Anda di halaman 1dari 5

Pada 31 Mac 1854, ketibaan Komodor Matthew Perry dan "Kapal Hitam" Angkatan Laut

Amerika

Syarikat memaksa

Jepun

untuk

membuka

diri

terhadap

Dunia

Barat

melalui Persetujuan Kanagawa. Persetujuan-persetujuan selanjutnya dengan negara-negara


Barat pada masa Bakumatsu menimbulkan krisis ekonomi dan politik di Jepun. Golongan
samurai menganggap Keshogunan Tokugawa semakin goyah, lalu memberontak sehingga
tercetusnya Perang Boshin dari tahun 1867 hingga 1868. Setelah Keshogunan Tokugawa
digulingkan, kekuasaan dikembalikan ke tangan maharaja (Pemulihan Meiji) dan sistem
domain dimansuhkan. Semasa Pemulihan Meiji, Jepun mengamalkan sistem politik, undangundang, dan ketenteraan dari Dunia Barat. Kabinet Jepun menubuhkan Dewan Penasihat
Maharaja, menyusun Perlembagaan Meiji, dan membentuk Parlimen Diraja. Pemulihan Meiji
mengubah Empayar Jepun menjadi negara industri moden dan sekaligus memperkuat tentera
secukup-cukupnya sehingga menimbulkan konflik ketenteraan ketika berusaha memperluas
liputan wilayahnya di Asia. Setelah mengalahkan China dalam Perang China-Jepun
Pertama dan Rusia dalam Perang

Rusia-Jepun,

Jepun

menguasai Taiwan,

separuh

dari Sakhalin, dan Korea.


Pada awal abad ke-20, Jepun mengalami "pendemokrasian Taisho" yang dibayangkan oleh
kebangkitan perluasan wilayah dan penguatan tentera Jepun. Semasa Perang Dunia I, Jepun
berada di pihak Sekutu yang memenangi seluruh peperangan, sehingga Jepun dapat
memperluas pengaruh dan wilayah kekuasaan. Jepun terus menjalankan politik ekspansionis
dengan menduduki Manchuria pada tahun 1931. Dua tahun kemudian, Jepun menarik diri
daripada Liga
pendudukan

Bangsa-Bangsa setelah
Manchuria.

Pada

menyambut kecaman

tahun 1936,

Jepun

antarabangsa mengenai

menandatangani Pakatan

Anti-

Comintern dengan Jerman Nazi, lalu bergabung bersama Jerman dan Itali untuk
membentuk Paksi pada tahun 1941.
Pada tahun 1937, serangan Jepun terhadap Manchuria mencetuskan Perang China-Jepun
Kedua (1937-1945) yang menyebabakan Jepun dikenakan sekatan minyak oleh Amerika
Syarikat[27]Pada 7 Desember 1941, Jepun menyerang pangkalan Tentera Laut Amerika
Syarikat di Pearl Harbor, dan menyatakan perang terhadap Amerika Syarikat, British,
dan Belanda. Serangan Pearl Harbor mengheret AS ke kancah Perang Dunia Kedua. Setelah
kempen tentera yang berlarutan di Lautan Pasifik, Jepun banyak kehilangan wilayah-wilayah
yang dikuasainya sejak awal peperangan. Amerika Syarikat melakukan pengeboman strategis
terhadap Tokyo, Osaka dan kota-kota besar yang lain. Setelah AS menjatuhkan bom

atom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun akhirnya menyerah kalah tanpa syarat kepada pihak
berikat pada 15 Ogos 1945 (Hari Kemenangan atas Jepun).
Peperangan banyak membawa penderitaan bagi rakyat Jepun dan juga di wilayah-wilayah
jajahan Jepun. Berjuta-juta orang terkorban di negara-negara Asia yang diduduki oleh Jepun
yang melaung-laungkan slogan Kemakmuran Bersama Asia. Hampir semua industri dan
infrastruktur di Jepun hancur akibat perang. Pihak Sekutu melakukan repatriasi besarbesaran etnik Jepun dari negara-negara Asia yang pernah diduduki Jepun. [29] Tribunal
Ketenteraan Antarabangsa untuk Timur Jauh yang diselenggarakan oleh pihak Sekutu mulai 3
Mei 1946 berakhir dengan dijatuhkannya hukuman bagi sejumlah pemimpin Jepun yang
terbukti bersalah melakukan kezaliman perang.
Pada tahun 1947, Jepun menerima Perlembagaan yang baru, yang mana Jepun ditetapkan
sebagai negara yang menganut fahaman pasifisme lalu mengamalkan demokrasi liberal.
Pendudukan AS

terhadap

Jepun

secara

rasmi

berakhir

pada

tahun 1952 dengan

menandatangani Perjanjian San Francisco.[30] Walaupun demikian, pasukan AS tetap


mempertahankan pangkalan-pangkalan penting di Jepun, khususnya di Okinawa.Perserikatan
Bangsa-Bangsa secara secara rasmi menerima Jepun sebagai anggota pada tahun 1956.
Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, dan
menempatkan Jepun sebagai kekuatan ekonomi terbesar nombor dua di dunia, dengan
pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar lebih kurang 10% setahun selama empat dekad.
Kepesatan pertumbuhan ekonomi Jepun berakhir pada awal tahun 1990-an setelah
pecahnya gelembung ekonominya.

Kedua-dua Perang Candu yang tersebut di atas serta perdagangan candu membawa akibat
yang amat merugikan kepada dinasti Qing dan penduduk-penduduk Cina. Perbendaharaan
empayar Qing dua kali diisytiharkan muflis, akibat pembayaran ganti rugi yang dikenakan
kerana perang-perang candu, serta aliran keluar logam perak yang banyak, akibat
perdagangan

candu

(pada

tahap

berpuluh-puluh bilion auns).

China

mengalami

dua kebuluran yang paling teruk tepat dua puluh tahun selepas setiap perang candu pada
dekad 1860-an dan dekad 1880-an, dengan kerajaan Qing tidak berupaya untuk membantu
penduduknya. Dari segi sosial, peristiwa-peristiwa ini mempunyai kesan yang besar kerana ia
mencabar hegemoni yang dinikmati oleh orang-orang Cina diAsia selama berabad-abad. Oleh
itu, negara China di dalam keadaan huru-hara.

Pemberontakan Taiping, sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu pertiga
kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama kuasi-Kristian yang
diketuai oleh Hong Xiuquan, "Raja dari Syurga". Hanya selepas empat belas tahun bahawa
pemberontakan Taiping akhirnya dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan
dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Pada keseluruhannya, antara 20 - 50
juta orang dikorbankan, dan menyebabkan perang ini merupakan perang yang kedua paling
mengorbankan nyawa dalam sejarah manusia.
Pegawai-pegawai Qing lambat menerima kemodenan dan berasa sangsi terhadap kemajuankemajuan sosial dan teknologi yang diperlihatkan mereka sebagai satu ancaman terhadap
penguasaan mutlak mereka ke atas China. Sebagai contoh, serbuk letupan yang telah
digunakan secara meluas oleh tentera-tentera Dinasti Song dan Dinasti Ming diharamkan
oleh raja-raja Qing selepas mereka mengambil alih China. Oleh itu, Dinasti Qing tidak
berupaya menangani pemasukan negara-negara Barat. Kuasa-kuasa barat ada masuk tangan
secara ketenteraan untuk mengatasi keadaan huru-hara, seperti Pemberontakan Taiping
serta Pemberontakan Petinju anti-imperialis. Jeneral Gordon, yang kemudian dibunuh dalam
pengepungan Khartoum, Sudan, sering diberikan penghargaan kerana menyelamatkan Dinasti
Qing daripada pemberontakan Taiping.
Menjelang dekad 1980-an, Dinasti Qing berjaya mematahkan pemberontakan Taiping pada
kos dan pengorbanan nyawa yang amat tinggi. Ini menjejaskan kebolehpercayaan rejim Qing
dan dianjurkan oleh para ketua dan ningrat provinsi tempatan, menyumbangkan kepada
kebangkitan

hulubalang-hulubalang

di

China.

Dinasti

Qing

di

bawah Maharaja

Guangxu bermula untuk menangani masalah kemodenan melalui Gerakan Pengukuhan Diri.
Bagaimanapun, antara tahun 1898 dan tahun 1908, Maharani Balu Cixi mempenjarakan
reformis Guangxu atas tuduhan 'ketakupayaan mental'. Dengan bantuan puak konservatif,
Cixi memulakan sebuah rampasan kuasa ketenteraan dan secara berkesan menghapuskan
kuasa Maharaja yang muda, serta memulihkan kebanyakan reformasi yang lebih radikal.
Maharaja tersebut mangkat sehari sebelum kematian Maharani Balu (sesetengah orang
mempercayai bahawa Guangxu diracuni oleh Cixi). Amalan rasuah oleh para pegawai,
kesinisan, serta pergaduhan-pergaduhan keluarga diraja mengakibatkan kebanyakan
reformasi ketenteraan tidak berguna. Oleh itu, "Tentera Baru" kerajaan Qing ditewaskan
dengan teruk dalam Perang China-Perancis (1883-1885) dan Perang China-Jepun (18941895).

Pada permulaan abad ke-20, Pemberontak Petinju

mengancam China utara. Para

pemberontak merupakan gerakan anti-imperialis konservatif yang cuba memulihkan China


kepada cara-cara lama. Maharani Balu yang mungkin cuba memastikan pemegangan
kuasanya, menyebelahi pihak petinju ketika mereka mara ke Beijing. Sebagai gerak
balas, Perikatan Lapan Negaramenyerang China. Perikatan itu yang terdiri daripada
tentera British, Jepun, Rusia, Itali, Jerman, Perancis,Amerika
Syarikat dan Austria,menewaskan

petinju-petinju

dan

menuntut

lebih

banyak

konsesi daripada kerajaan Qing.


Dikecewakan oleh tentangan istana Qing terhadap pembaharuan serta kelemahan China, para
pegawai muda, pegawai tentera, dan pelajar diilhami oleh gagasan-gagasan revolusi Sun
Yat-sen mula menyokong penggulingan Dinasti Qing serta penciptaan sebuah republik.
Sebuah

pemberontakan

tentera, Pemberontakan

Wuchang,

dimulakan

pada 10

Oktober 1911 di Wuhan. Kerajaan sementara Republik China dibentuk di Nanjing pada 12
Mac 1912, dengan Sun Yat-sen sebagai Presiden, tetapi beliau terpaksa menyerahkan
kuasanya kepada Yuan Shikai, ketuaTentera Baru serta Perdana Menteri kerajaan Qing,
sebagai sebahagian perjanjian untuk menyebabkan penurunan takhta raja Qing yang
terakhir (satu keputusan yang Sun kemudian berasa kecewa). Pada tahun-tahun berikut, Yuan
Shikai membubarkan dewan-dewan perundangan negara serta provinsi dan pada tahun 1915,
mengisytiharkan diri sebagai maharaja. Cita-cita empayar Yuan ditentang dengan garang oleh
orang-orang bawahannya dan selepas menghadapi prospek pemberontakan, Yuan turun takhta
dan meninggal dunia tidak lama kemudian pada tahun 1916. Kematiannya mengakibatkan
kekosongan pucuk pimpinan dalam kerajaan republik dan membawa satu zaman
"hulubalang" ketika China diperintah oleh kerajaan campuran yang terdiri daripada ketuaketua tentera provinsi yang berubah-ubah.
Satu peristiwa pada tahun 1919 yang tidak dikesan oleh negara-negara lain di seluruh dunia
ialah penubuhan Gerakan 4 Mei yang membawa akibat jangka panjang kepada sejarah Cina
pada sepanjang abad ke-20 yang tinggal. Gerakan ini bermula sebagai satu gerak balas
terhadap keaiban yang dikenakan ke atas

China oleh Persetiaan Versailles yang

mengakhiri Perang Dunia I, tetapi kemudian menjadi sebuah gerakan bantahan terhadap
keadaan di dalam negeri China. Kesangsian terhadap falsafah Barat yang liberal di kalangan
intelektual Cina disusuli oleh penerimaan aliran fikiran yang lebih radikal. Ini pula menyemai
bibit-bibit pertikaian yang tidak dapat diselesaikan antara sayap kiri dengan sayap kanan di
China yang menguasai seluruh sejarah Cina pada baki abad itu.

Pada dekad 1920-an, Sun Yat-Sen mengasaskan sebuah pangkalan revolusi di China selatan,
dan bermula untuk menyatukan sebuah negara yang berpecah-belah. Dengan bantuan Soviet,
beliau menyertai sebuah perikatan dengan Parti Komunis China (CPC) yang baru. Selepas
kematian Sun pada tahun 1925, akibat penyakit barah, Chiang Kai-shek, salah satu anak didik
Sun, merampas kuasa Kuomintang (KMT; bahasa Cina untuk "Parti Nasionalis") dan berjaya
menguasai kebanyakan kawasan selatan dan tengah China di bawah sebuah kempen
ketenteraan yang dikenali sebagai Ekspedisi Utara. Selepas menewaskan hulubalanghulubalang di China selatan dan tengah, Chiang dapat memperoleh kesetiaan daripada para
hulubalang di utara, walaupun pada nama sahaja. Pada tahun 1927, Chiang memusuhi CPC
dan mengejar angkatan tentera CPC serta ketua-ketuanya tanpa belas kasihan dari pangkalanpangkalan mereka di China selatan dan timur. Pada tahun 1934, selepas dihalau dari
pangkalan-pangkalan gunung mereka yang termasuk Republik Soviet Cina, angkatan tentera
CPC memulakan Perarakan Panjang dan merentasi kawasan-kawasan China yang terpencil ke
arah barat laut. Akhirnya, mereka mengasaskan sebuah pangkalan gerila di Yan'an di
Provinsi Shanxi.
Semasa Perarakan Panjang, para ahli komunis disusun semula di bawah sebuah ketua
baru, Mao Zedong (Mao Tse-tung). Perjuangan yang getir antara KMT dan CPC berterusan,
baik secara terbuka mahupun secara sulit, pada sepanjang tempoh serangan Jepun yang
berlangsung selama 14 tahun (1931-1945). Walaupun kedua-dua pihak membentuk barisan
bersatu

untuk

menentang

penyerang-penyerang

Jepun

pada

tahun 1937 semasa

bahagian Perang China-Jepun (1937-1945) dalam Perang Dunia II, barisan itu merupakan
barisan pada nama sahaja. Perang antara kedua-dua pihak itu disambung semula selepas
kekalahan Jepun pada tahun 1945. Bagaimanapun menjelang 1949, CPC telah menguasai
kebanyakan negara China (sila lihat: Perang Saudara Cina).
Chiang Kai-shek melarikan diri dengan saki-baki kerajaannya ke Taiwan pada tahun 1949,
dan Parti Nasionalisnya menguasai pulau tersebut serta beberapa pulau yang berjiran
sehingga pilihan raya demokrasi diadakan pada lewat dekad 1990-an. Sejak dari masa
itu, status politik Taiwan sentiasa dipertikaikan.

Anda mungkin juga menyukai