Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : IPG KBM/HEP/13/708/071 Jld 4 ( )


Tarikh
: 3 Februari 2014
Pengetua
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
KUALA LUMPUR
(UP :.................................)
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH
SUKAN BUKIT JALIL
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan, seramai 21 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Ambilan Januari 2015 dan seorang pensyarah dari IPG Kampus Bahasa Melayu
ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke organisasi tuan seperti keterangan berikut :
Tarikh/Hari
Masa

: .............2016 (.........)
: .............pagi hingga........pagi

3.
Untuk pengetahuan tuan,tujuan lawatan ini adalah untuk menambah ilmu
pengetahuan tentang cara pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan di
organisasi tuan dengan lebih terperinci, melihat gambaran sebenar tentang contoh
pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, memenuhi kursus dan
keperluan tugasan yang diberikan dan mendapat pengisian melalui perkongsian yang
disampaikan oleh pihak ............... sepanjang lawatan lapangan.
4.
Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik pihak tuan sekiranya sudi dapat
menerima kehadiran kami seperti ketetapan di atas. Wakil pelajar kami yang menyelaraskan
lawatan ialah........................................ (no. h/p...............................)
5.
Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAII BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah,

(DR MARIDAH BINTI ALIAS P.M.C.)


Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Jalan Pantai Baru, 59990 Kuala Lumpur.