Anda di halaman 1dari 3

Pengalaman

Kamu telah mengikut ibu ke pasar malam. Ceritakan suasana di sana.


Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah ibu ke pasar malam.
Semasa di pasar malam, saya melihat ramai orang sedang membelibelah. Terdapat pelbagai barang yang dijual di pasar malam seperti
sayur-sayuran, buah-buahan, minuman, alat permainan dan sebagainya.
Suasana di pasar malam riuh-rendah dengan suara penjual dan
pengunjung. Para penjual menyusun barang-barang jualan dengan teratur.
Saya dan ibu berjalan ke gerai sayur-sayuran untuk membeli sayur
yang segar. Kami juga pergi ke gerai buah-buahan untuk membeli buahbuahan dengan harga yang murah. Sebelum pulang, kami telah membeli
air cincau untuk menghilangkan dahaga.
Setelah selesai membeli-belah, saya dan ibu pun pulang ke rumah.
Saya berasa gembira kerana berpeluang untuk pergi ke pasar malam.
Rumah jiran kamu telah dicerobohi pencuri. Ceritakan kejadian tersebut.
Malam itu saya membaca buku di dalam bilik. Tiba-tiba aku terdengar
bunyi sesuatu di rumah jiran saya, Encik Hamid. Encik Hamid tiada di
rumah kerana bercuti ke Sabah.
Aku pun segera mengintai melalui tingkap. Aku ternampak dua orang
lelaki sedang memanjat pagar rumah Encik Hamid. Keadaan mereka amat
mencurigakan.
Aku segera ke bilik ayah dan terus menceritakan perkara yang
telah aku lihat tadi. Tanpa membuang masa, saya terus menelefon pihak
polis.
Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung rumah
jiranku. Saya dan ayah pula memerhati melalui tingkap.
Akhirnya, kedua-dua orang pencuri itu berjaya ditangkap. Saya
berasa gembira kerana telah menolong jiran saya.

Fakta
Bincangkan cara-cara menjaga kebersihan diri
Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan
adalah asas kesihatan.
Bagi menjaga kebersihan diri, kita mestilah mandi setiap hari. Kita
perlu menggunakan sabun semasa mandi untuk mengelakkan badan
daripada berbau dan berkotor.
Kita juga hendaklah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Hal ini supaya gigi kita bersih, putih dan mulut tidak berbau.

Kita juga mestilah mencuci tangan sebelum dan selepas makan untuk
menjauhkan diri daripada penyakit. Kuku yang panjang juga mestilah
dipotong supaya pendek dan bersih.
Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari. Kita mesti
memakai pakaian yang kemas dan bersih.
Oleh itu, kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri.
Kebaikan Bersenam
Aktiviti bersenam merupakan aktiviti yang berfaedah. Kita boleh
bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang
dan lain-lain lagi.
Senaman dapat menyihatkan badan kita. Apabila kita bersukan
badan kita akan berpeluh dan akan lebih bertenaga . Otak kita juga akan
menjadi cerdas.
Senaman juga boleh mengelakkan kita daripada penyakit jantung
dan masalah kegemukan.
Bersukan juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah dan tidak membazirkan masa dengan aktiviti yang
tidak berfaedah.
Oleh itu, kita sentiasa bersenam supaya badan kita sihat dan otak
cerdas.
Faedah Budaya Menyimpan/ Menabung/ Berjimat Cermat
Amalan menabung ialah amalan yang baik. Kita boleh menyimpan
wang di dalam bank ataupun tabung.
Antara faedah berjimat cermat/menabung/budaya menyimpan ialah
wang simpanan boleh digunakan ketika kecemasan. Contohnya,wang
simpanan boleh digunakan apabila keluarga ditimpa kemalangan.
Selain itu, kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk
membeli barang keperluan sekolah seperti alat tulis dan buku rujukan.
Kita tidak perlu meminta wang daripada ibu bapa.
Kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk membuat perkara
yang baik seperti menderma kepada orang yang dalam kesusahan seperti
orang tua dan anak yatim piatu.
Oleh
itu,
kita
hendaklah
mengamalkan
sikap
berjimat
cermat/menabung/budaya menyimpan