah,
pengajian-pengajian di surau-surau, masjid-masjid dan lain-lain.
3. Menyebarkan kepada masyarakat sunah-sunah yang sahih dari
Rasulullah saw.
4. Perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama,
bilal-bilal, mubaligh-mubaligh, guru agama, dan sebagainya
hendaklah diberikan kepada orang-orang yang benar-benar
berkelayakan. Selain memahami dan menguasai dalam agama Islam,
maka mereka mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai sunah
dan bidaah, hak dan batil.

5. Kepada semua tenaga agama hendaklah diberikan kursus


mengenai perkara-perkara bidah dan sunnah dan cara mengatasi
dan membasmi bidaah itu.
6. Kerajaan, alim ulamak, guru-guru dan semua tenaga agama
hendaklah lebih dahulu meninggalkan semua perbuatan yang
dikatakan bidaah tanpa dolak-dalih, sebab mereka adalah contoh
tauladan kepada masyarakat.
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris.(2000). Al-Bidaah Bahaya dan
Keburukannya , hal : 126 - 15









21. Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu Yang menentukan - mana-mana
bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang Yang tidak diizinkan oleh
Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan Yang menjadi pemutus (dari
Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa Yang tertentu),
tentulah dijatuhkan azab Dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat
demikian). dan Sesungguhnya orang-orang Yang zalim itu akan beroleh azab seksa
Yang tidak terperi sakitnya.


38. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu
mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian,
Bagaimana fikiran kamu tentang Yang kamu sembah Yang lain dari Allah itu? jika
Allah hendak menimpakan daku Dengan sesuatu bahaya, Dapatkah mereka
mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi
rahmat kepadaku, Dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi:
"Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah
hendaknya berserah orang-orang Yang mahu berserah diri".