Anda di halaman 1dari 17

PEMARKAHAN

TUGASAN
1.
2.
3.

KRM 3043
ASAS PENGURUSAN
DATA
TUGASAN KUMPULAN
DISEDIAKAN OLEH :NAMA

NO. ID

SUTAANANTHAN A/L SUBRAMANIAM


KIRUBAI MALAR A/P DAVIDSON

PPG/BT/01/01195/2013/3/KIC
PPG/BT/01/01187/2013/3/KIC

NAMA PENSYARAH : PN.LATHA A/P PARISIRAM


TARIKH SERAH
: 14.11.2015

Page 1

NO.
TELEFON
019-6557407
019-6587407

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Soalan Tugasan

1.0.

Pengenalan

2.0

Kesukaran Dan Miskonsepsi Murid Dalam Pengurusan Data

3.0

Definisi Kesukaran dan Miskonsepsi

4.0

Pengumpulan dan Pengurusan Data

5.0

Perwakilan Data

6.0

Sukatan Kecenderungan Memusat

7.0

Sukatan Serakan

10

8.0

Secara Umumnya Langkah-langkah mengatasi


kesukaran dan miskonsepsi

12

8.1

Kefahaman konsep dalam matematik

13

8.2

Komunikasi dalam matematik

13

8.3

Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan

14

8.4

Sebelum mengajar, uji nilai kerangka konsep murid


yang sedia ada.

14

9.0

Kesimpulan

14

10.0

Rujukan

16

Page 2

i.

Soalan

Tugasan 3
Dalam kumpulan (4-5 orang)
(30 markah)
Menyediakan kertas tugasan yang mengenalpasti miskonsepsi yang dihadapi oleh murid
semasa mempelajari setiap topik berikut:
a. Pengumpulan dan pengurusan data
b. Perwakilan Data
c. Sukatan Kecenderungan Memusat
d. Sukatan Serakan
Terangkan punca berlakunya miskonsepsi berkenaan.
Cadangkan bagaimana cara mengatasi masalah berkenaan.
Hasil akhir perlulah didokumenkan dan dibentangkan.
Perlu melampirkan rujukan dan sumber maklumat yang diperolehi sebagai sokongan kepada
miskonsepsi yang dikemukakan.

Page 3

1.0 PENDAHULUAN
Matematik merupakan salah satu daripada ilmu pengetahuan yang sangat penting dan
penggunaannya sangat meluas dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang
pendidikan, sains dan teknologi. Dalam bidang pendidikan, matematik memainkan peranan
yang sangat besar. Mata pelajaran matematik yang diajar di sekolah membekalkan ilmu
pengetahuan matematik kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian
masalah, komunikasi dan pemikiran mantik serta bersistem.
Di Malaysia, Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib
diambil oleh semua pelajar

sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Matematik perlu diajar di sekolah bagi melahirkan individu yang boleh mengaplikasikan
pengetahuan Matematik dalam kehidupan seharian. Menurut Abd. Rahim, (2000),
Matematik adalah pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan
pendidikan negara untuk melahirkan warganegara yang berketerampilan dalam pelbagai
bidang bagi membolehkan pelajar-pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan
bangsa dan Negara kelak.
Namun begitu, wujud pelbagai kesukaran yang dialami oleh murid-murid dalam
pembelajaran Matematik . Kecuaian dan miskonsepsi adalah antara faktor yang dikenalpasti
menjadi penyebab kepada kesukaran pembelajaran Matematik. Kesukaran yang berpunca
daripada kecuaian tidak sukar untuk dikesan oleh guru berbanding kesukaran yang
berpunca daripada miskonsepsi yang agak mencabar dan lebih sukar diatasi. Kebolehan
dan pengalaman sedia ada murid adalah pelbagai, jadi guru haruslah menggunakan
pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan aras pemikiran murid supaya mereka boleh
menguasai ilmu matematik dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan.

