Anda di halaman 1dari 5

Perbahasan

Tajuk Wajarkah pelajar sekolah menggunakan telefon


bimbit di sekolah
Maksud pelajar - orang atau anak yang sedang belajar
atau berguru, pelajar, penuntut.
Maksud wajar Sebagaimana yang sepatutnya
(bersesuaian, kena pd tempatnya, dsb), dapat diterima
atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya,
semestinya, sepatutnya.
Maksud telefon bimbit - alat untuk bercakap dengan
org yg jauh (dgn menggunakan tenaga elektrik dan
kawat atau hubungan satelit) ; membuat panggilan
Maksud sekolah tempat untuk belajar dan mengajar,
tempat menerima dan memberi pelajaran.
Isi 1

Hadirin sekalian , saya mulakan hujah pertama saya


dengan lembayung kata, Penggunaan Telefon Bimbit, Jauh
di mata dekat di hati. Penggunaan telefon bimbit
memudahkan kita untuk menghubungi keluarga di mana
sahaja mereka berada. Contohnya, pada waktu
kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan
ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa
jikalau perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang
akan keselamatan anak-anaknya.

Isi 2

Meniti pula hujah saya yang kedua di bawah lembayung


kata, Telefon Bimbit, Satu Bentuk Penyampaian Informasi.
Telefon bimbit ini menjadi

satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan


menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat
disalurkan seperti berita, lagu dan data peribadi. Maklumat
ini berguna kepada remaja kerana melalui penggunaan
yang betul semua maklumat ini dapat memastikan remaja
memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul.
Jelaslah, telefon bimbit yang mempunyai pelbagai guna ini
penting dalam memastikan remaja kita menjadi remaja
berinformasi. Hadirin sekalian, setelah dua isi saya
kemukakan, izinkan saya berehat sebentar. Perjuangan
kami ini akan disambung oleh rakan pemidato kami yang
kedua dengan dua lagi hujah yang mantap dan semestinya
tidak akan dapat disangkal oleh pihak pencadang lagi.

ISI 3

Hadirin sekalian, setelah dua bidasan saya kemukakan,


izinkan saya meneruskan perjuangan kami dengan hujah
keempat kami di bawah kata kunci, Telefon Bimbit
Merapatkan Silaturahim. Penggunaan telefon bimbit secara
tidak langsung akan merapatkan silaturahim dengan saudara
atau rakan yang berada jauh di rantauan. Telefon bimbit 3G
membolehkan kita membuat panggilan video dengan mereka
yang berada di luar negeri. Teknologi sebegini membenarkan

kita berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh


mengubati perasaan yang rindu terhadap diri mereka apatah
lagi yang berada di luar negeri ituadalah abang atau kakak
kita yang sedang menyambung pelajaran di sana.Nah,
adakah ini yang dikatakan sebagai keburukan menggunakan
telefon bimbit. Tepuk dada, Tanya selera. Sidang pencadang
pasti tahu jawapannya.

Isi 4

Hadirin sekalian, izinkan saya meneruskan hujah


keempat saya di bawah kata kunci, penggunaan telefon
bimbit, kemudahan untuk berkomunikasi. Hubungan antara
ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya
menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai
kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan
tradisi kita. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik
bersama-sama dengan ikon dan lagu atau irama menjadikan
penggunaan teknologi ini untuk berinteraksi begitu romantik.
Kemudahan berhubung juga mengelakkan pelbagai masalah
seperti aspek keselamatan, tidak membuang masa untuk
menunggu dan mendapat ketepatan tentang sesuatu perkara
yang sering menimbulkan masalah kepada remaja kini. Jadi,
telefon bimbit memang membawa kebaikan kepada kita
dalam aspek komunikasi.
Isi 5

Hadirin sekalian, Dua hujah ampuh pencadang kedua


telah saya leraikan. Hujah yang kabur telah saya terangkan.
Kini, tibalah pula masa saya meneruskan hujah kelima kami

di pihak pencadang dengan frasa kata Telefon bimbit


membawa banyak perubahan dalam kehidupan seharian
kita. Telefon menambahkan kecekapan sistem perhubungan.
Saiz telefon bimbit yang kecil membolehkannya dibawa ke
mana-mana sahaja. Oleh itu setiap pengguna telefon bimbit
boleh dihubung dengan mudah dan cepat. Perkongsian
informasi dan gambar boleh di buat juga dengan mudah
sekali melalui SMS dan MMS. Sistem perhubungan ini dapat
dikendalikan dengan mudah dan cepat, penting untuk ahli
peniaga dan profesional seperti doktor dan CEO syarikat
besar yang perlu dihubungi apabila kecemasan berlaku dan
perkhidmatan mereka diperlukan. Di tempat-tempat yang
tidak mempunyai talian telefon tetap, telefon bimbit
merupakan cara perhubungan yang utama untuk
menghubungi dunia luar. Para ibu bapa turut boleh mudah
mencari anak mereka yang selalu keluar dari rumah ke
bandar. Apabila kecemasan berlaku dan tiada telefon awam
didapati, telefon bimbit boleh menyelamatkan nyawa dengan
kemudahan membuat panggilan kecemasannya.
Saudara / saudari pembangkang sekalian,
Saya teruskan hujah terakhir kami dengan frasa kata,
Telefon Bimbit Penyelamat di kala Kegelisahan. Sidang
pembangkang sekalian, pernah kah ibu atau bapa anda
tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta ibu atau bapa
anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda sekeluarga
melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci
bagi membuka semula kereta anda. Ya, dengan telefon bimbit
bersama anda sudah tentu boleh membantu, tetapi bagi kereta
yang menggunakan sistem penggera. Caranya, anda hanya
perlu hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia
ambilkan kunci pendua kereta itu. Kemudian pegang telefon
bimbit anda dari jarak kira-kira 30 cm dari kereta yang

terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah


menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan
dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan
dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda
berada. Ingin saya bertanya kepada saudara /saudari
pembangkang sekalian, masih kah ingin berpegang kepada
hujah yang goyah ini. Jangankan Tsunami, dengan angin sepoisepoi bahasa sekalipun, hujah pihak pencadang terus
tumbang. Selepas ini, saudara saya pemidato pertama akan
bangkit kembali di arena penggulungan hujah. Sekian salam
takzim daripada saya. Assalamualaikum W.B.T .

Anda mungkin juga menyukai