Anda di halaman 1dari 10

SOALAN KBAT

Soalan KBKK sejarah dalam SPM seringkali menghantui murid-murid. Ini kerana mereka
menganggap soalan KBKK adalah sukar dan memerlukan tempoh berfikir yang lama dalam
membina jawapan KBKK.
Kita perlu ubah persepsi ini kerana soalan KBKK adalah mudah; sebab soalannya adalah
terbuka jadi jawapan KBKKnya juga adalah terbuka. Ini bermaksud jawapan KBKK tidak
terikat dengan peraturan pemarkahan. Selagi jawapan yang diberikan oleh murid adalah
munasabah maka markah yang baik akan diberi.
Jika calon SPM tidak menjawab soalan KBKK sejarah(biarkan kosong) maka sudah tentu
tiada markah akan diberikan tetapi jika calon menjawab soalan KBKK walaupun calon
merasakan jawapan tersebut seperti salah/terpesong peluang dapat markah tetap ada. Jadi
yang mana satu lebih baik? Menjawab atau tidak menjawab? Sudah tentu menjawab.
Beberapa garis panduan menjawab soalan KBKK sejarah SPM. Semoga ianya bermanfaat
buat semua calon SPM:
1. KENAL PASTI BENTUK SOALAN KBKK. LAZIMNYA ADA 3 BENTUK
SOALAN KBKK IAITU:

Kontek diri (generasi muda)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif.

Kontek negara (rakyat)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan positif

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda-fakta sejarah/pendapat sendiri yang


berlandaskan fakta.
2. BERANI KELUARKAN APA SAHAJA IDEA YANG LOGIK WALAUPUN ANDA
BERASAKAN IDEA ITU TIDAK HEBAT.
3. BERIKAN PENDAPAT YANG MUDAH SERTA RINGKAS SERTA AYAT YANG
LENGKAP DAN TIDAK TERGANTUNG.
4. PECAHKAN JAWAPAN ANDA KEPADA ISI-ISI JAWAPAN YANG KECIL.
5. JAWAPAN ANDA TIDAK SEMESTINYA DALAM KONTEK SEJARAH KERANA
SEMUA ASPEK JAWAPAN ADALAH DITERIMA!

CONTOH BENTUK SOALAN KBKK KONTEK DIRI (GENERASI MUDA)


Soalan: Sebagai warganegara yang cintakan tanah air, jelaskan persiapan anda lakukan
untuk mempertahankan Malaysia daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan.
Perhatikan ayat yang dihitamkan, ini menunjukkan soalan KBKK ini berbentuk kontek diri.
Cadangan rangka jawapan KBKK yang boleh calon berikan:
1. Dari sudut akhlak diri:

mematuhi ajaran agama

mematuhi larangan agama

jujur dalam perbuatan

bertanggungjawab terhadap perbuatan

menghindar budaya negatif

kuat beribadah

taat kepada Tuhan/Allah

sentiasa muhasabah diri

2. Dari sudut positif diri:

rajin belajar/ulangkaji pelajaran

amalkan pendidikan sepanjang hayat

kuasai ilmu

kuasai kemahiran teknologi

kuasai pelbagai bahasa/bahasa Inggeris

tidak mudah putus asa

berdikari

kreatif dan inovatif

berani mencuba

tidak mementingkan diri sendiri

sanggup berkoraban untuk kebaikan

berdisiplin

menjaga jati diri

berani menegakkan kebenaran

tegas pertahankan idea


2

bijak bertindak

bijak merancang masa depan

bersemangat waja

berbudi bahasa

3. Dari sudut hubungan sosial:

meningkatkan perpaduan kaum

semangat kekitaan

semangat bermasyarakat

bersedia bekerjasama

saling menghormati

menghargai rakan

bertolak ansur

menghormati pegangan agama lain

menghormati amalan budaya orang lain

membantu golongan yang memerlukan

menyokong dasar-dasar kerajaan

aktif dalam aktiviti sukarela

4. Dari sudut patriotisme:

cinta akan negara

setia kepada negara

menjaga nama baik negara

sanggup berkorban demi negara

berani berjuang

bersemangat kental

sanggup mempertahankan maruah negara

bijak merancang strategi sebelum bertindak

kekalkan kedaulatan negara

negara kita tanggungjawab kita

sepakat dalam perjuangan

berbangga dengan keunikan negara

menghormati perjuangan tokoh-tokoh negara


3

sedia berubah untuk kemajuan

tolak ansur dalam menghadai konflik

menolak amalan rasuah.

