Anda di halaman 1dari 6

CONTOH PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN YANG MENARIK.

Soalan Contoh 1
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi
dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah
rasuah perlu dibendung?
Perenggan Pendahuluan Contoh 1
Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras
kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini
membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di
dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti,
contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya
daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh
itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia
yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu
dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit.
Perenggan Penutup Contoh 1
Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen
secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian Apa
yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara
ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi
menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum
menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah
masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan)

Soalan Contoh 2
Bincangkan usaha-usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan
rakyat. Bahagian A)
Perenggan Pendahuluan Contoh 2
Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang,
pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai
anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang
hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi
tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya
Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ?
Perenggan Penutup Contoh 2
Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta
persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air
kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu
dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak
rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi
kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras,
bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.
Contoh pengenalan :
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang
karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Dalam meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi maklumat, faktor
kesihatan masyarakat pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa
terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia. Semakin hari, masalah wabak pelbagai penyakit
semakin menjalar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia tua atau muda. Jika dahulu
masalah darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh
golongan tua tetapi pada hari ini golongan kanak-kanak juga sering dihantui penyakit berkenaan.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011,
angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang
pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Sebenarnya masalah kesihatan
masyarakat mampu diatasi dengan pelbagai cara terutamanya dengan kemudahan prasarana
berkaitan kesihatan semakin banyak disediakan oleh pihak kerajaan. Klinik desa, Klinik 1
Malaysia, Hospital Desa, Hospital Besar merupakan tempat masyarakat mendapat kemudahan
rawatan kesihatan. Persoalannya, mengapakah kadar pertambahan bilangan pesakit yang tidak
mengenal usia berlaku pada zaman sekarang? Bak kata pepatah, setiap penyakit ada ubatnya,

setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Salah satu daripadanya adalah dengan mengamalkan
gaya hidup sihat sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bagaimanakah caranya untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat?
Penutup karangan
Kesimpulannya, pengamalan gaya hidup sihat merupakan inisiatif kita sendiri. Jika kita
inginkan kesihatan kita sentiasa sihat, kita perlulah melibatkan diri dengan melakukan aktivitiaktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan kita seperti pengambilan makanan seimbang,
melakukan aktiviti rekreasi, menyertai aktiviti sukan dan mendapatkan rawatan kesihatan secara
sempurna. Oleh itu, untuk menyokong kerajaan dalam merealisasikan Wawasan 2020, kita
perlulah memastikan tahap kesihatan kita dalam keadaan terbaik kerana pekerja, pentadbir, dan
pemimpin yang sihat jasmani, rohani, emosi dan inteleknya sahaja yang akan dapat membantu
menggapai cita-cita pemimpin untuk memastikan Malaysia mampu untuk duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Justeru, kesihatan merupakan aset paling
penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata pepatah, kesihatan itu lebih penting
daripada wang ringgit yang menggunung.
Contoh pengenalan :
Dalam meniti arus modenisasi yang kian rancak, masyarakat pada zaman millenium ini
sudah semakin ketagih mengejar kemewahan duniawi sehinggakan mereka alpa terhadap
kesihatan tubuh badan mereka. Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan masyarakat
kita akan mengakibatkan hasrat kerajaan untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020
hatta gagasan 1Malaysia sekalipun terbantut. Apakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin
terhadap kemajuan negara dalam mengatasi kemelut ini? Usaha yang dapat kita lakukan bagi
menyelesaikan krisis ini adalah dengan menjalani kehidupan yang sihat. Belakangan ini, banyak
adpertensi disiarkan oleh pihak media bagi memaparkan cara-cara mengemudikan kehidupan
agar sihat dan sejahtera.
Contoh penutup karangan :
Akhirulkalam, jelaslah kepada kita bahawa kehidupan manusia dan kesihatan memang
tidak dapat dipisahkan. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya
hidup sihat agar misi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan menjadi contoh kepada
negara lain tercapai. Maka secara realitinya menunjukkan bahawa betapa penting cara atau
langkah dalam menjana kehidupan yang lebih sihat. Sediakan payung sebelum hujan merupakan

peribahasa yang amat bersesuaian dengan maaduk cara menjaga kesihatan, jadi di sini mencegah
adalah lebih baik daripada mengubatinya. Secara kesinambungannya, pelbagai usaha mestilah
diimplementasikan oleh semua pihak kerana kehidupan yang bermakna adalah kehidupan yang
sihat.
Contoh pengenalan karangan B:
Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa
ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa
pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju yang lain bak
aforisme yang sering diperkatakan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Namun begitu, dari
segi pembangunan atau pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum
berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin
meningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini
telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu program
temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut yang semakin
meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah,
mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang
individu yang bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam
membentuk murid yang berdisiplin.
Penutup karangan :
Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada
penawarnya. Maka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu
diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya dan
beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa menacri jalan
atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk dan hasrat kerajaan
untuk melihat sifar masalah disiplin dapat direalisasikan pada tahun 2020. Hasrat kerajaan
untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan terbentuknya murid yang
berdisiplin berteraskan nilai perpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya
kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta
pihak-pihak yang lain.

Pendahuluan Karangan Umum


Contoh 1

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Isu ..semakin
kerap dipaparkan melalui media massa dan media eletronik. Hal ini menggambarkan bahawa
masyarakat pada hari ini peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca
permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan
membiarkan
memusnahkan

..
kehidupan.

Justeru,

apakah

punca-punca

menjadi
yang

barah

yang

menyebabkan

berlaku?
Contoh 2
Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu , isu
tersebut sering kita dengar dan baca daripada media massa. .sering
berkaitan dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-cara
mengatasinya harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu
diteliti.
Contoh 3
Isu .. sering diperkatakan oleh semua
pihak. Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi
masalah . Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini
dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Contoh 4
Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang
melalui dada-dada akhbar serta media elektronik.

Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat
global. Pelbagai pihak telah mengambil ..yang semakin serius
ini. Peribahasa Sediakan payung sebelum hujan wajar dijadikan pedoman individu dalam
mengatasi masalah ini.
Contoh 5
Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul
dan fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu ..telah menjadi
perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala
usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan
sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana
tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di tangga. Di
bawah akan dijelaskan lagi tentang ..