Anda di halaman 1dari 9

10 Raksasa Menyeramkan dalam Filem

Semenjak terciptanya filem, telah wujud beberapa filem yang mengisahkan tentang raksasa.
Terdapat pelbagai jenis raksasa baik dari alam ghaib mahupun yang tampak realistik dan
menyeramkan. Filem yang bakal ditayangkan iaitu 10 Cloverfield Lane, biarpun belum dilihat
dan diselubungi misteri, adalah sedikit berkaitan dengan filem raksasa sebelumnya, iaitu
Cloverfield. Peminat terpaksa menunggu untuk melihat kaitan di antara dua filem tersebut,
tetapi pasti akan banyak raksasa yang bermain di minda.

Dengan itu, sekarang merupakan masa sesuai untuk kiraan sepuluh raksasa paling
menakutkan dari filem dan mengapa mereka begitu menarik biarpun menggerunkan.
Sebelum itu, kita akan mengenepikan Dracula, raksasa Frankenstein, pembunuh bersiri Jason
Voorhees, dan yang lain-lain yang tampak dalam bentuk manusia. Untuk senarai ini, kita lebih
mengutamakan makhluk yang tidak berupa manusia.

10. CLOVER, Cloverfield


Disebabkan senarai ini diinspirasikan oleh filem 10 Cloverfield Lane, kita akan mulakan
dengan salah satu filem raksasa terkenal masa kini iaitu Cloverfield. Raksasa yang dikenali
sebagai Clover oleh pihak produksi, biarpun tidak diberi nama rasmi dalam filem, peminat
hanya melihat imej kurang jelas dari rakaman video tangan yang bergegar. Penerbit file mini,
iaitu J.J. Abrams mahupun sesuatu yang gila dan tegang seperti Godzilla, dan melihat
bagaimana Clover menghancurkan kawasan Bandar Cloverfield, ianya memang hasil yang
diinginkan penerbit. Makhluk tersebut juga disifatkan kurang matang dan seolah-olah
terasing/terpisah dari kumpulan, yang mungkin penyebab makhluk tersebut bertindak ganas.
Filem ini lebih menumpukan kepada kejadian serangan tanpa menunjukkan raksasa-raksasa
tersebut secara spesifik.

9. MAKHLUK ASING, Invasion Of The Body Snatchers


Filem Invasion of the Body Snatchers samada versi asal tahun 1956 ataupun versi
pembikinan semula tahun 1978, konsepnya memang menakutkan. Tidak tahu siapa yang
boleh dipercayai, dan melihat sekeliling, memandang wajah orang-orang yang dikenali, dan
tertanya-tanya samada adakah ia betul-betul orang yang anda kenali, pasti akan
menimbulkan tekanan, paranoia dan ketakutan. Filem ini menggunakan perasaan curiga dan
ketidakpercayaan sama seperti zaman Perang Dingin, tetapi melalui teropong fiksyen sains. Ia
menjadi gabungan menyeramkan antara fiksi, seram dan metafora, dan ada sebab mengapa
filem-filem ini masih menyebabkan bulu roma kita meremang walaupun berdekad kemudian.

8. TROLLS, Trollhunter
Terdapat pelbagai jenis makhluk menarik di dalam mitos dan lagenda, tetapi diendahkan
sebagai relic, ataupun kisah zaman lama, dan diceritakan semula untuk menakutkan kawankawan semasa perkhemahan unggun api. Tetapi bila makhluk tersebut dihidupkan semula di
filem, mereka boleh menjadi sangat menakutkan. Inilah kesan filem seram Norway iaitu
Trollhunter yang menggunakan kaedah found-footage. Mengisahkan tentang sekumpulan
pelajar yang menyiasat tentang siri pembunuhan beruang, tetapi apa yang mereka jumpai
adalah Troll, makhluk yang mereka sangka hanyalah kisah dongeng. Mereka mengikut
pemburu Troll yang terakhir menjejak dan memerangkap raksasa ini. Kesan khas raksasa ini
tampak semulajadi, dan elemen lucu, pengembaraan dan seram juga ditonjolkan pada
penonton dari mula hingga akhir tayangan.

7. GWOEMUL, The Host


Studio kesan khas, Weta Workshop, lebih dikenali atas hasil kerja mereka untuk filem Lord of
the Rings, arahan Peter Jackson, tetapi mereka juga mempunyai hasil yang mengagumkan
dalam bentuk raksasa yang muncul dalam filem The Host. Diinspirasikan oleh kejadian
sebenar di Sungai Han, Korea Selatan, di mana ikan-ikan yang kelihatan bermutasi, dan
kurang sempurna, raksasa tersebut adalah gabungan kesan digital dan praktikal, mejadikan ia
tampak benar dan menakutkan. Makhluk tersebut merupakan hasil pembuangan sisa kimia.
Filem ini berubah dari lucu, kemudian sedih, serius dan juga menyeramkan. Jalan cerita
perlahan tetapi teratur, menarik dan memukau serta menghasilkan emosi yang kuat pada
penonton, agak tidak disangka bagi filem mengenai raksasa besar yang sedang mengamuk.