CONTOH BENTUK SOALAN KONTEK NEGARA (SEBAGAI RAKYAT)

Soalan: Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan Bani Abbasyiah,


terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia lebih
gemilang pada masa akan datang.
Perhatikan ayat yang telah dihitamkan. Ini bermaksud soalan KBKK tersebut adalah
berbentuk kontek negara (sebagai rakyat).
Cadangan rangka jawapan yang calon boleh berikan:
ASPEK POLITIK:
1. Dari sudut kepimpinan:

memilih pemimpin yang benar-benar layak

memilih pemimpin yang berwawasan

memilih pemimpin yang jujur dan amanah

memilih pemimpin yang cemerlang

menghormati pemimpin

mencontohi pemimpin agung/Nabi Muhammad s.a.w

menolak pemimpin yang rasuah

2. Dari sudut keamanan:

mengekalkan keamanan negara

tidak memainkan isu yang sensitif

menghormati hak asasi

menghormati agama lain

menghormati budaya lain

mematuhi undang-undang negara

menolak sebarang bentuk keganasan

mengamalkan konsep 1 Malaysia


4

elak campur tangan asing

menghormati amalan demokrasi

menghargai keamanan

tidak bersikap fanatik

menegakkan undang-undang yang adil

menghormati prinsip demokrasi

menghormati suara ramai

mewujudkan perpaduan kaum

menolak politik perkauman

3. Dari sudut hubungan luar

mengelakkan peperangan

bersahabat dengan semua negara

menghormati negara lain

menghapuskan diskriminasi

bersama menentang gejala negatif

elakkan campurtangan asing

membantu negara yang memerlukan

adil kepada semua negara

menyokong usaha-usaha keamanan

mengamalkan prinsip berkecuali

mengelakkkan perlumbaan senjata

berpegang kepada nilai sejagat

menentang penggunaan senjata nuklear

menyokong keputusan PBB

ASPEK SOSIAL
4. Dari sudut pendidikan:

menekankan kepentingan pendidikan

menambah peruntukan bagi pendidikan

melaksanakan dasar pendidikan wajib

memperbanyakkan pusat pengajian tinggi

menghargai para ilmuan


5

menggalakkan kajian dan penyeliddikan

membudayakan pendidikan sepanjang hayat

memberi biasiswa

membudayakan ilmu

memperbanyakkan perpustakaan

menambah bilangan penuntut PhD

menghargai sistem pendidikan negara

meluaskan capaian internet

5. Dari sudut hubungan kaum:

meningkatkan perpaduan kaum

bersedia bekerjasama

saling menghormati

saling menghargai

menghormati pegangan agama lain

menghormati amalan budaya lain

menghormati kebebasan beragama

menyokong budaya kebangsaan

tidak memperbesarkan perbezaan yang wujud

mengamalkan nilai-nilai murni

membudayakan gotong royong

semangat kejiranan

bertolak ansur

6. Dari sudut alam sekitar:

menyokong pemeliharaan alam sekitar

menyertai kempen alam sekitar

menjaga kebersihan

tidak membuang sampah merata-rata

menyokong teknolgi hijau

mengelakkan pencemaran

menjimatkan tenaga

menyokong penggunaan tenaga solar

menyokong program kitar semula


6

mengelakkan pembakaran terbuka

7. Dari sudut kesihatan:

sentiasa bersenam

amalan pemakanan yang seimbang

amalkan gaya hidup sihat

sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan

tidak merokok

tidak mengamalkan seks bebas

hindari penyalahgunaan dadah

ASPEK EKONOMI
8. Dari sudut kemajuan ekonomi:

