Anda di halaman 1dari 12

ISU SIKAP IBU BAPA DAN

MASYARAKAT

GSB1012
KERJA KURSUS

ASPASIA ANAK ROBIN

TOPIK:

1. Remaja yang
kekurangan ilmu tentang
agama
2. Mendiskriminasikan
orang yang berlainan
bangsa

lebih lanjut berkenaan dengan video


1.Video yang bertajuk 'Fitrah, A Malaysian Story'
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak
berbangsa Cina yang kehilangan kedua-dua ibu
bapanya. Dia kemudiannya dijaga oleh ibu
saudaranya, Mary, yang beragama Islam yang
berkahwin dengan Yasin, suaminya. Dari kecil,
dia dipulaukan kerana dia merayakan Hari Raya
walaupun dia berbangsa Cina (mengikut apa
yang diperkatakan oleh rakan sekelasnya. Di
sini kita dapat lihat betapa kurangnya
kefahaman kanak-kanak tentang sambutan
Hari Raya kerana individu yang beragama Islam
yang menyambut Hari Raya.) Beberapa tahun
telah berlalu dan ayahnya jatuh sakit. Dia tidak
sempat menjenguk ayahnya buat kali terakhir.

Kali terakhir dia bertemu dengan ayahnya,


beliau berpesan, "Dalam hidup ini, banyak
yang kita mahu. tapi kita lupa, hidup
bukan untuk selamanya. Dan dalam apa
yang sempat kita nikmati, segala-galanya
telah ditentukan Tuhan. Bersyukurlah
dengan ujian yang telah kita tempuhi,
untuk kita sedar fitrah kita di muka bumi."
Dia berpegang kepada nasihat ayahnya
itu.

PENGENALAN
1.Anak-anak muda tidak memahami budaya dan
sambutan perayaan masing-masing
2.Ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka
terhadap pembentukan sahsiah anak-anak.
3.Anak-anak harus dididik dengan sempurna
supaya menjadi insan yang bersantun dan
dapat memberikan manfaat kepada
pembangunan negara.
4.Mereka harus diberi kesedaran tentang
kepentingan mengamalkan prinsip moral
supaya dapat mengelakkan huru-hara
terutamanya sifat perkauman seperti yang
ditunjukkan dalam video.

PUNCA-PUNCA
1.Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala
sosial tidak mempunyai didikan agama dan
moral yang mendalam.
2.Ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak.
3. Pengaruh rakan sebaya mendorong remaja
terlibat dalam menguatkan sifat perkauman.
4. Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat
tentang permasalahan remaja malah ada yang
lebih ekstremis.
5. Pengaruh media massa terhadap para remaja.

CADANGAN MENGATASI
1. Mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak
mereka kecil lagi. Ibu bapa patut meluangkan
masa bersama-sama anak-anak untuk memahami
serta mengambil berat tentang kehidupan
mereka agar tidak terlibat dalam kes buli.
2. Ibu bapa patut menjaga anak masing-masing
bagai menatang minyak yang penuh. Anak-anak
akan membesar dan menjadi manusia yang
beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri.
Mereka tidak akan melibatkan diri dengan
masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan
tersebut akan menyakiti hati ibu bapa.

3. Ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anakanak. Ibu bapa patut mengamalkan sikap keterbukaan
yang sederhana supaya dapat mempengaruhi anak untuk
turut berbuat demikian.
4. Ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anakanak. Anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan
nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama.
Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk,
tidak salah memahami budaya agama dan mempunyai
disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul.
5. Ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh
anak-anak terutamanya golongan remaja. Ibu bapa perlu
memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak
kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala
mereka mungkin tersalah langkah.

6. Golongan masyarakat perlulah mengamalkan


sikap penyayang dalam kehidupan seharian.
Remaja akan terpengaruh dengan budaya
masyarakat sekeliling dan mereka akan
terikut-ikut dengan budaya ini.
7. Masyarakat juga perlu sentiasa prihatin
terhadap perkara yang berlaku di persekitaran
mereka. Masyarakat haruslah membuang
sikap tak endah dan mengamalkan sifat
prihatin terhadap perkara yang berlaku di
persekitaran mereka.

RUMUSAN
1.Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
membesarkan anak menjadi seorang yang
bermoral dan bersahsiah mulia.
2.Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkannya. Mereka perlu
dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi
akan ditegur jika membuat kesilapan.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai