Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Menurut Sufean (2004) pendidikan dari segi semantiknya adalah merangkumi
didikan latihan. Didikan adalah komponen akliah atau intelek dan latihan yang merangkumi
gerak laku perbuatan. Didikan lebih tertumpu kepada pembentukkan kemahiran motor atau
gerakan seperti kemahiran melakukan kerja dan aktiviti. Sufean (2004) juga menerangkan
education (pendidikan) dari segi etimologi adalah berasal dari perkataan Latin iaitu educere
dan educare. Educere memberi definisi to lead out iaitu menzahirkan keupayaan diri
mengenai pembelajaran untuk membina manusia supaya mencapai tahap sedar kendiri
tentang kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Yang
Maha Pencipta. Educare pula bermaksud to train mengenai keperluan seperti keperluan
hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya.
Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi merupakan salah satu daripada beberapa
mata pelajaran yang mengutamakan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Matlamat mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk
kehidupan seharian. Dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi , guru perlu bijak memilih
pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh
digunakan bagi memastikan keberkesanan penyampaian isi pelajaran.
Guru sememangnya mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isi pelajaran,
mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam menyampaikan isi pelajaran, dan memiliki
sikap yang sepatutnya dimiliki oleh guru. Menurut Mok (1992), kaedah pengajaran
merupakan satu cara mendekati objektif pengajaran dengan langkah penyampaian yang
tersusun. Ini bermaksud tidak ada satu cara ataupun kaedah yang terbaik untuk semua
mata pelajaran bagi semua murid. Guru perlu memilih kaedah penyampaian yang sesuai
dengan kecerdasan murid yang berbeza-beza.
Dalam cadangan kajian ini, saya sebagai seorang guru pelatih kemahiran hidup telah
mengenalpasti masalah-masalah yang telah berlaku semasa proses memotong kayu
dengan menggunakan gergaji dalam topik Penghasilan Projek Tahun 5. Oleh itu, saya akan
mencadangkan kaedah yang paling sesuai dengan permasalahan tersebut. Dalam kajian ini,
saya lebih berfokuskan kepada aplikasi kaedah demonstrasi dengan menggunakan bahan
bantu mengajar Kit Teknik Menggergaji Smart yang mengekori di arus pendidikan moden
zaman kini.
1

Pelopor bagi Teori Pembelajaran Sosial iaitu Albert Bandura yang mengatakan
bahawa manusia belajar melalui pemerhatian dan peniruan. Beliau turut menyatakan
bahawa kanak-kanak belajar melalui modeling. Oleh itu, kaedah demonstrasi melalui Kit
Teknik Menggergaji Smart dicadangkan sebagai satu kaedah yang meningkatkan kebolehan
murid dalam melaksanakan proses pemotongan menggunakan gergaji dengan teknik yang
betul berdasarkan pemerhatian ataupun peniruan yang akan dilakukan oleh murid terhadap
klip video dan kad panduan mudah alih.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Saya telah menjalankan latihan praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Seri
Pandan yang merupakan sekolah luar bandar di daerah Batu Pahat. Tempoh saya
menjalankan praktikum fasa ketiga ini selama 12 minggu dan merupakan satu tempoh yang
paling

lama

berbanding

praktikum

fasa

pertama

dan

kedua.

Saya

juga

telah

dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi bagi
murid Tahun 4 dan 5 sebanyak empat waktu yang bersamaan dengan 120 minit seminggu.
Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang pengajaran dan pembelajaran bersama murid
Tahun 4 dan 5, saya mendapati kelas ini mempunyai murid yang berada di tahap
pembelajaran lemah, sederhana dan cemerlang kerana Tahun 4 hanya mempunyai satu
kelas sahaja.
Berdasarkan kehendak kajian, saya akan memfokuskan murid tahun 5 sebagai
subjek kajian. Tajuk yang diajar oleh saya pada minggu keempat adalah tajuk Penghasilan
Projek. Sub tajuk yang telah diajar pada waktu tersebut adalah Menghasilkan projek
menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik merupakan subtajuk
kedua dalam tajuk Penghasilan Projek. Standard pembelajaran di dalam isi pembelajaran
tersebut adalah menyediakan alatan dan bahan serta mengukur, menanda dan memotong
bahan yang digunakan untuk membuat projek. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan pada waktu tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang oleh saya di
dalam Rancangan Pengajaran Harian.
Walaubagaimanapun, berdasarkan hasil pemerhatian saya terdapat beberapa orang
murid yang memotong kayu tidak mengikut teknik yang betul dan boleh mendatangkan
kemalangan. Kayu yang telah dipotong dengan menggunakan gergaji puting juga tidak
dapat dihasilkan dengan baik dan kemas. Salah satu daripada bahan kayu yang telah
dipotong tidak menepati ukuran yang telah ditanda. Semasa murid-murid menjalankan
proses menggergaji, terdapat beberapa murid yang kurang minat terhadap proses amali
tersebut terutamanya murid yang terdiri dari kalangan perempuan. Sebaliknya, murid lelaki
yang lebih mendominasi aktiviti menggergaji walaupun hasil kerjanya juga kurang
memuaskan. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menghasilkan satu projek Papan
Tanda Elektronik yang lebih kemas dan menarik.
Situasi ini telah mendorong saya untuk mencari punca dan memikirkan alternatif
yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5. Jika
masalah ini berlarutan, ia dapat memberi impak negatif yang berpanjangan terhadap
kebolehan murid dalam menjalankan proses amali kelak. Pembelajaran proses memotong
menggunakan gergaji ini juga berkaitan dengan proses pembelajaran akan datang iaitu
3

mencantum. Mereka akan menghadapi masalah yang lain iaitu kesukaran dalam
mencantum bahan yang telah dipotong sekiranya hasil kerja memotong bahan tidak
dilaksanakan dengan baik. Berdasarkan permasalahan tersebut, saya akan mencari dan
merujuk beberapa sumber seperti buku, jurnal dan internet bagi memastikan murid-murid
lebih minat dalam melakukan kerja amali iaitu menggergaji kayu sekaligus menghasilkan
satu produk yang berkualiti dan kemas.
Pemilihan kaedah pengajaran yang lebih kreatif juga memainkan peranan penting
dalam menarik minat murid terhadap mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi untuk
dipelajari. Impaknya, mereka tidak berasa bosan serta tidak menganggap mata pelajaran ini
tidak penting berbanding mata pelajaran yang lain. Hayati (2000) melaporkan bahawa,
kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar

dapat

belajar

menerusi

pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Justeru, saya mengambil
langkah menjana satu idea yang baharu dalam menangani masalah ini dengan membuat
Kit Teknik Menggergaji Smart. Kit ini mempunyai satu klip video demonstrasi dan kad
panduan mudah alih yang akan membantu murid mempelajari teknik asas menggergaji
dengan kaedah yang betul dan menghasilkan produk kerja yang kemas. Berdasarkan klip
video asas demonstrasi, murid dapat lihat langkah mudah menggergaji menggunakan teknik
yang betul dan ia juga berlandaskan pembelajaran berasaskan abad 21 pada masa kini iaitu
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat langkah-langkah mudah
dalam proses menggergaji pada kad mudah alih yang akan dibaca oleh murid sebelum
menjalankan proses memotong menggunakan gergaji.

1.3 PENGUMPULAN DATA AWAL


Pengumpulan data awal dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat
dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat
berdasarkan data seperti berikut:
i.
ii.
iii.

i.

Temubual dengan guru Reka Bentuk dan Teknologi.


Pemerhatian pengajaran lalu.
Temubual murid.

Temubual dengan guru pembimbing Reka Bentuk dan Teknologi

Saya akan mendapatkan maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 berkenaan dengan markah dalam tajuk yang
berkaitan dengan topik Penghasilan Projek iaitu memotong bahan bukan logam seperti
kayu. Pencapaian murid Tahun 5 tidak memuaskan berdasarkan temubual saya bersama
guru pembimbing Reka Bentuk dan Teknologi. Antara faktor yang menyebabkan murid tidak
dapat menguasai kebolehan memotong kayu menggunakan gergaji dengan teknik yang
betul adalah :
i.
ii.
iii.

ii.

Murid kurang minat dalam pembelajaran secara amali.


Murid tidak menghafal dan mengingat proses amali.
Murid menganggap topik pembelajaran tersebut sangat sukar.

Pemerhatian

Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam mengumpul data awal. Saya akan
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bagi topik Penghasilan Projek dalam proses memotong kayu menggunakan
gergaji. Saya akan menggunakan borang tingkah laku bagi mengetahui respon murid
sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan tajuk tersebut. Hasil dapatan
daripada borang tersebut akan saya nilai sikap sebenar murid terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

iii.

Temubual murid

Beberapa orang murid yang akan menjadi responden akan menjalankan aktiviti temubual
bersama saya bagi mengetahui tentang respon mereka terhadap tajuk Penghasilan Projek.
Murid akan diajukan beberapa soalan bagi mengenalpasti pengetahuan sedia ada,
pengalaman dan minat mereka terhadap pembelajaran yang akan dipelajari. Aktiviti ini akan
dijalankan secara santai dan tidak formal supaya murid berasa selesa serta tidak tertekan
bagi memudahkan lagi mereka meluahkan masalah dalam pembelajaran mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN


Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun saya telah mengesan
beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 sewaktu menjalankan proses
amali di bengkel, namun saya akan memfokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan
memotong kayu menggunakan gergaji dengan teknik yang betul. Penguasaan teknik
menggergaji yang betul merupakan salah satu tunjang utama dalam menghasilkan satu
produk projek yang baik serta berkualiti sebelum murid melaksanakan proses pencantuman
dan kemahiran-kemahiran yang lain. Saya telah mengenalpasti punca masalah murid
melalui pemerhatian saya sewaktu mereka menjalankan kerja amali memotong kayu
dengan menggunakan gergaji pada topik pembelajaran Penghasilan Projek yang lalu.
Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat beberapa beberapa orang murid yang
memotong kayu tidak mengikut teknik yang betul berpandukan kaedah tunjuk cara yang
diajar oleh saya. Hal ini berlaku mungkin disebabkan murid tidak fokus sewaktu kaedah
tunjuk cara diajar dan mereka juga kurang berminat dengan kerja amali tersebut
terutamanya bagi murid perempuan. Teknik menggergaji yang tidak betul akan
menghasilkan hasil kerja kayu yang kurang menarik. Melalui lembaran kerja yang telah saya
berikan tentang nama dan fungsi alatan tangan, mereka dapat menjawab dengan baik. Apa
yang dapat saya simpulkan di sini, mereka mengetahui nama dan fungsi alatan yang
digunakan tetapi mereka lemah dalam teknik serta kaedah dalam penggunaan alatan
tangan. Oleh itu, saya akan memberikan penilaian berkaitan dengan langkah dan teknik
yang akan digunakan sewaktu mengerjakan proses memotong menggunakan gergaji
sebagai markah penilaian awal.
Penyediaan pengajaran yang berkesan mampu mengatasi masalah murid dalam
pembelajaran. Menurut Hunter, 1995 dalam Esah, 2003, Pengajaran berkesan boleh dilihat
sebagai suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang dapat
mengubah tingkah laku seseorang murid secara kekal dari segi kefahaman dan kemahiran
yang mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau semasa menjalankan latihan
amali yang diberikan oleh guru. Maka, pengajaran yang berkesan dapat ditakrifkan sebagai
pengajaran yang mampu meningkatkan pembelajaran dalam diri murid.
Justeru, ekoran daripada masalah tersebut saya akan mengambil inisiatif bagi
menjalankan penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar
masalah ini dapat diselesaikan. Saya akan menjalankan penyelidikan tindakan dengan
menggunakan Kit Teknik Menggergaji Smart untuk meningkatkan lagi kebolehan murid
dalam menggergaji kayu dengan teknik yang betul dan menarik. Penggunaan kit ini
merupakan satu pembelajaran yang menggunakan pendekatan berpusatkan murid
7

manakala guru hanya sebagai pembimbing dan ia berbeza dengan pendekatan yang
terdahulu yang berfokuskan guru semata-mata. Pendidikan masa kini mengalami perubahan
paradigma yang mana pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru diubah kepada
pengajaran berpusatkan murid (Percival & Ellington, 1984; Ellington, 1995). Guru sebagai
pembimbing atau perangsang minda murid agar lebih menggunakan akal mereka untuk
berfikir mengenai sesuatu yang diajar dan bukan lagi bertindak sebagai penyampai
maklumat.
Pendidikan dalam arus permodenan ini bukan lagi hanya menggunakan kaedah
pendidikan tradisional seperti chalk dan talk kerana ia tidak relevan lagi malah sudah
dianggap ketinggalan zaman. Di era kini, murid lebih menggemari pembelajaran yang
mencabar dan jika sesuatu yang dipelajari itu adalah pelajaran yang mudah, mereka akan
cepat bosan serta daya tumpuan mereka lebih mudah terganggu. Terdapat juga
kemungkinan murid yang tidak memahami topik yang diajar berlaku kerana sesi pengajaran
tradisional selalunya menjadi faktor murid berasa bosan dan mengantuk dan akhirnya
memilih untuk tidak mempedulikan guru yang sedang mengajar di hadapan sebaliknya
melakukan kerja lain seperti berborak dan bermain sesama mereka.
Saya telah mengesan masalah ini berdasarkan pemerhatian saya sewaktu sesi
pembelajaran yang lepas dalam proses memotong kayu menggunakan gergaji. Saya
mendapati majoriti dalam kalangan mereka tidak mengikuti kaedah dan teknik menggergaji
yang diajar oleh saya semasa sesi demonstrasi. Terdapat beberapa murid yang memotong
kayu menggunakan gergaji dengan cara yang tidak selamat serta boleh mendatangkan
kemudaratan kepada diri dan murid-murid yang lain. Sebagai contoh, terdapat beberapa
orang murid yang memotong kayu menggunakan gergaji tidak dengan cara postur badan
yang salah dan situasi ini boleh menyebabkan kemalangan malah kedudukan mata gergaji
juga tidak tepat serta lurus berdasarkan bahan kayu yang telah ditanda. Tambahan pula,
bahan yang dipotong juga tidak lurus dan tidak menepati apa yang telah ditanda, hasil
daripada proses memotong tersebut akan menyebabkan mereka sukar untuk melaksanakan
proses seterusnya iaitu mencantum. Melalui penilaian saya, murid-murid ini hanya tahu
fungsi alatan tetapi mereka tidak dapat menggunakan alatan tersebut menggunakan kaedah
dan teknik yang betul.