menggunakan semua sumber negara

meneruskan kecemerlangan sedia ada

bekerja kuat bagi memajukan ekonomi

menumpukan kemahiran tinggi

menambah bingan pekerja mahir

membina pusat latihan

mengurangkan karenah birokrasi

berusaha dan produktif

mengekalkan kestabilan ekonomi

memajukan IKS

memajukan industri asas tani

memajukan perdagangan antarabangsa

menghasilkan produk yang berkualiti

memberi bantuan kewangan

memberi bantuan mesin/tekologi

memberi bantuan teknikal

9. Dari sudut mencari peluang baru:

mencari peluang ekonomi baru

meluaskan pasaran

meningkatkan kajian dan pembangunan (R&D)


7

melakukan inovasi
menyediakan kemudahan asas
idea bertaraf dunia
mampu mereka cipta
menarik pelabur luar
berani mengambil risiko
mengantarabangsakan produk negara
menyediakan pelbagai insentif
menumpukan kepada k-ekonomi
soalan KBAT
KBAT BERFOKUS KEPADA PEMIKIRAN ARAS TINGGI MEMBERI TUMPUAN PADA
i. MENGAPLIKASI-Kebolehan menggunakan pengetahuan untuk menghasilkan sesuatu
yang baru
ii MENGANALISIS- mencerakin atau menstruktur maklumat
iii MENILAI- membuat pertimbangan berdasarkan kriteria
iv MENCIPTA- menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu

contoh soalan ANALISIS


Perjuangan seorang pemimpin sangat penting dalam usaha mempertahankan maruah dan
kedaulatan negara.
Bandingkan peranan yang dimainkan oleh pemimpin setempat menentang perluasan
pengaruh British pada awal abad ke-19 dengan pemimpin masa kini dalam usaha memelihara
dan mengekalkan kedaulatan negara dan bangsa.
jawapan yang dicadangkan ialah
PEMIMPIN SETEMPAT
MASA KINI

PERSAMAAN

mempertahankan hak
membangunkan negara

mempertahankan tanahair

bersifat setempat
global

bersungguh-sungguh berjuang

PEMIMPIN

bersifat

alat tradisional
ilmu & teknologi

anti kuasa asing

pentingkan

contoh soalan MENCIPTA


Pada 21 Julai 1875 Dato Maharajalela dan pembesar-pembesar Melayu telah mengadakan
mesyuarat di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.
Jika anda menjadi salah seorang ahli dalam mesyuarat tersebut terangkan cadangan yang
boleh dikemukakan untuk menghalang campurtangan British di Perak tanpa berlaku
pertumpahan darah.
cadangan jawapan
Mengadakan rundingan dengan pihak British
Mendesak British mengurangkan cukai
Memajakkan Pulau Pangkor kepada British
Meminta bantuan daripada kerajaan Melayu lain
contoh soalan APLIKASI
Sekiranya anda adalah Tok Janggut bagaimanakah anda akan mengekalkan kedaulatan di
kawasan pentadbiran anda?
cadangan jawapan
mengadakan rundingan
menyatukan penduduk
membuat pemodenan
menjalin hubungan erat dengan pembesar luar daerah/negeri
sebagai generasi muda yang patriotik bagaimana anda memainkan peranan dalam
mengukuhkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat hari ini.
cadangan jawapan
cinta negara
menghayati rukun negara
mengukuhkan perpaduan
mematuhi peraturan /undang-undang
menguasai ilmu pengetahuan
9

menguasai pelbagai kemahiran


menghayati konsep 1 malaysia
mengamalkan semangat toleransi
contoh soalan menilai
Apakah perasaan anda apabila melihat sekumpulan remaja sedang memijak bendera
Malaysia?Nyatakan tindakan anda terhadap kumpulan ini?
cadangan jawapan
marah/sedih/kecewa
tindakan
menasihati / melaporkan pada ketua kampung/memberitahu ibubapa mereka

10