Anda di halaman 1dari 20

BAB 7

PERINGKAT 5:
PENILAIAN DASAR AWAM
NAMA

NO MATRIK

DG ARSYIKIN ABD RAHMAN


TINA ANAK BUJANG
NORISHAM MISOH
JOEZY JAMI
ZABIDI SPAWI

210594
211115
211063
211187
211122

7.1 PENGENALAN
Peringkat penilaian dasar merupakan peringkat

terakhir dalam kitaran dasar. Peringkat ini


memberi tumpuan kepada akibat atau kesan
(consequences) ekoran daripada pelaksanaan
keputusan dasar yang telah dibuat.
Fokus bab ini adalah definisi penilaian, bentuk-

bentuk penilaian, fungsi penilaian, dan masalahmasalah yang dihadapi dalam proses melakukan
penilaian serta Proses Pemantauan

7.2 KAJIAN PENILAIAN


DASAR
AWAM
Maksud Penilaian Dasar Awam?
- Lester (2000)
menilai alternatif dasar yang telah dilaksanakan dan
bukannya cuba untuk menerangkan atau memberi
deskripsi tentang kewujudan dasar awam tersebut
- Wholey dalam Lester (2000)
penilaian atau assessment yang dilakukan ke atas
keseluruhan
dasar
dan
program
nasional
berdasarkan sama ada memenuhi objektif yang
ditetapkan, ataupun melihat kepada keberkesanan
dua atau lebih program dalam mencapai objektif
yang sama.

- Anderson (1997:272)
merupakan satu aktiviti yang bersifat fungsional
kerana
ianya
mengandungi
the
estimation,
assessment, or appraisal of a policy, including its
content, implementation, goal attainment and other
effects.
Dilakukan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan sesuatu
dasar . Penilaian dasar boleh berlaku sepanjang proses
dasar awam digubal.
2 aspek yang perlu diberi perhatian :
i. Pertama, mengenal pasti akibat sesuatu dasar awam
dengan cara menerangkan impak dasar tersebut.
ii.Kedua, menentukan kejayaan atau kegagalan dasar
awam tersebut berdasarkan standard atau ukuran dan
kriteria yang ditetapkan.

Dunn (1994)
1)Penilaian dapat menyediakan maklumat yang

benar dan boleh dipercayai mengenai


prestasi dasar yang telah dilaksanakan. Dapat
membantu kita melihat sama ada matlamat
dan objektif telah tercapai atau sebaliknya.
2)Penilaian dapat membantu menjelaskan dan
mengkritik nilai-nilai yang terdapat dalam
pemilihan matlamat dan matlamat dasar.
3)Penilaian
juga
menyumbang
ke
arah
pembentukan permasalahan dasar yang lebih
baik memandangkan prestasi dasar yang
kurang memberansangkan.

7.3
PROSES
DASAR AWAM
Proses

PENILAIAN

pemantauan
dapat
membantu
pelaksana dasar untuk menjawab persoalan
dalam menjalankan tugas dengan baik atau
doing the thing right.
Penilaian, sebaliknya, melihat kepada aspek
hasil atau impak dan membantu pihak yang
terlibat dengan proses dasar awam, bukan
setakat pelaksana sahaja, menjawab persoalan
mengenai sama ada mereka melaksanakan
tugas yang sepatutnya atau do the right thing.

Berikut merupakan ciri-ciri penilaian dasar

iaitu:
1)Mengambil kira tempoh masa yang panjang
(long range)
2)Mempersoalkan prosedur dan peraturan yang
telah ditetapkan.
3)Mempersoalkan sama ada perancangan dan
sasaran yang ditetapkan itu tepat dan sesuai.
4) Memeriksa sama ada sasaran yang ditetapkan
berdasarkan kepada realiti.
5)Menekankan tujuan dan matlamat setiap dasar
yang dijalankan.
6)Membuat laporan mengenai pengajaran yang
boleh diperoleh daripada dasar yang
dilaksanakan

7.4 BENTUK-BENTUK
PENILAIAN DASAR

Lester (2000), terdapat 4 bentuk penilaian dasar awam:1.


Terhadap Proses ( Process Evaluation )
Menfokuskan kepada cara atau means dasar dan program
disampaikan kepada kumpulan sasaran. Bentuk ini
menekankan cara program dilaksanakan dan pihak penilai
akan membuat penilaian (assessment) ke atas aktiviti
program dan juga melihat kepada kepuasan kumpulan
sasaran terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
Cth : Pihak penilai ingin melihat kepuasan pengusaha bas
ekspres
terhadap
langkah
kerajaan
mewajibkan
penggunaan kotak
hitam di kesemua bas ekspres yang
beroperasi. Apabila
dilaksanakan, terdapat rungutan
daripada pihak pengusaha
bas bahawa kotak hitam
tersebut tidak berfungsi seperti
yang diingini. Pihak
yang terlibat, khususnya Jabatan
Pengangkutan Jalan
(JPJ) perlu memikirkan bagaimanakah
peraturan ini
dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

2. Penilaian Terhadap Impak ( Impact

Evaluation )
Menfokuskan kepada keputusan atau hasilan
akhir satu-satu program yang dijalankan.
Dengan kata lain, ia melihat sama ada objektif
telah telahpun dipenuhi daripada segi output
ataupun daripada segi cara pelanggan atau
pengguna dilayan oleh pihak kerajaan.
Cth : Dengan memperbanyakkan institut latihan
perindustrian (ILP), kerajaan dapat melihat
berapa ramaikah jumlah mahir yang diperlukan
dalam memenuhi keperluan negara. Sekiranya
kerajaan tidak memperbanyakkan kemudahan
ini,
apakah yang akan berlaku terhadap
jumlah kerja mahir bagi negara kita.

3. Penilaian ke atas Dasar ( Policy

Evaluation )
Penilaian ini lebih melihat kepada impak
program ataupun dasar ke atas permasalahan
awam yang dibincangkan bermula dengan
peringkat awam dalam proses pembuatan
dasar. Contohnya, kerajaan hendak menilai
sama ada program memperkenalkan konsep
3M
di
sekolah-sekolah
rendah
dapat
mengurangkan masalah pembelajaran di
kalangan pelajar, ataupun sama ada ia dapat
mengurangkan kadar buta huruf di kalangan
pelajar sekolah rendah.

4. Metaevaluation

Penilaian ini merupakan sintesis kepada


dapatan yang terdapat dalam penyelidikan
yang berkaitan dengan penilaian (evaluation
research findings). Penilai melihat kepada
persamaan atau commonalities di antara
keputusan-keputusan
yang
diperoleh,
ukuran, pola-pola yang wujud atau trends
berdasarkan kepada ulasan karya.

7.5 KEPERLUAN KEPADA PROSES


PENILAIAN
Apakah yang dilakukan oleh para penilai?
1.
Penilai akan melihat dan memeriksa
output dasar (policy outputs) seperti sumber
kewangan,
pekerjaan,
barangan
dan
perkhidmatan
yang
dihasilkan
dan
disampaikan kepada kumpulan sasaran.
Selain itu, penilai juga akan melihat kepada
impak dasar ke atas kumpulan sasaran
ataupun keadaan yang
sepatutnya wujud
akibat daripada pelaksanaan dasar tersebut.

2. Aspek ini berkait rapat dengan prestasi dasar.


Apabila menganalisis kesan, penilai akan
melihat juga bagaimana prestasi dasar dan
kaitannya dengan objektif yang dinyatakan.
3. Penilai juga menitikberatkan kemampuan dasar
yang digubal untuk memperbaiki keadaan
masyarakat seperti mengurangkan masalah
alam sekitar, masalah penagihan dadah dan
sebagainya. Kesan ini dianalisis sebagai
hasilan dasar (policy outcomes) yang mana
dasar tersebut sepatutnya membaiki keadaan
masyarakat secara umumnya

4. Maklum

balas dasar (policy feedback)


yang meliputi akibat daripada tindakan
kerajaan atau kenyataan yang dibuat oleh
pembuat
dasar.
Contohnya,
kejayaan
kerajaan untuk menangani masalah rasuah
akan meningkatkan keyakinan rakyat kepada
kerajaan dan seterusnya memberi reputasi
yang baik kepada pemimpin kerajaan.

7.6 KRITERIA UNTUK PENILAIAN


DASAR AWAM

Kriteria untuk Penilaian : Sumber Diubah suai daripada


Dunn (1994)
Jenis Kriteria
Persoalan
Keberkesanan
(effectiveness)

Adakah hasil yang diharapkan tercapai?

Kecekapan (efficiency)

Berapakah
banyak
usaha
yang
diperlukan untuk mencapai hasil yang
diharapkan?

Kecukupan (adequacy)

Setakat
manakah
kejayaan
dalam
mendapatkan hasil yang diharapkan
mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi?

Kesaksamaan (equity)

Adakah kos dan faedah diagihkan secara


saksama
antara
kumpulankumpulan
yang berbeza?

Responsif
(responsiveness)

Adakah hasilan dasar (policy outcomes)


memenuhi
kehendak,
pilihan
(preferences)
atau
nilai
satu-satu
kumpulan?

7.7 PENILAI DALAM DAN


PENILAI LUAR

Penilai dalam terdiri daripada agensi-agensi


kerajaan seperti Jabatan Audit Negara
yang bertanggungjawab melihat prestasi dasar
yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan.

Penilai luar terdiri daripada organisasi


penyelidikan
swasta,media
komunikasi,
kumpulan-kumpulan
pendesak
dan
berkepentingan dan sebagainya yang di luar
kerajaan.

7.8 MASALAH-MASALAH
DALAM
PENILAIAN
Beberapa masalah atau halangan yang dihadapi
oleh para penilai
apabila melakukan penilaian dasar.
DASAR
AWAM

Ketidakjelasan matlamat dan objektif yang hendak


dicapai.
Menentukan kriteria untuk kejayaan dasar.
Kesan sampingan.
Penentuan penyebab.
Kesan yang bersifat berbaur.
Pencapaian data dan maklumat yang tidak lengkap.
Tentangan aktor terlibat.

7.9 KESIMPULAN
Dalam pelajaran ini, proses penilaian telah pun
dibincangkan dan beberapa perkara yang berkaitan
dengan penilaian juga telah dibincangkan juga. Ini
termasuklah
fungsi
penilaian,
bentuk-bentuk
penilaian, ciri-ciri penilaian dan sebagainya. Aktor
penilai juga diketengahkan yang mana ianya
melibatkan pihak yang dilantik oleh kerajaan sama
ada dari agensi kerajaan ataupun di luar kerajaan.
Setiap golongan penilai ini mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing. Akhirnya, masalahmasalah yang wujud dalam melakukan penilaian juga
turut dibincangkan. Proses penilaian merupakan
proses yang terakhir dalam kitaran dasar dan
peringkat seterusnya ialah keputusan yang akan
dibuat dengan dasar yang telah dilaksanakan sama
ada untuk diteruskan dengan penambahbaikan atau
ditamatkan sahaja.

SEKIAN, TERIMA KASIH


GOOD LUCK