Anda di halaman 1dari 9

PENDAHULUAN

Alam melayu terkenal dengan nama semenanjung tanah melayu adalah termasuk salah satu
pulau dari beberapa gugusan pulau-pulau Melayu di rantau ini. Antaranya yang lain ialah
Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Pulau Maluku, Pulau Luzon dan Pulau Mindanau.
Menurut sejarah, penduduk Alam Melayu pada awal peringkat ialah terdiri daripada etnik
Melayu dan etnik Asli. Kedua-kedua etnik ini jarang berinteraksi atau bergaul antara satu sama
lain kerana tempat tinggal mereka berbeza. Orang Melayu kebanyakan tempat tinggal mereka di
persisir, manakala orang Asli tinggal di pedalaman. Alat komunikasi dan perhubungan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu ialah hanya melalui jalan air seperti sungai dan kuala,
maka masyarakat Melayu lebih beruntung kerana mereka telah cepat mendapat dan menerima
kemajuan berbanding orang Asli disebabkan setiap hari ada sahaja orang masuk melalui jalan ini.
Jadi, secara langsung atau tidak, masyarakat Melayu boleh dikatakan sentiasa berinteraksi antara
satu sama lain dalam semua aspek termasuk aspek keagamaan. Tamadun di Malaysia sebelum
kedatangan Islam menerima pengaruh yang berasaskan kepada kepercayaan yang berunsurkan
animisme, budhhisme, dinammisme, hyang dan lain-lain. Namun, setelah perkembangan
tamadun Islam sedunia, Malaysia tidak terkecuali dalam mengikut ajaran Sunnah yang telah
dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan cara hidup rakyat Malaysia sejak 12 masihi lagi telah
terbukti berpaksikan ajaran Islam. Perkembangan agama dan umat Islam di Malaysia telah
melalui sejarah yang sangat panjang. Sarjana tempatan mengandaikan kedatangan agama Islam
ke alam Melayu sudahpun bermula sejak abad pertama Hijrah lagi. Agama Islam telah mengubah
akidah masyarakat Melayu dari dunia kekufuran kepada mempercayai dan menyembah Allah
Yang Maha Esa. Ajaran Islam juga telah membina jati diri Melayu sehingga berjaya membentuk
kerajaan dan kemuncaknya Kerajaan Melayu Melaka mampu melakar sejarah yang agung di
arena tempatan dan antara bangsa pada abad ke-15. Ajaran Islam jugalah yang menjadi benteng
kepada bangsa Melayu menangkis dan mendepani pengaruh barat pada era kolonial. Gerakan
islah cuba membentuk semula masyarakat Islam dengan acuan Islam sebenar untuk membentuk
masyarakat Islam yang kuat. Dengan semangat Islam inilah masyarakat Melayu di Malaysia
bangkit menentang penjajahan barat dan memperjuangkan kemerdekaan daripada British pada
abad ke-20M. Selain itu, pengaruh dari segi kesenian dan budaya Islam juga terdapat di
Malaysia, ini dapat dilihat pada perkembangan kaligrafi, pembinaan masjid, makam dan batu
nisan. Contoh batu nisan terawal yang mempunyai nilai Islam ialah batu nisan Syeikh Abd al-

Qadir bertarikh 903 di Kedah. Masjid di Malaysia pula mempunyai ciri-ciri Islamiah yang tidak
ternilai keunikan dan kehalusan seni binaan Islam seperti mihrab, mimbar, dan juga seni ukiran
kaligrafi ayat-ayat al-Quran di setiap sudut dalam masjid. Kedatangan Islam di Malaysia juga
telah mencorak kesenian Negara ini dan menggabungkan kesenian bangsa-bangsa di Malaysia,
contohnya masjid Kampung Hulu di Melaka terdapat seni bina yang menggabung seni bina
Islam dan China.
Dalam Perlembagaan Malaysia diperuntukkan bahawa agama Islam merupakan agama
persekutuan menunjukkan ajaran Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kalangan
penduduk Tanah Melayu. Selepas negara menikmati kemerdekaan, pemimpin-pemimpin
Malaysia diiktiraf oleh dunia Islam sebagai pemimpin contoh yang melakar sejarah Malaysia
mendapat kemerdekaan dengan cemerlang. Pencapaian penduduk Malaysia sama ada dalam
aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan dan sebagainya menjadi contoh kepada dunia Islam.
Keamanan dan keharmonian negara Malaysia menjadi contoh terbaik masyarakat berbilang
bangsa dan agama hidup bersama memaju kemajuan negara.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti sumber dan rujukan sejarah pembinaan Tamadun Islam di tempat pelajar.
2. Mengkaji secara menyeluruh sejarah pembinaan yang bercirikan Tamdun Islam di tempat
pelajar sebelum dan selepas penjajahan.
3. Menyenaraikan aktiviti yang berkaitan keilmuan atau kerja sosial yang memberi faedah
kepada masyarakat tempatan daripada seni bina dipilih.

ISI TUGASAN

SEJARAH PEMBINAAN MASJID


Masjid Alwi Kangar adalah salah satu mercu tanda utama di negeri Perlis. Mengambil daripada
seni bina Mughal klasik, ia telah didaftarkan sebagai Warisan (Heritage Negara) pada tahun
1988, di bawah Akta Kebangsaan 2005. Usaha-usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan
bermula pada tahun 1920-an. Dibiayai oleh zakat Islam ( zakat ), sumbangan daripada pegawaipegawai kerajaan dan ahli perniagaan Islam serta peruntukan daripada Kerajaan Negeri ,
pembinaan akhirnya bermula pada tahun 1931 di bawah MC Hay dan siap sepenuhnya pada
tahun 1933 di bawah OE Venables . Masjid ini telah dibuka secara rasmi oleh Raja Perlis pada
masa itu, Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuan Syed Safi Jamalullail. Sebelum diberi nama
Masjid Alwi, Masjid ini diberi nama Masjid Batu kerana pembinaanya yang tampak kukuh
dan besar. Pada mula binaan masjid ini kos binaanya adalah sebanyak RM 64 684.00, sebelum
diubah suai sikit demi sedikit. Buruh binaan Masjid ini daripada India dan kontraktor binaan
masjid ini juga daripada luar Negara. Menurut imam Masjid, Encik Hashim bin Taib berkata
sejarah binaan masjid ini simen dibancuh dan ditambah putih telur itik agar struktur simen ini
menjadi kuat dan sukar retak.

SENI BINA MASJID


Masjid Alwi Kangar ini mempunyai tarikannya
yang tersendiri. Binaan yang tersergam indah ini

mempunyai bentuk dan seni bina yang hampir keseluruhannya masjid ini mengikut seni bina
Melayu lama dan mengalami pengubahsuaian sedikit demi sedikit mengikut peredaran zaman.
Kawasan halaman luar Masjid yang luas ditambah pula dengan gerbang pintu masuk Masjid
membuatkan masjid ini tampak gah. Hasil maklumat yang diperolehi daripada imam Masjid ini
sendiri iaitu Encik Hashim bin Taib, kebanyakan barangan ditempah dari Eropah seperti almari
jam. pintu berpagar, corak bumbung dan pintu gerbang. Di sini terbukti ada nilai dan pengaruh
dari Negara Eropah. Selain itu, kubah Masjid ini juga ditempah khas dari luar Negara. Corak
pada bahagian dalam masjid ini begitu mempesonakan.di bahagian dinding masjid terdapat
tingkap-tingkap yang mempunyai pelbagai warna. Tingkap-tingkap ini juga ditempah khas dari
luar negara iaitu kebanyakannya datang dari negara Eropah. Bahagian bumbung masjid pula
dihiasi dengan corak yang diukir dengan begitu halus sekali. Di bahagian tempat solat lelaki pula
diletakkan papan tanda LED iaitu papan tanda yang memberi maklumat waktu solat, maklumat
sejarah masjid dan kata-kata hikmah. Seterusnya, dalam masjid ini terdapat juga papan tanda
aktiviti dakwah yang dijalankan, papan tanda untuk mencatat perbelanjaan dan tabungan yang
diterima oleh masjid, dan juga terdapat bingkai yang memaparkan khutbah terakhir Nabi
Muhammad s.a.w untuk para Jemaah solat membaca. Bahagian solat lelaki dan wanita
diletakkan karpet berwarna biru muda untuk keseragaman dan kekemasan yang terdapat di dalam
Masjid Alwi Kangar Perlis. Di Masjid ini juga terdapat bahagian tempat meletak peralatan
perkakas membersih masjid, ia dipisahkan di satu sudut di belakang ruang solat lelaki dan
dinamakan stor simpanan barang. Di luar kawasan masjid ini juga terdapat tempat mengambil
wudhuk lelaki yang banyak bukan sahaja di dalam tandas bagi memudahkan Jemaah lelaki untuk
mengambil wudhuk. Masjid Alwi ini juga mempunyai kawasan letak kenderaan yang lapang dan
luas, para Jemaah tidak lagi perlu meletak kenderaan di tepi jalan. Selain itu, di luar kawasan
masjid ini juga terdapat pondok-pondok kayu kecil dan kerusi batu untuk ahli-ahli Jemaah
masjid dan juga masyarakat yang ingin beristirehat di kawasan luar masjid. Suasana yang
menarik dan angina sepoi-sepoi menambahkan lagi ketenangan dan berasa selesa ketika berada
di kawasan masjid tersebut.

AKTIVITI MASJID

Di Masjid Alwi ini terdapat banyak majlis atau aktiviti yang dijalankan seperti forum perdana,
ceramah mingguan, ceramah bulanan dan kuliah agama. Pada setiap hari selasa selepas solat
Maghrib, diadakan ceramah yang disampaikan oleh mufti Negeri Perlis iaitu Dr. Asri Zainul
Abidin. Ceramah yang disampaikan beliau mengenai hadith dan fiqh. Selain itu, masjid ini juga
sering mengadakan majlis tadarus al-Quran pada setiap hari Jumaat untuk guru-guru KAFA
negeri Perlis. Baru-baru ini, di masjid Alwi dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri,
Jabatan Mufti Negeri Perlis dan juga kerajaan Negeri telah menganjurkan program yang besar
iaitu Program Perkampungan Sunnah 2015 pada 8 hingga 10 Mei 2015 yang lalu. Dengan tema
Sunnah Mengukuh Ukhwah, pelbagai program telah disediakan untuk tetamu yang hadir.
Antaranya ialah kuliah subuh, kuliah dhuha, telaah kitab, tazkirah asar, kuliah maghrib, bual
bicara dan lain-lain lagi. Antara penceramah yang terkenal yang memeriahkan program ini ialah
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, pengacara tv al-hijrah iaitu Amin Idris, ustaz Mohd Rizal Azizan
dan Dato Dr.Asyraf Wajdi. Selain itu, program bual bicara muallaf menjemput saudara Abu
Talib Choo Abu, saudara Muhammad Gerald dan Chin Wye Heung. Program ini diadakan
sempena sambutan ulangtahun Keputeraan ke 72 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.
Program ini mendapat sambutan baik dari kalangan masyarakat Perlis malahan terdapat juga
kunjungan dari negeri-negeri lain seperti Kedah dan Kelantan. Secara tidak langsung, dapat
mengeratkan silaturahim antara penduduk negeri ini. Selain itu, masjid ini juga turut
menganjurkan kuliah agama dan juga kelas mengaji al-Quran khusus untuk golongan wanita.
Kuliah tersebut diadakan pada setiap minggu dan setiap bulan yang di sampaikan oleh ustazah
Che Bi binti Din dan Ustazah Nor Asma binti Abdullah. Kedua-dua penceramah ini merupakan
penceramah yang dikenali oleh masyarakat Perlis. Pada tahun ini juga, di perkarangan Masjid
Alwi diadakan Forum Perdana yang bertajuk Soal Hati yang disampaikan oleh Ustazah
Rubiah, Ustaz Mohd Nazim bin Mohd Noor dan Ustaz Hashim bin Othman. Pelbagai program
telah dirancang oleh pihak masjid agar masyarakat dapat mengisi masa lapang dengan perkaraperkara yang berfaedah. Selain itu, masjid ini juga sentiasa di hadiri oleh mana-mana persatuan
atau pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti
bergotong-royong. Aktiviti ini dapat memberi kebaikan dalam menjaga kebersihan masjid dan
memupuk semangat cintakan masjid. Selain itu, masjid ini menjadi tumpuan negara jiran seperti
Thailand untuk berkunjung melihat suasana masjid. Kebanyakan daripada mereka mengatakan
bahawa masjid Alwi ini mempunyai seni bina yang cantik dan mempuyai nilai-nilai keislaman

yang tinggi. Kawasan yang luas dan keadaan di dalam masjid yang tenang membuatkan mereka
suka menunaikan solat di sini sekiranya berkunjung ke Malaysia. Masjid Alwi juga tersenarai
dalam destinasi pelancongan. Jadi, pelancong akan lebih tertarik untuk berkunjung dan
menunaikan solat di sini. Pada masa yang sama, Masjid Alwi ini juga bekerjasama dengan
Tabung Haji dalam mengadakan kursus Haji bagi para Jemaah Haji. Secara tidak langsung,
masjid ini menjadi tumpuan bagi masyarakat yang ingin menunaikan Haji di Tanah Suci kerana
kawasan dalam masjid itu sendiri yang begitu selesa, luas dan lapang. Pada bulan Ramadhan,
masjid ini mengadakan edaran bubur lambuk untuk para Jemaah selepas selesai menunaikan
solat asar dan bila tiba Hari Raya Aidiladha pula, aktiviti sembelihan korban juga diadakan
selepas solat sunat Adiladha. Edaran daging korban akan diberi kepada penduduk-penduduk
yang hadir. Secara tidak langsung, dapat merapatkan hubungan ahli jawatankuasa masjid dan
penduduk terdekat dengan lebih erat dan dapat menarik minat penduduk untuk lebih dekatkan
diri dengan masjid.

KESAN POSITIF
Kesan positif terhadap masyarakat tempatan hasil daripada aktiviti yang dijalankan meningkat
antaranya ialah, dari segi kerohanian dapat membentuk jiwa yang kental dalam kalangan
masyarakat. Apabila banyak aktiviti dijalankan, masyarakat lebih mahu kepada ilmu. Dengan ini,
hati akan sentiasa didengari dengan perkara-perkara yang baik menyebabkan jiwa menjadi
kental. Selain itu, dapat menarik pelancong untuk berkunjung ke Malaysia terutama di negeri ini.
Apabila banyak akitiviti dijalankan di masjid, pelancong luar akan tertarik untuk berkunjung
bagi mengetahui apa yang disampaikan secara tidak langsung dapat memberi contoh buat
pelancong yang datang. Seterusnya, memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat
apabila aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dijalankan di masjid. Nilai-nilai murni seperti

bekerjasama, tolong-menolong, berganding bahu dapat kita semai semasa menjalankan aktiviti
tersebut. Secara tidak langsung, rasa cintakan masjid dapat dilahir dalam diri masyarakat
setempat.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam
memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Setiap tamadun memainkan peranan yang
penting dalam memberi sumbangan kepada dunia dan membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi
lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu kita ketahui. Ini
akan memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan. Bagaimanapun konsep
ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara
berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata (material) dan lebih
buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan dengan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya
kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi
suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Bolehlah
diringkas bahawa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek
kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual. Islam telah menghidupkan pelbagai
bentuk seni yang sesuai dengan kemajuan ilmu pengetahuan semasa. Antaranya ialah seni khat,
seni bina, seni suara, lagu dan irama, seni sastera, dan seni pembuatan dan sebagainya. Masjid
merupakan sebuah bangunan yang bercorak keagamaan dan bukan sahaja berfungsi sebagai
tempat ibadah, bahkan juga sebagai tempat pertemuan umat Islam bagi membincangkan hal
kemasyarakatan dan kebajikan umat sejagat. Konsep kesenian menurut Islam sebagai memenuhi
naluri asasi manusia yang mengarah kepada keselamatan dan kesenangan. Islam itu diturunkan
untuk memberi petunjuk kepada manusia bagaimana mewujudkan kesenangan di dunia dan di
akhirat. Kesenian adalah jawapan kepada fitrah manusia yang memerlukan kesenangan. Seni
itu harus mempunyai unsur moral dan kesenangan yang diusahakan itu haruslah tidak
merosakkan keselamatan. Seni juga tidak seharusnya melampaui batas-batas yang digariskan di
dalam syariat. Seni bina merupakan mercu tanda bagi melambangkan kesatuan dan keharmonian
umat Islam sejagat. Ia merupakan satu asas yang penting di dalam membina sesebuah tamadun

Islam seperti zaman-zaman terdahulu. Kewujudan seni bina Islam telah berjaya menarik minat
masyarakat dunia kerana keunikan seni bina itu tersendiri. Akhir sekali, kemunculan dan
kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai
generasi sekarang untuk mengambil pengajaran daripada pengalaman dahulu bagi menjaga
ketamadunan nagara dan agama kita.

RUJUKAN
Temubual Encik Hashim bin Taib, Pegawai Masjid Alwi, Kangar, Perlis.
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/7100/4.-Seni-Bina-Masjid-dalamIslam.pdf
http://itc.gov.my/mosque/masjid-alwi-kangar/
https://foursquare.com/v/masjid-alwi/4d53adc7c8d0f04d597bb9d4

LAMPIRAN