Anda di halaman 1dari 3

Kesalahan: Tradisi makan bersama anggota keluarga di luar saat ini sudah makin jarang

dilakukan kerana terbatasnya waktu berkumpul. perkataan semakin boleh digunakan bagi
menggantikan perkataan sudah makin yang menunjukkan unsur lewah
Pembetulan: Tradisi makan bersama anggota keluarga di luar saat ini semakin jarang
dilakukan kerana terbatasnya waktu berkumpul.

Kesalahan: Padahal, banyak manfaat yang positif yang dapat diperolehi dari amalan
tersebut. Penggunaan dari di dalam ayat tersebut merupakan kata sendi nama yang
menunjukkan arah permulaan tempat atau masa.
Pembetulan: Padahal, banyak manfaat yang positif yang dapat diperolehi daripada amalan
tersebut.

Kesalahan: Hal ini kerana hubungan boleh terjalin jika sekiranya kita dapat meluangkan
masa berkualiti bersama-sama keluarga.
Sebab: Penggunaan dua kata hubung yang menbawa makna yang sama secara serentak
iaitu jika sekiranya merupakan kata hubung keterangan syarat. Kata hubung ini berfungsi
untuk menyambungkan klausa tak bebas yang memberikan keterangan kepada klausa bebas
dengan klausa utama atau klausa bebasnya. Oleh itu, salah satu daripada kata hubung perlu
digugurkan.
Pembetulan: Hal ini kerana hubungan boleh terjalin jika kita dapat meluangkan masa
berkualiti bersama-sama keluarga.

Kesalahan: Di waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah
mesra demi untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Demi dan untuk keduaduanya membawa maksud tujuan. Oleh itu, salah satu daripada kata itu perlu digugurkan
kerana terdapatnya unsur lewah.
Pembetulan: Di waktu inilah ahli keluarga boleh menggunakan masa untuk beramah
mesra untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Kesalahan: Mereka juga boleh berbincang mengenai dengan masalah yang dihadapi oleh
mereka dengan lebih terbuka ketika makan. Kata sendi nama mengenai berfungsi sebagai
rujukan bagi sesuatu yang umum manakala kata sendi nama dengan pula membawa beberapa

maksud iaitu bersama-sama atau berserta, menunjukkan cara sesuatu dilakukan, dan
menunjukkan maksud memakai atau menggunakan. Kata sendi nama dengan dianggap tidak
sesuai untuk ayat tersebut kerana tidak menunjukkan mana-mana antara ketiga-tiga tujuan
kata sendi nama tersebut.
Pembetulan: Mereka juga boleh berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka
dengan lebih terbuka ketika makan.

Kesalahan: Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga dari runtuh. Kata sendi
nama dari hanya mempunyai dua maksud iaitu menunjukkan arah permulaan tempat atau
menunjukkan arah permulaan masa. Sememangnya kata sendi nama dari tidak sesuai
digunakan di dalam ayat tersebut.
Pembetulan: Situasi sebegini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh.

Kesalahan: Selain dari itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di
luar, seperti masakkan yang berkukus, berpanggang atau di rebus. Kata sendi
nama selain berfungsi sebagai kata penyambung ayat, manakala kata sendi
nama dari menunjukkan arah permulaan tempat dan arah permulaan masa. Oleh itu, kata
sendi nama dari perlu digugurkan untuk menghasilkan ayat yang gramatis.
Pembetulan: Selain itu, cara memasak makanan juga boleh ditentukan jika makan di luar
seperti masakkan yang berkukus, berpanggang atau di rebus.

Kesalahan: Hal ini demikian bagi mempastikan corak pemakanan yang sihat. Menurut
hukum PTKS kata dasar pasti apabila menerima imbuhan mem-...-kan akan mengalami
proses morfologi iaitu memastikan.
Pembetulan: Hal ini demikian bagi memastikan corak pemakanan yang sihat.

Kesalahan: Amalan makan di luar bersama-sama keluarga juga mampu menjadi penawar
kepada stres atau tekanan. Percaya atau tidak, sekali pun jika anda mempunyai pekerjaan
yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stres. Aktiviti
makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan
bebanan atau stres yang mereka alami di tempat kerja. Terdapat kesalahan ejaan iaitu stres di
mana ejaan sebenar ialah stress.

Pembetulan: Amalan makan di luar bersama-sama keluarga juga mampu menjadi penawar
kepada stress atau tekanan. Percaya atau tidak, sekali pun jika anda mempunyai pekerjaan
yang berat, maka makan malam bersama-sama keluarga boleh mengurangkan stress. Aktiviti
makan bersama-sama keluarga memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk meluahkan
bebanan atau stress yang mereka alami di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai