Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah,Ya Rahman Ya Tuhan kami,


Sesungguhnya pada ptg ini, kami ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,
atas kurniaan Mu yang tidak ternilai dan mengizinkan kami untuk berkumpul dan berhimpun
bagi menjayakan program taklimat peperiksaan spm 2011
Ya Allah Ya Rahim Ya Tuhan kami
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan
iltizam kami dengan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya Berjaya, berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa
dan negara.
Justeru berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna
dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah hubungan silatur rahim
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan
bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Ya Allah,Ya Tuhan kami
Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan ,
kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, dan jua di akhirat.
Ya Allah ,Ya Tuhan kami,
jadikanlah pertemuan kami ini sebagai
pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada marabahaya dan keburukan.