2.2 TINDAKAN
Berdasarkan pengalaman langkah pengajaran yang telah dilaksanakan melalui rancangan
pengajaran harian lalu, kaedah demonstrasi yang biasa merupakan satu pendekatan yang
berpusatkan guru nyata kurang berkesan bagi meningkatkan tahap kebolehan murid dalam
melaksanakan teknik yang betul dalam memotong kayu dengan menggunakan gergaji. Oleh
itu, kaedah lain perlu dirancangkan bagi menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat meningkatkan kebolehan murid menggunakan gergaji dengan teknik yang
betul dalam tajuk penghasilan projek dan membantu meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran amali.
Oleh itu, saya akan memilih kaedah berpusatkan bahan sebagai kaedah yang akan
digunakan bagi mengatasi masalah kebolehan murid dalam melaksanakan teknik yang betul
sewaktu menggergaji kayu serta masalah kurangnya minat murid dalam pembelajaran
proses amali menggunakan gergaji. Saya akan membuat satu inovasi bahan bantu
mengajar terhadap pembelajaran amali memotong kayu dengan menggunakan Kit Teknik
Menggergaji Smart berlandaskan pembelajaran ABAD 21 yang berfokuskan penggunaan
ICT dalam pendidikan masa kini. Kit ini mempunyai klip video dan kad panduan mudah alih
dalam membantu meningkatkan kebolehan murid dalam menggergaji kayu dengan teknik
yang betul.

Model penyelidikan yang akan saya jadikan sebagai panduan adalah model Kurt
Lewin (1946) yang menjelaskan kajian tindakan sebagai lingkaran beberapa tahap. Setiap
tahap mempunyai beberapa langkah iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi.
Pada peringkat awal, saya akan merancang sesuatu jalan penyelesaian bagi mengatasi
permasalahan murid dalam memotong kayu dengan menggunakan teknik yang betul.
Berdasarkan perancangan ini, saya akan mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian
9

dengan tahap prestasi murid tersebut. Saya akan menggunakan Kit Teknik Menggergaji
Smart sebagai bahan bantu mengajar bagi mengatasi masalah murid Tahun 5.
Pada tahap tindakan pula, terdapat dua kaedah yang akan dilaksanakan sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu kaedah berpusatkan bahan dan kaedah
berpusatkan murid. Di dalam proses tindakan, saya akan melaksanakan kaedah
demonstrasi yang berpusatkan bahan dengan penggunaan klip video yang akan dimainkan
di dalam pengajaran bagi topik Penghasilan Projek. Melalui kit ini juga, kaedah berpusatkan
murid berlaku sewaktu murid melaksanakan gerak kerja amali memotong kayu
menggunakan gergaji dengan teknik yang betul berpandukan kad panduan mudah alih yang
telah saya berikan kepada mereka.
Dalam melaksanakan kaedah ini, saya akan mencari satu masa yang sesuai bagi
mengaplikasikan Kit Teknik Menggergaji Smart kepada murid. Pada langkah pertama,
semua murid akan ditayangkan sebuah klip video yang memaparkan kaedah dan teknik
yang betul dalam memotong kayu dengan menggunakan gergaji. Penggunaan klip video ini
sebagai kaedah demonstrasi yang berpusatkan bahan dan berbeza dengan pengajaran
kaedah demonstrasi yang lalu seperti kaedah berpusatkan guru. Menurut Zaiton (2000),
kaedah demonstrasi yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan murid mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan.

Murid akan berasa seronok

menjalankan aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah
ini memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Menurut psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang
dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada
apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90%
daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi
bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid terlibat secara aktif
dalam pembelajaran. Murid perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti untuk
mempelajari sesuatu dengan berkesan. Kad panduan mudah alih pula adalah bahan bacaan
murid dalam melaksanakan kerja amali menggergaji kayu dengan teknik yang betul
berperanan sebagai rujukan atau imbasan kembali terhadap klip video yang dilihat di awal
pembelajaran. Pada pandangan saya, kad panduan mudah alih ini akan membantu murid
dalam mengingat langkah dan memahami teknik yang telah dilihat pada klip video tersebut.
Melalui pemerhatian saya sepanjang kaedah penggunaan Kit Teknik Menggergaji
Smart yang akan dijalankan, penilaian akan diambil bagi memastikan keberkesanan kaedah
tersebut terhadap murid-murid tahun 5 dalam melaksanakan amali memotong kayu dengan
10

teknik yang betul. Alat perakam akan saya gunakan sebagai bukti penilaian pemerhatian
saya terhadap murid sewaktu menjalankan kerja amali menggergaji kayu dengan teknik
yang betul. Selepas daripada tahap pemerhatian, saya akan mereflek tentang keberkesanan
kit yang akan saya aplikasikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Membuat
refleksi adalah penting dalam mengenal pasti faktor atau punca kelemahan semasa
pembelajaran dengan menggunakan kit ini.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunan Kit Teknik
Menggergaji Smart dalam proses memotong menggunakan alatan gergaji di bengkel
sekolah. Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kebolehan
menggunakan gergaji dengan teknik yang betul dan memupuk minat murid dalam tajuk
penghasilan projek.
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk :
i.

Meningkatkan kebolehan murid Tahun 5 menggunakan gergaji dengan teknik yang

ii.

betul dalam tajuk Penghasilan Projek melalui Kit Teknik Menggergaji Smart.
Meningkatkan minat murid Tahun 5 dalam melaksanakan amali memotong
menggunakan gergaji dalam tajuk Penghasilan Projek melalui Kit Teknik Menggergaji
Smart.

3.2 SOALAN KAJIAN


Terdapat dua persoalan yang akan menjadi fokus semasa menjalankan kajian ini. Antaranya
:
i.

Adakah Kit Teknik Menggergaji Smart dapat meningkatkan kebolehan murid Tahun 5
dalam menggunakan gergaji dengan teknik yang betul dalam tajuk Penghasilan

ii.

Projek?
Adakah Kit Teknik Menggergaji Smart dapat meningkatkan minat murid Tahun 5
dalam

melaksanakan

amali

memotong

menggunakan

gergaji

dalam

tajuk

Penghasilan Projek?

11

4.0 PESERTA KAJIAN


Kajian ini melibatkan murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Seri Pandan, Sri
Gading, Batu Pahat, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah kurang murid kerana setiap
Tahun hanya mempunyai satu kelas sahaja. Kelas Tahun 5 ini mempunyai 25 orang murid
dan saya telah memilih 12 orang murid sebagai kumpulan sasaran.
Satu ujian pertengahan semester telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri
Pandan bagi menguji tahap kecerdasan murid tahun 1 hingga tahun 6. Oleh itu, saya
mengambil keputusan untuk menganalisis markah yang diperoleh melalui ujian Reka Bentuk
dan Teknologi. Keputusan tersebut dianalisis dan responden dipilih mengikut keputusan
pencapaian ujian tersebut. Responden yang dipilih merupakan responden yang mendapat
markah rendah dalam ujian yang telah dijalankan. Peserta bagi kajian ini adalah seramai
enam orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Prestasi akademik murid Tahun 5 ini terdiri daripada 3 tahap baik, sederhana dan lemah.
Walau bagaimanapun, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,
terdapat beberapa orang murid yang tidak menunjukkan minat terhadap isi pelajaran yang
disampaikan pada waktu tersebut. Pada masa yang sama, mereka tidak memberikan
kerjasama yang baik kepada guru. Hal ini berkemungkinan mereka berasa bosan dan tidak
minat terhadap kaedah yang dilaksanakan oleh guru. Perbezaan skor yang diperoleh bagi
sebelum dan selepas tindakan dijalankan berdasarkan kajian terhadap responden. Tujuan
kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti adakah kaedah demonstrasi mampu menarik minat
murid terhadap mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

12

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
i.
ii.

MEMERHATI
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.
MEREFLEK
Membuat refleksi diri untuk melihat kekuatan dan kelemahan diri sendiri
*Terdapat murid yang mempunyai masalah dari segi minat, pemahaman dan

iii.

penguasaan dalam penghasilan projek RBT.


TINJAUAN AWAL
Pengumpulan awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar dan mengenal

iv.
v.

pasti fokus masalah yang menjadi keprihatinan.


MERANCANG
Merancang tindakan/intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan.
BERTINDAK
Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah dari segi minat, pemahaman dan
penguasaan.

