Anda di halaman 1dari 2

MOBILITY SOSIAL MALAYSIA BERTAMBAH BAIK

Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri daripada tahap
yang rendah ke aras yang lebih baik. Proses gerak pindah ini boleh menjadi hasil yang positif atau negatif kerana
risikonya sangat tinggi. Berubah ke satu aras hidup yang lebih baik adalah impian bagi setiap orang kerana keselesaan
dan kebahagiaan yang akan dinikmati kelak dapat merubah keadaan hidup yang sedia ada. Umpama pepatah orang
yang
cemerlang
tunjukkan
hasil,
orang
yang
gagal
berikan
alasan.
Paul B. Horton mentakrifkan mobiliti sosial sebagai gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial yang lain.
Tafsiran Kimball Young dan Raymond W. Mack pula lebih kepada struktur sosial yang melihat wujudnya pola-pola yang
mengatur
kelompok
sosial
berkenaan
(http://id.wikipedia.org).
Mobiliti sosial ini lebih mudah berlaku dalam masyarakat yang terbuka dan menjadikan persaingan sebagai pilihan
memajukan negara. Sebagai contoh, Amerika Syarikat maju dalam banyak bidang berbanding negara-negara lain
kerana masyarakatnya menjadikan persaingan sebagai teras untuk membaiki mobiliti sosial. Masyarakat yang tertutup
akan terus berada dalam kemunduran dan lambat untuk berubah kerana sentiasa terikat dengan penjara pemikiran
yang
diterjemahkan
dalam
bentuk
sistem
feudal,
kasta
atau
ideologi.
Justeru, kedudukan Malaysia yang lebih baik berbanding United Kingdom adalah sesuatu yang amat dibanggakan.
Kemerdekaan negara telah memberi peluang dan ruang kepada masyarakat Malaysia untuk hidup dengan lebih bebas
dan terbuka bagi menentukan hala tuju negara mereka sendiri. Namun harus diingat, United Kingdom telah mempunyai
bandar raya sendiri sejak akhir tahun 1800-an lagi dan perkembangan pesat globalisasi telah sedikit sebanyak telah
membentuk stratifikasi sosial yang baru dalam masyarakatnya. Kemasukan beramai-ramai imigran asing ke negara itu
menjadikan mobiliti sosial agak bercelaru dan kerajaannya terpaksa berdepan dengan cabaran baru yang belum pernah
mereka
alami.
Stratifikasi sosial adalah pengkelasan masyarakat kepada kelas sosial dan kelas kasta. Perbezaan kedua-duanya ialah
kelas sosial lebih bersifat terbuka dan memberi ruang kepada komunitinya untuk memilih dan membuat perubahan
manakala kelas kasta lebih ketat dan tidak boleh diubah. Keberuntungan masyarakat Malaysia ialah melihat kelas
sosial sebagai salah satu pemangkin kepada kemajuan melalui proses transformasi terhadap penguasaan ilmu dan
kemahiran.
Perubahan mobiliti sosial yang sangat jelas di Malaysia ialah ketegasan kerajaan memecahkan pengenalan kaum
berasaskan pekerjaan. Proses pembaharuan ini telah dilaksanakan secara terancang melalui pendidikan,
pembangunan ekonomi, kestabilan politik dan toleransi agama. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah pemacu kepada
kepesatan mobiliti sosial yang menyaksikan pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan serampang dua mata
iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dua objektif ini berlangsung selama 20 tahun yang
memperlihatkan tumpuan kepada mengeluarkan kelompok masyarakat miskin dan termiskin daripada warisan tradisi
nenek
moyang
yang
pernah
terjajah
dahulu
iaitu
kemiskinan.
Pada tahun 1970, insiden kemiskinan di kalangan masyarakat ialah 49.3 peratus dan di akhir rancangan DEB, kadar
tersebut menyusut kepada 15.0 peratus. Kerajaan memandang berat program ini dengan membelanjakan RM329,000
meliputi Rancangan Malaysia Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. Usaha-usaha ini menepati suruhan Allah swt yang
mengarahkan
umat
manusia
untuk
berusaha
bagi
mengubah
nasib
sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri
mereka
sendiri.
(Surah
Ar-Rad
ayat
11)
Pencapaian memberangsangkan ini telah memberi keyakinan kepada pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menjadi
lebih berani meneroka kejayaan demi kejayaan. Aspek pendidikan dan ekonomi adalah dua kaedah yang sangat
berkesan untuk merangsang mobiliti sosial ini dan disokong sepenuhnya oleh peranan politik yang sentiasa
memastikan
setiap
perancangan
dapat
dilaksanakan.
Di Malaysia, sektor ekonomi dikawal oleh etnik Cina yang mendominasi sebahagian besar kek ekonomi negara.
Manakala kuasa politik dipegang sepenuhnya dengan utuh oleh etnik Melayu bagi mempastikan iklim pembangunan
yang positif dan terkawal. Dalam suasana yang harmoni, pembangunan negara dapat digerakkan ke arah kemajuan
dan
membebaskan
diri
daripada
belenggu
penjajahan.
Kewujudan peluang ini telah membuka ruang dan memberi galakan kepada setiap rakyat Malaysia untuk mendapatkan
ilmu dan kemahiran dengan lebih cepat, senang dan selesa. Kemudahan sekolah, kolej dan universiti telah ditingkatkan
dan diperkemaskan. Sekolah yang daif dibantu khususnya di luar bandar manakala di bandar pula diwujudkan sekolah
bestari bagi menggerakkan literasi komputer di kalangan pelajar bermula dari sekolah rendah.
Kesannya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun amat membanggakan kerana semua kelompok masyarakat telah
mendapat peluang yang sama. Bezanya ialah sama ada mahu ataupun tidak. Keinginan dan usaha bergantung kepada
diri
sendiri
dan
dibantu
oleh
teknik
dan
strategi
yang
betul.
Malaysia melangkah setapak lagi dalam usaha pengukuhan mobiliti sosial ini dengan memberi penekanan kepada
pembangunan modal insan. YAB Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan baru-baru