2.0 KESUKARAN DAN MISKONSEPSI MURID DALAM PENGURUSAN DATA


Kesukaran dan miskonsepsi yang seringkali dihadapi oleh murid-murid ketika
pembelajaran matematik adalah dari pelbagai sudut. Fenomena kesukaran dan miskonsepsi
dalam mata pelajaran matematik terutamanya dalam Pengurusan Data seperti tajuk
Piktograf merupakan suatu masalah yang seringkali dihadapi oleh murid-murid di sekolah
rendah. Permasalahan ini sering menjadi isu yang sentiasa menjadi topik perbincangan
antara pelbagai pihak termasuklah guru dan ibubapa. Menurut Sten, matematik merupakan
sains corak dan ia juga bahasa yang memperihalkan corak. Manakala menurut Delvin pula,

Page 4

matematik ialah sains tertib, corak, struktur dan hubungan-hubungan logik. Oleh itu,
matematik secara khususnya dapat didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian
mengenai struktur corak, perubahan dalam ruang atau kajian mengenai dan gambar rajah.
Kebiasaannya, pada awal pengajaran dan pembelajaran murid-murid tidak menyedari atau
tidak dapat mengesan masalah kesukaran dan miskonsepsi yang mereka alami. Apabila
mereka gagal menyiapkan latihan atau soalan yang diberikan kerana gagal memahami
konsep yang diajar, barulah mereka menyedari akan masalah kesukaran dan miskonsepsi
tersebut.
Namun begitu, wujud pelbagai kesukaran yang dialami oleh murid-murid dalam
pembelajaran Matematik . Kecuaian serta miskonsepsi merupakan antara faktor yang
dikenalpasti menjadi penyebab kepada kesukaran dalam pembelajaran Matematik.
Kesukaran yang berpunca daripada kecuaian, tidak sukar untuk dikesan oleh guru
berbanding kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi yang agak mencabar dan lebih
sukar diatasi. Kebolehan dan pengalaman sedia ada murid adalah pelbagai, jadi guru
haruslah menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan aras pemikiran murid
supaya mereka boleh menguasai ilmu matematik dan dapat mempraktikkannya dalam
kehidupan seharian.
Dari masa ke semasa, matematik terus diberi tumpuan oleh pelbagai lapisan
masyarakat. Hal ini disebabkan matematik menjadi satu alat yang cukup penting dalam
menyelesaikan masalah termasuklah di bidang perubatan, kejuruteraan, sains dan sains
sosial. Di sebabkan kepentingan-kepentingan tersebut, ilmu matematik mula diserapkan ke
dalam silibus pengajian bermula daripada peringkat sekolah rendah sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi. Memandangkan matematik juga merupakan ilmu asas bagi
kebanyakan bidang, terutama di bidang sains dan teknologi, maka setiap murid samada di
peringkat rendah mahupun menengah diberi penerangan yang jelas dan jitu betapa
pentingnya penguasaan ilmu matematik agar mereka mampu menguasai bidang matematik
dengan sebaik mungkin.

3.0 DEFINISI KESUKARAN DAN MISKONSEPSI


Miskonsepsi berasal daripada perkataan Inggeris misconception. Menurut Websters
Third New International Dictionary(1996), conception bermaksud kemampuan, fungsi atau
proses membentuk idea, abstrak atau berkenaan pemahaman maksud simbol yang
mewakili idea atau abstraks. Mis bermaksud tidak atau salah. Gabungan pengertian keduadua suku kata tersebut membentuk idea, abstrak atau pemahaman yang salah. Dengan kata
lain, miskonsepsi didefinisikan sebagai kekaburan dan tidak kesempurnaan atau salah
kefahaman tentang sesuatu.

Page 5

Miskonsepsi ini menjadi masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,
peraturan-peraturan

langkah

kerja,

algoritma

dan

teorem-teorem

yang

kerap

digunakan(Short & Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang
khusus,walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai
maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik.
Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi
latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu
dan pengalaman tersendiri yang dipelajari dari ruang lingkup kehidupan mereka yang
kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran.
Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk
miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.
Guru-guru perlu peka kepada miskonsepsi yang dialami oleh murid dan
memperbetulkannya sebelum mereka menganggap yang konsep mereka adalah betul
memandangkan pendidikan bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku akan
berterusan dan menjejaskan penguasaan ilmu matematik murid.
Miskonsepsi dan kesukaran yang pelbagai dikesan berlaku semasa pengajaran dan
pembelajaran topik

statistik. Faktor data-data yang pelbagai, penggunaan bahasa

Matematik dan istilah-istilah khusus dan kekeliruan konsep menjadi penyebab berlakunya
miskonsepsi.

4.0 PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA


Dalam pengumpulan dan pengurusan data, miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan
murid ialah semasa hendak mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang
terlibat. Penggunaan istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data seperti
pembolehubah kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data kuantitatif dan data kualitatif boleh
mengelirukan murid.
Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yang
mengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan,
jumlah harta yang dimiliki dan sebagainya. Pembolehubah kualitatif merupakan

satu

pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor. Contohnya jantina, keturunan
seseorang, taraf pendidikan, gred getah, gred koko dan lain-lain. Pembolehubah Kuantitatif

Page 6

pula merupakan pembolehubah yang dinyatakan dalam bentuk nombor, contohnya adalah
tinggi, berat badan seseorang, jumlah pendapatan bulanan, bilangan kereta yang
menggunakan kereta di lebuhraya dan sebagainya. Pembolehubah kuantitatif pula boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembolehubah kuantitatif diskret dan pembolehubah
kuantitatif

selanjar.

Murid

dikesan

keliru

untuk

membezakan

dan

menentukan

pembolehubah-pembolehubah tersebut.
Bagi mengatasi miskonsepsi atau kesukaran untuk mengenalpasti jenis-jenis
pembolehubah dan data, guru hendaklah menerangkan dengan jelas supaya murid tidak
keliru. Penggunaan peta minda bagi memperjelaskan konsep dan membezakan jenis-jenis
pembolehubah serta data boleh digunakan. Murid boleh melihat makna, jenis dan contoh
serta membezakannya dengan jelas.
Contohnya:
Guru juga perlu mengingatkan murid yang bukan semua nombor/angka adalah data
kuantitatif kerana ada juga data tidak memberikan makna apabila mencari nilai min nombor
tersebut atau disusun mengikut turutan nombor. Contohnya nombor pekerja atau nombor
matriks pelajar.
Contoh: D 0 5 3 4 9 6 - nombor ini tidak memberikan sebarang makna jika mencari
nilai min nombor tersebut ataupun apabila disusun mengikut
urutan nombor.
Guru juga boleh memberikan latihan yang pelbagai yang ada data-data dan pembolehubah
yang berbeza bagi memberikan pemahaman yang lebih jelas supaya murid boleh
membezakan jenis-jenis data dan pembolehubah.
Contoh : 1.

Cikgu Zana telah mengukur tinggi dan berat murid-murid kelas tahun
1.

Data : Kuantitatif iaitu data selanjar kerana data tinggi dan berat diperolehi dengan
memerhati nilai pembolehubah tinggi dan berat.
Contoh : 2.

Petugas SPR telah membuat bancian pengundi di Malaysia 5 tahun


sekali.

Data : Kuantitatif iaitu data diskret kerana data diperoleh dengan memerhati nilai
pembolehubah bilangan pengundi di Malaysia.

Page 7

Data yang banyak dan tidak teratur perlu dikumpulkan supaya lebih mudah difahami.
Oleh itu, pengumpulan data mengikut kelas-kelas akan memudahkan pemahaman murid.
Namun, miskonsepsi juga sering berlaku berkaitan selang kelas.
Bagi suatu kumpulan data yang besar, selang kelas perlu digunakan bagi
menguruskan data. Ada murid yang tidak tahu cara untuk mendapatkan selang kelas.
Kebiasaannya selang kelas yang mudah ialah 10. Murid-murid selalu beranggapan yang
selang kelas dimulakan dengan 0 bagi selang kelas yang pertama. Selain itu, ada juga
murid yang memasukkan satu data ke dalam lebih daripada satu kelas.
Contoh :

10-20, 20-30, 30-40

Jika 20 diambil sebagai satu data, selang kelas yang manakah 20 akan dimasukkan?
Ini adalah satu miskonsepsi yang perlu diperbetulkan kerana akan mempengaruhi statistik
yang mengelirukan.
Bagi mengatasi miskonsepsi berkaitan selang kelas, guru perlulah menerangkan
tatacara untuk mengumpulkan data ke dalam bentuk jadual mengikut kategori-kategori
tertentu atau kelas-kelas tertentu bagi memudahkan pemahaman murid. Tegaskan kepada
murid, selang kelas yang mudah digunakan ialah saiz 10. Manakala bagi mencari selang
kelas pertama dengan tepat, guru perlulah mengaitkannya dengan menggunakan data
minimum yang diberikan dalam suatu set data serta mengaitkan data maksimum bagi
mencari selang kelas yang terakhir dengan betul.
Guru boleh membimbing murid dan bertindak sebagai fasilitator bagi menjalankan
aktiviti membina jadual kekerapan dalam kumpulan. Murid boleh diberikan set soalan latihan
yang pelbagai sebagai latih tubi untuk mengira selang kelas bagi memberikan kefahaman
yang jelas berkaitan penentuan kelas-kelas atau selang kelas bagi suatu set data. Guru
perlulah sentiasa membimbing murid.

5.0 PERWAKILAN DATA


Dalam perwakilan data terdapat pelbagai peringkat yang merangkumi peringkat mengumpul,
mengurus, mewakilkan data, membuat analisa dan menginterpretasikan data kepada bentuk
yang lebih mudah difahami secara visual seperti carta dan graf. Dalam bahasa mudah,
setelah semua data diperolehi, ia akan dipersembahkan ke dalam bentuk yang mudah
ditafsirkan oleh pengguna seperti carta dan graf.
Terdapat pelbagai bentuk carta dan graf yang digunakan dalam persembahan
statistik iaitu piktogram, carta bar, carta palang, graf garisan, histogram dan lain-lain.

Page 8

Semasa menginterpretasikan data ke dalam bentuk carta dan graf inilah banyak berlaku
miskonsepsi di kalangan murid.
Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan
secara simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau
pecahan dan bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid.
Kesilapan ini akan mempengaruhi jawapan murid.
Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktogram. Piktogram ialah satu bentuk
paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar.
Setiap palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain.
Piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang
diwakili oleh siri simbol yang piawai (sama nilai). Di dalam piktogram, data yang ditunjukkan
atau diwakilkan berbentuk simbol atau gambar.
Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata,
berbeza saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah
kira bilangan perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan
mudah mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol
kemudian membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat
dengan teliti.
Bagi mengatasinya, guru berperanan untuk menjelaskan cara-cara menginterpretasi
piktogram dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu
diingatkan agar meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi.
Gunakan contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis
simbol dengan betul dan mewakili data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid
menggunakan teknologi seperti perisian komputer sebagai pengayaan.
Di samping itu, miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktogram ini adalah
kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili
sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan
menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol.
Oleh yang demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru bolehlah menggalakkan
murid mengira bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan
operasi pecahan.
Terdapat juga miskonsepsi yang berlaku berkaitan carta palang. Carta palang ialah
graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya
bagi data kualitatif.

Page 9

Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atas
digunakan manakala bagi carta palang melintang, palang-palang dilukis dari kiri ke
kanan.Jika terdapat perbezaan di antara subkategori, carta palang berganda akan
digunakan.
Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam graf palang ialah tajuk dan
tujuan graf tersebut, paksi-paksi yang mewakili label palang dan bilangan item di setiap
palang serta skala yang diberikan. Namun, ada juga graf palang yang boleh mengelirukan
sekiranya tidak dibina dengan betul. Miskonsepsi boleh berlaku berkaitan dengan skala
pada paksi yang dibina tidak bermula dengan 0 dan selang nombor yang tidak sesuai.

6.0 SUKATAN KECENDERUNGAN MEMUSAT


Sukatan Kecenderungan Memusat adalah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat
sesuatu taburan data. Sukatan kecenderungan memusat menghasilkan maklumat yang
berkaitan dengan titik tengah pada sesuatu kumpulan nombor. Sukatan kecenderungan
memusat boleh dikira bagi data tak terkumpul dan juga data terkumpul.
Terdapat tiga pengukuran statistik yang digunakan bagi sukatan kecenderungan memusat
iaitu min, median dan mod.
I.

Min ialah purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel.
Contoh pengiraan min ialah :
Min = 66

II.

Median ialah titik tengah bagi sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara
menaik. Jika bilangan data ganjil, median ialah nombor yang ditengah. Contoh :
Data : 5, 3, 10, 7, 12
Susun semula secara menaik

3, 5, 7, 10, 12

Jadi, Median = 7

Jika bilangan data adalah genap, median ialah purata dua nombor yang terletak di tengahtengah.
Contoh : Data : 5, 3, 10, 7, 14, 12
Susun semula secara menaik
Jadi, Median = 8.5

Page 10

3, 5, 7, 10, 12, 14

III.

Mod pula ialah kekerapan yang tertinggi. Bagi data terkumpul, mod adalah titik
tengah kelas mod. Terdapat dua cara untuk mengira mod iaitu dengan formula dan
kaedah histogram.
Miskonsepsi yang sering berlaku dalam pengiraan sukatan kecenderungan memusat

ialah berkaitan dengan min. Terdapat beberapa kesukaran yang dialami oleh murid iaitu
mereka tidak dapat mengenalpasti nilai yang tidak dinyatakan apabila diberi nilai min bagi
satu set data. Murid juga tidak dapat membina satu set data apabila nilai min diberikan serta
tidak dapat menggunakan konsep min untuk membuat kesimpulan.
Berkaitan dengan miskonsepsi tidak dapat menggunakan konsep min untuk
membuat kesimpulan, murid tidak menggunakan KBKK(kemahiran berfikir kreatif dan kritis)
untuk menentukan jenis maklumat atau data yang diwakili serta bagaimana maklumat yang
diberi boleh digunakan untuk meramal atau membuat kesimpulan. Sebaliknya mereka hanya
mencari min sebagai matlamat akhir sesuatu masalah.
Bagi

mengatasi

miskonsepsi-miskonsepsi

yang

berlaku

berkaitan

sukatan

kecenderungan memusat ini, guru hendaklah membantu murid membina pemahaman


konsep melalui penggunaan objek-objek konkrit di sekeliling untuk mencari min seperti
pemadam, kerusi, meja, pensil dan sebagainya sebelum memperkenalkan algoritma
mengira min. Pembelajaran yang berlaku secara kontekstual ini membantu murid
menghubungkait pengetahuan yang dipelajari dengan pengalaman murid sehari-hari dan
menjadikan pembelajaran bermakna.
Guru juga digalakkan untuk menggunakan data-data yang relevan dengan
kehidupan murid sehari-hari seperti tinggi dan berat murid, belanja wang saku sekolah,
kehadiran sekolah dan lain-lain semasa memperkenalkan konsep pengiraan min. Perkaitan
antara pengalaman dan benda-benda di sekeliling murid dengan aktiviti pembelajaran dilihat
mampu memberikan pemahaman dan pembelajaran yang lebih bermakna. Pengiraan
algoritma boleh diaplikasikan secara latih tubi setelah murid menguasai sesuatu konsep
sukatan kecenderungan memusat.

7.0 SUKATAN SERAKAN


Sukatan serakan digunakan untuk menerangkan serakan atau taburan sesuatu set data.
Jika kita menggunakan ukuran serakan bersama-sama ukuran kecenderungan memusat
dalam pengiraan data akan menghasilkan pemerihalan atau perwakilan data yang lebih
lengkap. Dalam pengiraan sukatan serakan, terdapat beberapa cara yang digunakan iaitu
julat, sisihan piawai dan varian serta sukatan serakan berdasarkan kuartil dan persentil.

Page 11

Namun, masih berlaku kesukaran dan miskonsepsi oleh murid semasa membuat pengiraan
sukatan serakan terutamanya berkaitan dengan julat.
Julat digunakan untuk mencari ukuran serakan dengan mengira perbezaan antara
nilai terbesar dan nilai terkecil dalam suatu set data tidak terkumpul yang kecil. Secara
mudahnya, julat = nilai terbesar nilai terkecil. Julat juga boleh dikira berdasarkan
perbezaan antara titik tengah kelas tertinggi dengan titik tengah kelas terendah bagi data
terkumpul.
Namun akan berlaku miskonsepsi sekiranya murid menganggap bahawa julat boleh
digunakan dengan tepat untuk menentukan serakan semua jenis set data. Ini kerana bagi
set data yang besar, nilai julat tidak memberi gambaran yang tepat mengenai sebaran data
itu.

Julat hanya sesuai untuk mengira set data yang kecil dan tidak mempunyai nilai

ekstremun(nilai terpencil). Nilai ekstremun amat mempengaruhi pengiraan julat.


Contohnya :
Set data ; 25 28 119 22 27 31
Julat

= 119 22 = 97

Julat 97 membayangkan set data itu tersebar meluas. Tetapi sebenarnya set data ini tidak
menunjukkan bagaimana data tersebar di antara kedua-dua nilai itu. Jika diperhatikan
sebarannya adalah di antara 22 dan 31. Nilai 119 itu merupakan nilai ekstremun dalam set
data tersebut.
Oleh itu, guru bertanggungjawab menerangkan kepada murid dengan menggunakan
pelbagai set data seperti data terkumpul dan data tak terkumpul serta penegasan tentang
nilai ekstremun(nilai terpencil) yang mempengaruhi serakan data.
Selain itu, miskonsepsi mengenai julat juga boleh berlaku kerana murid menganggap
yang dua set data yang mempunyai julat yang sama juga mempunyai serakan data yang
sama. Anggapan ini tidak benar kerana dua set data yang mempunyai nilai julat yang sama
tidak semestinya mempunyai sebaran data yang sama.
Contohnya :
Set data A : 3 5 9 10 12
Julat

= 12 - 3 = 9

Set data B : 3 4 12 12 12
Julat

Page 12

= 12 3 = 9

Walaupun kedua-dua set data data di atas mempunyai nilai julat yang sama iaitu 9 tetapi jika
diperhatikan secara teliti, sebaran data-data itu adalah amat berbeza. Set data A
mempunyai serakan yang lebih kurang sekata manakala serakan bagi data B lebih tertumpu
kepada penghujung ekstrem data.
Jadi, guru hendaklah memberi penegasan kepada murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran bahawa nilai julat yang sama tidak boleh dijadikan ukuran yang serakan
data-data tersebut adalah sama. Murid perlu memerhatikan serakan data-data yang
diberikan sebelum membuat keputusan.

8.0 SECARA UMUMNYA LANGKAH MENGATASI KESUKARAN DAN


MISKONSEPSI

Sebagai seorang guru, membantu murid-murid menangani masalah miskonsepsi


dalam matematik merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh
setiap individu itu. Kegagalan murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik
mungkin disebabkan oleh masalah miskonsepsi, oleh itu pelbagai langkah yang boleh
diambil oleh guru dalam mengatasi kesukaran dan miskonsepsi dalam matematik. Antara
langkah untuk mengatasi masalah miskonsepi ini, guru perlulah memberi penerangan
dengan lebih jelas maksud piktograf serta fungsi dan cara untuk membaca piktograf.
Kekeliruan berkaitan dengan miskonsepsi dalam piktograf seperti contoh di atas dapat
diatasi dengan cara seperti dinyatakan di bawah

Guru perlulah memberikan pelbagai contoh agar murid lebih memahami

konsep matematik terutamanya piktograf.

Menunjukkan contoh-contoh yang lebih konkrit dan jelas untuk memudahkan

murid memahaminya.

Guru perlu memastikan atau mengingatkan murid-murid agar melihat pada

petunjuk yang dinyatakan apabila menjawab soalan jenis piktograf.

Guru perlu menjelaskan dengan lebih terperinci serta memberi penekanan

bahawa sebuah gambar motosikal itu tidak semestinya mewakili hanya sebuah motosikal
sahaja.
Menurut Nor Asmah(2000), pendekatan yang sesuai perlu dicari dan digunakan.
Refleksi ke atas pendekatan perlu dibuat dan perlu diulangi kitaran sehingga membuahkan
kejayaan. Persekitaran pembelajaran yang banyak membantu serta menggalakkan
penaakulan matematik seterusnya mampu meningkatkan kecenderungan murid-murid

Page 13

terhadap matematik perlu diberi pertimbangan sewajarnya oleh guru-guru agar dapat
menjana minda pelajar ke arah yang positif. Antara kaedah pengajaran yang mampu
membantu

murid

murid

mengatasi masalah

miskonsepsi mereka

ialah

dengan

menggalakkan mereka berkongsi dan berbincang kerana ini mampu memperkembangkan


interpretasi konsep matematik mereka. Prinsip-prinsip pengajaran ini ialah:
8.1 Kefahaman Konsep Dalam Matematik
Konsep Matematik merupakan idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh
konkrit. Mengajar konsep adalah kompleks kerana murid datang ke sekolah dengan
pelbagai pengalaman dan kebolehan tersendiri. Konsep berkembang dari berbagai
pengalaman Matematik yang konkrit kepada yang abstrak. Kemampuan murid-murid untuk
mempelajari konsep-konsep matematik adalah berbeza. Sebahagian kanak-kanak lambat
memahami konsep matematik, ada yang cepat malahan terdapat juga kanak-kanak yang
tidak dapat menerima atau memahami konsep yang disampaikan oleh guru secara lengkap
dan tepat. Dalam menangani permasalahan ini, guru sewajarnya melihat sejauh mana
konsep matematik kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara terbaik untuk
mengatasi dan membantunya agar mereka lebih memahami konsep tersebut.
Penekanan kepada pemahaman konsep dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik telah disarankan oleh pelbagai pihak. Secara ringkas, ujian bertulis dan temubual
klinikal adalah diperlukan untuk mengenalpasti samada seseorang itu benar-benar
memahami apa yang dipelajari. Ahli faham binaan mengesyorkan supaya temuduga klinikal
digunakan untuk mencungkil pengetahuan yang dibina oleh seseorang guru atau muridmurid( Rees & Barr, 1984; Ginsburg, et.al., 1993; Johansson, 1993; Nik Azis, 1996; Mohd
Nor, 1995). Murid-murid seharusnya boleh menerangkan bagaimana dan kenapa sesuatu
jalan pengiraan itu dilakukan.
8.2 Komunikasi Dalam Matematik
Peranan komunikasi dalam Matematik melibatkan perwakilan konsep, maklumat dan
perkaitan seperti simbol, rumus, nombor, gambar rajah, bentuk dan graf ke dunia sebenar
dalam kehidupan seharian. Komunikasi tentang idea Matematik dapat membantu murid
menjelaskan dan memperkukuhkan pemahaman Matematik. Perkongsian pemahaman
Matematik secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa secara
tidak langsung dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru
memantau perkembangan kemahiran Matematik mereka.
Aspek yang penting dalam komunikasi berkesan dalam matematik adalah
keupayaan untuk memberi penerangan secara efektif, memahami dan mengaplikasikan
notasi Matematik dengan betul. Murid perlu menggunakan laras bahasa dan simbol

Page 14

matematik dengan betul bagi memastikan sesuatu idea matematik dapat dijelaskan dengan
tepat. Komunikasi secara matematik juga melibatkan pelbagai penggunaan media seperti
carta, graf, manipulatif, kalkulator dan sebagainya. Murid perlu diberi peluang untuk
berkomunikasi secara aktif dalam pelbagai suasana, contohnya berkomunikasi semasa
melakukan aktiviti secara berpasangan, berkumpulan atau memberi penerangan kepada
seluruh kelas.
Kepentingan berkomunikasi secara Matematik dapat membantu guru merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, ia adapat
membantu guru menilai tahap kefahaman dan kelemahan murid sekaligus membantu murid
memproses maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dengan lebih bermakna.
8.3 Pembelajaran Dan pengajaran Yang Berkesan
Menurut Eh Ah Meng (1993), mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses
mempertoleh pengatahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan perlu kepada rancangan pengajaran tahunan dan harian yang
dibahagikan dengan bijak. Di samping itu, perwatakan dan ketrampilan guru turut
memainkan peranan yang penting.Guru perlu merancang pengurusan bilik darjah yang
kondusif dan mesra pengguna di samping perlu sentiasa bermotivasi dengan murid-murid.
Memulakan pembelajaran dan pengajaran dengan set induksi yang menarik serta
penggunaan bahan bantu mengajar boleh menarik minat dan tumpuan murid-murid terus
belajar.
8.4 Sebelum mengajar, uji nilai kerangka konsep murid yang sedia ada.
Kebiasaannya, guru menggunakan kaedah ujian untuk menilai pencapaian muridmurid. Kaedah ini perlu diubah untuk menilai intepretasi intuitif dan kaedah murid sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Masa yang diambil tidaklah berpanjangan,
hanya dengan mengemukakan beberapa soalan yang kritis. Guru akan berbincang untuk
mendapatkan jawapan serta pandangan murid.

9.0 KESIMPULAN
Setelah diteliti, miskonsepsi dan kesukaran yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran statistik ialah aspek pedagogi iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang memberi penekanan kepada pengiraan algoritma dan teknik hafalan tanpa
menitikberatkan pemahaman kontekstual. Manakala punca lain adalah dari aspek kognitif
iaitu kelemahan dalam menguasai pengetahuan prasyarat, kesukaran istilah dan bahasa
serta penggunaan pengitlakan yang melampau (overgeneralization).

Page 15

Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat


masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Ini
kerana, murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan.

Sebagai guru seharusnya kita

menggunakan kaedah dan pendekatan yang pelbagai bagi memperkenalkan konsep


matematik dan menarik minat murid untuk terus fokus pada pengajaran dan pembelajaran
matematik. Menurut Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi, pembelajaran
konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :
i.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii.

Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat


perbezaan.

iii.

Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang


diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diberi kuasa sepenuhnya

untuk mengendalikan proses tersebut dan menangani kesalahan lazim yang dilakukan oleh
murid. Sehubungan itu, proses pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas
amat memerlukan strategi yang kemas serta teratur supaya hasrat untuk mengatasi
kesalahan lazim di kalangan pelajar tercapai sepenuhnya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran ini perlu melibatkan pengalaman aktif, reflektif
dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992). Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep
dan kemahiran dalam statistik adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh
pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Pelbagai
pendekatan boleh dilaksanakan bagi mengatasi miskonsepsi di kalangan murid sama ada
faktor kecuaian atau kesukaran murid memahami konsep ataupun faktor guru sendiri yang
tidak menguasai Pedagogy Content Knowledge (PCK). Sesetengah murid tidak berminat
untuk belajar dan lantas tidak memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
Masalah ini harus ditangani sebaik mungkin jika ingin melahirkan modal insan yang
boleh bersaing di peringkat global. Perkembangan sains dan teknologi sekarang
memerlukan cerdik pandai dalam bidang sains dan matematik bagi menerajui negara.
Kerjasama ibu bapa juga penting, sama-sama berganding bahu demi untuk kebaikan dan
kesejahteraan anak-anak.

Page 16

10.0 RUJUKAN
1.

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh dan Sazelli Ab. Ghani:

Modul Asas Pengurusan Data (2012); UPSI, Tanjong Malim, Perak.

2.

Trend Pengajaran dan Pembelajaran : Effandi Zakaria, Nor Azah Mohd Nordin dan

Sabri Ahmad; Utusan Publications.

3.

Dr. Jamil Ahmad, Norlia Goolamally, Norhashimah Saad. (11 12 OKT 2008). Kertas

Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik, Miskonsepsi Matematik


Satu Refleksi : Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

4.

http://www.scribd.com/doc/11021827/Mendefinasikan-Statistik

5.

http://www.scribd.com/doc/88107255/Presentation-Statistik

6.

http://www.academia.edu/2460395/PENGAJARAN PENGURUSAN DATA DALAM

MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2

Page 17

Anda mungkin juga menyukai