KIT TEKNIK MENGGERGAJI SMART


Dalam melaksanakan langkah tindakan ini, saya akan mencari satu masa yang sesuai bagi
mengaplikasikan Kit Teknik Menggergaji Smart kepada murid. Murid akan dibahagikan
secara berpasangan dan setiap orang murid mempunyai peranannya. Setiap peranan
tersebut akan dilaksanakan oleh setiap murid secara bergilir. Antara peranan murid dalam
kumpulan adalah:
i.
ii.

Murid 1 : Pembimbing
Murid 2 : Pelaksana proses menggergaji

Berikut adalah kaedah Kit Teknik Menggergaji Smart ini dilaksanakan di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran :
LANGKAH
Langkah 1 :

KETERANGAN
Murid ditayangkan

Langkah 2 :

menggunakan LCD pada skrin di hadapan bengkel.


Setiap pasangan akan menerima kad panduan mudah alih yang

sebuah

klip

video

demonstrasi

dengan

mempunyai nama alatan yang akan digunakan dan langkah dalam


Langkah 3 :

menjalankan proses teknik menggergaji.


Murid murid menyediakan alatan yang digunakan dalam proses

Langkah 4 :

menggergaji.
Murid 2 akan melaksanakan proses menggergaji berdasarkan klip
video yang telah ditayangkan manakala Murid 1 sebagai
pembimbing Murid 2 dalam langkah pelaksanaan menggergaji kayu
dengan berpandukan kad panduan mudah alih tersebut.
13

Langkah 5 :

Murid 1 dan Murid 2 bertukar peranan.


Murid 1 akan melaksanakan proses menggergaji berdasarkan klip
video yang telah ditayangkan manakala Murid 2 sebagai
pembimbing Murid 1 dalam langkah pelaksanaan menggergaji kayu

Langkah 6 :

dengan berpandukan kad panduan mudah alih tersebut.


Murid dibimbing oleh guru membuat refleksi berdasarkan
pelaksanaan Kit Teknik Menggergaji Smart

5.2 PERANCANGAN KAEDAH MENGUMPUL DATA


Berpandukan kajian yang akan saya jalankan, terdapat beberapa kaedah
mengumpul data yang akan digunakan mengikut tahap kesesuaian dari segi kebolehan
peserta kajian. Berikut adalah kaedah yang akan saya gunakan sewaktu kajian dijalankan :
I.

PENILAIAN SEBELUM
Satu bentuk penilaian iaitu penilaian sebelum tindakan dijalankan pada awal

pelaksanaan kajian. Sebelum penilaian dilaksanakan, pengukuran harus dilaksanakan.


Menurut (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel , 2009) dalam bukunya bertajuk
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku, pengukuran adalah penggunaan alat untuk
mengumpulkan nilai kuantitaf atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran individu.
Penilaian ini dijalankan ke atas murid Tahun 5. Penilaian ini dijalankan seminggu selepas
proses pembelajaran berkaitan dengan topik Penghasilan Projek iaitu berkaitan dengan
memotong bahan bukan logam. Saya telah merangka satu bentuk ujian yang mudah
bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid tahun 5. Tujuan utama penilaian ini dijalankan
adalah untuk menguji kebolehan murid dalam memotong kayu menggunakan gergaji
dengan teknik yang betul. Seramai enam orang murid yang mendapat jumlah betul yang
sedikit akan dijadikan responden dalam kajian ini.

II.

PENILAIAN SELEPAS TINDAKAN


Selepas tindakan Kit Teknik Menggergaji Smart dijalankan ke atas murid tahun 5,

satu bentuk penilaian selepas tindakan akan dilaksanakan. Tujuan utama penilaian ini
dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana keberkesanan Kit Teknik Menggergaji Smart
dalam meningkatkan kebolehan murid menggergaji kayu dengan teknik yang betul.
Keputusan sebelum dan selepas tindakan akan dibandingkan bagi melihat keberkesanan Kit
Teknik Menggergaji Smart yang diaplikasikan kepada murid. Penilaian projek ini

14

dilaksanakan mengikut aspek pemarkahan yang telah ditetapkan iaitu dari segi aspek
langkah proses dan kekemasan projek.
III.

PEMERHATIAN
Kaedah seterusnya yang akan digunakan adalah pemerhatian. Pemerhatian yang

saya lakukan adalah dengan menggunakan borang pemerhatian yang akan disediakan lebih
awal. Pemerhatian akan dijalankan sepanjang penggunaan Kit Teknik Menggergaji Smart.
Semasa perlaksanaan projek, kebolehan responden dalam menggergaji dengan teknik yang
betul akan dicatatkan dalam borang pemerhatian. Selepas melaksanakan pemerhatian,
keputusan pemerhatian digunakan untuk melihat perubahan kebolehan murid menggergaji
kayu. Bagi melihat peningkatan kebolehan murid dalam menggergaji kayu dengan teknik
yang betul, keputusan pemerhatian sebelum dan selepas penggunaan Kit Teknik
Menggergaji Smart akan digunakan untuk tujuan analisis.
IV.

TEMUBUAL
Sekain itu, kaedah lain yang akan digunakan adalah temubual. Temubual dijalankan

selepas penggunaan Kit Teknik Menggergaji Smart dalam perlaksanaan projek memotong
kayu. Tujuan temubual ini adalah untuk menguji keberkesanan kebolehan murid
menggergaji kayu dengan teknik yang betul selepas menggunakan Kit Teknik Menggergaji
Smart dalam topik Penghasilan Projek. Temu bual ini juga akan dijalankan terhadap murid
yang telah dipilih sebagai responden. Soalan-soalan temu bual akan disediakan berkaitan
dengan subjek Reka Bentuk dan Teknologi serta berkaitan keberkesanan tindakan yang
akan dilaksanakan. Setiap jawapan akan dicatat dan akan direkodkan. Kaedah ini juga
digunakan untuk memastikan Kit Teknik Menggergaji Smart yang telah saya gunakan benarbenar berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan penguasaan responden terhadap
projek yang dilaksanakan.

5.3 PERANCANGAN MENGANALISIS DATA


Kajian ini adalah tentang menyelesaikan masalah dalam meningkatkan kebolehan murid
Tahun 5 dalam memotong kayu menggunakan gergaji dengan teknik yang betul. Setiap
dapatan kajian akan dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan.

15

I.

PENILAIAN SEBELUM DAN SELEPAS TINDAKAN


Penilaian sebelum dan selepas tindakan merupakan kaedah yang akan digunakan

oleh saya. Penilaian sebelum tindakan dijalankan adalah untuk menguji tahap kebolehan
murid dalam menggergaji kayu dengan teknik yang betul berdasarkan isi pelajaran yang
sudah dipelajari. Penilaian selepas tindakan juga akan dijalankan bagi menguji
keberkesanan Kit Teknik Menggergaji Smart yang digunakan dalam kajian ini. Bagi
memudahkan saya untuk melihat peningkatan markah murid, saya akan membahagikan
markah penilaian kepada beberapa gred. Sila rujuk jadual untuk melihat pembahagian gred
mengikut markah yang diperolehi dalam penilaian yang dijalankan.

MARKAH (%)

GRED

TAHAP PRESTASI

80 100

Cemerlang

60 79

Baik

40 59

Sederhana

0 39

Lemah

Jadual : Menunjukkan pembahagian gred

Perbandingan terhadap markah penilaian sebelum dan selepas tindakan akan


dilaksanakan bagi melihat pencapaian yang diperolehi oleh responden. Peningkatan dapat
dilihat pada setiap responden jika dibandingkan markah penilaian sebelum dan selepas
tindakan. Data yang akan diperoleh akan dapat membuktikan keberkesanan Kit Teknik
Menggergaji Smart yang dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehan murid dalam
menggergaji kayu dengan teknik yang betul.

II.

PEMERHATIAN
Pemerhatian merupakan antara kaedah yang digunakan untuk mengumpul data.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum tindakan dilaksanakan,


saya telah menjalankan satu pemerhatian bagi melihat tingkah laku murid. Saya akan
membuat pemerhatian semasa tindakan Kit Teknik Menggergaji Smart dijalankan.
Pemerhatian semasa tindakan dijalankan adalah untuk melihat kesungguhan serta
kerjasama yang ditunjukkan oleh murid bagi menilai minat murid terhadap pembelajaran
yang sedang dijalankan. Saya juga akan membuat pemerhatian secara langsung dengan
membuat

catatan

iaitu

berkaitan

dengan

pergerakan,

keaktifan

murid,

suasana
16

pembelajaran dan penerimaan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Hasil pemerhatian yang dijalankan akan dibandingkan dan dianalisis.
III.

TEMU BUAL
Sebelum tindakan kaedah permainan dilaksanakan, saya telah membuat temu bual

secara tidak formal bersama murid. Soalan yang diajukan kepada murid adalah secara
spontan iaitu berkaitan dengan minat mereka terhadap mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi. Jawapan yang diberikan oleh murid dicatat dan direkodkan sebagai hasil dapatan
kajian.
Selepas Kit Teknik Menggergaji Smart akan dilaksanakan, satu temu bual berstruktur
iaitu temu bual yang telah dirancangkan soalannya akan dilaksanakan bersama responden
yang telah dipilih. Semasa temu bual dijalankan, saya akan menggunakan perakam video
dan mencatat secara tulisan. Saya juga akan sentiasa peka dengan perkataan yang
dituturkan oleh responden bagi menjaga kesahan data. Hasil temu bual dengan responden
akan ditranskripkan mengikut soalan yang telah distrukturkan dan akan dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan menggariskan perkara penting yang
berkaitan dengan soalan kajian.

5.4 PERANCANGAN CARA MENYEMAK DATA


Berdasarkan kenyataan Merriam (2002), triangulasi merupakan salah satu kaedah
yang mampu meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif. Melalui
triangulasi kaedah, saya akan menyemak data pemerhatian,temu bual dan analisis
dokumen sebagai data atau bukti kepada saya bagi memastikan kredibiliti data yang
diambil.
Melalui pemerhatian, saya akan mengambil gambar dan rakaman video bagi
menunjukkan proses pelaksanaan penyelidikan tindakan saya. Gambar-gambar serta
17

rakaman video yang diambil secara langsung memberi gambaran yang nyata tentang apa
yang berlaku sepanjang masa penyelidikan tindakan dijalankan dengan menggunakan Kit
Teknik Menggergaji Smart.
Saya juga akan mengadakan temu bual bersama murid berdasarkan penggunaan Kit
Teknik Menggergaji Smart bagi mengetahui respon terhadap prestasi mereka semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya akan membuat semakan berdasarkan borang temu
bual yang akan saya lengkapkan.
Bagi triangulasi kaedah, saya akan memilih pelbagai kaedah yang belainan bagi
menentukan kesahan data yang dikumpul dan diinterpretasi. Antara kaedah yang akan saya
gunakan adalah kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen iaitu penilaian awal
dan akhir. Dari segi triangulasi penyelidik, saya akan meminta rakan penyelidik saya untuk
membuat pemerhatian dan pemantauan sepanjang proses pelaksanaan kajian dijalankan.
Maklum balas dan komen oleh beliau akan saya jadikan sebagai bukti terhadap tafsiran
yang akan saya buat. Teknik-teknik menyemak data yang akan saya gunakan dalam
penyelidikan tindakan akan membantu meningkatkan kebolehpercayaan hasil dapatan
kajian saya dalam usaha menentukan kesahan data.

18

5.5 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


BIL

TINDAKAN

BULAN
JAN

Mengenalpasti
masalah

Pengumpulan data
awal

Menulis kertas
cadangan kajian

Merancang
tindakan

Melaksanakan
tindakan

Mengumpul data

Menganalisis data

Refleksi kajian

Menulis laporan
kajian

10

Pembentangan
dapatan kajian

11

FEB

MAC

APRIL

MEI

JUN

JULAI

OGOS

SEPT

OKT

NOV

Menjilid laporan
kajian

Jadual : Jadual pelaksanaan tindakan

19

5.6 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

JENIS BAHAN

KUANTITI

HARGA SEUNIT
(RM)

JUMLAH KOS
(RM)

Cakera padat

2.00

2.00

Mounting board

3.00

6.00

Plastik laminate

0.20

0.60

Dakwat pencetak

80.00

80.00

Kertas A4

200

0.10

20.00

JUMLAH

108.60

Jadual : Anggaran Kos Kajian

RUJUKAN
Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
Prentice-Hall, Inc.
20

Dewey, J. (1986, September). Experience and education. In The Educational Forum (Vol.
50,
No. 3, pp. 241-252). Taylor & Francis Group.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
Hayati Mustapha (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar 4
STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan,
UTM, Skudai: SatuTinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda
Ilias, K., & Nor, M. M. (2012). INFLUENCE OF TEACHER-STUDENT INTERACTION IN
THE CLASSROOM BEHAVIOR ON ACADEMIC AND STUDENT MOTIVATION IN
TEACHERS'TRAINING INSTITUTE IN MALAYSIA. Academic Research
International, 2(1), 580.
Lewin, K. (1946). Action research and minority problems. Journal of social issues, 2(4), 3446.
Merriam, S. B. (2002). Qualitative research in practice: Examples for discussion and
analysis.
Jossey-Bass Inc Pub.
Mok, M. "Construct validity of the quality of school life scale." Psychological Test Bulletin 5
(1992): 47-51..
Percival, F., & Ellington, H. I. (1980). The place of case studies in the simulation/gaming
field. Perspectives on Academic Gaming and Simulation,5, 21-30.
Rief, S. F. (1993). How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: Center for
Applied Research in Education.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. DBP: Kuala
Lumpur.
Sulaiman, Esah. Pengenalan pedagogi. Penerbit UTM, 2004.

21

LAMPIRAN

22

Anda mungkin juga menyukai