Anda di halaman 1dari 9

Kepimpinan Tranformasi Dalam Pengurusan Ko-Kurikulum di Sekolah Rendah.

1. Pengenalan
Sebagai pemimpin atau ketua di sekolah, guru besar diberikan tanggungjawab
dan amanah untuk memandu sekolah dibawah jagaannya kearah
kecemerlangan. Guru besar adalah pemimpin yang menetapkan hala tuju atau
wawasan bagi memimpin kumpulan guru-guru dan kakitangannya. Kemampuan
guru besar sebagai pemimpin dalam pengurusan sumber manusia melaksanakan
pengurusan ko-kurikulum di sekolah berdasarkan prinsip atau nilai-nilai yang
telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran, adalah amanah besar kepada guru
besar. Sebagai seorang pemimpin, guru besar bukan hanya sekadar mencari
kelemahan, tetapi menyelesaikan dan mencari punca kelemahan untuk
membantu orang bawahnya melakukan yang lebih baik dalam pengurusan kokurikulum di sekolah. Berlaku pengurusan ko-kurikulim di yang lemah kerana
kepimpinan guru besar yang kurang berkualiti. Isu seperti peralatan sukan yang
daif. Peralatan sukan yang tidak berkualiti, ketirisan peruntukan kewangan yang
diberikan kepada kelab dan persatuan, unit beruniform dan persatuan sukan dan
permainan sering menjadi kekangan kepada pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dan sukan di sekolah rendah menyebabkan motivasi guru sukan dan
guru pendidikan jasmani merosot.
Menurut Ramaiah (1992), Kepimpinan sebagai satu fenomena proses manusia
menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan
keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah,
mendorong atau mempengaruhi orang bawahannya. Guru besar adalah orang
yang paling dekat dengan guru-guru semestinya memiliki keupayaan ilmu untuk
memimpin sekolah. Beliau mempunyai kuasa mutlak untuk menjadikan
sekolahnya cemerlang. Guru besar pemimpin yang mampu mencetus motivasi
bagi meningkatkan prestasi sekolah, memperbaiki pengurusan sukan sekolah,
meningkatkan kualiti, mempertingkatkan perasaan kebanggaan di kalangan guru
kepadanya.
Menurut Drucker (1992) kepimpinan merupakan suatu desakan dan mempunyai
kaitan dengan kualiti kepimpinan dan karisma. Kepimpinan juga bersifat
duniawi, tidak romantik, intipatinya adalah prestasi. kepimpinan menumpu
kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan, seperti pembinaan
hubungan, pembinaan visi dan pembinaan jalinan kerjasama antara pemimpin
atasan dan pemimpin bawahan. Guru besar semestinya melihat sekolah dengan
perspektif yang lebih luas, menilai kesannya serta berusaha untuk
menggembleng pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran
supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai iaitu guruguru, pelajar dan ibubapa. Kepimpinan adalah cara mempengaruhi tingkah laku
manusia supaya perjuangan itu dapat dilaksanakan mengikut kehendak
pemimpin. Guru besar boleh mempengaruhi kegiatan guru-guru yang berkaitan
dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah
pencapaian pengurusan yang lebih berkesan. Guru besar juga boleh
mempengaruhi pelajar di sekolah, membantu mereka menetapkan matlamat,
beri panduan kearah mencapai matlamat tersebut dan sebagai hasilnya dapat
menjadikan mereka pelajar yang lebih efektif dalam bidang sukan. Kepimpinan

adalah satu proses tingkah laku untuk mempengaruhi individu dan kumpulan
tertentu untuk mencapai matlamat. Proses yang terlibat ialah Proses membuat
keputusan,teknik motivasi, memberi maklum balas, memperkukuhkan hubungan
interpersonal dan Meningkatkan keyakinan pasukan antara guru besar dengan
guru-guru di bawaha jagaannya. Kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau
pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau
para pengikut
Guru besar mempunyai autoriti untuk memberi arahan kegiatan-kegiatan
anggota kumpulan, mana kala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah
aktiviti-aktiviti guru besar mereka. Selain daripada berkuasa untuk memberi
arahan tentang apa yang perlu dilakukan, mempengaruhi aktiviti-aktiviti
sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian
matlamat. Guru besar boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang
dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang guru besar mungkin
dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin
menentukan samada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah
tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.
2. Guru Besar Pemimpin Transformasi .
Kepimpinan transformasi adalah pemimpin-pemimpin mengilhamkan atau
menginspirasikan para pengikutnya untuk mengenal pasti minat mereka dan
melihat ke arah tujuan yang berfokus atau berpusat.
beyond their own self-interest for the good of the group. Together, heightened
capacity andcommitment are held to lead to additional effort and greater
productivity (Barbuto, 2005; Leithwood & Jantzi, 2000; Spreitzer, Perttula & Xin)
Pemimpin transformasi mengenalpasti dan mengekploitasikan keperluan sedia
ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang berpontensi. Tetapi, lebih daripada
itu, Pemimpin transformasi sebenarnya melihat potential moives pada pengikutpengikutnya, berusaha untuk memenuhi keperluan aras tinggi dan mengikat
seluruh jiwa pengikutnya. Hasil dari Kepimpinan transformasi ini adalah suatu
perhubungan yang saling meransang dan mempertingkatkan yang akan
mengubah pengikut-pengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah
pemimpin-pemimpin menjadi agen-agen moral.
Menurut Burns (1978):
" The transforming leader recognises and exploits an existing need or demand of
a potential follower. But, beyond that, the transforming leader looks for potential
motives in followers, seeks to satisfy higher needs andenggages the full person
of the follower. The result of transforming leadership is a relationship of mutual
stimulation and elevation that converts followers into leaders and may convert
leaders into moral agents."
Kepimpinan transformasi memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi
dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Pemimpin pengikut,
yang memberi tumpuan kepada keperluan perintah intrinsik yang lebih tinggi,
dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan hasil dan cara-cara baru
( perubahan) di mana hasil mungkin dapat dicapai (Barnett, McCormick &

Conners, 2001; Cox, 2001; Gellis, 2001). Kepimpinan jenis ini memerlukan
seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak dan
tidak mencemburui kakitangannya. Perubahan sikap pemimpin yang lebih telus ,
jujur, amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas masing akan di hoirmati
dan di senang oleh rakyat bawahan berfokuskan rakyat di dahulukan pencapaian
di utamakan.
Kepimpinan transformasi sebagai "satu proses untuk mempengaruhi perubahanperubahan yang besar dari segi sikap dan andaian-andaian ahli-ahli sesebuah
organisasi dan membina komitmen untuk mencapai misi, objektif dan strategi
organisasi berkenaan. Pemimpin Transformational adalah pemimpin yang
memiliki pengaruhi yang dapat mengatasi individu yang berinteraksi secara
terus dengan mereka. Melalui visi, tindakan dan pengaruh, mereka mengubah
arah aspek-aspek yang besar dalam organisasi. Kepimpinan transformational
dengan merujuk kepada proses pembinaan komitmen ke arah objektif organisasi
dan penurunan kuasa kepada para pengikutnya untuk memenuhi objektif-objektif
tersebut.
Menurut Weese (1994) kepimpinan tranformasi telah menemui "bukti yang
meyakinkan" untuk kepentingan "kejayaan dan kelangsungan hidup" sesebuah
organisasi kepimpinan. Beliau berkata bahawa pemimpin-pemimpin
transformasi, terutamanya, "mempunyai kesan positif ke atas kepuasan pekerja,
produktiviti dan keberkesanan organisasi. Pemimpin-pemimpin yang dianggap
tranformasi menumpukan usaha-usaha mereka kepada matlamat jangka
panjang, meletakkan nilai-nilai dan memberikan penekanan kepada
pembangunan dan menginspirasikan para pengikutnya untuk mengejar visi,
mengubah dan menyelaraskan sistem untuk memenuhi visi. Mereka bukannya
bekerja dalam sistem yang sedia ada atau melatih para pengikutnya untuk
mengambil tanggung-jawab terhadap pembangunan diri sendiri dan juga orang
lain.
3. Transformasi Dalam Sistem Ko-Kurikulum di Sekolah.
Sebagai pemimpin utama dalam sekolah guru besar peranan utama adalah
menjadikan diri mereka sepabagi pemimpin tranformasi dalam ko-kurikukun dan
sukan yang cekap berkesan. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai
Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Enam NKRA (National Key Result Areas) telah dikenalpasti untuk menuju ke arah
transformasi Kerajaan dan ianya adalah mempertingkatkan pencapaian pelajar.
Program Satu Murid Satu Sukan . Program aktiviti ko-kurikulum seperti sukan
dan permainan, kelab dan persatuan dan unit beruniform adalah platform
menjadikan pelajar cergas dan aktif . Penglibatan mereka dalam sukan tahunan
Sekolah, Majlis Sukan Zon, Majlis Sukan Daerah dan Negeri sebagai wakil ada
duta kecil sekolah. Ia adalah satu kepuasan kepada pencapaian pelajar tersebut.
Kurikulum sekolah, sekarang sedang bergerak ke arah tidak lagi berorientasikan
peperiksaan sepenuhnya disifatkan sebagai langkah tepat bagi melahirkan
modal insan holistik. Zainal Kling (2010) berpendapat, kerajaan mahukan

perubahan transformasi kepada system pendidikan. Perubahan ini memberi


peluang seimbang kepada pelajar untuk menonjolkan diri. Pelajar juga sudah
pasti mendapat peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang
cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam Ko-kurikulum dan
Sukan di sekolah. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang
memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan
dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam. Melalui SPPK
penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR dikurangkan. Manakala KSSR ( Kurikulum
Standard Sekolah Rendah) Tahun Dua bermula tahun 2012.
Sebagai pemimpin di sekolah guru besar menjadi agen peubahan tranformasi
untuk menjayakan misi nasional. Langkah kepimpinan negara yang mahukan
transformasi kepada system pendidikan adalah bertepatan dengan keperluan
semasa. Sistem pendidikan yang tidak berorientasi sepenuhnya peperiksaan
mampu memperkasa pelajar dalam aspek kemahiran tambahan dalam kokurikulum dan sukan. Ia transformasi yang tepat kerana di peringkat universiti,
sistem ini telah dilaksanakan dan diberi penilaian yang sewajarnya. Adalah
penting aspek tambahan ini dinilai di peringkat sekolah bagi melahirkan pelajar
yang bermotivasi sepanjang masa kerana asas itu telah ada di peringkat sekolah.
Sebelum ini, rata-rata pelajar hanya bermotivasi ketika menjelang musim
peperiksaan da mengabaikan akitiviti ko-kurikulum dan kurang kemahiran
tambahan. Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan menyebabkan
kematangan pelajar terhad dan kelihatan jumud.
Khoo Kay Kim (2010) menegaskan, kerajaan perlu melakukan perubahan kepada
guru-guru terlebih dahulu. Beliau yang juga pakar sejarah berkata, untuk
menjayakan transformasi dalam pendidikan, ia banyak bergantung kepada guru.
Guru terlebih dahulu perlu ditransformasi untuk menjadi pemimpin
bertranformasi agar mereka boleh menjadi pendidik dan bukannya sekadar
tenaga pengajar bagi membolehkan pelajar lulus peperiksaan. Elemen sahsiah
diri dan kemahiran tambahan banyak bergantung kepada peranan guru itu
sendiri. Jika tidak, transformasi bagi melahirkan modal insan holistik pasti sukar.
4. Cabaran Guru Besar Sebagai Pemimpin Tranformasi
Menurut (Leithwood, 1992,1994). Di antara cabaran-cabaran tersebut adalah,
ketidak pastian agak yang ketara tentang cara dan hasil dalam bidang
pendidikan (educational mean and end) perhatian bukan hanya diperlukan untuk
melakukan tranformasi (perubahan) teknologi di sekolah tetapi juga kepada
mereka bentuk semula sekolah yang akan menyokong perubahan-perubahan
tersebut tumpuan harus diberikan kepada komponen pedagogi sekolah yang
kompleks wujudnya keinginan untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai
bidang yang prodesional. Menurut Leithwood lagi, kepimpinan transformasi telah
didapati sesuai untuk menghadapi cabaran-cabaran berkenaan kerana ianya
berpotensi untuk membina komitmen yang tinggi dikalangan guru-guru yang
diperlukan dalam agenda penstrukturan semula yang komplek dan tidak jelas
sifatnya. berkemampuan untuk mempertingkatkan keupayaan guru-guru dan
memberikan respon yang produktif kepada agenda yang telah dirancang di

bawah Program Tranformasi Pendidikan Negara


Sekolah menjadi bergantung kepada guru besar dan guru-guru. Cabaran-cabaran
dalam penstrukturan semula telah disebut sebagai penyebab perubahan
kepimpinan daripada Kepimpinan Instructional kepada kepimpinan transformasi
(Leithwood, 1992,1994). Di antara cabaran-cabaran tersebut adalah, ketidak
pastian tentang cara dan hasil yang akan diperolehi. Tranformasi yang di buat itu
sebenarnya bermula dari atas itu guru besar dan mengarah diikuti oleh
pemimpin bawahan ( guru-guru dan kakitangan ) agar golongan sasar akan
dapat menerima perubahan tranformasi. Guru-guru akan berusaha menerima
dan menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Ketidak pastian hasil
bergantung kepada maklumbalas terhadap perubahan tersebut, mungkin
tranformasi diterima oleh sekolah, mungkin juga sekolah akan menentangnya.
Perhatian bukan hanya diperlukan untuk melakukan tranformasi tetapi, guruguru kena bersedia dan menyokong perubahan-perubahan yang akan
dilaksanakan. Guru besar, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah pemimpin
dan agen dalam tranformasi, mungkin boleh menjadi musuh dalam selimut dan
berusaha menghancurkan secara diam-diam. Tindakan ini mungkin kerana
berlaku perasaan tidak puas hati terhadap tranfromasi yang dilakukan kerana
menggugat kepentingan mereka. Menurut Leithwood lagi, kepimpinan
transformasi telah didapati sesuai untuk menghadapi cabaran-cabaran
berkenaan kerana ianya berpotensi untuk membina komitmen yang tinggi
dikalangan guru-guru yang diperlukan dalam agenda penstrukturan semula yang
komplek dan tidak jelas sifatnya. berkemampuan untuk mempertingkatkan
keupayaan guru-guru dan memberikan respon yang produktif kepada agenda
yang telah dirancang di bawah Program Tranformasi Pendidikan Negara
5. Kepuasan Dalam Pengurusan Ko-Kurikulum Di Sekolah
Menurut Maday (2000), kepuasan merupakan suatu bahagian yang penting
dalam penyertaan sukan dan juga keseronokan dalam sukan. Kepuasan pelajar
telah diperkenalkan oleh Chelladurai dan Reimer (1997), bertujuan untuk
mengkaji keperluan, kebaikan dan juga perlakuan yang disediakan oleh guru
atau pengurusan sekolah terhadap pelajar. Kepuasan pelajar ditentukan oleh
pencapaian perkara berikut iaitu, kemahiran strategi dalam pengurusan kokurikulum sekolah, latihan dan arahan guru yang diterima oleh pelajar, kejasama
dan perpaduan di sekolah, serta bajet yang bertepatan dengan keperluan kokurikulum dan sukan.
Perkara ini mempengaruhi pengurusan ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
Pengurusan yang baik menyebabkan berlakunya kepuasan kerja. Guru-guru
seronok mengajar dan melatih pelajar dalam sukan dan pelajar pula seronok dan
puas dengan pengajaran dan pembelajaran yang terima. Menurut Lussier dan
Kimball (2004) menyatakan kepuasan kerja disebabkan oleh sikap manusia di
tempat kerja itu sendiri. Apabila guru-guru dan pelajar merasa puas dan seronok
dengan sekolah, apapun bentuk perubahan tranformasi yang diperkenalkan
dengan mudah diterima. Mereka akan secara sedarnya bersikap positif terhadap
tranformasi tersebut, maka kepuasan kerja dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam ko-kurikulum di sekolah akan dapat dinikmati. secara tidak langsung akan

meningkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan sekolah.


Pengurusan yang baik menyebabkan berlakunya kepuasan kerja. Sekiranya
manusia bersikap positif terhadap kerja, maka kepuasan kerja akan dapat
dinikmati dan secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti kerja, Sebaliknya
akan berlaku sekiranya individu bersikap negatif terhadap sesuatu tugas yang
diberikan. Bagi mengurus dan mentadbir sesebuah sekolah bukanlah sesuatu
perkara yang mudah. Guru besar perlu melaksanakan pelbagai jenis pengurusan
seperti peruntukan kewangan, keperluan peralatan sukan , keperluan kemahiran
guru dan kepakaran dalam bidang ko-kurikulum dan sukan serta pengurusan
Panatia Pendidikan jasmani. Sekitanya perubahan perlu dilakukan kerana
terdapat pengurusan ko-kurikulum yang kurang berkesan, tindakan perlu diambil
dan melakukan tranformasi untuk memperbaikinya. .
Menurut Roch (2001) menyatakan seseorang pengurus sumber manusia yang
efektif harus mempunyai ciri-ciri berikut, memahami nilai potensi manusia , tahu
apa yg harus dilakukan dgn sumber manusia yang ada dengan cara yang paling
optimum, menjadi seorang pakar strategi dan juga pakar taktik agar dapat
bersaing dan menilai segala yg berlaku di sekolah . Pengurusan yang strategik
dan sistematik dalam aspek pengurusan sumber manusia yg melibatkan
penyumbangan idea, kepakaran dan tenaga ke arah pencapaian pengurusan
berkesan dalam ko-kurikulum dan sukan sekolah. Pengabungan antara
pengetahuan, kepakaran, potensi, kemahiran dan sikap yg perlu dibangunkan
oleh sesebuah sekolah dan pendorong utamanya ialah guru besar.
Sebaliknya akan berlaku individu bersikap negatif terhadap sesuatu tugas yang
diberikan. Sekiranya pengurusan ko-kurikulum di sekolah diabaikan, manakala
penekanan yang diberikan menapikan hak-hak pelajar dari segi keperluan
pengajaran dan pembelajaran dalam ko-kurikulum akan mencalarkan
pengurusan sekolah. Cross dan Wright (2002) berpendapat pengurusan program
latihan kurang berkesan kerana:
1. Kekurangan fasiliti dan kemudahan sukan yang sesuai,
2. Kebolehan pelajar yang terhad,
3. Kekurangan sokongan dan bantuan dalam bidang sukan
4. Kekurangan guru
Menurut Bompa (1999), tujuan utama program latihan dilakukan ialah untuk
meningkatkan gerak kerja pelajar, kemampuan kemahiran dan
memperkembangkan tahap psikologi yang kuat kualiti sistem latihan bergantung
kepada dua perkara iaitu
(i) Faktor langsung
(ii) faktor sokong
Oleh yang demikian guru besar sebagai agen tranfromasi di sekolah perlu
mengelakkan berlakunya pengurusan program latihan kurang berkesan kerana
akan membantutkan program dan aktiviri ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
Kepimpinan guru besar semestinya menumpu kepada isu dan proses perubahan
dan pembaharuan. Guru besar melihat sekolah dengan perspektif yang lebih
luas, menilai kepada guru-guru, pelajar dan ibubapa kesannya serta berusaha

untuk menggembleng pengaruh melalui kepelbagaian kemahiran, ilmu dan


kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai
dalam pengurusan ko-kurikulum dan sukan di sekolahnya.
6. Pimpinan Transformasi Ko-Kurikulum Yang Cekap Berkesan Di Sekolah
Menurut Burns (1978) pemimpin transformasi akan mengenalpasti dan
mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang
berpotensi. Guru Besar sebagai pemimpin transformasi melihat motif potensi
kepada guru-guru sebagi pembantunya memajukan sekolah dan pelajar output,
yang berkualiti. Berusaha untuk memenuhi keperluan aras tinggi dan mengikat
seluruh jiwa guru-gurunya kearah perubahan berkesan dan pengurusan dan
pembangunan sekolah.

6.1 Meningkatkan Perkembangan Staf


Guru besar perlu merancang aktiviti perkembangan staf untuk dilaksanakan
sepanjang tahun bagi tujuan meningkatkan ilmu, keupayaan dan kemahiran
guru. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan meminta guru-guru senior , guru
berpengalaman atau guru biasa yang baru menghadiri kursus untuk
menyampaikan maklumat terkini mengenai sesuatu yang berkaitan dengan kokurikulum dan sukan. Pihak sekolah juga boleh mendapatkan pegawai-pegawai
dari pada pihak Pejabat Pelajaran Daerah , Jabatan Pelajaran Negeri dan
Kementerian Pelajaran. Aspek perkembangan staf ini penting kerana bidang kokurikulum dan sukan merupakan sesuatau yang dinamik dan sentiasa
berkembang mengikut peredaran masa. Semua guru perlu didedahkan tentang
perkembangan terbaru dan terkini dalam bidang pendidikan. Hasil dari
kepimpinan transformasi ini adalah suatu perhubungan yang saling meransang
dan mempertingkatkan yang akan mengubah pengikut-pengikut menjadi
pemimpin dan mungkin mengubah pemimpin- pemimpin menjadi agen-agen
moral."
6.2 Memiliki Kemahiran Asas Perhubungan Manusia
Guru besar semestinya memiliki kemahiran teknik iaitu kemahiran
mengendalikan sesuatu tugas. Contohnya kemahiran dalam perhubungan
manusia, kemahiran memahami dan bekerjasama , kemahiran mendorong dan
memimpin , kemahiran konsep iaitu kebolehan mental dan intelek untuk
menganalisa sesuatu perkara, kemahiran kreatif, kemahiran membuat keputusan
mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya , kemahiran mengurus masa
dalam menggunakan masa secara produktif. Kemahiran asas ini dijadikan
sebagai suatu bentuk pengurusan untuk mencapai objektif sekolah melalui guruguru sebagai tenaga kerja sumber manusia. Ia juga akan meningkatkan
kepuasan kerja dikalangan guru-guru ke arah pencapaian potensi dan kapasiti
yang optimum seterusnya akan meningkatkan komitmen pelajar di sekolah untuk
meningkatkan prestasi dan kualiti ko kurikulum dan sukan

6.3 Guru Besar Sebagai Penyeleasai Masalah Di Sekolah


Menurut Yukl (1989) Kepimpinan transformasi sebagai satu proses untuk
mempengaruhi perubahan-perubahan yang besar dari segi sikap dan andaianandaian ahli-ahli sesebuah organisasi dan membina komitmen untuk mencapai
misi, objektif dan strategi organisasi berkenaan:
"the process of influencing major changes in the attitudes and assumptions of
organizational members and building commitment for the organizations mission,
objectives and strategies."
Dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum yang berkualiti dan berkesan, sudah
tentu guru dan pelajar yang menghadapi masalah kemahiran, peruntukan
kewangan, peralatan dan sukan. Sebagai guru besar hendaklah mendengar
semua masalah yang di suarakan kepadanya dan mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah dengan kadar yang segera. Oleh yang demikiain guru
beser hendaklah membaca, berbincang dan berusaha meningkatkan tahap
profesionalisme guru-gurunya, supaya mudah membantu pihak lain jila
diperlukan. Dengan ini, diharapkan bantuan, sokongan dan peranan mereka
sebagai penyelesai masalah atau trouble shooter akan membolehkan aktiviti kokurikulum dan keseuaian akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Guru besar adalah pemimpin yang memiliki pengaruhi yang dapat mengatasi
individu yang berinteraksi secara terus dengan mereka. Melalui visi, tindakan
dan pengaruh, mereka mengubah arah aspek- aspek yang besar dalam sekolah.
Kepimpinan transformasi memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi
dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Kepimpinan jenis ini
memerlukan seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak
tamak dan tidak mencemburui guru-gurunya.
Guru besar adalah pemimpin mengilhamkan atau menginspirasikan para gurugurunya untuk mengenalpasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang
berfokus atau berpusat. Pemimpin-pemimpin yang dianggap tranformasi
menumpukan usaha-usaha mereka kepada matlamat jangka panjang,
meletakkan nilai-nilai dan memberikan penekanan kepada pembangunan dan
menginspirasikan para guru-gurunya untuk mengejar visi, mengubah dan
menyelaraskan sistem untuk memenuhi visi. Mereka bukannya bekerja dalam
sistem yang sedia ada atau melatih para pengikutnya untuk mengambil
tanggungjawab terhadap pembangunan diri sendiri dan juga orang lain. (Howell
& Avolio, 1993).

6.4 Cara Mengatasi Penentangan (Perubahan ) Tranformasi


Penentangan terhadap perubahan adalah suatu tanda bahawa ada sesuatu yang
silap dengan perubahan itu ataupun kesilapan telah dibuat dalam

mengemukakannya. Oleh yang demikian, guru besar mestilah menentukan


sebab-sebab sebenar penentangan itu dan kemudiannya bersikap fleksibel untuk
mengatasinya dengan cara yang berkesan. Menurut Kotter dan Sclesinger
(dalam Stoner dan Wankel , 1989), terdapat teknik cara mengatasi penentangan
terhadap perubahan, seperti pendidikan dan komunikasi. Jika keperluan dan logik
tentang perubahan itu diterangkan awal-awal lagi, sama ada secara individu
kepada guru-guru pelajar, dan ibubapa . Bawa dalam mesyuarat , melalui
kempen-kempen pandang-dengar secara terperinci serta membuat perindingan
dan perbincang. Usaha ini boleh menandu jalan ke arah melaksanakan
perubahan. Kejayaan akan bergerak lebih lancar sekiranya kedua-dua pihak yang
berkrisis mendapat persetujuan bersama. Penyertaan dan penglibatan yang
terlibat amay penting agar penentangan terhadap perubahan boleh dikurangkan
atau dihapuskan dengan memastikan mereka yang terlibat mengambil bahagian
dalam reka bentuk perubahan, ( Coch dan French, dalam Stoner dan
Wankel,1989 ).
Guru besar perlu melakukan permudahan sokongan agar yang terlibat memberi
kerjasama. Memudahkan proses tranformasi (perubahan) dengan memberi
sokongan kepada mereka yang terlibat menjayakannya adalah satu lagi cara
para guru besar sebagai pemimpin perubahan boleh menghadapi penentangan.
Menurut Armstrong (2001) empat ciri-ciri utama kepimpinan transformasi itu, (a)
tingkah laku beretika, (b) wawasan dan matlamat bersama, (c) peningkatan
prestasi melalui kepimpinan berkarisma, dan (d) kepimpinan melalui teladan.
Bila berlaku penentangan adalalah tempoh yang sukar, dengan memberikan
sokongan emosi dan pengertian boleh membantu. Ada kalanya guru besar perlu
mengadakan perundingan dengan bakal-bakal penentang atau mereka yang
berhasrat akan menentang seperti guru, pelajar dan ibubapa, dan malahan
mendapatkan jaminan bertulis yang merupakan persetujuan dari penentang
yang terlibat dengan perubahan itu.
7 Penutup
Seseorang guru besar semestinya mampu menghasilkan suatu perubahan atau
transformasi pada mereka yang dipimpinnya, dirinya sendiri dan sekolah ke arah
tujuan yang ditetapkan bersama. Semua perkara yang dinyatakan di atas boleh
dijadikan panduan kepada guru besar dalam melaksanakan tugasnya sebagai
pemimpin tranformasi di sekolah. Dengan memberikan keutamaan kepada
bidang kurikulum dan ko-kurikulum dalam melaksanakan tugas hariannya, di
harapkan sekolah akan menjalankan fungsi utamanya sebagai tempat
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu matlamat untuk melahirkan modal insan
yang berilmu pengetahuan, mempunyai pelbagai ketrampilan dan berakhlak
tinggi yang berasaskan Falsafah Pendidikan Negara akan dapat dihasilkan.
Semoga sekolah akan terus melahirkan sumber manusia yang berkualiti dan
berketrampilan pada masa hadapan sesuai dengan harsat untuk menjadikan
negara kita sebagai negara maju melalui Wawasan 2020

Anda mungkin juga menyukai