6. PSYCHOMATIC OFFSPRING, The Brood


Seperti The Host, sebab besar mengapa makhluk dari filem tahun 1979, iaitu The Brood
arahan David Cronenberg adalah sangat menyeramkan adalah kerana ia datang dari manusia,
tetapi dalam cara yang berbeza. The Host adalah hasil tindakan luaran kita, manakala
Psychomatic Offspring adalah hasil kehidupan dalaman salah satu watak filem tersebut.
Psychomatic Offspring merupakan manifestasi fizikal secara tidak sengaja, dari kemarahan
dan kebencian Nola (Samantha Eggar). Makhluk ini hidup, untuk menjalankan keinginannya
yang paling dalam dan gelap, tanpa dia mengetahuinya. Ganas serta menjijikkan, mereka
lebih dari pembunuh kecil yang menakutkan. Melalui tindakan makhluk, filem ini menunjukkan
ketakutan asas dan mendalam manusia, takut untuk mempunyai anak, penganiayaan jantina
dan pelbagai perkara, yang kita tidak mahu akui wujud.

5. ALIEN, The Thing


Pada mulanya diendahkan pengkiritik sewaktu tayangan awal, filem The Things arahan John
Carpenter pada tahun 1982 masih lagi dianggap filem paling menyeramkan sepanjang abad.
Tidak tahu siapa untuk dipercayai, diyakini, jika orang sekeliling adalah benar-benar diri
mereka., memang menimbulkan ketakutan dalam benak. Berlatar belangkan stesen Antartica
yang terasing, kehadiran makhluk asing yang boleh berasimilasi dan menjadi mana-mana
hidupan yang disentuh. Dari situ, pengarah meningkatkan lagi tekanan dan paranoia
sepanjang perjalanan filem, sedang para penghuni stesen tersebut cuba mengenalpasti
siapakah manusia, siapakah makhluk asing, dan cara untuk terus hidup sehingga mereka
menemukan kebenaran.

4. ZOMBI, Night Of The Living Dead


Zombi moden yang diperkenalkan kepada dunia, oleh George Romero melalui filem tahun
1968, Night of the Living Dead adalah perlahan dan cara mereka bergerak agak pelik.
Ramai penonton yang melihat dan mengatakan Zombi ini tidak menakutkan, saya boleh
melarikan diri dari mereka dengan mudah. Ianya benar, tapi inilah yang sebenarnya
membuat mereka lebih menakutkan. Seorang zombi, adalah perkara kecil, tetapi sepuluh, dua
puluh, seratus dengan jumlah besar mereka menjadi seperti bencana alam, seperti runtuhan
salji atau hempasan ombak. Mereka perlahan, tetapi mereka lebih kuat. Dan manusia pasti
akan letih, kehabisan peluru, dan berhenti berlari tetapi zombi ini tidak akan pernah berhenti.
Walaupun dengan interprasi baru mengenai zombie, melalui siri The Walking Dead, penonton
boleh melihat kekuataan dan ancaman sebenar zombie apabila mereka menjadi banyak.

3. GODZILLA, Godzilla
Godzilla seperti kita ketahui merupakan makhluk reptilian pelik, setinggi bangunan pencakar
langit yang menghembuskan api dan sering menghancurkan bangunan-bangunan di pusat
metropolitan seluruh dunia. Apa yang menjadikan Raja Raksasa ini lebih menakutkan, biarpun
dalam bentuk yang berubah-ubah, kewujudannya adalah disebabkan kita. Dalam bentuk
awalnya, dalam penampilan pertama di layar panggung pada tahun 1954, Godzilla
merupakan metafora kepada paranoia dan ketakutan kepada perkembangan senjata
nucklear, yang terjaga dan terganggu oleh ujian-ujian atom. Godzilla, tahun 2014, serta
raksasa lain, juga terjaga oleh kemusnahan alam dan menjadi pembalasan oleh kesilapan
manusia.

2. JERUNG, Jaws
Beberapa perkara yang menakutkan para penonton seperti amukan alam, dan betapa
kecilnya kawalan manusia terhadap alam. Tiada yang lebih mendalam dan mengasyikkan
seperti filem Jaws arahan Steven Spielberg tahun 1975. Filem ini bukan sahaja mendapat
sambutan hangat malah menimbulkan ketakutan pada seluruh masyarakat dan membuat
mereka berfikir Mungkin saya tidak mahu pergi berenang hari ini. Mudah untuk membuat
persamaan antara Jaws, yang mengisahkan tentang tiga orang yang memburu Jerung Putih
yang menakutkan penduduk di sebuah komuniti kecil di New England dengan buku Moby Dick
(berkaitan pemburuan ikan paus).

1. XENOMORPH, Alien
Makhluk asing pembunuh berperisai dan setinggi 8 kaki dengan gigi tajam dan ekor yang
tajam, dan mempunyai darah berasid? Apa yang tidak menakutkan tentang raksasa sebegini?
Suka memburu dan tidak tahu berhenti, raksasa yang dicipta oleh seorang Swiss bernama
H.R. Giger, ianya bagaikan makhluk dari mimpi ngeri. Dengan struk social seperti penyengat
atau anai-anai, dengan pelbagai kasta dan jenis yang berkhidmat untuk ratu pusat, mereka
membiak dengan membaluti muka manusia, menanam embrio di dalam tubuh manusia
tersebut, yang kemudian membesar dan mengoyakkan bahagian dada dari dalam sedang
mangsa melihat. Itu merupakan sebab paling baik, ancaman luar angkasa dari filem Alien
Ridley Scott dari tahun 1979, dan filem-filem yang menyusul merupakan raksasa filem paling
mengerikan sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai