Anda di halaman 1dari 13

terdapat beberapa pendapat atau definisi mengenai budaya yang berbeza-beza mengikut

pengkaji. Akan tetapi maksud budaya yang dikemukakan oleh mereka membawa konotasi
yang sama atau serupa maknanya.

Tajuk 1

Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu
iaitu;

Huraikan Gambaran Kebudayaan Melayu Dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial,


Bahasa Dan Kesusasteraan

Pendahuluan

Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal. Ini bermaksud budaya itu adalah
kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran
mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan
penyelesaian kepada permasalahan tersebut.
Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kata daya di sini memberi
maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran
mereka. Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan
maksud
bahawa
budaya
merupakan
kebolehan
seseorang
individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi ke arah meningkatkan
kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan seterusnya
berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Penyelesaian tersebut pula
boleh diterima semua ahli masyarakat dan seterusnya menjadi amalan bersama.
Amalan yang yang terima ini seterusnya dijadikan budaya dalam kehidupan
mereka.

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal
budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat yang terbesar bilangannya di


rantau Nusantara ini. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi terutamanya di bumi
Malaysia. Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar
Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun\ yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan
bahawa masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya
kerana
dengan
wujudnya
empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka,
Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan
perdagangan dengan pedagang-pedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi,
India, China dan lain-lain lagi.

Mohd Taib Osman (1988) ada membuat tafsiran mengenai budaya. Menurut
beliau, budaya memperlihatkan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang
mampu
memenuhi
kehendak
biologidan
kemasyarakatan
serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual tersebut
masyarakat membentuk nilai yang dapat diterima bersama.
Manakala Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi bersepakat bahawa budaya
merupakan alat penghasilan karya seni, rasa, dan penciptaan dalam sesebuah
masyarakat. Penghasilan karya atau kesenian tersebut dipersembahkan dalam pelbagai
bentuk yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

Konsep dan Definisi Budaya


Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota
masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi,
pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material
dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu
dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara
simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu
dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu.

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya dari aspek
bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini.
Dari aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh
kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat
sesorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya juga boleh dikaitkan
dengan pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya
merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang
boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku
mereka.

Budaya juga dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang


lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah
negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan,
namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira. Secara amnya

Ciri-ciri Budaya

Masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri.


Budaya yang menjadi amalan
masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap,
amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya
masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah seperti yang berikut:
i.

Diwarisi

ii.

iii.

iv.

v.

Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi


berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan
India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu.
Peristiwa yang telah berlaku akan memberi kesan kepada hari
ini. Budaya itu juga diwarisi juga membawa maksud
bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil
teknologi awal manusia masa lampau.

Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari

Bentuk dan jenis pembelajaran anggota masyarakat


bergantung kepada beberapa faktor iaitu:
Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,
sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah
masyarakat itu.
Umur seseorang.
Tahap pendidikan
Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
Perkongsian

Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap perlakuan itu


diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat


menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat
Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian..

Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak


termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia
wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi
perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
Kesejagatan

Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu wujud dalam semua


kelompok manusia. Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.

budaya yang sejagat itu berbeza antara masyarakat kerana


faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota.

Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang terdapat dalam


semua budaya iaitu:
peralatan dan kelengkapan hidup manusia.

vi.

mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.


sistem sosial.
bahasa.
kesenian.
sistem pengetahuan.
agama dan kepercayaan.

Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya tidak


mengalami
perubahan. Perubahan ini dikaji daripada
perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Rumah
beratap genting telah digantikan dengan rumah beratap
rumbia.

Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat dengan jelas


seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi
kapitalis. Namun, perubahan budaya kebendaan lebih cepat
berubah.

Perubahan ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:


pertambahan bilangan anggota masyarakat.
pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
penemuan dan penciptaan teknologi baru.
pertembungan budaya.
konflik yang berlaku.
perubahan alam sekitar.
Pandangan Semesta

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan


tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan
seharian.

Pandangan semesta ini timbul kerana manusia mempunyai


pertalian yang rapat dengan alam sekitarnya.

Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan dalam kehidupan


seharian seperti simpulan bahasa (seperti aur dengan tebing),
ukuran (sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak nasi) dan
sebagainya.

Gambaran Kebudayaan Melayu dalam Institusi Politik, Ekonomi, Sosial, Bahasa serta
Kesusasteraan
1.0

Politik Masyarakat Melayu

Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun
perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga
boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik
membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk
kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan
berkembang menjadi kerajaan.

client, pasif, non-political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (raja/Sultan) dan
struktur politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin).

Budaya politik pula dikaitkan dengan kewujudan rantaian sikap, tingkah laku,
kepercayaan dan emosi yang mencorakkan aktiviti politik dalam setiap anggota sesuatu
kelompok. Pada dasarnya, budaya politik mengandungi satu kepercayaan yang boleh
menggambarkan dan nilai yang boleh menjelaskan situasi tindakan politik. Menurut Ahmad
Nizamuddin (2002), budaya politik merangkumi perlakuan, tingkah laku, penglibatan,
persepsi, kepercayaan, jangkaan dan harapan anggota masyarakat di dalam lingkungan
politik masyarakatnya. Perkembangan budaya politik dalam konteks masyarakat majmuk di
Malaysia yang menunjukkan betapa masyarakat telah berubah dari sifat feudal kepada era
penyesuaian kepada demokrasi moden dan kemudiannya melahirkan budaya neo-feudal dan
menuju kearah yang lebih sivil.

Di dalam masyarakat Melayu dahulu juga, pemimpin politik biasanya terdiri


daripada mereka yang berketurunan bangsawan dan bukannya daripada orang bawahan
atau rakyat biasa. Namun terdapat juga di antara pemimpin politik dilantik dan dipilih
berdasarkan kepada jasa dan pengorbanan kepada kerajaan dan juga mungkin melalui
perkahwinan (Mahadzir 1989). Hang Tuah lima bersaudara contohnya adalah di kalangan
rakyat biasa yang dilantik menjadi pembesar di atas jasa dan pengorbanan menyelamatkan
Bendahara Melaka dari serangan orang mengamuk. Watak Hang Tuah adalah aplikasi atau
cermin budaya politik Melayu yang berasaskan kepada konsep kesetiaan dan ketaatan.

1.1 Pemerintahan Beraja

1.2 Sistem Demokrasi

Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman
Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu
Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat
Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana.
Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan
A.Aziz Deraman yang berbunyi:
Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini
berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi
simbol maruah negara.

Sebelum kedatangan kolonial, bentuk politik di Tanah Melayu adalah bersifat tradisionalisme
dan bercirikan feudal. Orang Melayu beranggapan bahawa Sultan merupakan pemimpin
mereka yang unggul. Mereka percaya bahawa Sultan berusaha untuk menegakkan keadilan
dengan bersandarkan kedudukan baginda yang dianggap sebagai wakil Allah yang
diharapkan untuk menjaga kebajikan, kehormatan dan keselamatan rakyatnya
Namun, kedatangan kolonial telah mengubah sistem politik Melayu kini pula
kepada demokrasi dan telah mewujudkan beberapa ideologi politik yang mula menghakis
sistem beraja di Tanah Melayu. Dengan munculnya beberapa ideologi ini maka satu anjakan
baru dalam sistem dan budaya politik Melayu mula berkembang. Ideologi-ideologi ini
meresapi
jiwa orang Melayu ketika itu lebih-lebih lagi ketika usaha-usaha
untuk
mendapatkan kemerdekaan daripada British. Aliran ideologi ini telah menukar wajah budaya
politik Melayu, sehingga ada di kalangan mereka boleh melanggar konsep daulat seperti
yang diamalkan sejak zaman Melayu tradisional. Pergerakan atau peralihan budaya politik
Melayu pada zaman kolonial ini bermula dengan kebangkitan nasionalisme yang timbul
sebagai satu bentuk tindak balas untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran
Inggeris di Tanah Melayu sehingga tertubuhnya UMNO pada11 Mei 1946 yang telah
membawa evolusi baru dalam budaya politik Melayu.

Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah telah memberi gambaran serta
menjelaskan sistem politik dan sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan
kolonial ke Tanah Melayu. Ketika itu, masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan
iaitu golongan yang
memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada
golongan istana dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat
jelata.
Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan
martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan
bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang
terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat akan dianggap
sebagai manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin 1988). Oleh yang
demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat yang
sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh sesiapa.
Selepas kedatangan Islam, tanggapan mereka terhadap golongan pemerintah ini masih tidak
berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja
Melayu mempunyai pertalian daripada keterunan Iskandar Zulkarnaian.

Nasionalisme dalam perjuangan UMNO menjadi titik tolak perubahan sistem politik
Melayu. Ini kerana UMNO yang menjadi tulang belakang dalam membawa kemerdekaan
Tanah Melayu telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu ketika itu. Apabila Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957 Perlembagaan Tanah
Melayu 1957 diwujudkan. Dalam perlembagaan tersebut, Majlis Raja-Raja diwujudkan dan
cara melantik Ketua Negara yang dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih setiap
5 tahun sekali dari kalangan 9 raja-raja Melayu. Ini menunjukkan bahawa budaya politik
Melayu masih mengekalkan sistem beraja tetapi ia disesuaikan dengan konsep Raja
Berpelembagaan. Dari segi budaya, raja masih diletakkan diposisi tinggi dalam masyarakat
Melayu sebagai Ketua Negara Persekutuan. Peranan dan fungsinya yang tercatat dalam
perlembagaan sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan budaya politik Melayu.
Walaupun berlaku perubahan besar dalam sistem politik tetapi dalam konteks budaya politik
Melayu kedudukan dan fungsi raja masih lagi kekal.
Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran
kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan
Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Raja diterima sebagai ketua agama Islam di dalam masyarakatnya serta di panggil
dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah memperkukuhkan konsep daulat iaitu sesiapa
yang menderhaka kepada Sultan adalah suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan
itu akan mendatangkan tulah kepada setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan
daripada kuasa ghaib akibat kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud 1993).
Oleh itu budaya politik Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-

Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu
ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz
Deraman membuat kenyataan yang berbunyi: Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa
bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan
sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong
kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara
yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan. .

2.0

secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek
yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian,
undang-undang, adat resam dan bahasa.
3. 1 Nilai-nilai murni
Masyarakat Melayu umumnya mempunyai banyak nilai yang menjadikan bangsa Melayu
ini penuh dengan tatasusila dan terkenal dengan sopan santunnya. Nilai merupakan salah
satu aspek yang sentiasa ditekankan oleh ahli masyarakat. Melalui nilai, kita akan belajar
untuk mencontohi sesuatu amalan yang baik dan positif.

Ekonomi Masyarakat Melayu


Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 muka surat: 1081, nilai adalah taksiran
harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat
ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada
sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.

Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang
terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran
dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan,


kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang
turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang
diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat.

2.1 Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan Antarabangsa


Melayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada
Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul
sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan
kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya
dipegang oleh Srivijaya.

Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di
Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman
dalam kenyataan yang berbunyi: Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu
Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri .

Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan,


menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini
demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan
16 yang berbunyi: Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan
semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada
abad ke-15. .

Menurut Mohd Yusof Hasan dalam bukunya Dunia Melayu (30:1991), nilai ialah
asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan
sama ada sesuatu perkara atau bendaitu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini
dan cuba diperoleh dan dibina, atau sebaliknya, buruk, palsu, berbahaya, dibenci dan
berusaha untuk dijauhi dan dihapuskan. Nilai dapat dibahagikan kepada empat iaitu
nilai estetik, nilai moral, nilai doktrin dan nilai budaya.

2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian


Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza
daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja
dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat
pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad
ke-15 adalah daripada hasil pertanian.Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem
sara hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri.
3.0

Sosial Masyarakat Melayu

Sosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek
persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat

Nilai : Berbudi.
Nilai pertama yang dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ialah berbudi.
Masyarakat Melayu dibiasakan dengan amalan berbudi. Semangat berbudi ini
sememangnya dapat mewujudkan satu rasa kebersamaan dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Sememangnya masayarakat Melayu
terutamanya telah dibiasakan dengan nilai-nilai budi.
Nilai : Kasih Sayang.
Dalam masyarakat melayu, nilai kasih sayang amat penting dalam memupuk
masyarakat yang penyayang dan saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira
sahabat, sanak-sudara malah haiwan peliharaan juga menjadi aset untuk
memupuk kasih sayang. Dalam konteks kebudayaan melayu, kasih sayang dapat
disifatkan sebagai nilai budaya yang amat dititkberatkan agar dapat
membentuk masyarakat yang harmoni melalui nilai kasih sayang ini.
Nilai : Patuh kepada perintah agama.

Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah nilai
kepatuhan kepada agama. Budaya masyarakat Melayu menggabungkan unsur
agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama
dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan
budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah
berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan
adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah
mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. [Pemikir April-Jun (2003: 6)]

3.2.3 Kemahiran Seni Lakon


Identiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu
aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang
berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh
dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang
mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan
zaman.
Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an,
1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas.
Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan
oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon
masyarakat Melayu yang berbunyi: Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya
Melayu mencipta gerak tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta
gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak
dan diolah menjadi nada lagu.

3.2.0 Kesenian
Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian,
nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang)
dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll).
Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni
persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga
memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar. Hasil seni Melayu
jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai takrifan makna bersamanya.
Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi: Dalam
kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran tergambar
pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita.

3.2.4 Permainan Tradisional


Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu
pada waktu lapang. Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi
Malaysia bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat,
gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti
permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya.

3.2.1 Kemahiran Seni Halus


Bangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah
hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan.
Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Kesenian kita baik seni
lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan,
anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan
tamadun kita. Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan
contohnya dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian
bertukang emas, perak, kraf tangan).

3.2.5 Seni Suara


Seni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada
sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam
masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni
suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran.

3.2.2 Seni Busana/ Pakaian

Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah
di kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan
dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah.

Bangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu
pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada
mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh
masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa
ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa
Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara.

3.3 Undang-udang, Adat dan Kepercayaan


Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang, adat
resam, pantang larang dan gaya perlakuan dalam warisan masyarakat Melayu. Undangundang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli
masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yang melanggar
peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.

Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan
tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima
dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal
daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita.

Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat


sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Adat merupakan kebiasaan cara hidup yang

diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut. Adat memainkan peranan penting di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa
sekalipun. Dalam masyarakat dan budaya Melayu adat tersebut bermula dari dalam perut ibu,
kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian.

Bila memperkatakan tentang bahasa Melayu, bahasa Melayu mempunyai nilai


sastera, budaya dan agama yang tinggi. Semangat dan nilai yang terdapat dalam bahasa
Melayu boleh menjadi pendorong yang kuat kepada pengamalnya untuk menggerakkan
perkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama
untuk membangunkan masyarakat. Collins (1999) dan Awang Sariyan (2000) menjelaskan
bahawa kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 dan ke-17, telah mencapai taraf bahasa
antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagi bahasa diplomatik, lingua franca,
bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar di dunia dan bahasa
sastera. Oleh itu, bahasa dan sastera tidak boleh dipisahkan.

Dalam masyarakat Melayu dahulu, adat sebagai hukum dan undang-undang dalam
negara dan masyarakat umum. Misalnya, hukuman yang dikenakan terhadap pelbagai
kesalahan dalam masyarakat ataupun undang-undang adat dalam masyarakat adat perpatih
serta pelbagai hukum kanun lama dari zaman Melaka hingga abad ke-20.
Adat dengan erti susunan masyarakat dan segala lembaga kemasyarakatannya,
seperti sistem kekeluargaan, sistem politik mahupun sistem ekonomi, seperti pemilikan tanah
dan pembahagian harta. Institusi kekeluargaan yang lazim dilaksanakan dalam pelbagai
masyarakat ialah adat masyarakat itu. Ada masyarakat yang biasa mengamalkan sistem
kekeluargaan matrilokal dan ada yang neolokal. Demikian juga, ada masyarakat yang
membahagikan harta serta pemilikan secara faraid dan ada yang secara sama rata. Institusi
dan organisasi kemasyarakatan sebagai prinsip penyusunan masyarakat merupakan makna
terunggul dalam konsep adat di seluruh Alam Melayu.

Bahasa Melayu Klasik telah digunakan pada abad ke-14 hingga ke-19. Sepanjang
abad ini bahasa ini mencapai kegemilangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan
zaman Kerajaan Johor-Riau. Bahasa ini juga telah menjadi bahasa baku dalam pemerintahan
negara yang berpusat di istana dan hubungan dengan dunia luar. Pada zaman ini peranan
agama Islam sangat penting untuk membawa kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Hal ini dapat dilihat apabila Islam menyumbang dan memperkenalkan sistem
tulisan Jawi dan kosa kata Arab. Sebelum kedatangan Islam bahasa ini tidak mempunyai
tulisan yang lengkap selepas kedatangan kemasukan agama Islam, Sistem tulisan Jawi telah
diperkenalkan dan diistiharkan sebagai tulisan rasmi di kepulauan tersebut. Selain daripada
perkembangan ilmu undang-undang, sejarah, dan agama kerana kedatangan tulisan ini, ilmu
kesusasteraan merupakan ilmu yang paling berkembang dengan mengunakan tulisan jawi.
Selain daripada sumbangan Islam dalam bidang tulisan, Islam turut memperbanyakkan lagi
kosa kata bahasa Melayu malahan menurut Zaba kosa kata yang diperkenalkan lebih
banyak daripada kosa kata bahasa Sanskrit.

Bagi pelbagai masyarakat di seluruh Alam Melayu seperti Iban, Dusun, Dayak,
Batak, Toraja, adat masih membawa makna yang amat luas dan serba merangkumi, iaitu
adat sebagai suatu kebudayaan. Dalam konsep ini, adat adalah keseluruhan corak hidup
atau kebudayaan manusia di alam nyata dan juga menghubungkan manusia dengan alam
kosmik yang simbolis dan sejagat. Adat menjadi ciri kehidupan, bukan sahaja manusia
dalam lingkungan alam tabiinya, bahkan dalam kalangan semua makhluk seperti haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Malah, ciri adat terdapat dalam pergerakan alam tabii itu sendiri, seperti
kejadian semula jadi, ribut dan petir, serta segala-galanya dalam kosmos adalah kerana
mengikut adat alam. Maka, hukum alam adalah juga adat.

Perkembangan bahasa dalam budaya Melayu dapat dilihat daripada melalui


beberapa buah karya penting yang dihasilkan pada zaman Melayu Klasik. Karya-karya
penting ini seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu,
Sejarah Melayu, hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Suluh Merah Muda, dan
Hikayat Panji semerang dapat memperlihatkan perkebangan bahasa dalam budaya Melayu
hasil daripada beberapa peradaban yang diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu seperti
bahasa Sanskrit, Arab dan lain-lainnya. Menurut Abdullah Hassan, (1940 : 32 ) sesuatu
bahasa hidup lama ialah keupayaan bahasa itu menerima unsur-unsur daripada bahasa
asing dan menjadikan unsur miliknya sendiri. Manakala bahasa yang mati ialah bahasa yang
tidak mahu mengambil unsur-unsur asing. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang hidup
kerana menerima pelbagai unsur-unsur asing dalam bahasanya.

Namun, apabila agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7
melalui pedagang daripada China, India dan Tanah Arab, telah berlaku perubahan dalam adat
budaya dan kepercayaan masyarakat Melayu. Agama ini telah membawa kepada bermulanya
sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang menjadi garis panduan masyarakat
Melayu hingga kini.
3.4.0

Bahasa dalam Masyarakat Melayu

Mohd Yusof Haji Othman menyatakan bahawa bahasa tidak mungkin dipisahkan
daripada amalan hidup seseorang. Bahasa bukan semata-mata alat komunikasi tetapi jauh
daripada itu, bahasa ialah pembina budaya dan pandangan alam seseorang. Seseorang
yang mengabaikan bahasanya, bermakna ia mengabaikan budaya hidup diri dan
masyarakatnya. Seseorang yang mengagungkan bahasa juga harus mengagungkan budaya
atau sastera bangsanya. Lebih tinggi taraf kebahasan yang digunakan dalam kehidupan lebih
tinggi nilai kebudayan atau sasteranya dan lebih besar pula sumbangan yang dapat
diberikannya untuk membangunkan diri, keluarga dan negara. Oleh itu dapat kita katakan
bahawa bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia
hingga kini.

Bahasa merujuk kepada pengetahuan yang dimiliki oleh penutur bahasa ibunda, yang
membolehkan mereka berkomunikasi, mengungkapkan rasa, cita dan makna, serta dapat
melaksanakan fungsi bahasa yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahasa amat penting bagi
kehidupan di alam ini. Nilai budaya merupakan nilai- nilai yang disepakati dan tertanam
dalam suatu masyarakat, lingkup organisasi, lingkungan masyarakat, yang mengakar pada
suatu kebiasaan, kepercayaan (believe), simbol-simbol, dengan karakteristik tertentu yang
dapat dibezakan satu dan lainnya sebagai acuan prilaku dan tanggapan atas apa yang akan
terjadi atau sedang terjadi. Nilai budaya akan tampak pada simbol-simbol, slogan, moto, visi
misi, atau sesuatu yang nampak sebagai acuan pokok moto suatu lingkungan atau
organisasi.

mengekalkan ciri-ciri kelisanannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita
boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan
media cetak.
Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
a.
b.

Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)


Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan

naratif)
a)

Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)

Kesusasteraan dalam Budaya Melayu


Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia terdiri
daripada cerita-cerita seperti berikut;
Perkembangan kesusasteraan sesuatu bangsa pada masa lampau ialah gambaran jelas
tentang sejarah silam bangsa itu sendiri. Terbukti dalam sejarah telah wujud satu bangsa
yang bernama Melayu yang amat mementingkan adat resam, bahasa dan kebudayaan
bangsanya. Sejarah juga telah membuktikan wujud sebuah kerajaan yang bernama Sriwijaya
yang menggunakan bahasa Melayu kuno. Pada zaman awal itulah munculnya berbagaibagai bentuk sastera seperti sastera rakyat, sastera berunsur sejarah, lagenda dan kesankesan peninggalan kerajaan Melayu pada zaman silam.

Sastera Melayu pada awalnya adalah bercirikan kesejahteraan dan berkonsepkan


hiburan serta pengajaran. Cerita-cerita juga disampaikan secara lisan. Begitu juga dengan
puisi Melayu lama yang banyak memuatkan mesej tentang akal budi dan pandangan hidup
masyarakat Melayu. Puisi Melayu Tradisional juga telah lahir melalui tradisi lisan dan tulisan.
Pengucapan bahasa diolah mengikut pengalaman, peraturan, pengaruh, dan persekitaran.
Oleh sebab itu, kita menemui Puisi Melayu Tradisional yang asli, iaitu pantun, teromba,
talibun, dan peribahasa berangkap. Yang mengandungi pengaruh Hindu ialah gurindam,
rejang, seloka, dan mantera manakala yang mengandungi pengaruh Arab-Parsi ialah dikir
atau zikir, endoi, rubai, nazam, masnawi, ghazal, dan qitah.

Cerita Lipur Lara (panglipur lara)


Cerita Jenaka
Cerita Binatang
Cerita Asal usul
Cerita Hantu
Cerita Teladan
Cerita-cerita mitos dan legenda.

b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif)
Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;

Tradisi lisan dalam budaya masyarakat Melayu adalah bahagian dari kebudayaan
yang diciptakan, disebarluaskan dan diwariskan dalam bentuk lisan seperti cerita rakyat,
ungkapan dan sebagainya. Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang
disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang
dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu
generasi secara lisan. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara
dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya.
Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera
banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan
penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.
Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan.
Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis.
Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan
kepada bentuk bertulis. Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun
tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun
telah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih

Pantun
Gurindam
Seloka
Teka-teki dan Nyanyian Rakyat
Jampi, Mantera dan Serapah
Pepatah dan Perbilangan Adat
Peribahasa, Bidalan

Agama Islam yang sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah juga telah
memberi sumbangan yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan, dan
kebudayaan Melayu. Salah satu daripadanya ialah pengenalan huruf-huruf Arab kepada
penganut-penganut agama Islam di rantau ini dengan tujuan menjadikannya abjad baru di
dalam penulisan berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, sistem tulisan yang teratur di dalam
bahasa Melayu wujud setelah kedatangan Islam. Dengan wujudnya sistem tulisan bermulalah
tradisi tulisan di Alam Melayu. Ia bermula dengan penulisan yang berbentuk bukan kreatif,
iaitu penulisan kitab-kitab bercorak agama yang membicarakan mengenai fikah, tafsir AlQuran, tauhid dan sebagainya. Setelah itu diikuti dengan penulisan kreatif. Bidang ini
bermula dengan munculnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi
Yusof, Hikayat Nabi Musa, dan hikayat-hikayat lain seumpamanya. Hikayat Nabi-nabi itu
berdasarkan kepada kisah-kisah tentang diri mereka yang terdapat di dalam Al-Quran. Oleh

itu, kesusasteraan Melayu dapat berkembang pesat kerana adanya kecenderungan dan
usaha-usaha pengembangan agama Islam menggunakan sastera sebagai alat
penyebarannya.

Berdasarkan dua pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai


hasil karya kreatif dan imaginatif berfungsi dan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu
penghasilannya. Dalam hal ini beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka
telah menggariskan pelbagai berhubung dengan fungsi sastera. Antaranya, pandangan
daripada Ramli Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang. (Sorotan
Kajian) Berdasarkan pendapat tersebut dapat dirumuskan bahawa peranan dan fungsi
sastera merangkumi aspek luaran dan dalaman yang dapat dikesan melalui genre sastera
tradisional mahupun genre moden. (Batasan Kajian)

Kesimpulan
Kebudayaan Melayu merujuk kepada keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh
masyarakat Melayu. Dalamnya terkandung unsur sosial, ekonomi, politik, kepercayaan dan
organisasi serta meliputu hal-hal tentang bahasa, agama, kesusasteraan yang menjadi milik
bersama masyarakat Melayu. Justeru, budaya Melayu dalam konteks Malaysia kini
merupakan sebahagian besar inti pati budaya Malaysia itu sendiri.

Objektif Kajian
Justeru penulisan esei ini akan mengenal pasti fungsi dan peranan sastera
Melayu(objektif Kajian 1). Di samping itu, penulisan ini juga akan membincangkan fungsi dan
peranan sastera dengan merujuk kepada sastera yang bermula daripada tradisi lisan
hinggalah kepada tradisi tulisan atau era kemodenan. (Objektif Kajian 2). Dalam hubungan
ini, perbincangan akan menjurus kepada beberapa fungsi sastera yang telah dikenal pasti
iaitu sebagai medium protes atau kritik sosial , (sub topik 1) medium hiburan, (sub topik
2), sebagai medium mendidik masyarakat (sub topik 3), dan sebagai dokumentasi
masyarakat (sub topik 4) akan dibincangkan. Beberapa karya daripada pelbagai genre akan
digunakan sebagai bahan perbincangan merangkumi puisi dan prosa tradisional serta puisi
dan prosa moden.

Bibliografi
1)
2)
3)
4)
5)
6)

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdul Rahman Al-Ahmadi. (2003). Tamadun Rumpun Budaya Melayu. Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia.
Che Ibrahim Salleh. (2008). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Universiti Putra
Malaysia. Serdang.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu II Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford
Fajar
Sdn.Bhd.
Wan Abdul Kadir. (2010). Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu
(Malaysia-Indonesia). ccm.um.edu.my(02/02/2010)

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan (Kaedah
Kajian- Apa, Mengapa,Bagaimana) iaitu dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan seperti
tesis, jurnal, kertas kerja serta tulisan-tulisan ilmiah di beberapa perpustakaan antaranya
Perpustakaan Negeri, Pusat Sumber Daerah dan XXXXXXXXX. Selain itu, maklumat dan
sumber rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Bahan rujukan yang dipilih bertujuan
untuk mendapatkan maklumat yang sahih yang ditulis oleh pakar atau pengkaji yang
berkaitan dengan bidang kajian ini. Dalam hal ini, sumber rujukan yang berkaitan dengan
aspek kajian akan dipilih dan digunakan sebagai sumber rujukan. Sumber rujukan yang dipilih
ini digunakan untuk memantapkan konsep, mengukuhkan huraian mahupun memperoleh
contoh-contoh yang berkaitan.

FUNGSI SASTERA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT


Pengenalan
Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk
berkongsi maklumat dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Mereka
menggunakan
sumber
daripada
persekitaran,
pengalaman,
pemerhatian
atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Lantaran
itu sesebuah karya sastera tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab
sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa
teks atau karya sastera adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat
dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian. (Konsep
1)

Analisis dan Perbincangan


Hubungan antara sastera sangat erat. Lantaran itu sesebuah karya itu dihasilkan untuk
dimanfaatkan oleh manusia dan masyarakat yang berkaitan dengan kehidupan. Justeru
penjelasan berhubungan dengan fungsi sastera secara langsungnya berkaitan dengan
persoalan hidup dan kehidupan masyarakat yang akan dijelaskan secara rinci.
i.

Fungsi Sastera sebagai Medium Protes dan Kritik Sosial

Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia
daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan
dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam reality kehidupan manusia. Hal
ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh
Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk
karya kreatif yang indah sifatnya.

Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya
yang tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.(Konsep
2) Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa peranan dan
fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan
bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya
pada zaman moden agak menipis.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat,


kehidupan dan manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling
berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang
melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi
tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun
menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan
tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat
melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan. Misalnya berhubung konsep perjuang
terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah Harga Sebuah
Maruah dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel menggunakan
landasan yang sama iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun terdapat perbezaan
dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya. Hal ini dikesan dalam contoh
petikan di bawah :

masyarakat yang melanggar perintah agama


(mana-mana jawapan yang sesuai)

CERITA RAKYAT MEMBENTUK MORAL POSITIF KANAK-KANAK MELALUI NILAI


MURNI
Pengenalan:
Bidang kesusasteraan membuka ruang kepada penulis untuk melahirkan daya kreatif dan
sensitiviti berdasarkan pemikiran dan pengalaman ke dalam bentuk karya. Hasil karya yang
baik mempunyai nilai-nilai berunsur kebudayaan yang mampu mempengaruhi minda dan jiwa
pembaca. Hal ini kerana, karya sastera merupakan sebahagian daripada seni dari
kebudayaan dan telah menarik minat ramai orang untuk meminatinya (Arbaie Sujud, Nik
Rafidah Nik Muhammad Affendi & Asiah Abdul Rahman (2011: 2). Menurut Utley (1965: 13)
sastera rakyat (folk literature) ialah berbentuk sastera bercorak lisan yang dituturkan. Sastera
rakyat berkembang melalui tradisi lisan. Pada umumnya, sastera rakyat lahir dalam
masyarakat yang tidak mengenal huruf. Masyarakat yang mengembangkan sastera lisan
merupakan masyarakat yang bercorak tradisional atau mengamalkan corak hidup yang
sederhana, terutama dalam kalangan suku-suku bangsa yang hidup dalam masyarakat yang
tertutup. Pendapat tersebut disokong oleh Mohd. Taib Osman (1976: 19-31) iaitu sastera di
sampaikan secara lisan.
Pada zaman ini, sastera rakyat merupakan sastera yang sudah dicetak atau ditulis.
Hal ini kerana, sastera rakyat telah melalui proses rakaman yang disampaikan dari satu
generasi ke satu generasi lain. Asalnya sastera rakyat dituturkan atau didendangkan oleh
seseorang anggota masyarakat dan yang lainnya mendengar dengan menggunakan
pancaindera telinga. Ketika khalayak mendengar, mereka turut dapat menyaksikan penutur
atau pencerita mungkin menggerakkan badan, tangan, kaki atau kepalanya untuk
menghebatkan lagi ceritanya. Selain itu, Ismail Hamid (1987: 1) menyatakan bahawa sastera
rakyat atau sastera lisan khususnya cerita rakyat merupakan sejenis bentuk kesusasteraan
terawal yang lahir dalam semua kebudayaan manusia. Keadaan ini berlaku kerana sistem
tulisan muncul terkemudian daripada zaman tradisi lisan. Oleh hal yang demikian, jelas
membuktikan bahawa sebelum masyarakat Melayu mengenal huruf, sastera yang berbentuk
lisan telah berkembang juga dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Pendapat ini
juga disokong oleh Halimah Hassan (1989: 47-48) di Malaysia, sastera rakyat khususnya
cerita rakyat sebagai kesusasteraan yang telah dihidupkan secara lisan dengan
menggunakan media pertuturan. Ini bermakna, ia merupakan hasil kreatif yang diturunkan
dari satu generasi ke satu generasi kepada generasi lain secara lisan dan juga dikenali
sebagai tradisi lisan. Justeru, kajian ini akan membincangkan nilai-nilai murni yang terdapat di
dalam cerita rakyat yang dapat membentuk moral positif kepada kanak-kanak di Malaysia.
Nilai Murni Cerita Rakyat Kepada Kanakkanak Pada hakikatnya, menerusi cerita
rakyat terdapat niai-nilai murni seperti hormat-menghomati, tolong-menolong, kerajinan,
bermuafakat, keberanian, kejujuran, dan kasih sayang. Nilainilai murni ini akan dibincangkan
dalam analisis kajian tersebut. Hormat-menghormati Nilai hormat-menghormati didefinisikan
sebagai berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan
oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain (Tajul Arifin
Nordin & Noraini Dan,1992: 31). Manakala Hashim Musa (2008: 69) pula berpendapat
hormat-menghormati merupakan memuliakan orang-orang yang lebih tua dan berpangkat
daripadanya, dan juga para tetamu dengan memberi layanan yang baik, menghormati hak,
keperluan asasi dan maruah manusia dan individu, menghormati kepercayaan, budaya, adat
resam dan keturunan yang berbeza-beza, menghormati undang-undang dan peraturan yang

Dalam hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan yang melulu. Kita harus
berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai
membelakangi undang-undang.
(Harga Sebuah Maruah)
Dalam petikan di atas, jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang berasaskan
pertimbangan akal . Hal ini dapat dikesan melalui frasa tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.
Namun dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memperlihatkan perbezaan
konsep perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan berikut;
Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun sesekali
menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu dipertahankan
Berdasarkan petikan tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan untuk menegakkan
hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan darah. Hal ini dapat dikesan
melalui frasa biar darah kita kering di badan, namun sesekali menyerah tidak sama sekali.
Salah satu daripada fungsi sastera adalah sebagai medium protes dan kritik sosial. Hubung
kaitkan pernyataan ini dalam mengulas novel yang pernah anda baca.
Cadangan Jawapan:
Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia
daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan
dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hal
ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh
Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja
merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk
karya kreatif yang indah sifatnya.

Kepincangan dalam masyarakat contoh novel

masyarakat yang tidak amanah

masyarakat yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga


seperti dalam novel Melunas Rindu

masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain

termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara, menghormati dan


bertanggungjawab terhadap golongan minoriti dan yang kurang upaya. Norita Arifin pula
mentakrifkan nilai hormat-menghormati sebagai perasaan muhibah, bertimbang
rasa, ikhlas dan tunjuk rasa hormat kepada orang lain (2006: 86). Nilai hormat-menghormati
ini terbahagi kepada beberapa ciri antaranya hormat dan taat kepada ibu bapa, hormat
kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin, patuh kepada
undang-undang, hormat kepada hak asasi, hormat kepada kepercayaan dan adat resam
pelbagai keturunan serta hormat kepada keperibadian individu (Tajul Arifin Nordin & Noraini
Dan,1992: 31-32). Berdasarkan pendapat-pendapat yang diutarakan, nilai hormatmenghormati dapat disimpulkan sebagai perlakuan atau pekerti mulia termasuklah
menghargai, memuliakan dan memandang tinggi dalam hubungan sesama ahli masyarakat
sama ada ibu bapa, orang yang lebih tua, jiran, guru, rakan taulan dan pemimpin,
undangundang dan peraturan, serta kepercayaan dan adat resam dengan memberi layanan
yang baik. Dalam mewujudkan perhubungan yang baik dan bahagia dalam kalangan anggota
masyarakat, sikap hormat-menghormati penting untuk menunjukkan kesopanan diri.
Kanakkanak adalah antara mereka yang perlu dipupuk dengan nilai murni sedemikian bagi
membentuk sikap yang positif pada diri mereka. Hormatmenghormati adalah satu nilai murni
yang berkonsep ke arah kebaikan yang perlu dibentuk pada diri kanak-kanak untuk
perjalanan kehidupan yang terancang dan sempurna. Jika kanak-kanak bersikap tersebut,
mereka akan menghormati khalayak umum dengan suka rela tanpa ada paksaan. Contohnya
berdasarkan cerita rakyat yang berjudul Harta Tujuh Gedang. Suki menasihati Duraman
supaya mereka bekerja kuat dan insaf akan apa yang telah berlaku kepada mereka.
Duraman bersetuju dan mereka mula berniaga. (Othman Puteh & Aripin Said. ed., 1995:
211). Berdasarkan petikan di atas, nilai hormatmenghormati yang memaparkan sikap hormat
kepada rakan. Menerusi petikan tersebut, pengarang menggambarkan nilai
hormatmenghormati sesama kawan yang dimiliki oleh watak Duraman. Duraman menerima
teguran dan nasihat serta menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakannya yang
bernama Suki. Setelah Duraman mendengar nasihat daripada Suki, akhirnya dia berasa insaf
untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mereka telah bersetuju untuk memulakan perniagaan
dengan cara yang betul mencari rezeki yang halal menyara kehidupan mereka. Menurut
Halimah Badioze Zaman (1992) penerapan nilai ini dalam cerita rakyat merupakan perkara
penting bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa hormat-menghormati itu penting
terutama bagi golongan kanak-kanak kerana mereka mudah terpengaruh budaya luar yang
meresap dalam diri mereka. Menurut Arbaie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi &
Asiah Abdul Rahman (2011) penerapan nilai moral yang baik dalam cerita rakyat merupakan
wadah penyampaian penting bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa hormatmenghormati itu penting terutama bagi golongan kanak-kanak kerana mereka mudah
terpengaruh budaya luar yang meresap dalam diri mereka. Hal ini bertepatan dengan
pendekatan masyarakat dan pendekatan moral yang terdapat di dalam Teori Pengkaedahan
Melayu (Hashim Awang, 2002) melalui pengalamanpengalaman tersebut, melahirkan satu
persoalan yang membawa kepada pengajaran yang dapat memberi manfaat yang berguna
kepada khalayak pembaca. Melalui pendekatan ini, karya sastera dihasilkan bukan sahaja
untuk mencari kebenaran dan keadilan, malah menjadi satu alat atau pemangkin dalam
membentuk satu budaya bangsa yang bermoral baik. Tolong-menolong Menurut Abd Rahim
Abd Rashid (2001:112), tolong-menolong sesuai dengan pembinaan konsep caring society
(masyarakat penyayang). Nilai tolong-menolong membolehkan masyarakat bangun membela
dan menangani pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh ahli masyarakat yang
memerlukan bantuan dan pertolongan. Justeru itu, ia membawa kesediaan melakukan
sesuatu dengan rasa ikhlas dan semangat kekitaan untuk kebaikan bersama tanpa

mengharapkan keuntungan atau balasan. Budaya tolong-menolong adalah penting dalam


kehidupan bermasyarakat iaitu susah senang bersama-sama mengatasi masalah yang
dihadapi. Oleh itu, pada peringkat umur kanakkanak cuba dibudayakan nilai tersebut dalam
diri mereka. Sikap ini, adalah sikap yang mulia dan harus ditanam dalam jiwa setiap
kanakkanak. Pada usia kanak-kanak mempunyai sikap yang baik dan cuba meniru gaya
hidup masyarakat Melayu yang mengamalkan amalan tersebut dalam kehidupan seharian,
terutamanya dalam pergaulan seharian. Sewaktu seseorang memerlukan bantuan,
masyarakat Melayu akan cuba sedaya upaya memberi bantuan untuk meringankan beban
yang ditanggung. Budaya tolong-menolong inilah yang cuba dimanipulasikan dalam diri
kanak-kanak dengan sebaik mungkin. Contohnya berdasarkan cerita rakyat yang bertajuk
Orang Sombong Selalu Rugi. Biar saya turunkan kayu di atas kepala nenek dahulu, kata
Melor. Kayu-kayu ini itu diletakkan di atas tanah. Kemudian dia membawa semangkuk air
untuk perempuan itu. Perempuan itu pun minum dengan sepuas-puasnya. Saya cuma
menolong nenek, nek. Sekarang benarkan saya mengangkat kayu itu, kata Melor. Dia pun
meletakkan kayu itu di atas kepala perempuan itu. (Othman Puteh & Aripin Said. ed., 1995:
118). Berdasarkan petikan cerita tersebut, pengarang menggambarkan nilai tolongmenolong
di antara Melor dengan Perempuan Tua. Melor menolong membantu melepaskan perempuan
tua itu daripada kesusahan akibat ditimpa oleh kayu atas badannya. Oleh hal yang demikian,
maka jelaslah membuktikan bahawa sikap Melor yang telah menolong Perempuan Tua ini
merupakan suatu perlakuan yang mulia dan sememangnya nilai murni ini dapat dicontohi
oleh kanak-kanak. Dalam konteks ini, kanak-kanak boleh mengamalkan nilai murni ini dalam
diri dan kehidupan mereka supaya mereka boleh membentuk akhlak yang baik serta dapat
menjalankan kehidupan di atas muka bumi ini dengan sempurna. Menurut Arbaie Sujud, Nik
Rafidah Nik Muhammad Affendi & Asiah Abdul Rahman (2011) penerapan nilai moral yang
baik dalam cerita rakyat merupakan wadah penyampaian penting bagi mendedahkan kepada
masyarakat bahawa tolong-menolong itu penting terutama bagi golongan kanak-kanak
kerana mereka mudah terpengaruh budaya luar yang meresap dalam diri mereka. Menurut
Halimah Badioze Zaman (1992) kanak-kanak perlu dididik untuk menjadi manusia yang
berguna suatu hati nanti. Oleh itu, pembentukan moral anak-anak wajar diasuh oleh ibu dan
bapa sejak dari usia mereka sejak kecil lagi. Mereka mudah menerima didikan moral andai
kata ibu dan bapa mampu membentuk sahsiah diri mereka dengan baik dan sempurna.
Menjurus kepada permasalahan ini, dapat dikatakan bahawa cerita rakyat juga memainkan
peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni terutama bagi golongan kanakkanak ini
kerana seusia mereka perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutama membentuk
keperibadian seseorang kanak-kanak tersebut. Hal ini bertepatan dengan pendekatan
masyarakat dan pendekatan moral (Hashim Awang, 2002) yang terdapat di dalam Teori
Pengkaedahan Melayu. Berdasarkan pendekatan moral tersebut, jelas memperlihatkan
bahawa pembentukan moral yang baik dalam diri kanak-kanak mampu dibentuk melalui
didikan dan asuhan moral yang betul dan berkesan. Menurut Arbaie Sujud, Nik Rafidah
Muhammad Affendi & Asiah Abdul Rahman (2011) kanak-kanak wajar mendapat didikan
moral yang sempurna kerana kanak-kanak harus dijadikan insan yang mampu membentuk
nilai-nilai murni yang mulia dalam diri mereka suatu masa nanti. Oleh itu, kanak-kanak
senang untuk mendapat pengajaran dalam diri untuk melatih diri mereka mengamalkan nilainilai murni dalam diri dan senang untuk membentuk moral yang baik. Melalui pendekatan ini,
karya sastera dihasilkan bukan sahaja untuk mencari kebenaran dan keadilan, malah menjadi
satu alat atau pemangkin dalam membentuk satu budaya bangsa yang bermoral baik.
Kerajinan Nilai kerajinan didefinisikan sebagai usaha yang berterusan yang dilakukan dengan
penuh semangat untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan (Jumali Hj. Selamat, 2001:
322). Selain itu, nilai kerajinan juga merupakan usaha berterusan yang penuh dengan

10

semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan
sesuatu perkara (Tajul Arifin Nordin & Noraini Dan, 1992: 33). Menurut Hashim Musa, nilai
kerajinan merupakan sikap sentiasa berusaha secara berterusan, tekun dan bersungguhsungguh untuk memenuhi matlamat, sasaran, cita-cita demi mencapai kejayaan (2008: 68).
Norita Arifin pula mentafsirkan kerajinan sebagai gambaran usaha bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan di samping usaha yang berterusan dalam
memenuhi keinginan iaitu kejayaan dan kecemerlangan dengan penuh rasa semangat (2006:
107). Nilai kerajinan ini terbahagi kepada beberapa ciri antaranya ialah cekal, daya usaha,
dedikasi, gigih dan tekun (Tajul Arifin Nordin & Noraini Dan, 1992: 33). Oleh itu, nilai
kerajinan dapat disimpulkan sebagai usaha yang berterusan merangkumi ketekunan,
bersungguhsungguh, cekal, gigih, berdedikasi dan penuh semangat dalam memenuhi tujuan,
keinginan yang melibatkan cita-cita dan sasaran iaitu untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan. Daya usaha merupakan antara ciri yang menjadi sandaran dalam meneliti
nilai kerajinan. Daya usaha ditakrifkan sebagai gambaran kesungguhan melakukan sesuatu
dengan bersemangat, penuh inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang
berkualiti (Jumali Hj. Selamat, 2001: 322). Contohnya dapat dilihat dalam cerita rakyat yang
bertajuk Tukang Kayu dan Tukang Besi menunjukkan watak tukang kayu dan tukang besi
dalam menghasilkan perabot dan peralatan besi dengan rajin. Berhampiran rumah orang
kaya itu tinggallah seorang tukang kayu dan seorang tukang dua orang tukang itu sangat rajin
bekerja. Setiap hari tukang kayu membuat bermacam-macam macam perabot. Setiap hari
tukang besi juga membuat bermacam-macam-macam alat. Tukang kayu dan tukang besi
sangat gembira dengan pekerjaan mereka. Mereka selalu bertegur sapa. (Osman Puteh &
Aripin Said. ed., 1995: 168). Pengarang menggambarkan watak tukang kayu dan tukang besi
yang sangat rajin dalam melakukan pekerjaannya seperti menghasilkan perabot dan
peralatan besi. Mereka melakukan pekerjaan itu setiap hari dengan rajin dan gembira serta
hidup bahagia. Menurut Halimzah Badioze Zaman (1992) penerapan nilai ini dalam cerita
rakyat merupakan perkara penting bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa kerajinan
itu penting terutama bagi golongan kanak-kanak kerana mereka mudah terpengaruh budaya
luar yang meresap dalam diri mereka. Menjurus kepada permasalahan ini, dapat dikatakan
bahawa cerita rakyat juga memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni
terutama bagi golongan kanak-kanak ini kerana seusia mereka perlu diberikan perhatian
yang sewajarnya terutamanya bagi membentuk keperibadian seseorang kanak-kanak
tersebut. Hakikatnya, jelas membuktikan yang pendekatan masyarakat dan pendekatan
moral yang terdapat di dalam Teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang, 2002) sesuai
dikaitkan dengan pembentukan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak. Hal ini kerana,
pendekatan masyarakat juga bersangkut rapat dengan pembentukan moral dalam diri kanakkanak. Justeru itu, nilai murni dalam diri kanak-kanak mampu dibentuk dengan adanya
pendidikan moral yang berpanjangan daripada ibu dan bapa mereka sejak usia mereka kecil
lagi. Oleh itu, daripada pengalaman-pengalaman tersebut, melahirkan satu persoalan yang
membawa kepada pengajaran yang dapat memberi manfaat yang berguna. Melalui
pendekatan ini, karya sastera dihasilkan bukan sahaja untuk mencari kebenaran dan
keadilan, malah menjadi satu alat atau pemangkin dalam membentuk keperibadian yang
mulia dalam diri kanak-kanak dan nescaya negara boleh membentuk satu budaya bangsa
yang bermoral baik. Bermuafakat Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001: 105), didefinisikan
semangat kerjasama dalam semua bidang perlu dipertingkatkan bagi mengatasi dan
menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Nilai kerjasama atau muafakat
menjadi asas kekuatan kelompok, organisasi, masyarakat dan negara. Bermuafakat adalah
perkara yang sinonim dengan kehidupan seharian terutama bagi masyarakat Melayu. Contoh
bermuafakat yang dapat dilihat pada hari ini dalam kalangan masyarakat Melayu ialah

kesepakatan untuk bergotong-royong, kenduri dan sebagainya. Secara tidak langsung, nilai
bermuafakat ini dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan masyarakat Melayu
dalam menjalankan kehidupan harian. Pada hari ini, nilai ini jelas diperlihatkan dalam cerita
teladan terutama dalam cerita rakyat. Cerita rakyat bukanlah cerita rekaan semata-mata
tetapi cerita ini mampu membentuk keperibadian moral kanak-kanak kerana jiwa kanakkanak lebih mudah dibentuk sahsiahnya berbanding orang dewasa dan seusia ini juga
mereka dapat tahu baik dan buruknya sesuatu perkara. Lebih jelas nilai ini dikemukakan
dalam cerita rakyat Bermuafakat Menghalau Jin seperti dalam petikan berikut: Penduduk
kampung takut dan cemas. Mereka berkumpul di rumah ketua kampung untuk menentang jin
itu. Mari kita minta tolong kepada penghulu, kata seorang penduduk.Bolehkah penghulu itu
menolong? soal seorang yang lain. Dia ragu-ragu. Kita cuba dahulu. Belum cuba belum
tahu, kata ketua kampung. (Othman Puteh & Aripin Said. ed., 1995: 157). Petikan di atas
terbukti menggambarkan keadaan masyarakat penduduk kampung sedang bermuafakat
untuk menghalau jin daripada kampung mereka. Melihat kepada keadaan tersebut,
permuafakatan oleh penduduk kampung merupakan tindakan yang bijak bagi menyelesaikan
sesuatu masalah melalui berbincang dengan penghulu mereka. Nilai bermuafakat
dikemukakan dapat dilihat apabila penduduk kampung itu bersetuju dengan penghulu mereka
untuk menggunakan jarum bagi menghalau jin tersebut. Penerapan nilai ini dalam cerita
rakyat merupakan perkara penting bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa
bermuafakat itu penting terutama bagi golongan kanak-kanak kerana mereka mudah
terpengaruh budaya luar yang meresap dalam diri mereka. Menjurus kepada permasalahan
ini, dapat dikatakan bahawa cerita rakyat juga memainkan peranan penting dalam memupuk
nilai-nilai murni terutama bagi golongan kanak-kanak ini kerana usia seawal mereka perlu
diberi perhatian yang sewajarnya terutama membentuk keperibadian seseorang kanak-kanak
tersebut. Hal ini berpandukan dengan pendekatan masyarakat dan pendekatan moral yang
terdapat di dalam Teori Pengkaedahan Melayu. Ilham pengarang melalui pengalamanpengalaman tersebut, melahirkan satu persoalan yang membawa kepada pengajaran yang
dapat memberi manfaat yang berguna. Melalui pendekatan ini, karya sastera dihasilkan
bukan sahaja untuk dokumentasi sosial, malah menjadi satu alat atau pemangkin dalam
membentuk bangsa yang berilmu dan berintelektual. Keberanian Menurut Tajul Arifin Nordin
& Noraini Dan (1992:33), keberanian ditafsirkan sebagai kesanggupan seseorang untuk
menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian seharusnya ada pada setiap
individu namun perlu dibatasi agar tidak mendatangkan kecelakaan. Nilai keberanian juga
dikatakan sebagai sikap tidak ragu-ragu mengambil sesuatu tindakan walaupun dalam
keadaan bahaya dan berisiko tinggi (Aboebakar Atjeh, 1988: 19). Mustafa Hj Daud
menegaskan bahawa nilai keberanian merupakan nilai kebenaran dari segi pertuturan,
perbuatan, tindakan dan keyakinan (1995: 35). Hashim Musa menyatakan nilai keberanian ini
merupakan tabah, kuat dan tidak takut menghadapi cabaran, berpegang kepada prinsip dan
membuat keputusan dan tindakan yang benar dan hak, bersedia mempertahankan
kebenaran dengan penuh tanggungjawab dan amanah (2008: 68). Nilai keberanian menurut
Norita Arifin (2006: 119), ialah kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dan
tentangan dengan penuh yakin dan berani menanggung risiko. Nilai keberanian terbahagi
kepada beberapa ciri iaitu berani tidak membuta tuli, berani kerana benar, berani
mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab (Tajul Arifin Nordin & Noraini Dan,
1992: 33). Nilai keberanian ini dapat disimpulkan sebagai kesanggupan, tidak berasa ragu
yang merangkumi sikap tabah, kuat tidak takut kepada cabaran, berpegang kepada prinsip
yang benar dan hak, mendukung kebenaran dan berani dalam menanggung risiko untuk
menghadapi sesuatu cabaran dalam kehidupan yang terdiri dari segi pertuturan, perbuatan,
tindakan dan keyakinan. Bukti ini dapat dijelaskan dalam cerita rakyat Lombong Menanti

11

seperti dalam petikan berikut: Di Kampung Padang Keladi, kononnya ada seorang pahlawan
Melayu yang terbilang bernama Tuk Tandang. Dia sahabat rapat Panglima Ujang. Oleh itu,
Tuk Tandang berganding bahu dengan Panglima Ujang mempertahankan bumi Padang
Keladi. Puteri raja disembunyikan di rumah Tuk Tandang. Orang Kuala Pilah menyerang
rumah itu. Tuk Tandang berdiri di muka pintu menghalang sesiapa sahaja yang berani
masuk. (Othman Puteh & Aripin Said. ed., 1995: 89). Petikan di atas jelas menggambarkan
keberanian yang dimiliki oleh Tuk Tandang bagi menghalang musuh memasuki rumahnya
serta melindungi puteri raja yang berada dalam rumah tersebut. Gambaran nilai keberanian
melalui watak Tuk Tandang adalah sebagai satu penerapan nilai-nilai murni yang telah
serapkan oleh cerita rakyat bagi disebarkan kepada generasi yang akan datang supaya nilai
keberanian itu menjadi sebahagian normal hidup untuk dijadikan sebagai salah satu
pendinding untuk menghadapi musuh atau sebaliknya. Oleh itu, nilai keberanian begitu
penting dijadikan sebagai tunjang keperibadian untuk menghadapi sesuatu perkara terutama
bagi golongan kanak-kanak kerana pada seusia ini remaja perlu mengerti erti sebuah
kehidupan untuk menghadapi cabaran dan liku kehidupan masa yang datang. Penerapan
nilai ini dalam cerita rakyat merupakan perkara penting bagi mendedahkan kepada golongan
kanak-kanak tentang nilai keberanian itu penting terutama bagi golongan mereka untuk
memastikan mereka berani untuk mencuba sesuatu perkara dalam hidup mereka dalam
suatu masa yang panjang. Lantaran itu, kanak-kanak juga perlu diberi pendedahan tentang
nilai seperti ini kerana ia mampu membentuk nilai moral yang baik dalam diri mereka. Hal ini
bertepatan dengan pendekatan masyarakat dan pendekatan moral yang terdapat di dalam
Teori Pengkaedahan Melayu. Dalam konteks ini idea dan cetusan pemikiran diperoleh melalui
pengalaman-pengalamannya, melahirkan satu persoalan yang membawa kepada pengajaran
yang dapat memberi manfaat yang berguna kepada kanak-kanak. Melalui pendekatan ini,
karya sastera dihasilkan bukan sahaja untuk mencari kebenaran dan keadilan dalam sesuatu
perkara yang mendasari dalam sebuah kehidupan kanak-kanak, malah menjadi satu alat atau
pemangkin dalam membentuk satu budaya bangsa yang bermoral baik dalam kehidupan
kanak-kanak secara tidak langsung. Kejujuran Menurut Tajul Arifin Nordin & Noraini Dan
(1992: 33), kejujuran didefinisikan sebagai sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik,
amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Kejujuran juga dikatakan sebagai
memberitahukan, menuturkan sesuatu dengan sebenarnya (H Mod Rifal ed., 1985: 73). Bagi
Mohd Adib Abd Rahman, nilai kejujuran ialah kesesuaian perkataan dan perbuatan yang
dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariatnya
(2010). Nilai kejujuran menurut pandangan Aboebakar Atjeh pula ialah benar dalam segala
perbuatan dan perkataan, boleh dipercayai, bersifat menyampaikan serta cerdik lagi
bijaksana dalam segala tindakan (1988: 10). Hashim Musa menyatakan nilai kejujuran
sebagai sifat tulus dan telus, bercakap benar, ikhlas, setia dan dapat diharap dan dipercayai
(2008: 68). Nilai kejujuran ini juga membawa pengertian segenap perasaan manusia yang
terangkum yang dilaksanakan atas dasar kesedaran dan sifat tanggungjawab supaya
kehidupan menjadi aman dan bahagia (Norita Arifin, 2006: 99). Beliau turut menyatakan nilai
kejujuran ini merupakan keperibadian dan perlakuan yang mencerminkan isi hati seseorang
untuk melakukan sesuatu secara jujur, ikhlas dan tidak mengharapkan balasan (2006: 99).
Boleh dilihat berdasarkan petikan cerita yang berjudul Kejujuran. Akhirnya Isap berasa amat
tenat. Dia sangat kesal. Sahabatnya tidak lagi menunggunya. Sahabatnya tidak sempat
membawa ole-ole lagi. Sejak itu Badar tidak ke rumah Ishak lagi dan persahabatan mereka
terputus. Orang yang paling gembira ialah isteri Isap. Suaminya tidak bersahabat dengan
orang yang tidak jujur lagi. (Othman Puteh & Aripin Said. ed., 1995: 72). Berdasarkan petikan
di atas, jelas menerangkan bahawa tidak lagi meneruskan persahabatan dengan Badar
kerana sikap Badar yang tidak jujur dalam persahabatan mereka. Ekoran daripada itu, jika

seseorang itu tidak jujur, nescaya ikatan persahabatan yang terjalin itu tidak akan kekal
sampai akhir hayat. Oleh itu, cerita rakyat sebegini sewajarnya kepada remaja. Hal ini
mampu memberi didikan moral yang baik kepada kanak-kanak. Mereka akan tahu bersikap
jujur penting dalam kehidupan. Penerapan nilai ini dalam cerita rakyat merupakan perkara
penting bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa kejujuran itu penting terutama bagi
golongan kanak-kanak kerana mereka mudah terpengaruh budaya luar yang meresap dalam
diri mereka.
Berteraskan kepada pendekatan gunaan dan pendekatan seni yang terdapat di
dalam Teori Pengkaedahan Melayu, masyarakat Melayu beranggapan alam sebagai sumber
rujukan dan panduan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, masyarakat menjadikan alam
sebagai ilham dalam karya yang dihasilkan. Sementara itu, menerusi pendekatan seni
diterapkan sepenuhnya bagi melahirkan mutu karya yang padat dengan nilai keindahan.
Jelaslah karya sastera dihasilkan bukan sahaja untuk hiburan, malah menjadi satu alat atau
pemangkin dalam membentuk satu budaya bangsa yang bermoral baik. Kasih Sayang Nilai
kasih sayang bermaksud perasaan halus dan belas kasihan yang timbul daripada hati yang
ikhlas terhadap orang lain dan berusaha membantu meringankan bebanan yang dihadapinya
(Norita Arifin, 2006: 93). Menurut Muhamad al-Ghazali (1987: 92), kasih sayang didefinisikan
sebagai menggambarkan sifat ketinggian budi yang melembutkan hati untuk mencurahkan
rasa belas kasihan. Muhamad al-Ghazali menambah, kasih sayang ialah perasaan halus dan
belas kasihan di dalam hati yang membawa kepada berbuat amalan utama, memberi maaf
dan berlaku baik (H Mod Rifail ed., 1985: 441). Tajul Ariffin Nordin & Noraini dan pula
berpendapat kasih sayang ialah perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan
berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu tanpa sebarang unsur
kepentingan diri (1992: 32). Kementerian Pelajaran mendefinisikan nilai kasih sayang sebagai
meliputi perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu (1988b: 5). Nilai kasih sayang terbahagi kepada empat ciri iaitu
sayang kepada nyawa, sayang kepada alam sekitar, cinta kepada negara, cinta kepada
keamanan dan keharmonian (Tajul Arifin Nordin & Noraini Dan, 1992: 32). Berdasarkan
pendapat-pendapat yang diutarakan, nilai kasih sayang disimpulkan sebagai perasaan halus
dan belas kasihan yang lahir dari hati meliputi rasa cinta dan kasih sayang yang mendalam,
tiada sempadan waktu dan tanpa sebarang paksaan atau unsur kepentingan diri seterusnya
membawa kepada perlakuan yang baik dan positif. Contohnya berdasarkan cerita rakyat
yang berjudul Anak Angkat Saudagar. Petikan menceritakan perihal keadaan: Saudagar
hendak mengambil Abdul menjadi anak angkatnya. Dia hendak jadikan Abdul saudagar yang
kaya. Ibu Abdul rasa serba salah. Dia kasih akan anaknya itu. Dia juga mengharapkan masa
depan yang baik untuk anaknya. (Othman Puteh & Aripin Said. ed., 1995: 21) Berdasarkan
petikan di atas, pengarang menggambarkan kasih sayang yang sangat utuh seorang ibu
kepada anaknya. Walaupun si ibu sangat mengasihi akan anaknya, namun demi masa depan
anaknya, dia sanggup mengorbankan kasih sayang yang selama ini disemai demi kejayaan
diri anaknya itu. Oleh itu, cerita sebegini mampu membentuk keperibadian mulia dalam diri
kanak-kanak. Kanak-kanak mampu untuk membentuk nilai kasih sayang dalam diri mereka
agar ikatan kasih sayang ini mampu menjanjikan kebahagiaan dalam diri mereka. Dalam
konteks ini, dengan adanya jalinan citra nilai murni dalam setiap karya seperti ini mampu
mencorakkan kehidupan yang sempurna kepada kanak-kanak. Penerapan nilai ini dalam
cerita rakyat merupakan perkara penting bagi mendedahkan kepada masyarakat bahawa
keadilan itu penting terutama bagi golongan kanak-kanak kerana mereka mudah terpengaruh
budaya luar yang meresap dalam diri mereka. Berpaksikan kepada permasalahan ini, terbukti
bahawa cerita rakyat juga memainkan peranan penting dalam memupuk nilai-nilai murni
terutama bagi golongan kanak-kanak ini kerana usia seawal mereka perlu diberi perhatian

12

yang sewajarnya terutama membentuk keperibadian seseorang kanak-kanak tersebut.


Dalam Teori Pengkaedahan Melayu, nilai kasih sayang ini memperlihatkan bahawa melalui
karya sastera, mampu melahirkan pelbagai manfaat dan kebaikan rentetan dari pelbagai
peristiwa yang dijadikan pengalaman-pengalaman dalam menempuh kehidupan. Melalui
pengalaman-pengalaman tersebut, tersingkap pelbagai ragam yang dapat dijadikan cerminan
bandingan atau contoh teladan yang baik. Hal ini bertepatan dengan pengkaedahan moral
yang terdapat di dalam Teori Pengkaedahan Melayu.
Kesimpulan Kebijaksanaan pengarang dalam menghasilkan sesebuah cerita rakyat
yang sarat dengan pengolahan nilai murni dalam karya mereka mampu mencetuskan suatu
khazanah nilai yang berharga kepada diri kanak-kanak. Melalui Pengkaedahan Melayu, dapat
dijadikan asasasas pembentukan berdasarkan corak, sifat dan sejarah kesusasteraan Melayu

itu sendiri. Justeru itu, melalui analisis dan kajian telah dilakukan memudahkan pengkaji
mencungkil citra nilai murni masyarakat tradisi dalam cerita rakyat di Malaysia (dunia kanakkanak). Pengaplikasian teori yang berkesan akan dapat dijadikan bahan rujukan dan
panduan kepada pencipta sastera. Teori ini mampu menjadi teori sastera tempatan yang
bertujuan untuk mengkaji, mengkritik, menganalisis dan menilai hasil-hasil sastera dengan
lebih benar, munasabah, yakin dan lengkap. Oleh itu, melalui pengekalan elemen yang
diceritakan di atas mampu mencorakkan fenomena yang baru kepada kanak-kanak.
Bimbingan dan galakan yang berterusan akan dapat membantu ke arah pembentukan citra
nilai murni dalam cerita rakyat di Malaysia mampu membentuk keperibadian baik dalam diri
kanak-kanak.

13