Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah makan
angin di negara matahari terbit iaitu Jepun. Kami bergerak dari
rumah pada pukul 7.00 pagi. Perjalanan dari rumah ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hanya mengambil masa 30
minit kerana rumah kami terletak tidak jauh dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Suasana di Kuala Lumpur
sibuk dengan kenderaan menyusur masuk keluar. Saya dapat
melihat pencakar langit yang tinggi-tinggi belaka.
Setelah bagasi kami diperiksa, kami terus menaiki
Kapal Terbang Air Asia dan duduk seperti yang diarahkan. Ini
adalah kali pertama saya menaiki kapal terbang. Keadaan di
dalamnya sangat selesa. Pramugari dan pramugaranya pula
sangat mesra. Beberapa jam kemudian, kami tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Chitose, Hokkaido yang sangat luas.
Kami terus menaiki teksi menuju ke tempat
penginapan. Masa yang diambil untuk ke sana hanyalah 25 minit.
Setelah sampai, kami terus meletakkan bagasi. Kami berehat
sebentar. Waktu di Jepun sekarang pukul 4.00 petang. Kami solat
jamak takhir. Selesai solat, ayah bercadang untuk bersiar-siar di
sekitar Jepun termasuklah pulau-pulau di Jepun. Antaranya Pulau
Shikoku, Pulau Kusyu dan Pulau Honsyu.
Kami bersiar-siar di pulau yang terkenal di Jepun iaitu
Pulau Hokkaido. Persekitaran pulau ini sangat bersih dan
nyaman. Ombak di lautan seolah-olah memanggil saya untuk
berenang. . Ibu membentangkan tikar dan berehat sambil
memakai kaca mata hitam sementara saya, adik dan abang
bermandi-manda bersama ayah. Setelah puas bermain, kami
membina istana pasir dan bermain bola pantai . Apabila hampir
senja, kami pulang ke tempat penginapan.
Keesokan paginya, kami bersarapan di Sushi Bar, iaitu
restoran yang mempunyai pelbagai jenis sushi yang sedap
belaka. Restoran yang terletak di bandar raya Osaka itu dipenuhi