ini telah memberi nilai yang amat bermakna kepada jiwa masyarakat Malaysia yang telah dibenakkan dengan
pembangunan fizikal yang pesat. Oleh kerana pembentukan nilai ini mengambil masa, hasilnya akan jelas kelihatan
dalam tempoh 10 hingga 15 tahun yang akan datang. Pembentukan nilai dan budaya itu nanti sememangnya telah
dirancang dengan teliti melalui beberapa instrumen seperti pendidikan dan penyebaran fikrah melalui media supaya
masyarakat
mendapat
gambaran
tentang
hasil
akhir
yang
ingin
dilihat.
Kejayaan meningkatkan mobiliti sosial dapat memadamkan episod lama generasi yang suram. Hari ini anak-anak
Melayu di luar bandar tidak lagi mewarisi pekerjaan tradisi ibu bapa mereka dan berada dalam kelas sosial yang
tersendiri. Mereka lebih bertuah kerana maksud tersirat berada dalam kelompok sosial ini ialah :
1.
2.
3.
4.
5.

Memiliki
Hubungan

tahap
kesihatan
yang
dan
interaksi
sesama
komuniti
yang
Mengurangkan
jenayah
Sistem
keluarga
yang
Menikmati
hidup
yang
lebih

memuaskan.
lebih
baik.
sosial.
harmoni.
ceria.

Kejayaan mobiliti sosial rakyat Malaysia seterusnya akan ditentukan oleh gaya kepimpinan ketua kerajaan yang sedia
ada. Cabaran globalisasi menjadi faktor penghalang yang akan melambatkan kesaksamaan sosial di dalam
masyarakat. Jurang stratifikasi sosial yang luas akan mewujudkan tiga kategori kelas iaitu :
1.
2.
3.
4.

Kelas
Kelas
Di

luar

Atasan
Kelas
Bawahan
Kelas

(golongan
(golongan
(golongan

paling

kaya)
Pertengahan
miskin)
miskin)

Adalah sukar untuk memisahkan keempat-empat golongan ini dalam jangka masa singkat kerana nilai, budaya dan
cara berfikir berbeza-beza. Bagaimanapun pendidikan akan merubah susunan kelas ini dalam jangka masa panjang
kerana
melalui
pendidikan,
berlakunya
perubahan
mental
dan
tingkah
laku
yang
diingini.
Peningkatan mobiliti sosial di Malaysia banyak disumbangkan oleh kesedaran kepimpinan terhadap peranan pendidikan
bagi memajukan rakyat Malaysia

http://zahirzainudin.blogspot.my/2006/11/mobiliti-sosial-masyarakat-malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai