Anda di halaman 1dari 11

Mayat How Moi Hua ditutup dengan surat khabar sementara menunggu ketibaan ambulans selepas

terbabit dalam kemalangan di Kilometer 112.5, Jalan Yong Peng-Labis, Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT 3 Ogos Seorang wanita warga emas maut setelah motosikal
ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang
membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 112.5, Jalan Yong Peng-Labis,
berhadapan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, How Moi Hua,
64, yang cedera parah di kepala dan anggota badan turut putus tangan
kanan akibat digilis tayar hadapan lori itu yang dalam perjalanan ke Labis.
Difahamkan, mangsa yang tinggal di Jalan Ujong, Yong Peng sedang
membelok untuk ke bangunan MDYP bagi menyelesaikan urusan berkaitan
cukai pintu.
Menurut sepupu mangsa yang enggan dikenali, sekeping notis berkaitan
cukai pintu ditemukan bersama mangsa di tempat kejadian.
Mangsa yang pernah kemalangan sebelum ini sering menaiki motosikal
jika ada urusan di sekitar Yong Peng, katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad yang
mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh
dari motosikalnya akibat dilanggar lori tersebut.
Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa cuba membelok tetapi terjatuh
dan menyebabkan dia digilis tayar hadapan lori yang dipandu seorang
lelaki berusia 50 tahun, katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/warga-emasmaut-digilis-lori-kelapa-sawit-1.120260#sthash.YUczO4ez.dpuf

Selasa 4 Ogos 2015 / 18 Syawal 1436

saya nak baca ..


Cari

Berita

Tiga beranak maut dalam kemalangan ngeri


02 Mac 2015 1:22 AM

KEADAAN mayat Jafry Maun yang rentung dijilat api apabila motosikalnya berlanggar dengan sebuah
kenderaan pacuan empat roda dalam nahas ngeri di Kilometer 138.8, Jalan Kampung Tanah Merah, Kota
Marudu, Sabah, malam kelmarin.

KOTA MARUDU 1 Mac Tiga anak-beranak menaiki motosikal maut


dalam keadaan menyayat hati, termasuk si bapa mengalami
rentung seluruh badan selepas mereka dirempuh kenderaan yang
dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk.
Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal jenis
Yamaha Lagenda dipercayai bertembung dengan kenderaan pacuan
empat roda jenis Isuzu di Kilometer 138.8, Jalan Kampung Tanah Merah,
dekat sini semalam.
Kemalangan pukul 8.25 malam itu menyaksikan penunggang motosikal,
Jafry Maun, 27, maut dengan rentung seluruh badan, manakala isteri
mangsa, Lily Marni Gilong, 24, dan anak lelaki, Freedy, 2, mati akibat
kecederaan parah di kepala serta badan.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Mohd. Isa Yusof berkata,
kesemua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.
Katanya, tiga anak-beranak tersebut dipercayai dalam perjalanan dari
Pitas untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Matuggong, Kudat iaitu
kira-kira sejauh 115 kilometer dan Freedy dipercayai dikendong oleh Lily
di bahagian tengah motosikal.
Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda
yang datang dari arah Kudat dan dipandu lelaki berusia 47 tahun
dipercayai memasuki laluan bertentangan.
Tindakan memasuki laluan bertentangan telah mengakibatkan
pertembungan secara berhadapan antara kenderaan pacuan empat roda
tersebut dengan motosikal yang dinaiki oleh tiga beranak itu.
Akibat pertembungan tersebut, kedua-dua kenderaan terbakar dan
menyaksikan penunggang motosikal, Jafry rentung dijilat api yang marak,
bagaimanapun isteri dan anak berjaya diselamatkan oleh orang ramai
daripada turut terbakar, katanya di sini hari ini.
Katanya, meskipun isteri dan anak mangsa berjaya diselamatkan daripada
dijilat api, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat
kejadian akibat mengalami luka parah di kepala dan badan.

Tambahnya, mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kota Marudu


untuk bedah siasat.
Sementara itu katanya, pemandu kenderaan Isuzu yang tidak mengalami
sebarang kecederaan ditahan pihak polis kerana dipercayai memandu
dalam keadaan mabuk.
Kita bertindak menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda
tersebut bagi membantu siasatan, selain mendapatkan sampel darah
miliknya untuk dianalisis, jelasnya.
Selain itu katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati jalan tersebut
berada dalam keadaan kering dan cuaca juga adalah baik ketika kejadian,
selain jalan itu juga merupakan laluan lurus dua hala.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiga-beranak-maut-dalam-kemalangan-ngeri1.65284#sthash.qy1RH33X.dpuf

Tragedi ngeri pada Aidilfitri


6 termasuk 2 kanak-kanak serta
bayi maut, kenderaan bertembung
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB DAN ROSMIZAN RESDI | 19 Julai 2015 1:05 AM
2 0 Google +0

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan yang meragut enam nyawa termasuk bayi di
Kilometer 63, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Bunut Payung, Machang semalam.

MACHANG 18 Julai - Enam termasuk dua kanak-kanak serta bayi berusia enam bulan
maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 63
Jalan Kuala Krai-Kota Bharu berdekatan Kampung Bunut Payung di sini semalam.
Nahas ngeri yang berlaku kira-kira pukul 4.20 petang itu turut menyebabkan enam lagi
mangsa yang masing-masing berada di dalam kereta Perodua Myvi dan Proton Saga
mengalami kecederaan parah.
Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kereta Proton Saga dari arah Kota Bharu ke
Kuala Krai bertembung dengan Perodua Myvi dari arah bertentangan.
Empat daripada mangsa yang maut ialah pemandu kereta Perodua Myvi, Irwan Mohd.
Zain, 33, isterinya, Siti Khadijah Ibrahim, 33 serta dua anak mereka, iaitu Muhammad
Zahran Arfan,4, dan bayi berusia enam bulan, Muhammad Zahrin Ariq.
Sementara mangsa di dalam kereta Proton Saga yang maut ialah Nurul Atikah Abdul Aziz,
26 dan Mohd. Zakuan Aiman,6.
Sementara keenam-enam mangsa yang parah ialah Rabiatul Adawiyah Abdul Hadi,10,
Nasuha Fatihah Abdul Hadi,7, Rosnah Jamel,62, Nurul Fatihah Abd. Aziz,25, Abdul Aziz
Deraman,62, dan Nursyadamia Antasya Mohd Zakri,4,
Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Machang dan Kuala Krai.

Difahamkan keluarga yang menaiki kereta Perodua Myvi dalam perjalanan untuk berhari
raya di rumah ibu saudara mereka di Pasir Puteh.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintenden Ashraff Ali Kutti berkata,
kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Saga dari arah Kota Bharu-Kuala Krai cuba
memotong kenderaan lain di hadapan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dari
arah bertentangan.
Katanya, lima mangsa terbabit maut di tempat kejadian manakala seorang lagi
meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Krai.
Kita masih meneruskan siasatan. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Machang untuk
bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,
katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang Pegawai Bomba
Yusoff Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.29 petang dan tiba
di lokasi kejadian selang lima belas minit kemudian bersama empat anggota.
Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian kami dapati tiga mangsa tersepit, manakala mangsa lain telah dikeluarkan
oleh orang ramai, katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tragedi-ngeri-pada-aidilfitri1.114679#sthash.IpEZEJLw.dpuf

elasa 4 Ogos 2015 / 18 Syawal 1436

saya nak baca ..


Cari

Berita

Terkini
Utama
Nasional
Wilayah

o
o
o
o

Luar Negara

Politik

Suami isteri rentung dalam


kemalangan
Parlimen

OLEH SHAHRINNAHAR LATIB NAHAR.LATIB@UTUSAN.COM.MY | 09 Oktober 2014 2:25 AM

0 0 Google +0

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama JPAM mencari dan mengutip cebisan mayat yang
rentung dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kereta di Kilometer 16, Jalan Pekan-Nenasi dekat
Sungai Miang, Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 8 Okt. - Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini menjadi


yang terakhir buat sepasang suami isteri setelah terbunuh dalam
kemalangan ngeri yang turut mengakibatkan kedua-duanya
rentung di Kilometer 16, Jalan Pekan-Rompin dekat Sungai Miang
di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang anggota tentera dan isteri
terperangkap dalam kereta mereka yang terbakar.
Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 4.45 pagi ketika Lans Koperal
Mohd. Safiuddin Mohd. Sezali, 26, yang memandu kereta Proton Persona
bersama isterinya, Nor Farina Rosli, 26, dalam perjalanan pulang selepas
bercuti dari kampung lelaki itu di Setiu, Terengganu ke Kem Mahkota,
Kluang, Johor.
Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dikatakan terbabas lalu memasuki
laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres
membawa seramai 32 penumpang.

Bas itu dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Kuala Terengganu.


Pertembungan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan terbakar
sebelum api yang marak menyambar bas itu pula.
Mohd. Safiuddin bertugas di 8 Skuadron, Rejimen Askar Melayu Diraja
(RAMD) dan berasal dari Kampung Pancur Merah, Setiu, Terengganu
manakala Nor Farina pula dari Melor, Kota Bharu, Kelantan serta bekerja
sebagai jururawat di Klinik Desa Sungai Sayong, Kluang.
Pemandu kedua bas tersebut, Norfaizanaton Hashim, 40, berkata, mereka
baru sahaja memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu selepas berhenti
rehat di kawasan rehat berhampiran.
"Selepas memulakan perjalanan, tiba-tiba saya terhantuk ke depan akibat
pertembungan dengan sebuah kereta dan keadaan mulai kelam kabut.
Tidak lama selepas itu ada asap dalam bas.
"Saya terus mengarahkan kesemua penumpang supaya keluar ikut pintu
belakang, ada yang terpaksa kami tarik keluar kerana terlalu takut. Tidak
lama kemudian kedengaran bunyi meletup sebelum bas dan kereta
terbakar," katanya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Yahya Othman berkata, pasangan itu
dijumpai rentung akibat terperangkap dalam kereta mereka yang terbakar
oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
Katanya, pemandu bas dan kesemua penumpang bagaimanapun
terselamat.
"Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital
Pekan di sini, hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suami-isteri-rentung-dalam-kemalangan1.11968#sthash.pIBUbCd5.dpuf

Anda mungkin juga menyukai