Anda di halaman 1dari 11

SULIT

1. Manakah antara berikut bukan komponen kecergasan berasaskan kesihatan?


A. Kelenturan
B. Kekuatan otot
C. Daya tahan otot
D. Daya tahan kardiovaskular
2. Organ-organ yang terlibat dalam sistem kardiovaskular ialah...
A. hati dan hempedu
B. salur darah dan jantung
C. paru-paru dan salur nadi
D. salur darah dan salur nadi
3. Kesihatan meliputi semua aspek berikut:
I.
Sosial
II.
Rohani
III.
Fizikal
IV.
Kekuatan
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

4. Apakah kesan senaman terhadap tubuh badan?


A. Menjadi mengantuk
B. Menjadi letih dan lesu
C. Menjadi cergas dan sihat
D. Meningkatkan selera makan
5. Aktiviti jangkauan melunjur dilakukan bagi mengukur...
A. Kelenturan
B. Kekuatan otot
C. Daya tahan otot
D. Daya tahan kardiovaskular
6. Fleksibiliti ditakrifkan sebagai...
A. otot dan sendi gerak untuk bekerja
B. sekumpulan otot bekerja tanpa kelesuan
C. jantung membekalkan oksigen kepada sel-sel otot
D. sendi badan dapat digerakkan sejauh yang mungkin

7. Aktiviti regangan bertujuan untuk...


A. meningkat suhu badan
B. mencegah kecederaan otot dan tisu
2

SULIT
C. meningkatkan tenaga dan kekuatan
D. menyesuaikan dengan keadaan persekitaran latihan
8. Kekuatan otot bermaksud...
A. kemampuan otot mengembang
B. kemampuan otot mengatasi rintangan
C. kemampuan otot dalam masa yang lama
D. kemampuan otot mengembang dan menguncup
9. Daya tahan otot bermaksud
A. kemampuan otot mengembang
B. kemampuan otot mengatasi rintangan
C. kemampuan otot mengembang dan menguncup
D. kemampuan otot bekerja dalam jangka masa yang lama
10. Proses dehidrasi dan infeksi badan mengganggu proses fisiologi badan, antara yang berikut,
manakah penyesuaian yang dilakukan oleh badan kita?
A. Proses perpeluhan
B. Penyerapan air daripada paru-paru
C. Penyerapan air daripada plasma darah
D. Degupan jantung yang makin kencang
11. Sistem kardiovaskular bertindak sebagai...
I.
pengekal suhu badan
II.
pengeluar bahan kumuh dari sel badan
III.
pengimbang isipadu darah dalam badan
IV.
penghantar oksigen dan nutrien ke sel badan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
12. Apabila perlawanan bola sepak tamat, kelihatan pemainnya berlari perlahan membuat aktiviti
regangan. Apakah tujuannya?
A. Untuk menyingkirkan bahan kumuh melalui peluh
B. Untuk menyingkirkan oksigen berlebihan dari sel badan
C. Untuk menyingkirkan asid laktik yang terkumpul dalam otot
D. Untuk menyingkirkan asid urik yang terkumpul dalam plasma darah
13. Antara berikut, yang manakah menunjukkan aktiviti untuk meningkatkan daya tahan otot?
I.
Bicep curl
II.
Half squat
III.
Parcourse
IV.
Bench press

SULIT
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

14. Aktiviti aerobik yang berterusan memberikan kebaikan kepada fisiologi sistem
kardiovaskular. Apakah kesan fisiologi yang berlaku terhadap sistem kardiovaskular?
I.
Meningkatkan isipadu jantung
II.
Meningkatkan saiz ruang jantung
III.
Meningkatkan ketebalan otot dinding ventrikel kiri
IV.
Meningkatkan kadar nadi kerja dan kadar nadi rehat
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

15. Apakah yang dimaksudkan dengan output kardiak?


A. Isipadu darah yang dipam keluar oleh jantung dalam seminit
B. Isipadu darah yang dipam keluar dari paru-paru dalam seminit
C. Isipadu oksigen yang dipam keluar dari jantung dalam seminit
D. Isipadu karbondioksida yang dipam keluar dari paru-paru dalam seminit
16. Apakah latihan bebanan yang mensasarkan otot pectoralis major?
A. Calf raise
B. Half squat
C. Bicep curl
D. Bench press

17. Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan daya tahan dan kekuatan otot dalam
kehidupan seharian?
I.
Lambat letih
II.
Risiko cedera berkurangan
III.
Cepat pulih dari kecederaan
IV.
Peningkatan kadar denyutan jantung
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
4

SULIT
D. II, III dan IV
18. Peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan dikenali
sebagai...
A. komposisi badan
B. komponen badan
C. nisbah organ badan
D. nisbah lemak badan
19. Penyataan di bawah adalah berkaitan dengan daya tahan otot.
A. Atlet dapat melakukan larian yang lebih pantas
B. Seorang pemain tenis melakukan pukulan berulang kali
C. Atlet renang tidak dapat menghabiskan acara 100 meter kuak kupu-kupu
D. Peserta judo dapat menumbangkan lawannya yang mempunyai berat badan 90kg
20. Berikut merupakan tip pengawalan berat badan kecuali...
A. kurangkan bersenam
B. makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
C. kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi
D. makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien
21. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen iaitu kecergasan fizikal yang berasaskan
_______ dan _______.
A. otot ... saraf
B. fizikal ... mental
C. kardiovaskular ... otot
D. kesihatan ... perlakuan motor

22. Obesiti boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang berikut:


I.
Strok
II.
Diarea
III.
Artritis
IV.
Penyakit kardiovaskular
A. I dan II
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

SULIT
23. Berikut adalah akibat tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan fizikal
kecuali...
A. kecederaan otot
B. pening dan pitam
C. kelesuan pada otot
D. pengumpulan asid laktik di dalam otot
24. Long slow distance (LSD) ialah latihan daya tahan kardiovaskular yang biasa dilakukan oleh
atlet kecuali...
A. atlet yang ingin menguatkan otot
B. atlet yang berlatih untuk kesesuaian fizikal umum
C. atlet yang ingin mengekalkan daya tahan kardiovaskular di luar musim pertandingan
D. individu yang ingin mengekalkan tahap kecergasan fizikal bagi keperluan yang berkaitan
dengan kesihatan
25. Manakah penyataan yang benar mengenai aspek-aspek keselamatan yang perlu diberi
perhatian ketika membuat latihan daya tahan kardiovaskular?
I.
Melakukan aktiviti semasa cuaca panas terik
II.
Memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih
III.
Memakai pakaian daripada bahan yang mudah menyerap peluh.
IV.
Melakukan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan
A.
B.
C.
D.

I dan II
I, II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV

26. Namakan ujian-ujian yang dijalankan dalam saringan kesihatan?


I.
Ujian air kencing
II.
Ujian tekanan darah
III.
Pemeriksaan secara teratur
IV.
Pemeriksaan sendiri payudara dan testis
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

27. Laporan penyelidikan WHO telah menunjukkan peningkatan penyakit kronik, apakah puncapunca berlaku peningkatan jumlah pesakit kronik?
6

SULIT
I.
II.
III.
IV.

Mengamalkan gaya hidup sihat


Mengamalkan makanan segera
Mengambil diet yang tidak seimbang
Mengambil makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat
A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

28. Apakah alat yang digunakan untuk mengesan penyakit hipertensi?


A. Teleskop
B. Termometer
C. Sfigmomanometer
D. Elektrokardiogram
29. Apakah penyebab utama penyakit diabetes?
A. Mengambil pil pelangsing
B. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
C. Kegagalan organ pankreas berfungsi dengan baik
D. Mengambil makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
30. S Apakah fungsi alat ECG?
A. Mengesan penyakit asma
B. Mengesan penyakit jantung
C. Mengesan penyakit diabetes
D. Mengesan penyakit buah pinggang

31. Apakah tanda-tanda awal kanser payudara?


I.
Perubahan puting tertarik masuk ke dalam
II.
Payudara membengkak dan suhu badan meningkat
III.
Terdapat benjolan pada payudara atau di bawah ketiak
IV.
Perubahan yang luar biasa pada bentuk dan saiz payudara
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

32. Apakah ujian untuk mengesan kanser pangkal rahim?


A. Ujian payu dara
B. Ujian Pap Smear
C. Ujian air kencing
D. Ujian tekanan darah
7

SULIT

33. Antara yang berikut yang manakah masalah kecacatan fizikal?


I.
Jerawat
II.
Kurang upaya
III.
Jantung berlubang
IV.
Keabnormalan ortopedik
A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

34. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan muka ditumbuhi jerawat?


I.
Bahan kimia
II.
Makanan yang berminyak
III.
Terdedah kepada sinaran matahari
IV.
Mengamalkan rutin pembersihan muka
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

35. Bagaimanakah seseorang individu boleh menjaga kesihatan diri?


A. Menyuntik hormon
B. Makanan yang tidak seimbang
C. Makan makanan secara berlebihan
D. Mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang
36. Apakah aktiviti fizikal yang diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan?
A. Menyertai sukan lasak
B. Membuat pemeriksaan sendiri
C. Mengamalkan makanan yang seimbang
D. Membuat ujian-ujian saringan kesihatan
37. Apakah punca tekanan emosi?
I.
Masalah psikologi
II.
Masalah persekitaran
III.
Pengaruh media massa
IV.
Mendapat kemenangan
A. I dan II
8

SULIT
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
38. Apakah kaedah-kaedah untuk menangani tekanan emosi?
I.
Mendengar muzik
II.
Meluahkan perasaan
III.
Mendapat rawatan pakar
IV.
Menyertai aktiviti rekreasi
A.
B.
C.
D.

I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV

39. Nyatakan dua tanggungjawab suami.


I.
Menjaga tingkah laku
II.
Menjaga kebajikan keluarga
III.
Menjaga keluarga orang lain
IV.
Menjaga keselamatan keluarga
A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan III
II dan IV
I dan IV

40. Apakah maksud poligami?


A. Berkahwin di luar negeri
B. Berkahwin dengan syarat
C. Berkahwin lebih daripada seorang
D. Berkahwin dalam tempoh tertentu
41. Bagaimanakah cara mengesahkan sesuatu perceraian?
A. Tidak tinggal sebumbung
B. Melafazkan melalui telefon
C. Perbalahan antara ahli keluarga
9

SULIT
D. Perpisahan atau membubarkan ikatan secara rasmi di mahkamah
42. Apakah punca penyakit diabetis?
A. Kegagalan nutrient menghasilkan tenaga
B. Kegagalan jantung mengepam darah ke seluruh tubuh
C. Kegagalan udara yang beroksigen ke dalam saluran darah
D. Kegagalan organ pankreas merembeskan insulin mengawal glukosa
43. Antara berikut, penyakit yang manakah bukan penyebab keabnormalan postur?
A. Scoliosis
B. Lordosis
C. Kyphosis
D. Radiolisis
44. Berapakah tekanan darah yang normal?
A. 170/90 mmHg
B. 160/95 mmHg
C. 120/70 mmHg
D. 110/80 mmHg

45. Ciri-ciri berikut perlu ada dalam sebuah keluarga bahagia kecuali
A.
sumbang mahram
B.
kasih saying
C.
hormat menghormati
D.
toleransi
46. Perasaan negatif terdiri daripada
I.
Penyabar
II.
iri hati
III.
bersyukur
IV.
panas baran
A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan IV
I, III dan IV
I, II, III dan IV

47. Keabnormalan postur atau pertumbuhan tulang belakang yang tidak normal berlaku
disebabkan oleh penyakit
I.
Scoliosis
II.
Lordosis
III.
Kyphosis
IV.
Staphylococcus
A. I, II dan III
10

SULIT
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Soalan 48 hingga 50 berdasarkan Rajah 1

Rajah 1
48. Berikut ialah tujuan ujian saringan I kecuali
A. mengesan alcohol
B. mengesan albumin
11

SULIT
C. mengesan kandungan air liur
D. mengesan kandungan dadah
49. Apakah tujuan ujian saringan II?
A. Mengesan virus HIV
B. Mengesan penyakit ginjal
C. Mengetahui penyakit respiratori
D. Mengetahui penyakit kardiovaskular
50. Apakah tujuan ujian saringan III?
A. Mengesan penyakit kanser
B. Mengesan penyakit hipertensi
C. Mengesan penyakit diabetes mellitus
D. Mengesan keabnormalan denyutan jantung

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai